Friday 9 July 2021

(Full Novel) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 56]


“Grandma..mungkin lambat sikit nak balik…a’ah..baru nak masak..alright..” tutur Shah bercakap dengan nenek dalam talian sambil  menyandarkan tubuh ke kabinet dapur bertentangan dengan aku. Aku yang sedang membersihkan potongan ayam sekali sekala  mengekori tindak tanduknya dengan anak mata. Tengah perhatikan dia  fikiran masih sempat melayang kepada peristiwa tadi..fuh! gigit bibir!

“Nope…it’s okay…tak perlu…biar kami yang uruskan grandma..” Ujarnya  lagi seraya mengigit bibir. Nenek nak buat apa eh? Sambil curi dengar, aku potong bawang-bawang dan seangkatan dengannya. Rumah  serba lengkap dengan keperluan dapur, sebab tu dah tak perlu cari segala bahan dan rempah ratus. Shah dah tinggal sini ke sebelum ni? Sempat otak aku berfikir-fikir. Sekarang ni boleh start masak dah. Saat  menumis, kena berhati-hati sikit..takut nanti baju ni kena tempias minyak pula. Dahlah pinjam baju dia…kemeja T biru cerah dipadankan dengan kain sarung. Pelik benar rasanya fashion ni.

“Ada apa-apa lagi yang nak di potong?” tanya dia mengejut membuatkan tangan aku yang sedang menggaul kari, hampir melepaskan senduk kebawah. Fuh! Nasib baik. Dia ni kan, boleh tak jangan bagi aku terkejut macam ni..kang jatuh senduk besar ni, tempias pulak dekat baju aku. Huhu…kenapa aku mengelabah teruk ni?? Berdebar-debar rasa didekati begini rapat.

“Dah-dah habis potong dah….” Jawab aku tergagap-gagap. Aku jeling dia disisi senyap-senyap kemudian pelan-pelan jarakkan sedikit kedudukan kami.

“Mari Shah tolong gaul..” tuturnya seraya menangkap jemari aku mengaul kari ayam itu bersama. Kedudukan dia yang terlalu rapat di belakang aku membuatkan aku sedikit mengecilkan tubuh. Hembusan nafas dia yang hangat itu…huhu..serba tak kena jadinya aku.

“Seeing you infront of me…it feels like I turn to nineteen again..” bisiknya bermadah seraya membetulkan rambut aku yang jatuh ke pipi. Kelembutan nada itu buat aku genggam jari kiri.

“Err…er…kari ni dah masak…jadi…awak..boleh tolong siapkan piring dan sudu?” pinta aku melepaskan tangan dari genggamannya. Aku sepantas kilat menyelit keluar dari kepungan tubuhnya. Menjongket keningnya merelakan aku lari dari dia. Allahuakhbar…pasal apa dia suruh aku back to normal, tak perlu berlakon bagai..walhal dia buat aku macam ni?? Jika keadaan ini berterusan, bukan cuma dia yang kena anxiety, aku pun terjangkit sekali!

“Alright…so hutang tu macam mana? Dah boleh bayar untuk bulan ni?” berseloroh dia bertanya sambil meletakkan barang-barang persiapan untuk bersantap di meja makan. Kan aku dah cakap…elok je flip-flop mood dia. Buat aku bingung.

“Lepas terima gaji bulan ni, saya dah mula bayar…”Jawab aku sesudah menyenduk dan meletakkan lauk kari ayam di atas meja. Aku kembali ke rak sudu untuk mengambil sudu tambahan memandangkan Shah hanya ambil dua sudu je tadi. Langkah aku terhenti untuk beberapa saat. Ermmm…again..soal hutang tu lagi…Allah. Aku genggam jari mengatur semangat untuk kembali ke meja makan. Namun ketika baru sahaja memusingkan badan, Shah terkulai jatuh ke lantai depan mata aku!

“Allahuakhbar! Shah! Shah!” aku menjerit berlarian mendapatkan tubuh Shah yang sudah terbaring lemah. Pucat dan tidak bermaya, buatkan aku panik.

“Shah! Ya Allah…jangan buat saya takut.” Walau panik namun sempat berfikir akan bantal sofa yang ada di ruang tamu untuk memberi keselesaan kepada kepala Shah.  Sepantas kilat aku ambil bantal sofa di ruang tamu. Sebaik memberikan keselesaan penuh kepada Shah, aku cepat-cepat menghubungi Dr Ezra. Aku sedikit lega kerana, hanya selepas 5 minit aku menghubunginya, Dr Ezra sampai bersama dengan Encik Hazwan. Dr Ezra dan Encik Hazwan sebenarnya tinggal berdekatan sahaja. Menurut Dr Ezra, Shah sebenarnya diserang anxiety. Namun kali ini agak teruk..dia terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan memandangkan kadar nadinya tidak stabil dan oksigen dalam paru-paru Shah juga sedikit turun. Rasa nak nangis tengok keadaan dia..aku ada buat silap ke sampai dia diserang anxiety yang teruk macam ni? Huhu..

**

Shah telah diberikan rawatan secepat kilat hasilnya, keadaannya sekarang sudah stabil. Shah ditempatkan ke bilik exclusive. Aku hanya mampu diam membiarkan team Dr Ezra memberikan rawatan yang sesuai untuk Shah..

“Biarkan dia berehat sebentar…Wan, tolong temankan Shah kejap boleh kan?” pinta Dr Ezra tanpa segan sambil melemparkan senyuman kecil kepada Hazwan. Hazwan hanya memberikan jawapan dengan isyarat tangan menandakan dia setuju dengan permintaan Dr Ezra. Sementara aku pula dibawa oleh Dr Ezra ke biliknya bagi membincangkan perihal akan kesihatan Shah.

“Ermmm…keadaan Shah sudah stabil ketika ni…dia makan dan minum okay tak?” soal Dr Ezra sambil mencatitkan sesuatu atas case note Shah.

“Setakat ni makan minum macam biasa je doktor…” jawab aku yakin.

“Ermm…” Dr Ezra terhenti dari meneruskan kata-kata kerana seperti berfikir akan sesuatu.

“A’ah..dapat diperhatikan kepada berat badan dia, nampak stabil so makan minum okaylah ye…” sambungnya masih tunduk. Mata masih fokus kepada case note. Tidak lama dia angkat wajah tengok aku. Aku yang duduk bertentangan dengannya menunggu dengan penuh sabar.

“Ermmm..minta maaf ya cikgu, boleh saya tanya soalan agak peribadi sedikit?” tanyanya serius. Jarinya kelihatan memusing-musingkan pen yang dipegang seperti menunggu respond aku. Sedikit tersentak, tapi aku cuba untuk berfikir positif. Aku jawab dengan hanya anggukkan kepala.

“Emm…kalau diperhatikan kepada condition Shah sehari dua ni…seperti anxietynya agak teruk menyerang berbanding sebelum ni. So saya agak hairan…boleh saya tahu, ada tak apa- apa yang terjadi antara kamu baru-baru ni?” tanyanya sedikit ragu.

“Maksud doktor apa ye?” tanya aku inginkan kepastian apa yang dipersoalkan. Maklumlah..aku bukan ahli perubatan.

“Like..physical contact..”

“Takde..!” jawapan pantas aku buatkan Dr Ezra sedikit tertawa. Aku didepannya sudah gigit bibir. Allah…soalan ni…huhu!

“Sure?” tanyanya senyum terkebil-kebil seperti tidak percaya dengan jawapan aku.

“Err..maksud….maksud hubungan suami isteri tu ke…?” Allahuakhbarrrr…..!!!! Aku rasa nak tepuk dahi dengan soalan aku sendiri. Saat ni Dr Ezra pecah tawa dengan soalan aku. Aku pula dah terkebil-kebil. Huhu nasib baik Dr Ezra kawan baik Shah..kalau tak, aku dah larikan diri dari bilik ni! Huhu!

“Ish..maksud saya apa-apa ajelah yang merujuk kepada physical contact antara Shah dan cikgu..itu pun takde?” tanyanya tersenyum-senyum namun tetap profesional.

“Ohhhh….ada tapi setakat dia..dia betulkan dan selitkan rambut saya aje..” Ya Allah. Tahniah~tahniah, aku berjaya malukan diri sendiri hari ini! Rasa nak tersembam muka ni ke meja dengan jawapan sendiri kepada Dr Ezra. O.M.Gggg!!

“Ohh…patutlah..” ujar Dr Ezra seperti sudah dapat membaca sesuatu.

“Er..tapi apa kaitan physical contact tu dengan keadaan kesihatan Shah doktor?” soal aku mahu serius dengan perbincangan ini. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu macam mana hendak sangat hati ni menjerit rasa malu!

“Mungkin physical contact tu triggered kepada anxiety dia…tapi saya bukanlah cakap sebab  physical contact tu punca sepenuhnya..ini andaian saya aje…sebab anxiety ni melibatkan minda, so mungkin masa physical contact berlaku dia teringatkan hal lepas dalam satu masa..tapi benda ni masih dalam siasatan saya..” Ujarnya memberi penerangan penuh.

“Tapi, kalau betul itu puncanya…hanya sekali ini dia diserang sedangkan..ermm..” Aku nak cakap physical contact tu sudah berlaku dua kali tapi aku tak teruskan kata-kata aku….! Tak kan aku nak cakap dia ada cium aku kelmarin..? Huhu rasa nak terjun kolam..!

“Ermm tak..ini kali kedua. Ingat tak dia pernah keluar tengah malam semalam? Dia ke rumah Hazwan..masa tulah serangan pertama kali..” errgghh what??? Mana aku nak cover muka aku?? Bukan pula aku risaukan keadaan Shah pada masa itu, sebaliknya aku lebih fokus pada rasa malu aku. Sebab aku tahu, serangan anxiety itu secara tidak langsung Dr Ezra tahu aku ada physical contact dengan Shah malam itu!

“Sejujurnya saya dah jangkakan perkara ni berlaku…melihatkan kepada keadaan Shah sangat sensitif kepada cikgu sebelum ni. Even masa rawatan sebelum ni, asal ada sebut nama cikgu..kesihatan dia boleh merosot..” Aku gigit bibir rasa bersalah..sampai macam tu sekali?

“Sebab ni juga saya tak nak kamu berdua kahwin…minta maaf ya cikgu…saya terpaksa berterus terang..tapi benda dah jadi so..” jelasnya serius

“Oohh it’s okay…silap saya juga…” potong aku. Aku tak nak Dr Ezra rasa bersalah pula berterus terang dengan aku..

“Tapi..jangan risau..semua ni masih dalam siasatan kami..masih awal untuk tuduh sebab physical contact tu…” ujarnya menenangkan aku. Tangannya sudah mula menutup case note yang ada di depan lalu menyimpannya ke laci. Dia kemudian bangun. Seperti dia, aku turut bangun kerana hal ini pada kami, sudah selesai dibincangkan. Aku meminta diri untuk keluar tapi terhenti dikala aku teringatkan sesuatuu.

“Ermm..doktor, Shah tahu tak physical contact boleh triggerd kepada anxiety dia?” tanya aku memusingkan tubuh menghadap Dr Ezra kembali. Soalan aku buat Dr Ezra mengigit gigi. Lama dia berfikir.

“Saya rasa dia tahu hal lepas boleh buat dia anxiety…tapi dia tak sedar perbuatan itu boleh undang minda dia untuk ingat tentang hal-hal lepas kamu…” aku angguk faham.

“So buat masa ni elakkan adanya physical contact antara dia dan cikgu ye..” ya Allah! Malu-malu-malu! Nak lari jauh-jauh dari Dr Ezra sekarang!

Tersenyum-senyum Dr Ezra dengan kenyataannya tadi…huhu aku? Aku nak cari tempat bertenang sekarang!!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers