“Physical contact..” bukan hanya physical contact yang dimaksudkan akan
memudaratkan kesihatan dia..bahkan hanya dengan menyebut nama aku…ermm..
Sehebat mana tamparan yang aku beri pada dia dahulu? Mengeluh sendirian
tanpa rasa was-was. Disebalik riuh manusia dengan dunia tawa, hadirnya aku disini sebagai manusia ganjil yang ada di
tengah-tengah mereka. Taman ini mangsa aku melepaskan beban hati yang
mencengkam sehingga terasa pedih ke ulu hati.
Ada baiknya aku terima nasihat Dr Ezra sebentar tadi demi kesihatan dia
disamping aku takut, aku gagal mengenggam prinsip sendiri jika ia berulang
kembali. Hanya gara-gara lidah yang tidak bertulang itu aku boleh alpa…wake up Syafikah! Jangan lagi lupa
pada prinsip sebelum ini..
***
Dua jam sebelum kejadian
“Ika! Is that you? I heard you screaming. Are you okay??” soalnya
sedikit panik dari luar. Ya Allah..kenapa aku cuai sangat sampai tak sedar kaki
aku terpijak cecair sabun yang jatuh ke lantai…? Nasib baik kepala tak
terhempas sama tadi kerana tangan aku sempat berpaut pada pili shower.. dek
pili shower terbuka, aku turut basah dibawahnya.
“Takpe..saya okay..” bohong aku gigih bangun namun tidak berjaya. Dengan
hanya tuala mandi tersarung ke badan macam ni, macam mana aku nak minta tolong
dengan dia? Lama aku diam memikirkan cara.
“Can I comin’?” erk!? Buntang mata.
“Ergh jangan!” cepat aku menjawab. Aku tak nak dia nampak aku dalam
keadaan macam ni..
“Ika dah terlalu lama dalam sana..you will get cold..you know that?”
ujar dia nada kebimbangan.
“Kalau macam tu, ambilkan saya pakaian boleh…? Err..apa-apa pakaian..sebab
saya tak bawa pakaian..” jelas aku. Rasa janggal nak minta tolong..tapi aku
tiada pilihan..
“Alright…” balasnya kemudian hilang seketika. Sekembalinya dia, dia meminta
izin untuk masuk. Aku cuba capai tombol pintu namun tidak berjaya. Niat hati
hanya nak buka sedikit pintu itu bagi membolehkan dia hulurkan pakaian.
“Saya tak dapat buka pintu…boleh tolong buka kan tak?” Pinta aku gigit
bibir. Nak tak nak, hanya itu pilihan yang aku ada. Sampai bila aku dalam keadaan
basah dan tidak bergerak macam ni..?
Kelibatnya kembali hilang. Tidak lama,
dia datang dengan bunyi kunci yang serta merta dimasukkan ke lubang
tombol. Sebaik tombol di pusing, pintu terbuka luas. Huhu!
Terkejut dengan keadaan aku, dia meluru masuk tanpa sedar shower itu
telah membasahi seluruh tubuhnya. Sementara pakaian yang aku pesan, tergolek ke
tepi.
“Ergh..Shah..awak tutup shower dulu..awak basah ni..” ujar aku sebaik
sedar dia cuba untuk merangkul tubuh aku. Huhu..
“It’s okay…I’m okay with it. Shah ada pakaian lain..”
“Jap-jap…tak perlu angkat saya..cukup beri saya tuala baru dan
pakaian..”ujar aku menahan tangan dia dari merangkul aku.
“You have to get out of here..can you move?” aku geleng kepala. Lupa
seketika bahawa aku tak boleh bergerak langsung. Kaki aku sakit walaupun dengan
hanya sedikit pergerakkan. Huhu..
“So kalau macam tu…” tidak habis berkata-kata, tubuh aku sudah di pangkuannya.
Mengigit bibir segan kerana telah menyusahkan dia. Dalam masa yang sama,
melihat aku dalam keadaan macam ni..rasa malu aku setebal kamus dewan bahasa
dan pustaka. Hanya mampu pejam mata tahan malu.
“Shah..awak turunkan saya atas sofa aje..” pinta aku separuh percaya dia
hendak bawa aku ke master bedroom yang jauh ke depan. Bukan niat membantah,
cuma takut sepanjang laluan Shah ini basah dek aku. Satu hal pula nak keringkan
nanti..
“It’s cold here..” katanya sekali lalu. Aku takut menyuarakan bantahan..hiks
Dia turunkan aku dengan berhati-hati di atas kerusi. Sebaik selamat
berlabuh, dia ke woredrobe mendapatkan dua tuala yang baru. Sempat dia
sarungkan tuala ke bahu.
“Pakailah tuala yang baru ni..” arah dia seraya menghulurkan tuala yang
ada ditangan kanannya. Sementara itu, ditangan kiri pula sedang mengeringkan
rambutnya yang basah. Aku gigit bibir bawah dengan suruhan itu. Er..nak tukar? Di..dia
tak nak keluar ke...? Sedar aku hanya diam mengenggam tuala itu, dia rendahkan tubuh
menghadap betul-betul depan aku. Sedikit pamit, tapi aku dapat kawal se-normal
yang mungkin. Dia senyum dan pandang tepat ke mata aku dalam-dalam. Ya Allah...
Aku boleh demam dengan renungan mata itu.huhu..
“Kaki masih sakit?” Tanyanya sambil melihat-lihat keadaan kaki aku. Aku
kaku kepada kelembutan bicara dia..
“Err…sakit sikit je…jap lagi okaylah kut…” balas aku sedikit menarik
kaki darinya. Dia aku lihat sedikit pamit dengan tindakbalas aku..jangan salah tafsiran,
ketahuilah bahawa dia telah menyemai
rasa tanda tanya aku pada setiap kebaikkan yang dia beri pada aku…
“Why so shy Syafikah…? I’m your husband after all..” tutur dia lembut seraya
menyentuh halus pipi aku. Tindakannya itu buat aku telan liur. Aku genggam
tuala yang tersarung ditubuh menahan perasaan.
Allah..apa sebenarnya yang terjadi? Ada mak ngah ke sini? Berlakon lagi
ke dia..? Huhu..jangan buat macam ni Shah…! Aku boleh keliru…!
“Look at me..you’ve been avoided me since yesterday…Shah nak tahu alasan
disebalik tindakan Ika..” tuturnya menggoda hingga aku gundah. Huhu ..! Ohh please
stop this nonsense..! Jangan buat aku
bingung.
“Err…jap..! Shah..ada mak ngah ke dekat sini? So kita nak berlakon lah
ye?” bisik aku serius bertanya. Aku tak nak pisang berbuah dua kali..sebab itu
aku berterus terang. Saat ini juga dia tunduk dan hilang suara. Ada keluhan
kecil terlepas dari mulutnya..aku gigit bibir. Aku..aku silap lagi ke..? Huhu!
“Yes, I’m practising right now…so let's cut it here..” tegasnya serius bangun,
keluar meninggalkan aku bersendirian. Termangu sendiri menilai setiap sudut
situasi sebentar tadi. Ada tak cara yang lebih baik untuk mengaburi setiap mata
yang memandang selain mempertaruhkan hati aku sebagai watak kecil dalam dalam
lakonan dia..? Aku tutup wajah menghilangkanrasa bebanan berat di dada.
Hmm..
Kerana prinsip awal aku pada perkahwinan ini, aku pendamkan keinginan
aku..aku putuskan untuk buang rasa cemburu aku..aku buang rajuk aku..demi mengelakkan
kegagalan kali kedua..
…Allah..hilangkan rasa tamak aku untuk memiliki hati dia lebih
cepat..tabahkan aku..
0 comments:
Post a Comment