Saturday 14 August 2021

(Full Novel) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 61]


Disebabkan mak ngah dan nenek sedikit curiga dengan ketidak munculan Shah ke majlis itu, Shah cepat-cepat menemui mereka berdua. Dengan wajah rasa bersalah Shah memeluk nenek dari belakang.

“Grandma..janganlah merajuk okay…” pujuk Shah.

“Penting sangatkah meeting tu sampai tak keluar dari bilik tu Shah? Ni majlis kamu…tanpa kehadiran kamu, majlis tadi nampak pelik..kamu tahu tak..?” Nenek tampak merajuk ketika mengutarakan kata-kata itu. Sementara mak ngah kelihatan menggelengkan kepalanya setuju dengan kata-kata nenek.

“I’m so sorry grandma…I’ promise, I won’t ever do it again..” ujar Shah seraya menghadiahkan ciuman di pipi nenek yang sudah melabuhkan punggung ke sofa. Aku di tepi mereka hanya mampu menjeling sekilas pada babak drama pujuk memujuk Shah. Pandai betul berlakon…tak hairan, aku sendiri terkesima. Huhu…

“Grandma…”

“Yelahhh…yang penting, jangan lagi ulang kesalahan itu..” Tepat telaan aku, seperti selalu..nenek mudah termakan pujuk oleh Shah. Dah senyum pun…hihi

“Ika…esok nak.balik dah kan…nanti jangan lupa bawa lauk pauk yang mak ngah simpan dalam frezer tu ye. Sayang pula nak buang..sekurang-kurangnya kalau sibuk sangat, boleh panaskan aje makanan tu…” kata mak ngah berpendapat.

“Baik mak ngah..”

“Haa…rehat cukup-cukup hari ini…esok nak ke China kan? Pakaian dah kemas?” tanya nenek mengenggam tangan Shah yang sudah ditepinya. Sementara itu, tangan kanan Shah diletakkan di belakang nenek, mengusap-usap belakang nenek.

“Semuanya dah siap grandma…don’t worry…” kata Shah singgah melirikan mata tepat ke mata aku. Sedar diperhatikan, aku alihkan pandangan jauh-jauh. Sempat aku sedar dia senyum separuh. Fuh..

Mengingatkan pesanan tegas Dr Ezra soal kepentingan menjaga kesihatan Shah sebentar tadi, aku hanya mampu bersabar.... sepatutnya bukan kepada aku yang dipesan lebih, perlu berpesan kepada empunya badan juga..dia yang perlu berwaspada lebih…huhu!

***

Aku perhatikan Shah dari ke jauhan…seringkali jemarinya..digenggam, dan seakan kesal akan sesuatu. Sakit lagi ke dia? Aku kembali risau.

“Awak okay Shah?” tanya aku menerpa dari arah belakangnya. Dia pusingkan tubuh. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran aku.

“I’m okay…” jawabnya serius. Tapi lebih nampak gusarkan sesuatu…ke perasaan aku aje?

“Ohh…” aku terhenti seketika kerana angin sepoi-sepoi bahasa tika ini membuai perasaan aku.

“Shah…saya minta maaf soal Afif…saya tiada niat..”

“It’s okay….Don’t mention it..” potong dia cepat. Dia buat aku kelu lidah..dia seolah-olah tidak mahu aku bersuara untuk seketika ini.

“Soal petang tadi…” baik, ini yang aku tunggu sejak tadi..

“Shah minta maaf soal itu…” okay…cakap cepat..! Huhu~

“Takpe…” mulut aku kata lain. Tapi sebenarnya aku nak dia cakap sesuatu soal ‘batas’ sementara itu!

“Takpelah, Shah nak rehat…esok nak gerak awal…” putusnya menukar topik sambil melangkah jauh dari aku. Aik? Aik?

Aku pantas pusingkan tubuh ke belakang perhatikan gerak kaki dia.

Tidakkkkk..! Itu aje?? Dia tak nak tanya aku ke? Pendapat aku ke..tindakan selanjutnya ke…persetujuan bersama ke…dia tahu tak apa aku rasa dengan eksperimen dia? Kesan itu pada aku?...dan..dan..dan dia patut jernihkan fikiran aku soal tadi! Huhuhuhu!

“Jaapp!” langkah dia terhenti. Aku datang ke tempatnya.

“Ada..ada tak Dr Ezra pesan apa-apa?” aku peluk tubuh geram bertanya dekat-dekat.

“Pesan apa?” dia kerut dahi merenung aku di bawahnya.

“Pesan apa-apa je…” jawab aku gigit bibir segan direnung sedemikian rupa.

“Soal ni ke?” tanya dia tersenyum nakal seraya mendekatkan wajahnya ke wajah aku. Buntang mata dengan tindakan drastik itu, aku spontan jauhkan wajah.

“Don’t be worry, I’m aware of it…” ujar dia angkat wajah kembali. Fuhh~ aku lega. Aku biarkan dia merehatkan tubuh. Sedar dia tidak lagi bergerak-gerak, aku tarik comforter menutupi tubuhnya. Secepat ini dia sudah tidur lena. Tangan aku terhenti disaat mata aku tertancap pada wajahnya…memang benar menurut Fatin..siapa tidak tertarik pada wajah tampan ini? Perlahan-lahan aku gerakkan jari ke rambut yang jatuh ke dahi…membelai rambutnya..

Rambut ini…wajah ini...aku terpaku.

Aku tarik tangan..

Tatkala diri ini sudah memilikinya…

Aku dan dia sebenarnya masih terpisah dengan satu dinding…

Iaitu…dinding hatinya…

***

Awal tahun persekolahan bermula..kalau dulu zaman sekolah aku, biasanya seminggu awal persekolahan kami masih ada masa untuk melengkapkan apa-apa keperluan belajar yang belum ada. Berbanding dengan zaman persekolahan masa kini, hari pertama sekolah pun dah mula belajar..jadual kelas masing-masing juga sudah disediakan lebih awal oleh guru kelas. Boleh dikata, tiada masalah untuk memulakan sesi pnp pada hari pertama. Buku teks juga sudah diedarkan lebih awal…tapi, ada beberapa perkara yang masih dipertimbangkan..sedia maklum ibu bapa pelajar bukannya semua berkemampuan..jadi ambil masa juga untuk menyelesaikan perkara ni..para guru dikehendaki sentiasa sabar dan bersedia untuk membantu anak murid masing-masing.

“Class, kalau tak faham dengan bab hari ini..jangan segan bertanya ye semua…cikgu nak kamu semua faham untuk bab pertama ni..” ujar aku bersungguh-sungguh. Maklum kelas yan aku masuk ni antara pelajar yang kurang dari segi akademik, tapi aku sangat berharap mereka semua faham dengan apa yang aku sampaikan. Sekurang-kurangnya keputusan sejarah mereka lebih baik dari tahun lepas…

“Baik cikgu…” balas mereka serentak. Aku jeling pada jam tangan, jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Rasanya esok baru dia sampai..aku harap dia tak lupa contact aku bila dia sudah selamat sampai di sana..yang mana aku tahu…itu hampir mustahil berlaku…

Aku buang pandangan ke luar dengan menghalakan mata tepat ke padang sekolah..pipi dijatuhkan ke tapak tangan yang dari tadi sudah ditegakkan memberikan perkhidmatan sebaiknya..

Allah…baru beberapa jam dia berlepas, aku dah mula rindu dia…

Deringan loceng masa kedua untuk kelas sejarah untuk kelas 5 Delima memenuhi pelusuk sekolah. Dering yang menandakan tamatnya waktu kelas. Sebaik memberikan beberapa pesanan terhadap subjek yang baharu dipelajari, aku segera keluar dari kelas..takut-takut mencuri masa bagi subjek yang seterusnya. Di hujung bangunan, aku bertembung dengan Cikgu Murni. Kami berjalan seiringan sambil berbual.

“So apa khabar misi ke Kemboja tempoh hari? Best ke?” Tanya dia. Ingat pula Cikgu Murni pasal tu..

“Best sangat…bak kata orang, ‘jauh perjalanan, luas pandangan’..dari pengalaman tu membuatkan saya rasa lebih bersyukur dilahirkan di Malaysia yang serba cukup.” Jelas aku membandingkan situasi anak remaja di sekitar aku dan di kem misi kemanusiaan tempoh hari.

“Tapi sungguhpun begitu, anak-anak di sana sangat rajin belajar dan sentiasa bersemangat belajar benda baru dari pengamatan saya..” sambung aku lagi.

“Wahhh...mesti kita pun bersemangat nak mengajar kalau anak-anak murid rajin beri feedback apa yang kita ajar..hehe!” tuturnya suka kepada pengalaman aku.

“Semestinya! Sehingga pagi ni perasaan rasa bersemangat nak mengajar tu masih terbawa-bawa..! Hihi..”

“Kalau ada peluang dan kesempatan, saya pun nak ikut serta dalam misi seperti itu…nak juga merasa pengalaman macam tu..” tuturnya berharap.

“InsyaAllah…kalau cikgu nak sertai misi kami yang seterusnya, saya boleh tolong masukkan nama cikgu dalam senarai..!”

“Yelah…insyaAllah kalau ada masa dan kelapangan, nanti saya beritahu sama ada dapat join atau tak…” balasnya ceria. Kakinya berhenti betul-betul di hadapan pintu kelas 4 Amanah. Aku sama-sama berhentikan langkah. Aku faham sangat, cikgu Murni nak masuk kelas mengajar kelas yang seterusnya.

“Aminn…” langsung berentikan bual bicara, aku tinggalkan cikgu Murni. Ketika ini cikgu murni  sudah melangkah masuk ke kelas. Walaupun sudah agak jauh aku tinggalkan kelas itu, suara pelajar memberi salam kepada cikgu Murni masih kedengaran.

Persiapan untuk meninggalkan meja masing-masing terhenti sekejap dek kerana Cikgu Wani, penyelia sekolah yang berada di hadapan kami tiba-tiba bersuara. Aku bersahaja menunggu dengan sabar. Kami sama-sama menunggu..

Sebelum saya lupa…saya mewakili semua sahabat-sahabat warga pendidik sekolah ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Syafikah yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga…!” ujarnya bertepuk tangan membuatkan aku sedikit terkejut dengan pengumuman itu. Setahu aku, aku tak pernah kongsi berita ini kepada rakan seperjuangan aku..huhu. Aku berdiri lalu mengucapkan terima kasih kepada mereka semua. Dari mana mereka tahu? Segan pula nak tanya siapa yang khabarkan…huhu

“Aku tak dijemput pun dekat majlis tu cikgu Syafikah…” suara nakal cikgu Mariani berkata dari tepi sambil tangannya sudah memeluk beberapa buku di tangan.

“Aahh..hehe majlis tu terlalu cepat sampai tak sempat nak jemput sesiapa..hihi..” balas aku tergigit-gigit bibir.

“Apa-apa pun, congratulation cikgu Syafikahhh! Have a great honeymoon..” kata Cikgu Priya ketika lalu dihadapan aku. Tersenyum-senyum nakal dia. Tahulah dia paling rapat dengan aku di sini. Dulu masa mula-mula lapor diri, pemalu je orangnya..huhu!

“Tunggu Priyaa..jap-jap…” aku sedikit menjerit.

“Apaa? Nak ikut sekali ke..?” tanya dia memberhentikan langkah. Aku lekas-lekas mengambil apa-apa yang patut dibawa balik kemudian cepat-cepat datang ke ke arahnya.

“Nahh~ untuk budak comel tu..” hulur aku ke tangannya. Sekotak hadiah untuk anak lelakinya yang telah menduduki tempat kedua dalam kelasnya tahun lepas.

“Thank you Fikahhh~ you are the most beautiful makcik for my eldest son!” ujarnya kegembiraan. Terlalu memuji pula. Dah aku tabur janji pada Sanjev, wajiblah aku tunaikan. Hehe! Kotak hadiah itu segera dipeluknya setelah bertukar tangan dari aku.

“Er..macam mana korang tahu pasal majlis saya tu eh?” soal aku segan sudah seiringan berjalan ke arah kotak parkir.

“Halaaa…sebenarnya hari tu, masa majlis kau kami ada call kau untuk datang ke mesyuarat tergempar sekolah..tapi bakal suami kau yang jawab..dia minta excuse untuk pengecualian sebab nak nikah katanya…” terkebil-kebil aku dengan jawapan itu. Aku tak tahu pula…dan Shah tak beritahu aku..

“Thank you Fikah! Saya balik dulu..” kata Priya seraya menutup daun pintu kereta. Hanya sempat melambaikan tangan sebagai balasan ucapan terima kasih sebentar tadi. Tersenyum-senyum aku dek memikirkan gelagatnya tadi..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers