Thursday 1 July 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 55 ]


Hampir jatuh rahang aku sebaik menjejakkkan kaki ke ladang sayur yang di maksudkan oleh nenek. Luas yang tak terukur oleh mata aku! Shah di sisi aku pula seperti menjangkakan perkara ini. Buat selamba aje tak toleh-toleh aku. Dia dengan cergas memakai safety booth, sarung tangan dan baju kameja panjang. Nak tergelak menengoknya…apa tak, kameja tu bersih dan lawa aje. Bukan macam aku, aku pakai pakaian yang dah lama..hihi

“Eh awalnya sampai…” sapa seorang pakcik yang tiba-tiba muncul dari arah belakang kami. Ooh..inilah pakcik inilah yang nenek maksudkan pakcik Kamil tu ye..?

“Ohh…nenek yang suruh datang awal sikit..” Shah menjawab. Mereka bersalam. Menurut nenek, pakcik yang menyapa kami ni nadi penggerak kebun sayur nenek. Dialah yang putuskan apa yang patut dibeli, untuk keperluan kebun ni. Nenek yang uruskan hal kewangan di samping mak ngah juga membantu..mak ngah juga yang akan cari lokasi di mana dan dengan siapa mahu dipasarkan. Tapi biasanya, tak perlu susah- susah pun sebab, katanya jabatan pertanian bantu pasarkan ke dalam dan luar negara dengan kadar  yang sudah ditentukan. Ermmm…how interesting!

“Katanya, hari ini nak buat batas ye pakcik?” Soal Shah sudah mengenggam batang cangkut. Aku cuma mampu dengar perbualan mereka. Segan-segan pakcik itu balas..

“A’ah…boleh ke nak? Pakcik ni teramatlah segan nak suruh anak berdua kerjakan kebun ni..tapi memandangkan ini adalah atas permintaan puan, jadi terpaksa juga pakcik turutkan. Lagipun pekerja ladang ni ada dua orang yang diberikan cuti selama seminggu ni…pulang kampung tengok saudara-mara katanya…” aku dan Shah angguk-angguk faham.

“Ishh..janganlah segan-segan dengan kami pakcik…” ujar Shah merendah diri. Shah kepada pangkat orang yang lebih tua daripadanya sangat merendah diri dan menghormati mereka. Aku tahu ni sejak mula kenal dia…ermm

“Haa..kalau macam tu,mari kita mulakan.. semua pun dah sampai sekarang ni..lagipun, kalau lambat kerjakan..panas pula nanti karang..” beritahu dia sudah mula ke tapak batas yang hendak dikerjakan. Aku dan Shah ikut langkah.

“Er..Cikgu Syafikah ye? Kerja sikit-sikit dahlah…lelaki aje kerjakan semua ni ye..” ek? Nampaknya panggilan cikgu depan nama aku tak hilang walaupun baru sahaja mengenali aku

“Ish takpe pakcik…saya anak kampung jugak..tanah dan lumpur memang mainan masa ke ik-kecik dului..bukan orang bandar pun..” kata-kata aku buat Shah jeling aku. Terkebil-kebil dipandang begitu, ada aku salah cakap ke?

“Yelah…kalau macam tu, mari kita mulakan..” Aku dan Shah senyum setuju dengan kata-kata pakcik. Mula dari jam 7 pagi, hinga ke jam 10..hanya rehat sekejap-sekejap menghilangkan penat, minum apabila dahaga. Aku sekali sekala berhenti ke tepi..hmm berhenti lama-lama, fikiran aku melayang kepada panggilan misteri itu semalam. Hal ini yang buat aku jadi senyap.  Ntahlah..jika ditanya sama ada aku cemburu atau tak, ermm..aku memang cemburu..tapi aku tak layak cemburu kut..maksud aku, aku tak layak jealous menurut Shah. Nak tanya soal panggilan tu, aku baru sehari duduk sebumbung dengan dia…lagipun, aku rasa status perasaan antara kami belum sampai ke tahap sehingga aku boleh bertanya pasal ni..huhu..faham tak apa aku cuba sampaikan?

“Kenapa diam je hari ni?” soal Shah labuhkan punggung di kanan aku. Sambil teguk air, dia tengok aku. Tapi aku cepat-cepat alihkan pandangan dari berlaga mata dengan dia.

“Takde apa-apa..” Jawab aku peluk lutut. Masih penat, aku jatuhkan wajah ke lutut melepas lelah disamping, aku memang nak elak ada eye contact dengan dia!

“Semalam…” dia sebut soal semalam, aku automatik luruskan badan. Kenapa dengan semalam? Dia nak sebut pasal panggilan tu ke atau soal..errrr..? Aku telan liur menunggu kata-kata seterusnya..

“Kenapa tidur dekat luar semalam..?” sambung dia bersahaja. Tiada riak di wajah tampan itu.

“Saya tertidur…” dia terhenti minum dan gigit bibir dengan jawapan aku.

“Tertidur…?” nada itu tampak tidak yakin  dengan jawapan aku. Apa jawapan yang dia nak sebenarnya?

“Shah…!” jerit pakcik dari kejauhan. Melambai-lambai dia memanggil. Shah balas dengan lambaian tangan. Dia pandang aku, kemudian pandang pakcik semula dan pandang aku balik.

“Kita belum habis lagi cakap pasal ni..” Ujarnya berdiri kemudian berlari anak mendapatkan pakcik. Aku ekori Shah dengan pandangan mata. Sepatutnya aku yang lebih layak cakap ayat tu..sebab bagi pihak aku, aku tiada apa-apa yang perlu dipersoalkan..dia, masih ada yang perlu dijelaskan..terutama soal panggilan rindu dari China tu..satu lagi, errmmm..aku tak faham kenapa dia buat macam tu pada aku semalam. Selama ni, dia saman aku…dia dingin dengan aku, dia buat tak tahu dengan aku, suruh aku fokus macam mana nak handle anxiety dia…lepas tu dalam satu malam…hanya satu malam sahaja..dia berubah seolah-olah dia rindu aku..sayang aku..huhu

Memikirkan soal semalam…..Allah..tolong bersihkan fikiran aku...!

“Tangan tu kenapa?” tanya satu suara di depan aku. Aku buka mata. Tak sedar, sedang serabut tadi, aku diperhatikan Encik Hazwan. Aku cepat-cepat turunkan tangan yang tadi tengah tutup muka aku..tindakkan aku menyebabkan  dia automatik tertawa. Aku bangun.

“Shah mana?” tanya dia sambil kepalanya dipusing kiri dan kanan menangkap keberadaan Shah.

“Shah dipanggil pakcik tadi..tak tahu pula mereka ke mana..” jawab aku masih membetulkan fikiran aku agar tidak menganggu perbualan kami. Aku tunjukkan Encik Hazwan ke mana arah Shah tadi dengan berjalan seiringan dengannya. Sambil berjalan, Encik Hazwan mulakan perbualan.

“Are you okay?” soalnya seperti sedar apa yang bermain di fikiran aku. Aku angguk laju. Akibat gelagat pelik aku, dia tertawa sekali lagi. Aku hanya mampu senyum pahit ditertawakan sedemikian rupa. Erhh dia ni..

"Ermm yeke..? Macam sebaliknya je..” aku senyum pahit sekali lagi. Nampak sangat ke muka aku ni ada masalah?

“ Well I’m not really sure what’s goin’ on…but my advise, you don’t have to be so secretive towards him..beritahu saja apa pada dia apa Ika nak cakap.. errhh. Aku pandang ke mata Encik Hazwan mencari makna disebalik kata-katanya itu.

“Kami kenal sejak dari kecil lagi..dulu zaman kanak-kanak Shah ni, dia seorang yang periang..sehinggalah seorang demi seorang ahli keluarga Shah tinggalkan dia, dia hilang tempat bergantung..kehilangan ibu tu yang buat dia terpukul sangat..dia berubah jadi seorang yang perahsia sangat. Sebab kawan, Hidup Shah banyak masa dengan kami..hanya selepas Ika hadir dalam hidup dia, kami dah kurang hangout dengan dia..dia letakkan Ika sebagai priority dalam hidup dia... Mungkin  takut diuji dengan kehilangan itu sekali lagi, dia jadi serius dalam setiap inci dalam hidup dia Tapi.. hmmm…” aku dan Encik Hazwan sama-sama terhenti.. Riak wajahnya seperti ada penyesalan terhadap sesuatu..

“Tidak pernah menyangka gurauan tu punca perceraian kamu berdua…Shah tak pernah cakap pasal ni…datang UK dulu pun tak pernah dia buka cerita…hanya selepas Ezra buka mulut, baru-baru ni…”

“Even dia tahu kita berdua dah kenal satu sama lain, dia tak pernah pertikai…dia tak pernah ungkit pasal tu..dia layan saya seperti biasa… rasa bersalah tu tak terungkap dengan kata-kata sebaik Ezra buka mulut ..kalaulah Shah tahu apa yang saya cuba buat selama 3 tahun kita kenal…hmm”  terdiam ketap bibir dan memulakan langkah kembali…

“Saya tak sepatutnya cakap pasal ni…tapi atas dasar kawan, cuma satu yang saya harap sangat-sangat…tolong jaga hati Shah baik-baik..saya tahu memang susah..lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ni..Shah, dia masih fragile..” aku angguk faham. Hari ini baru aku sedar kenapa Dr Ezra sangat concern dengan keadaan Shah..sebab mereka kawan yang baik untuk Shah..risau dengan keadaan Shah…

“Shah tu…ermm..” aku terhenti bertanya lanjut. Sebenarnya aku nak tanya pasal hubungan Shah dengan pemilik suara panggilan dari China semalam…tapi aku segan. Dia jongketkan kening bertanya tanpa suara..aku balas dengan gelengan kepala.

Kelibat Shah sudah kami jejaki tidak jauh dari tempat kami. Shah melambai tangan ke arah kami yang ditujukan khas kepada Encik Hazwan. Aku hentikan langkah membiarkan Encik Hazwan mendekatkan jarak dengan Shah.

“Ika tak ke sana sekali?” tanya dia..

“Takpe..pergilah dulu..saya nak sambung kerja tadi..” jawab aku sudah mengundurkan diri. Sebenarnya aku tak nak kacau mereka berdua..mana tahu ada hal yang nak dibincangkan memandangkan fail yang dipegang Encik Hazwan tadi agak banyak.

****

“Reunion? Ish..tak nak lah aku Fatin..” tangan aku sibuk membalas whatsapps mesej dari Fatin.

“Datang jelah Ika oi..bukannya datang single-mingle..lkawan-kawan semua pun dah kahwin..dia orang pun bawa family masing-masing..kau bawalah Shah tu sekali!” ujar Fatin begitu meyakinkan. Balas membalas dengan Fatin, tak perasan diperhatikan oleh Shah begitu lama. Tatkala sedar, mata dia dah rata tengok aku. Terbang semangat aku dibuatnya. Aku pelan-pelan letak handphone ke dashboard kereta.

“Dengan siapa Ika berbalas mesej?” soalnya serius pandang ke hadapan.

“Erghh? Sorry Shah...whatsapps mesej dari kawan..ingat tak Fatin..?” balas aku ketap gigi tanpa sengaja abaikan dia dari tadi. Dia buat diam pada jawapan aku..hermmm buat aku rasa bersalah sebenarnya.

“Cut it..! Hanya  kita berdua sahaja dekat sini…so tak perlu berlakon pun..” ujar dia serius. Huhu jawapan tu buat aku sebak dan terdiam. Baginya, aku buat baik pada dia, semua itu hanya lakonan aku..

..selama ini, kalau semua ni hanya lakonan, so malam tu..? Ciuman tu cuma nak penuhi agenda lakonan dia..? Ermm…

Separuh dari masa perjalanan tadi, dia berhentikan kereta di hadapan rumah yang tidak aku ketahui pemiliknya siapa. Dia keluar dari kereta kemudian meluru masuk ke dalam sebaik membuka kunci. Aku diam hanya memerhati dari kereta.

“Masuklah kejap…lama lagi nak balik. Nak mandi dan rehat kejap…” kata dia sedikit melaung dengan hanya mengeluarkan kepala dari pintu. Aku keluar dari kereta lalu masuk ke dalam. Cepat saja Shah hilang dari pandangan aku..entah dia pergi ke mana agaknya..

Aku labuhkan punggung ke sofa dengan tubuh ditolak ke belakang. Aku angkat muka sedikit ke atas. Allah..penatnya. Kalau dalam seminggu ni penatnya sama macam ni….maka ranaplah badan aku sebaik buka sekolah nanti. Salah aku juga tadi sebab terlalu bersemangat mencangkul. Akibatnya sekarang, bahu aku rasa nak roboh, pinggang pula rasa nak patah. Aduhh…

Ermmm…jap..rumah yang aku sedap ceroboh ni rumah siapa? Rumah sewa ke? Tengah seronok baring, aku baru teringat soal rumah ni..aku bangun luruskan badan. Tengah mengeliat kiri dan kanan, dengan selamba dia lalu depan aku hanya dengan bertuala mandi pendek! Aku automatik alihkan pandangan. Astghafirullah hal azimm...tergamam! Kenapa tak pakai baju sebelum keluar?? Huhu!

“By the way, this is our new home..rumah lama tu jauh dari sekolah Ika..sini dekat sikit..” tutur dia sedang mengeringkan rambut berjalan menuju ke arah aku.

“Ohh…ohh…ok..” tergagap-gagap bercakap. Iskk! Macam mana aku nak fokus bercakap dengan keadaan dia yang macam tu?

“Masakkan Shah sesuatu lepas dah mandi nanti..” arah dia mencapai lugage yang ada di atas sofa sejak dari mula aku masuk.

“Ohh okay..” laju kaki aku masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Nak tak nak aje aku tengok dia…erhh kusut kepala dibuatnya. Hebat dia ni, mood flip-flop, sekejap swing mood, kejap dia baik… jap! Aku rasa aku lupa sesuatu…pakaian aku mana? Mana..?? Alamak..aku memang tak bawa sehelai pakaian pun dekat sini..yelah, siapa sangka nak mandi pula sebelum balik rumah nenek..

Shah..shah…

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers