Tuesday 27 July 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 60 ]


“Aku dah agak dah benda macam ni jadi di saat kau ambil keputusan nak bersatu dengan Shah balik..” Luah Fatin separuh kecewa. Aku dan dia sama-sama sandarkan tubuh ke kereta yang diparkir kemas ke kotak parkir taman permainan. Tidak jauh sangat kami keluar..hanya ke taman permainan sebelah kampung.

“Aku pun tahu dan sedar..tapi melibatkan perasaan ni…kadang-kadang ada harinya aku terbabas juga…macam sekarang ni lah…” kata aku menundukkan muka, sementara kaki kanan aku menguis-nguis tanah  melepaskan rasa hati.

“Tapi tergamak tau dia buat macam tu dekat kau…dia tak sedar ke kau dah terlalu mengalah dekat dia? Kalau aku lah…aku lepaskan aje apa aku rasa! Boleh pula buat dingin dan acuh tak acuh dekat kau..konon marahlah tu! Dahlah si Afif tu balik-balik ungkit soal dulu.. Eehh geram pulak aku!” terkebil-kebil dan mengigit gigi aku di sebelah Fatin.marah sungguh dia pada Shah Imadi..separuh hati aku gembira Fatin marah bagi pihak aku, manakala separuh lagi serba salah..huhu

“Ish…janganlah marah-marah sangat Fatin..aku cuma nak luahkan perasaan je..mungkin Shah takde mood kut tadi..” pujuk aku memeluk dia. Dalam masa sama, memujuk hati aku untuk bersangka baik.

“Apa yang takde mood? Dia ingat asal takde mood boleh lepas swing mood tu dekat kau??” Fatin leraikan pelukkan tidak puas hati. Dia benar-benar marah kali ini. Nampaknya bukan aku yang kena bersabar, Fatin yang aku kena sabarkan kali ini. Aku belum buka cerita lagi soal panggilan misteri tu..kalau dia tahu? Huhu..

“Kau patut luahkan apa kau rasa Ika…kalau tak macam ni.lah jadinya..” Fatin berkata serius tepat ke wajah aku sehingga aku terdiam dibuatnya.

“Bak sini handphone…” ucapnya menghulurkan jari.

“Untuk apa?” pelik dengan permintaan Fatin, aku bertanya. Takut-takut dia buat sesuatu yang tidak masuk akal. Huhu

“Bagi je…bukan ada apa-apa pun…aku saja nak explain situasi tadi bagi pihak kau..nak harap kau, sampai kiamatlah si Shah suami bertuah tu tak tahu kebenaran!” jelasnya garang manja. Nampak mendesak, dalam masa yang sama geram dengan tindakan aku. Aku pelan-pelan buka pintu kereta dan mencapai handphone yang berdekatan dengam handbrake kereta.

“Nah..” telefon tadi pantas dicapainya penuh emosi. Tersentak kejap. Marah benar. Namun sedikit sebanyak hati aku terubat dengan kemarahan Fatin yang ditujukan kepada Shah.

Fatin menjauhkan diri semasa menaip sesuatu di personal message aku kepada Shah. Entah apa yang diluahkannya. Buat aku tertanya-tanya kerana lama benar rasanya dia mengarang kata-kata penjelasan. Selepas beberapa minit dia kembali ke tempat aku berdiri.

“Nah…oppss! Tak perlu tengok…sebab aku dah karang ayat baik punya..kau yakin je..” katanya menarik kembali tangannya kemudian menghulurkan semula handphone itu di tangan aku. Celik minda dia sampai apa yang aku fikirkan tadi boleh dibacanya dengan mudah.

“Okay..aku tak buka..” balas aku sementara tangan aku menyimpannya ke dalam kereta setelah membuka semula pintu itu tadi.

“Perkara macam ni tak kan jadi kalau kau berterus terang tentang perasaan kau pada dia Ika…aku dah cakap dah dekat kau..” bebel Fatin.

“Aku tahu…” jawab aku tika jemari bertemu antara satu sama lain.

“so..?” dia menunggu respond aku.

“Aku…..” belum selesai bercakap, aku ditahan Fatin menggunakan kedua tangannya.

“Jap….jap…jap….” cemas dia sampai menyebut perkataan itu banyak kali.

“Kenapa..? Apa yang kejap..?” tanya aku kehairanan.

“Macam aku silap sesuatulah Ika…!” katanya separuh menjerit. Melompat-lompat dia seperti mengingati sesuatu.

“Ambil handphone kau balik..! Cepat! Cepat!” kegusaran Fatin aku dapat rasakan sesuatu seperti tidak kena kepada mesej yang dihantarnya sebentar tadi! Aku cepat-cepat ambil handphone aku.

“Buka cepat-cepat!” ujarnya. Aku secepat kilat membuka ruangan mesej yang dihantar ke whatsapp message Shah dan membacanya sekilas lalu. Tika itu wajah aku dan Fatin sudah berubah.

“Ika..! Fatin..!” Aku dan dia sama-sama jerit nama antara satu sama lain.

“Padam balik, padam balik..masih boleh tak?” tanya nya. Kami masing-masing berharap agar mesej itu dapat dipadam sebelum Shah sempat membacanya.

“Tak boleh dah…dah lebih 5 minit…” longlai rasanya. Ya Allahhhh….rasa nak nangissss!!

“Sorry Ika…! Aku tak sengaja..aku betul-betul tak sengaja!” kata Fatin kesal.

“Ishhh janganlah macam tu…benda dah jadi kan..” jawab aku. Walhal, hanya tuhan yang tahu apa dalam kepala aku sekarang ni. Ya Allah..habislah aku kali ini. Maluuu

“Sorry tau…aku tak sangka pula apa yang aku tulis tu mengenai apperance dia..! Padahal awalnya aku hanya nak jelaskan situasi kau dan Afif je..tapi takpe..begini, kita balik cepat-cepat ke majlis..lagipun mesej tadi belum blue tick lagi..mana tau kau sempat padam dekat handphone dia…” Fatin memberi pandangan. Betul jugak..sebab aku tahu password handphone Shah.

Aku dan Fatin lekas-lekas masuk ke kereta. Aku buat u-turn dan meluncur laju meninggalkan taman permainan tadi.

***

Aku tinggalkan Fatin dengan suaminya di halaman rumah yang ketika itu Encik Imran sedang berbual dengan Afif. Walau tidak fokus sangat dengan Afif, aku masih dapat rasa dia masih naik angin dengan aku.

“Haa…ada pun Ika. Mari sini mak ngah nak kenalkan Ika kepada kawan baik arwah ibu Shah…” ujar mak ngah melambaikan tangan meminta aku ke tempat mereka. Ya Allah..kejap je. Aku pujuk hati..mudah-mudahan Shah tak buka telefonnya tika ini. Aku datang ke tempat mak ngah.

“Kenalkan..nilah isteri Shah…Syafikah..” tutur mak ngah menyentuh lengan aku sekejap.

“Oohhh…yeke? Dengar kata cikgu ye…” aku angguk senyum kemudian bersalam mencium tangannya. Tidak semena-mena aku ditarik ke pelukkanya. Mesra betul. Aku pula yang naik segan..huhu.

“Ika..perkenalkan Datin Ummi…” aku angguk senyum paksa setelah pelukkan dileraikan. Ya Allah..janggal.sangat di sebabkan fikiran aku terganggu dengan mesej yang perlu aku padam! Huhu..sepatutnya aku layan tetamu ni..tapi aku tak boleh fokus! Fatin-fatin…nak je aku gigit kau tadi!

“Ermmm….mak ngah, Datin Ummi….ermm…” aku bersuara segan hanya selepas mereka sudah melabuhkan punggung ke sofa.

“ Ika nak undur diri kejap eh..Ika nak cari abang Shah..mak ngah ada nampak abang Shah tak?”

“Mak ngah tak perasan pula…” balas mak ngah sudah ke kiri dan kanan kepalanya dipusing mencari kelibat Shah. Datin Ummi di sebelahnya tersenyum-senyum.

“Takpe mak ngah..Ika cari abang Shah eh…” kata aku sudah angkat punggung.

“Ooh..yelah..” aku tinggalkan mereka tidak toleh-toleh lagi. Tapi sempat telinga aku menangkap perbualan jauh mereka. Datin Ummi berkata sambil tertawa..

“Biasalah orang baru kahwin..berkepit aje…” Aduhai Datin…bukan sebab tu..bukannn…huhu!

Oleh kerana aku tidak nampak bayang Shah di sekitar rumah dan bilik, hanya satu tempat aku boleh agak keberadaanya. Bilik jakuzi …satu-satunya tempat dia melepaskan tekanan kerja seharian. Aku sendiri tak pernah masuk bilik tu sebaik berkahwin dengan Shah. Dengar khabar hanya Shah yang dapat acess tempat itu..kata Dr Ezra lagi, bilik jakuzi ini dibina selepas Shah mula menghidap anxiety.

“Tok..tok..tok…” aku ketuk pintu dengan jari.

“Shah..boleh saya masuk?” kata aku meminta izin. Tiada balasan dari dalam, aku ketuk.sekali lagi. Kali ini masih senyap, namun telinga aku sempat merakamkan bunyi pintu seolah-olah dibuka dari dalam. Automatic key lock ke? Aku masuk ke dalam.

“Shah…” laung aku sambil melangkah demi langkah ke depan.

“I’m right here..” katanya sebaik aku sampai tepat ke tab mandi panas yang berada di hadapan aku. Astghafirullah..! Setengah menyesal masuk ke sini..sedar tak ini adalah kawasan private life dia..? Huhu..jadi kena faham dia boleh buat apa dia suka dalam ni. Tapi disebabkan telefon itu…ya Allah..huhu!

“Why are you here..?” tanyanya. Tanpa baju, hanya tuala pendek tersarung ke tubuh paras antara pinggang dan lutut! Dia berendam dalam tab panas seluas 7x8 kaki persegi sambil menyandarkan tubuh ke tepi dengan kepala di angkat ke atas, menutup mata.

“Er…” aku kaku ketap bibir.

“Say it…” tuturnya seraya membuka mata. Dia tegakkan tubuh.

“Shah..boleh pinjam handphone sekejap…?” pinta aku mengenggam jari segan. Aku yakin, dia belum buka mesej tadi kerana aku sempat buka personal mesej itu masih belum di’blue tick’ huhu!

Tiada suara tindak balas, hanya huluran telefon itu ke tangan aku sebagai tindakan. Sebenarnya handphone itu cuma berada di sebelah kiri dia! Baru aku sedar..huhhu

Belum sempat mengenggam handphone itu sepenuhnya di jari, tidak semena-mena aku ditarik oleh dia masuk ke dalam tab panas!

“Ahhhhhhhhhhhhhh!” jeritan aku memenuhi ruang.

“Splashhh!” aku jatuh tepat ke pangkuannya.

“Ya Allah..Shah….!” sepantasnya aku bangun menghadiahkan jelingan tidak puas hati. Basah lecun tahu tak?

“Kenapa Ika tiba-tiba nak pinjam handphone?” tanya Shah sinis merapatkan wajah. Sedar dengan keadaan itu, aku cepat-cepat undurkan diri. Sempat mulut aku jawab..

“Err…saya nak misscall handphone saya…tak tahu hilang kemana..” bohong aku tergagap-gagap. Kalau betul, boleh aje aku pinjam handphone mama..erggh

Handphone yang jatuh ke dasar tab di angkat oleh tangan dia ke atas kepala. Tahulah handphone dia tu kalis air. Isk! Tak boleh jadi ni..

“Shah..pinjam kejap je..” rayu aku menghampiri dia.

“No..!” balasnya tertawa sinis mengelak tangannya dicapai oleh aku. Ke kiri dan kanan aku cuba capai namun tidak berjaya!

“Shah..!” separuh tegas aku menjerit dengan tindakkannya mempermainkan aku!

“I’m so curios about this…” ujarnya sementara tangan sudah membuka password handphone. Allahuakhbarrr…..! Jangan bukaaa..! Jangan buka..! Tanpa fikir panjang, aku peluk tubuh itu bersungguh-sungguh dengan tujuan satu, handphone itu kena jatuh ke tangan aku!

“Ganasnya…do you even know the consequenses if you keep on doing this Syafikah..?” tuturnya sinis seraya menarik pinggang aku rapat. Ayat itu mematikan langsung pergerakkan aku.

“Err…sorry..!” jawab aku melepaskan diri.

“Alright so…” dia tersenyum puas dengan ayat ugutan yang dilepaskan, tanpa lengah dia buka kembali hanphone tadi. Allah..putus asa! Dia sengih membaca sekilas mesej aku!

“Awak hensem..awak tinggi..rambut awak hensem..I knew that your jaw line are the most appetizing..!” Allahuakhbarrr………..! Dia sebut saja ayat itu, aku pusingkan tubuh membelakangi dia. Aku tutup muka. Malunya akuu…!.apa agaknya Fatin fikir saat dia taip.mesej itu tadii? Ya Allah Fatinn…tapi ayat itu Shah tidak habis sebut. Sebetulnya sambungan ayat itu adalah luahan hati apa yang berlaku antara aku dan Afif sebelumnya. Tapi Shah sengaja sebut ayat awal itu je..!

“Am I that attractive to you..?” madahnya sinis seraya menarik tubuh aku ke pelukkannya dari belakang. Aku pamit menelan liur. Namun aku gagahkan diri bersuara justeru melepaskan pelukkannya perlahan-lahan.

“Err..Shah awak ada anxiety…jadi…” perlahan-lahan tangannya dipisahkan dari tubuh aku.

“I know I’m not normal anymore…” erkk?? Terkejut dengan pengakuan itu, aku lantas pusingkan tubuh menghadap dia.

“Shah..saya bukan maksudkan begitu….saya cuma risaukan kesihatan awak…awak jangan salah anggap eh…awak tahu kan anxiety juga sejenis penyakit..insyaAllah, kita usaha bagi sembuh ya...” pujuk aku mengenggam lengannya. Aku renung mata itu dalam-dalam meyakinkan dia bahawa aku ikhlas dalam kata-kata aku. Sedar direnung, dia sandarkan tubuh kembali dengan menutup matanya.

“Can we talk for awhile..?” ucapnya menghela nafas kecil lalu menundukkan wajah. Aku angguk setuju. Minda aku sudah bersedia untuk fokus kepada luahan isi hati tentang penyakitnya.

“You know that…perkara yang paling Shah takuti adalah penyakit ni sampai ke pengetahuan nenek…this will break her heart..Shah tak nak benda tu berlaku..” aku angguk faham keadaan itu.

“Takpe jangan riasu…saya sendiri tak kan buka mulut soal ni pada sesiapa..” aku yakinkan dia. Tapi disebalik itu aku dah beritahu Fatin kerana ketelusan Fatin, aku pasti dia bukan seorang yang bermulut tempayan kepada hal-hal serius.

Kerana rasa semak dengan rambut yang sudah terkeluar dari celah hijab, aku buka dan lepaskan hijab ke atas lantai, tepi tab. Aku basahkan rambut sepenuhnya agar rambut aku jatuh lurus ke bawah.

“Ermm..Shah…” aku bersuara segan.

“Speak…” ujarnya tanpa riak.

“Saya minta maaf soal 6 tahun lepas…kerana ke egoan saya mengakibatkan kita bercerai dulu…” aku renung matanya saat mengungkapkan kata-kata itu. Allah..

Hopeless. Itu yang terpancar dari kaca mata itu. Rasa sebal di dada seakan disiat-siat..adakah kata-kata maaf aku hanya layak didengari, tidak diterima dan diselami?

“It is too late Ika…” aku tersentak di sebelahnya. Tepat telaan aku..

..rasa nak nangis…!

“I can forgive you but it’s too late for my anxiety…I can’t trust my physicology anymore Ika…” aku hilang kata-kata saat ini. Ya Allah…rasa nak lari dari tempat ini agar aku dapat menangis semahunya tanpa dia tahu. Rasa bersalah aku, aku tidak dapat kawal…

Kerana rasa awkward dengan keadaan, aku ubah bualan..dalam masa yang sama sengaja hendak melarikan diri dari dia kerana aku tidak dapat bersemuka dengannya ketika rasa bersalah aku tinggi..

“Boleh saya pinjam handphone sekejap..? Saya nak hubungi kak Syanti untuk ambilkan saya pakaian..” Kak Syanti merujuk kepada pembantu rumah nenek. Aku tidak boleh keluar dengan keadaan badan aku yang basah kuyup..

Dia berikan handphone,aku hubungi kak Syanti cepat-cepat. Selepas bercakap dengan kak Syanti, aku kembalikan handphone ke tangannya.

“Ika..can we try this method? To prove whether it is correct or not the physical contact triggered my anxiety..”

“Ha..?” tersentak dan separuh setuju dengan permintaannya.

“Please Ika..help me..cure me…” rayunya hiba. Mata itu…Allah..

 Akhirnya aku angguk setuju.

“Look at me carefully…I’m sorry Syafikah…” ucapnya memegang pipi aku selepas itu menyelitkan rambut aku ke telinga dengan jemarinya. Allah..apa dia nak buat..? Kelembutan ini..pujukkan ini..buat aku hilang pertimbangan.

“I will kiss you…passionately..” usai ungkapkan kata-kata itu, dia memaut tengkuk aku dengan tangan kanannya..manakala tangan kirinya merangkul pinggang aku ke pelukkanya. Bibirnya dijatuhkan ke bibir aku. Aku pejam mata tanpa sedar..Allah..rasa itu datang lagi. Aku takut tidak dapat kawal perasaan aku kali ini..aku takut aku jauh lari dari prinsip aku…

Dia memperkemaskan pelukkan..

Kerana dibuai rasa rindu yang dipendam sekian lama, minda bawah sedar aku menyebabkan aku membalas pelukkannya dengan memaut tangan ke lehernya…

‘Tek!’

“Mmm..!”

“Cu..cu..cukup Shah..” seolah jentikkan separa sedar, aku tolak bahu dia pelan-pelan..dia lepaskan pelukkan, manakala aku pula lekas-lekas menjauhkan diri dari dia.

Kami sama-sama terdiam dengan situasi janggal itu. Seperti aku, dia ketap bibir menyembunyikan wajah masing dari keadaan luar perkiraan itu. Aku?? Omgggg! Apa aku dah buat..? Huhu..!

“Tok-tok-tok! Puan Syafikah…” wajah aku dipaling terus ke pintu. kak Syanti!

“Yee..kejap eh…!” jerit aku bangun tanpa toleh kepadanya lagi kerana malu yang tidak dapat ditahan! Aku buka pintu sedikit dan hanya menghulurkan tangan untuk mengambil pakaian. Pakaian bertukar tangan, aku segera menukar pakaian lalu keluar setelah yakin sesuai dipertontonkan umum.

**

Kurang dari sejam aku dimaklumkan dr Ezra bahawa Shah di serang panic attack di jakuzinya. Tersentap juga perasaan apabila dijeling tajam oleh Dr kesayangan Shah ketika bergegas ke jakuzi bersama Encik Hazwan sebentar tadi. Malah lebih buruk, aku dihalang masuk ke jakuzi itu oleh mereka..huhu

Itu bukan idea aku…itu idea daripada pemilik nama Shah Imadi…!

Kehilangan Shah di majlis itu menyebabkan aku ditanya bertali arus oleh mereka yang menghadiri majlis. Aku memberikan alasan dia bermesyuarat online tergempar sebagai jawapan . silap percaturan..sepatutnya aku tak perlu setuju dengan kehendaknya itu tadi..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers