Sunday 25 July 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 59 ]

 

Aku temankan mak ngah ke pasar untuk membeli barang dapur. Maklumlah mak ngah nak masak banyak sikit kali ini kerana jemputan pun agak ramai. Abah, mama dan Fatin sekeluarga juga hadir sama sempena majlis doa selamat pemergian Shah ke Shanghai. Sebut nama negara China ni, aku…boleh terfikir macam-macam. 3 minggu tu cukup lama untuk dia stay sana atas urusan kerja. What are you doing there actually..?

“Ada apa-apa yang nak Ika beritahu mak ngah?” soal mak ngah secara tiba-tiba ketika mencapai beberapa jenis rempah ratus ke tangan. Dia pandang aku sekilas. Aku pamit seketika namun pantas menghadiahkan mak ngah senyuman paksa ikhlas.

“Takde apa-apa mak ngah…jangan risau..” jawab aku senyum.

“Ohh..” mak ngah angguk dalam ragu dengan jawapan aku.

“Shah bagaimana…? Baik ke dia dengan Ika..?” dengan nada mak ngah, aku boleh tahu..mak ngah sedang menyiasat apa yang sedang berlaku antara aku dan Shah..! Huhu

“Shah baik je mak ngah…biasalah rumahtangga..gaduh sikit-sikit tu ada je mak ngah..” dalam menidakkan apa yang berlaku antara aku dan Shah, aku juga tak nak dilihat terlalu sempurna didepan mak ngah..walhal, rumahtangga aku pun sepertimana insan lain.

“Eloklah kalau macam tu….mak ngah ni bukan apa..risau tu tetap ada..walaupun Shah bukan anak kandung mak ngah, tapi Shah dah seperti anak sendiri..malah semua ahli dalam keluarga Shah dah anggap seperti anak sendiri..yelah, Ika pun tahu kan Shah tu satu-satunya anak dalam keluarga ni. Nasib baik ada kehadiran Afif membantu meriuhkan suasana…” aku hilang kata-kata dalam perbualan ni. Aku hanya boleh buat kesimpulan bahawa, Shah sedar implikasi yang bakal berlaku  jika penyakitnya itu sampai ke pengetahuan mereka..

“Haa…Ika tolong carikan mak ngah jeruk sawi…” kata mak ngah mematahkan lamunan jauh aku.

“Baik mak ngah..” sebaik terima arahan aku terus ke bahagian barang basah.

Beli belah barang dapur makan masa sejam setengah jugak sebab kami berdua aje. Mak ngah tak bawa maid sekali kerana kata mak ngah, lagi seronok beli barang dengan aku. Manakala Shah, macam biasa..ulang alik ke pejabat walau waktu cuti sekalipun.

***

Seronok dengan kehadiran abah dan mama ke rumah nenek sehingga aku lupa sekejap akan kehadiran ahli keluarga terdekat lain. Menurut mama, kak Fiza tidak sempat menghadirkan diri disebabkan keadaan diri yang sudah sarat mengandung. Penat bergerak agaknya..sibuk melayan mama dan mak ngah di dapur, sekejap-sekejap menyinggah juga mata aku kepada pemilik tubuh yang bernama Shah yang berada diluar. Tiga sekawan tu..termasuk Dr Ezra sedang berbual di taman. Entah apa yang dibualkan agaknya..

Beberapa minit kemudian, Afif hadir di antara mereka. Ermm..

“Ika tak nak join sekali ke, ke sana?” mak ngah berkata sambil tertawa. Rupanya mak ngah dari tadi perhatikan aku..huhu. Malu..

“Eh..taklah mak ngah..” balas aku automatik berpaling kepala dari luar dan fokus kembali kepada mama dan mak ngah yang galak bercerita. Hadirnnya Afif, ayah tiri Shah sudah tentu datang bersama. Pak ngah, abah dan ayah tiri Shah tentu sedang berbual sekarang ni. Maklumlah dah group veteran ni lebih senang berbual di antara mereka..dan aku dapat sahkan kenyataan aku ketika melalui ruang tamu sebentar tadi. Mereka bertiga hangat berbual sehingga keberadaan aku tidak mereka sedari…hihi.

***

Aku naik ke tingkat atas untuk mengambil beberapa helai tuala bersih yang dimaksudkan oleh mak ngah buat kegunaan dapur. Menurut mak ngah, helaian tuala itu disimpan di bilik stor bersebelahan dengan bilik kami suatu ketika dahulu. Sesudah mengambil tuala itu di stor, aku keluar..melepasi pintu bilik bersebelahan, aku hentikan langkah. Boleh tak aku masuk sekejap..?

‘Sekejap je…’

Bermonolog sendirian ketika tangan sedang memusingkan tombol pintu. Pintu bilik terbuka, aku masuk ke dalam.

Aku automatik labuhkan punggung di hujung katil. Ya Allah..rindunya aku pada bilik ni. Tersenyum sendiri apabila minda aku terkenang kembali kisah lama..Allahuakhbar..aku tak sabar untuk meniti rasa bahagia itu semula! Tersenyum-senyum, aku tutup wajah malu pada diri sendiri. Disaat aku pusingkan tubuh ke sebelah kiri, alangkah terkejutnya aku apabila sedar seseorang sedang memeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh di depan pintu yang telah ditutup rapat.

Afif Syukri!

Aku lantas bangun. Dia senyum sinis sambil menepuk tangan. Melihat kepada pandangan tajamnya itu, aku boleh rasa aku dalam keadaan tidak selamat!

“So…this is your actual colour huh…”kata dia masih bertepuk tangan disertai oleh langkahnya diatur menghampiri aku. Tanpa berlengah, aku memintas Afif  dan cuba menerjah ke pintu namun sempat dia halang aku!

“Afif..! Jangan aku kacau boleh tak?! Buka pintu ni sekarang juga!” rasa geram dan hairan dengan perbuatan Afif, aku tolak dia ke tepi namun usaha aku tidak berhasil. Dia senyum sinis sekali lagi.

“Aku tahulah apa yang berlaku dekat Shah tu Fikah…aku tahu apa yang berlaku antara kamu berdua..korang berdua tidak dapat tipu aku….” Katanya masih peluk tubuh sandarkan diri. Aku mengeluh. Tak habis-habis dia ni. Aku ingatkan dah baik dengan aku tempoh hari..

“Right? Aku tak nak cari gaduh pun Fikah..betul kan?” aku zip mulut mendiamkan diri.

“So betullah…hemm!”

“Jangan cakap yang bukan-bukanlah Afif…Shah okay je..” bohong aku. Tapi jawapan aku kurang meyakinkan..aku tahu dari reaksi muka dia yang kecewa.

“Muka tu..reaksi muka tu Fikah..tak dapat tipu aku..!” Tegasnya menekan ayat.

“Aku tahu kamu berdua ada masalah…kalau tak, takkanlah cinta sebelah tangan tu ketara sangat Fikah..”aku gigit bibir. Ermm…kalau Afif pun sedar aku sayang Shah, tak kan Shah tak sedar aku sayang dia..cintakan dia..?

“Jangan masuk campur urusan aku dan Shah Afif..kau tiada kena-mengena dalam hal ini…” tutur aku lemah. Disebabkan jawapan aku, Afif tiba-tiba panas. Dia tarik aku ke dinding dengan kasar.

“Look at me carefully Fikah…berbaloi tak tinggalkan aku dengan apa yang berlaku sekarang? Hah?” tanyanya merenung ke mata aku dalam-dalam. Aku lekas-lekas tarik tangan dari genggamannya.

“Kau kenapa Afif? Bukan hal kita dah lama habis Afif?” sindir aku geram. Aku geram dan marah ketika hal yang sudah bertahun masih dibangkitkan tanpa penhujungnya.

“Habis..kau ingat aku puas hati?  Hebat sangat ke Shah tu sampaikan dalam keadaan sekarang ni pun kau masih sayang dia…kenapa dulu tak cintakan aku seperti mana kau cintakan Shah seperti sekarang?!”

“Ya Allah….” Aku hilang kata-kata dengan persoalan tidak masuk akal yang dibangkitkan oleh Afif.

“Satu ni aku nak pesan…kalau Shah masih layan kau macam ni, jangan hairan kalau mak ngah dan nenek tiba-tiba bertanyakan soal kesihatan Shah dan hal kamu berdua Fikah! ” aku buntang mata dengan ugutan Afif.

“Kau dah gila Afif?! Kau tahu kan kesihatan nenek macam mana? Mak ngah macam mana..?!” kali ini nada aku sudah tegas. Adakah patut dia sengaja nak laporkan benda ni kepada mak ngah dan nenek..? Ya Allah..

“Kau ingat Fikah..!” setelah melepaskan ayat itu, aku ditinggalkan. Ya Allah…sakitnya hati aku dengan ugutan tu..

Kerana ugutan sebentar tadi, aku cepat-cepat keluar mencari kelibat Afif yang sudah menghilangkan diri disaat aku menuruni anak tangga. Tidak dilupakan, tuala bersih pesanan mak ngah aku bawa sekali.

“Haa..ada pun Ika…mak ngah ingatkan tadi Ika tak jumpa tuala ni…susah ke cari tadi? Sebab lama mak ngah tunggu..” tutur mak ngah gembira mengambil tuala bersih itu ditangan aku. Ketika ini mama dah hilangkan diri entah ke mana.

“Ohh…a’ah mak ngah…” balas aku bohong. Melilau mata aku mencari bayang Afif..

“Er…mak ngah..abang Afif ada datang sini tadi?” soal aku gigit bibir menunggu jawapan dari mak ngah. Aku takut sangat jika Afif benar-benar bertindak diluar kewarasan.

“Tak tahu pula mak ngah..” balas mak ngah ceria.

“Abang Afif di luar…” tiba-tiba suara Shah menerpa masuk ke ruang dapur. Kepala aku automatik dipusing ke arang belakang. Tajam pandangan Shah terhadap aku. Allah..jangan dia salah faham..

Fuhh…Aku tarik nafas lega dalam diam. Tapi aku jadi senyap disaat sedar pandangan tajam dan layanan dingin Shah masih berterusan. Allah…jangan dia buat aku macam ni..dikala aku dipersalahkan tentang hal yang lepas oleh Afif, Shah buat aku down…

Tanpa kata, aku tinggalkan Shah dan mak ngah yang sedang berbual..bukan sengaja biadap…aku hanya nak sembunyikan mata aku dari mencurahkan air mata..

Kerana membawa hati, kehadiran saudara mara dan jiran tetangga di majlis ini tidak aku pedulikan..dihujung sana, Fatin..tumpuan aku hanya kepada kawan baik aku Fatin yang baharu sampai. Tanpa kata-kata, aku tarik Fatin ke pelukkan aku.

‘Ika…” jelas Fatin terkejut dengan tindakkan aku memeluknya secara tiba-tiba.

“Fatin…temankan aku kejap…” bisik aku masih memeluknya, menahan perasaan. Dia angguk setuju. Aku dan Fatin meninggalkan perkarangan rumah sebaik memaklumkan kepada Encik Imran, suami Fatin untuk keluar sebentar..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers