Thursday 24 June 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 54 ]

 

Aku belek-belek handphone di tangan.

“11.15…” tak sedar hampir nak tengah malam. Aku lepaskan kembali handphone ke tepi punggung. Jam begini, aku yakin mak ngah dan nenek dah lama dibuai mimpi. Shah? Dia lebih awal melelapkan mata..aku tengok tadi, masih ada sisa baki rasa anxiety tu walau beberapa jam berlalu serangan.

Dengan keadaan gelap di beranda bilik membolehkan aku melepaskan tuala yang tersarung di kepala. Aku duduk menyandar tubuh dengan kepala di angkat sedikit. Aku pejam mata..

Hmm..mungkin aku boleh meraihkan kejayaan aku untuk kembali bersatu dengan Shah…tapi menafikan rasa sunyi aku pada perkahwinan ini mustahil dapat aku sangkal..air mata aku bole jadi tiba-tiba gugur walaupun dengan hanya melihat kebahagiaan pasangan lain..apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata disamping mereka, buat aku benamkan wajah ke air..dengan harapan, kenangan belaian manja dari seorang suami pada 6 tahun lepas hilang dibawa arus. Allah..hanya mampu menitiskan air mata sebagai ubat sementara…

Sedang melayan perasaan, telefon Shah berbunyi nyaring di segenap bilik. Aku tolehkan kepala ke belakang, bayang Shah aku nampak bangun mencapai handphone ke tangan.

“Hello…yeah I’m okay…dah makan tadi..where are you? Dah sampai China?” aku gigit jari dengan panggilan misteri itu. Takut disedari, aku bergerak masuk ke kanan sedikit sehingga tubuh aku berjaya disembunyikan. Aku diam memasang telinga. Lembut sahaja suara Shah membalas setiap pertanyaan dari hujung talian.

“Yeah..I’m good…don’t worry..” ujar Shah. Kelembutan itu…hmmm..dan cara itu..

Aku wanita dewasa..cukup untuk aku tahu itu panggilan dari seorang wanita yang sedang dilamun cinta…ya Allah..air mata aku tumpah saat ini juga. Sedu-sedan aku ditahan seboleh mungkin. Aku pernah terfikir suatu ketika dahulu, dia..mustahil dia boleh menolak takdir untuk bertemu dan bercinta dengan orang lain..tapi andaian aku dipatahkan dengan menyangka bahawa Dr Ezra itulah satu-satunya wanita yang paling rapat dalam hidup Shah…sepanjang ini aku lupa pada kehadiran wanita lain...Allah..aku ke orang ketiga dalam hal ini?( am I the third wheel?)Aku ketap bibir tahan sebak.

Dalam pada melayan rasa hati sendiri, aku sedari bunyi tapak Shah semakin dekat dengan aku. Sudah tentu beranda ini menarik perhatian dia memandangkan sliding door terbuka luas. Aku cepat-cepat peluk lutut dan menjatuhkan wajah aku ke atasnya. Membiarkan dia menganggap aku tertidur di sini..agar prasangka dia terhadap aku telah mencuri dengar pada perbualan sebentar tadi padam. Secepat kilat aku sapu air mata.

“Suara Shah terhenti tatkala bunyi kaki sudah betul-betul didepan aku. Kedengaran talian telefon seperti dihentikan serta-merta. Dia nampak aku ke? Okay..stay sana..jangan dekat dengan aku..abaikan aku!

“Ika…” dia panggil aku! Huhu..baik, matikan diri aje.

Tapi..harapan aku punah untuk diabaikan disaat aku sedar tangannya mula melingkari tubuh dan kaki aku. Aku perlahan-lahan diangkat ke udara dengan rentak kaki yang sama. Hanya sekejap, tubuh aku selamat dilabuhkan ke atas katil. Sedaya mungkin aku matikan diri dari tadi. Keadaan bilik yang gelap membantu beri impak kepada lakonan aku. Dia seperti duduk di sebelah aku dengan kaki dijatuhkan ke bawah katil. Jemarinya yang hangat itu lembut membelai rambut aku yang menutupi separuh wajah..mengoles pipi juga tidak ketinggalan. Ya Allah…tolong hentikan dia..!

Dia ubah kedudukan agar lebih dekat dengan aku. Dia meletakkan kedua belah tangan di  kiri dan kanan aku. Idle sekejap, tangan itu mula membelai rambut aku kembali.

“You’re just beautiful as the day I lost you..” bisiknya seraya menjatuhkan bibir ke dahi aku. Sekejap dengan perbuatan itu, pipi aku jadi mangsa olesan jari dan dikucupnya lembut. Tanpa angkat wajah, bibirnya dipindahkan ke bibir aku. Ya Allah! Hati aku seperti hendak menjerit. Apa yang dia buat ni??

Dia tinggalkan aku setelah pautan bibir yang lama dilerai. Yakin pintu bilik ditutup rapat, aku automatik tegak bangun. Kepala aku dipusing ke arah pintu..Dia..? Dia…? Haaaah? Aku jadi bingung seribu kali…

Diam-diam aku bangun mendapatkan handphone aku yang ditinggalkan di luar. Laju kaki diatur untuk kembali ke ruang beradu, namun mata aku ditarik ke arah kereta Shah yang sedang meninggalkan parkir kereta.  Tengah malam macam ni, dia pergi mana? Mata aku ekori kereta itu hingga hilang dari pandangan.

Oh please… Aku tak dapat tidur..Sehabis akal aku lupakan hal tadi, namun belaian lembut dia..kehangatan bibir itu buat aku tergila-gila.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers