Ada tak Dr Ezra beritahu Shah soal tak boleh ada
physical contact tu atau tak ye? Aku berfikir-fikir sambil tangan aku
mengupas-ngupas kulit apple. Rasanya dah kut..sebab tadi masa balik pun dia
hanya duduk belah belakang penumpang. Eloklah tu..taklah aku susah hati...
Usai
mengupas, aku ke bilik Shah. Ketika masuk sebentar tadi, dia di akhir talian
bercakap dengan grandma. Shah beralasan, ada sedikit kerja yang nak disiapkan..disebabkan
itu tak dapat balik semalam. Hmm..agaknya grandma pelik dengan ketidak tibaan
kami ke rumah. Still…adakah penyakit Shah masih menjadi rahsia di antara kami
berdua? Melihat kepada situasi semasa, aku dapat tafsirkan nenek dan mak ngah
masih tak tahu soal ni..kalau tak, dah kecoh..
Mulut kami masing-masing seolah dikunci. Aku dengan kerja aku, dia
dengan kerjanya..tanpa toleh belakang pun, aku boleh tahu dia sibuk dengan tab ditangannya. Kerja office
kut..
Yeah…mungkin inilah situasi sebenar hubungan kami..jika bukan sebab
lakonan itu, hubungan ini hambar tanpa sinar yang membahagiakan. Tapi dalam
keadaan apa pun, aku sedar..aku yang perlu mulakan perbualan..
Aku pusingkan tubuh ke belakang berhadapan dengannya, dia masih dengan
kerja yang sama sejak tadi. Sesekali dia diam seperti sedang menyelesaikan
sesuatu dalam fikiran. Walau perasaan bersalah masih bersisa, aku berusaha
senyum menyelamatkan suasana senyap antara kami.
“Shah…nenek dah tahu…?” maksud aku, nenek tahu ke dia
di masukkan ke hospital..?
“No…I’m not planning on telling her about my
illness..” dia berkata sambil melepaskan tab ke atas katil. Aku labuhkan
punggung ke kerusi yang berhadapan dengannya.
“Kenapa Ika tanya pasal ni?” walaupun aku tidak
bertanya scara berterus terang kepada soalan sebenar aku, dia boleh menebak apa
yang bermain di fikiran aku.
“Ermm..tak..saya cuma bertanya ….” Jawab aku gigit
bibir. Nak tanya banyak, hati aku masih dipengaruhi rasa bersalah padanya…huhu.
Selepas selesai memotong buah apple ke saiz-saiz kecil, aku hulurkan piring
yang mengandungi buah tersebut. Kebaikkan aku ditolak mesra olehnya dengn
gelengan kepala, disertai senyuman yang menawan. Aku terpaku..
“Feed me…aaahh..” pintanya dengan membuka sedikit
mulut. Aku gigit bibir dengan kehendaknya itu. Bukan sengaja
membantah..sebenarnya aku takut ada physical contact yang boleh berlaku dengan
dia. Melihat aku diam, dia bersuara..
“Then I will feed myself..” ujar dia merebut piring
itu di tangan aku. Omggg…rebutan itu pun aku boleh terkejut dek terlalu
berhati-hati dari bersentuhan dengannya.
“Er..okay..” aku berkata justeru menjauhkan diri secara
menolak tubuh ke belakang dengan kaki kerana kerusi ini beroda. Perbuatan kaki
aku sempat mencuri pandangannya. Dia tersengih kecil.
“Kata grandma…dua orang pekerjanya sudah kembali
dari kampung..so kita tak perlu ke ladang sayur tu lagi..” katanya sambil mengunyah
buah apple itu di mulut. Aku sedar, aku sedang diperhatikan tapi aku buat tak
tahu..!
“Err.okay..” balas aku sekali lagi. Aku tak dapat fokus
pada topik perbualan dengan minda yang sentiasa mahu berhati-hati dengannya! Ya
Allah..aku patut lari darinya buat sementara waktu!
“Er..okay? What is that ‘okay’ means..?...” jawapan
berulang aku menimbulkan rasa hairan darinya. Dia turun dari katil kemudian merendahkan
tubuh sehingga menyamai tinggi aku. Wajah aku diamati dalam-dalam sambil tangan
dipeluk ke tubuh. Aku telan liur. Padan muka aku. Tingkah aku yang sangat
mencurigakan telah menarik perhatian dia.
“Something wrong with you…are you hiding
something?” soalnya bernada sinis.
“Takde…cuma....” geleng aku menggengam jari dalam
diam menidakkan rasa gemuruh aku. Sempat dia melirik senyum dengan tingkah aku.
“Cuma apa Syafikah…?” huhu tak kan dia tak tahu?
“Ermm…it’s okay. I’m telling you..Shah akan ke
China dalam dua hari lagi…Ika pun dah mula ke sekolah masa tu..right?” aku
angguk mengiya kan. Dia kemudian menjauhkan diri dari aku menuju ke sofa
melabuhkan punggung.
“Eh? China?...awak buat apa ke sana?” baru perasan
nama negara itu dipetik. Aku berlari anak menghampiri dia kemudian labuhkan
punggung disebelahnya tanpa sedar.
“Shah ada urusan kerja dekat sana..” ujarnya ringkas
sebelum mula menekan-nekan pada tab di tangannya yang baru sahaja di ambil dari
atas katil sebentar tadi.
“Ohh..pergi seorang? Dengan siapa ke sana?”
bersungguh aku bertanya sehingga aku lupa menjarakkan kedudukan dengan dia.
Perubahan mood aku membuatkannya menjongketkan kening…tidak lama, senyumannya
melebar nakal.
“Alone…” bisiknya ke telinga. Erk!? Sedar jarak
wajah kami sangat dekat, aku jauhkan diri cepat-cepat namun sempat tubuh aku ditangkap
oleh tangannya. Alamak! Kenapa dengan dia ni? Dia tak diberitahu oleh Dr Ezra
lagi ke??
“Now that I think about it again…well..can we practise on kissing scene
right now ..?” bisiknya lembut ke telinga aku semula. Cough! Apa? Membuntang
mata aku terkejut dengan permintaan tak masuk akalnya itu. Mengigit bibir dan terdiam
sekejap.
“Ma..maaf Shah..sa..sa..saya nak balik ke rumah
nenek..!” aku bangun langsung tinggalkan dia yang masih tertawa nakal. Allah
Shah…huhu!
Aku tutup pintu rapat senyap-senyap seraya
menyandarkan tubuh. Hermm…dia sedar tak apa dia cakap tadi..? Dia tahu tak aku
goyah dengan kata-kata itu walaupun hanya sekadar untuk dilakonkan..? Berhenti
libatkan perasaan aku dalam lakonan itu…huhu! Aku genggam dada menahan rasa. Ya
Allah…jantung aku rasa nak meletup.
“Dr Ezra…tolong beritahu Shah soal semalam…huhu!” demikian
mesej aku ke aplikasi whatsapp untuk Dr Ezra. Aku jatuhkan wajah ke meja
menunggu balasan.
“Opps! Saya belum beritahu ke…? Hihi…sorry cikgu..mungkin
saya lupa!” errgh..dah agak dah…
***
“Fatin..!” Aku lambai-lambaikan tangan ke arah Fatin dan anaknya Fyna
yang baru sahaja menjejakkan kaki ke restoran. Melihat keberadaan aku,
Fyna terlebih dahulu mendapatkan aku.
“Aunty..!” seloroh dia peluk aku.
“Ye Fyna..” aku peluk erat Fyna.
“Dah lama sampai? Sorry..tersekat dalam jem tadi…dah tu park kereta jauh
pulak tu..” keluh Fatin rasa keletihan. Dia terus labuhkan punggung ke kerusi
di hadapan aku. Sementara Fyna pula di sebelah aku.
“Aku minta maaf tau kalau dah menyusahkan kau datang ke sini…saja nak
belanja makan sebab tak lama lagi dah nak buka sesi persekolahan…aku takut aku
busy time tu..” ujar aku memahami keadaannya.
“Ish aku okay je..kau belanja makan, aku dan Fyna datang je tanpa
dipaksa..hahah!” gelak Fatin tidak tertahan. Nasib baik meja kami berada
dihujung restoran..kalau tak, gelak tawa Fatin mungkin mampu di dengar oleh
pelanggan lain jika meja kami berdekatan satu sama lain.
“Hemm..sebut soal sekolah, keperluan anak aku nak sekolah pun aku belum
beli! Nasib baik suami aku belum tanya soal ni..kalau tak..hmmm nanti mama belikan
ye Fyna..” ujar Fatin bercakap kepada Fyna yang sudah tersenyum-senyum apabila
namanya disebut.
“Oh ya! Aku ada belikan Fyna beg sekolah…nanti aku berikan kalau dah nak
balik nanti sebab beg tu dalam kereta..tapi aku tak tahu beg bagaimana Fyna
minat. Aku main beli aje..” seloroh aku bercakap sambil menanti hidangan yang
sudah aku pesan awal-awal sebelum kedatangan Fatin.
“Aku yakin Fyna okay je..ye nak? Sebab selama ni apa aje pemberian dari kau pun dah cukup buat
dia happy sangat..” Pandangan Fatin dihalakan sekejap ke arah anaknya sambil
menghadiahkan satu cubitan lembut ke pipi Fyna.
“So..lepas kahwin tempoh hari..how’s life?” selamba Fatin bertanya. Sekali
sedut pada jus tembikai susu yang baru sampai sebentar tadi, bertanya semula.
“Shah..bagaimana?” mengigit gigi aku apabila nama Shah disebut.
“Aku..okay je…” lambat-lambat aku jawab dan sudah tentu kurang
meyakinkan.
“Shah pula..ermm..aku terhenti saat nama itu aku sebut.
“Dari jawapan kau ni pun aku dah tahu ada sesuatu yang tak best..” Fatin
cemik bibir. Ketika ini makanan kami dah sampai ke meja makan. Fyna makan nasi
ayam special. Manakala aku dan Fatin makan nasi dagang
“Aku…rasa bersalah lah Fatin…” aku mula buka suara.
“Soal apa…soal 6 tahun lepas lagi ke…” Tanya Fatin sambil meneka. Serius
wajah itu menunggu jawapan aku.
“Yelah…rentetan dari itulah kut…aku tak tahu macam mana lagi nak baiki
kerosakkan yang aku buat dulu..aku buntu sebenarnya..” aku kuis sikit-sikit
nasi di piring aku.
“Kau tahu kan keadaan Shah…anxiety dia…lebih teruk dari apa yang aku
bayangkan..”
“Maksud kau..?” Tatkala ini Fatin seperti terdiam. Perlahan-lahan
makanan yang ada di mulutnya ditelan.
“Sebenarnya kami tak sepatutnya kahwin balik kut…dia tambah sakit bila
hidup dengan aku…sepertimana pasangan lain seharusnya berada di sisi suami
tatkala sakit, aku pula tak boleh berada disamping dia…sebab serangan anxiety
dia berpunca dari aku…”
“Ohh…” Fatin sedikit tersentak.
“Ermm..even sekarang ni aku cuba nak elak adanya physical contact dengan
dia…”
“Maksudnya…?”
“Macam pegang tangan ke..kau tahu bagaimana dinginnya dia pada aku kan..tapi
sekurang-kurangnya bila dia kata nak berlakon baik depan mak ngah dan nenek,
aku boleh ambil peluang ini untuk baiki hubungan dengan dia…tapi sekarang ni, semua
itu perlu dielakkan demi kesihatan dia…” jelas aku melepaskan sudu. Aku raup
wajah menghela nafas berat…bebanan ini..Allah..rasa nak nangis..
“Dan kau tahu kan…yang mana moment seperti itu aku sangat rindu…kalau
sebelum ni aku boleh ambil kesempatan untuk merasai perasaan itu dari lakonan
dia..tapi kini..ermm…”
“Sabar okay…” Fatin genggam jemari aku. Fatin sendiri hilang kata-kata
buat masa ni..
“Yee..kena sabar… takpe, aku okay je buat masa ni..” kata aku sedikit
terbitkan senyum untuk mengelakkan Fatin sedih dengan keadaan aku. Dalam masa
yang sama aku tak nak pertemuan kami berakhir dengan luahan sedih aku..
..aku buang pandangan ke luar..ke matahari yang semakin terbenam..
..aku buntu…ermmn..
0 comments:
Post a Comment