Saturday 21 August 2021

(Full Novel) Suamiku 19 Tahun! [Bab 62]

 Bab 62

Cukup lima hari aku dibiarkan tanpa dikhabarkan berita mengenai Shah di tanah besar China itu. Ya Allah…serius ke dia nak biarkan aku tertanya-tanya status dia? Dia tahu tak aku risaukan dia? Setelah pencarian ke platform media sosial gagal mengesan keberadaan dia, aku tidak mempunyai pilihan lain selain bertanya kepada setiausahanya atau Encik Hazwan dan Dr Ezra…

Sementara tangan asyik menolak troli, kepala aku ligat berfikir soal dia. Takkan masih tak sampai-sampai lagi kut? Ya Allah Shah…dia sakit ke? Dia sihat ke? Sebab dia, barang dapur yang aku nak beli caca marba jadinya…dengan mudah aku lalu je barang yang hendak dibeli. Nasib baik aku dah senaraikan apa yang perlu dibeli sebelum datang ke sini tadi. 

“Cikgu...bayar dekat sini..” kata adik cashier yang berada di sebelah kanan selang satu kaunter yang dikosongkan sementara waktu. Erh…ketara sangatkah penampilan aku sebagai cikgu sehingga dia boleh meneka dengan tepat kerjaya aku..? Terpinga dipanggil, aku ke kaunternya. Manis je orangnya. 

“Apa khabar cikgu..?” tanyanya ketika aku mula meletakkan barang ke atas kaunter. Sambil scan barang kami berbual.

“Cikgu masih kenal saya tak?” ohh..bekas pelajar aku rupanya..tapi aku tak ingat dia siapa.. Aku hadiahkannya senyuman sambil mencuri pandang  wajah itu dan cuba mengingat-ingat..

“Siapa ye..? Maaf cikgu dah tak ingat..siapa ya?” sebaliknya aku bertanya kepada dia kembali. Jarinya yang sedang menyentuh di papan skrin komputer sebaliknya tersenyum-senyum.

“Haslina cikgu….” Jawabnya automatik alihkan pandangan dari skrin itu sehingga kami berlaga mata antara satu sama lain.

“Ohh…ya Allah…sorry cikgu benar-benar tak ingat…” balas aku terkulat-kulat. Rasa nak garu kepala yang tidak gatal.

“Takpe cikgu..saya faham juga sebab cikgu hanya sekali sekala masuk kelas dulu…” aku angguk setuju dengan kenyataan itu.

“Haslina apa khabar? Sihat..?”

“Alhamdulillah..sihat je cikgu. Dah kahwin dah pun…dan ada anak perempuan setahun lebih dah…”

“Ohh..yeke..alhamdulillah..” ketika ini barang terakhir aku sedang diimbas ke mesin scanner. Kami bernasib baik, hanya aku satu-satunya pelanggan yang berada di kaunter itu.  Kalau tak, rasa bersalah pula berbual banyak. Hemm..agaknya sebab hari  masih awal, pelanggan pun masih kurang.

“Haa~ cikgu..! Kenal Shah kan..?” kepala aku automatik dipandu ke tangan Haslina kemudian ke arah kaca televisyen yang ditunjuk olehnya.

‘Hari ini kita telah menjemput CEO Sharaidah  Group, Shah Imadi shah Reza untuk  memberikan sedikit tips kepada usahawan-usahawan muda bagaimana untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.’. Ujar juruacara rancangan terbabit. Aku seolah digam dengan rancangan televisyen yang berlangsung. Dia nampak berkarisma di situ. Tidak mahu dilihat begitu tertarik dengan temuramah itu, aku bertanya sedikit kepada Haslina.

“Erh…siaran langsung ke ni?” soal aku dengan mata masih melekat kepada kaca televisyen.

“Ulang siar je ni cikgu…ni dah kedua kali ulang..kenapa cikgu?” tanya Haslina berasa pelik.

“Oh…...takde..” lambat-lambat aku angguk kepala lalu alihkan pandangan dari kaca tv. Allah..teringat kembali soal Shah. Rasa geram dan kesal aku kepada sikapnya. Aku jadi diam di depan Haslina memikirkan sikap tidak wajar Shah pada aku. Aku menyimpan barang ke kereta sebaik melangsaikan harga yang tertera di skrin komputer Haslina tadi. Sebagai orang yang lebih tua, aku tidak lupa berpesan kepada Haslina agar sentiasa menjaga diri baik-baik ketika bekerja.

“cikgu!” 

Belum sempat aku menggerakkan kereta, jeritan sayup-sayup dari jauh mematikan niat aku. Aku keluarkan kepala dari tingkap kereta yang aku buka sebentar tadi untuk mengeluarkan haba. Termengah-mengah dan berpeluh-peluh Haslina sesudah betul-betul berhenti ditepi kereta. 

“Cikgu lupa barang ni…” ujarnya menghulurkan terus ke pangkuan aku.

“Ohh terima kasih Haslina…” balas aku. Serba salah pula kerana sudah menyusahkan dia. Dia berlari kembali meninggalkan aku setelah memberikan barang tadi. Mengingati kembali kisah Haslina waktu dulu, aku bersyukur dengan perubahannya kini.. tak sangka wajah semanis dia boleh obses dengan Shah …huhu…

**

‘Kepada ahli tertinggi persatuan, mesyuarat pertama tahunan akan di adakan pada ahad ini…tolong beri maklum balas dengan segera kehadiran/ketidakhadiran ahli jawatan kuasa bagi melicinkan agenda mesyuarat.’ Aku baca sekali lalu mesej yang dihantar terus ke group persatuan sewaktu makan tengah hari di kantin sekolah. Kalau dahulu mesyuarat dikhabarkan melalui surat, kini hanya dengan group whatsapp sahaja sudah cukup. Senang dan berita itu sampai on time bak kata orang.

‘Assalamualaikum Encik Hazwan..boleh tak minta nombor telefon oversea Shah?’ Tanya aku kepada Hazwan di personal message. Aku ambil kesempatan bertanya mengenai Shah sementara dia masih berstatus ‘online’ dibawah namanya di whatsapp messenger. Segan juga bertanya tapi memandangkan dah hampir seminggu Shah tak khabarkan aku apa-apa berita, aku terpaksa meminta tolong dengan Hazwan. Kawan baik Shah, tak kan dia tak tahu kan..? Huhu..

‘Waalaikumsalam…Shah pakai nombor yang sama Syafikah…Shah tak beritahu ke?’ Balasnya cepat. Hah…? Pakai nombor yang sama aje? Rasa nak tepuk dahi…

‘Tak….dia lupa beritahu kut…terima kasih ya Encik Hazwan!’ jawab aku memberi alasan. Walhal dia tahu bagaimana status hubungan aku dengan Shah. Ermmm…rasa malu pula..

‘Encik yer..? Hehe! It’s ok..sama-sama..’ balasnya kembali mengakhiri kata-kata. Geramnya…aku! Membara rasanya hati ni. Rasa tak sabar untuk menghubungi dia sesudah mengakhiri hari persekolahan hari ini.

KERANA hilang sabar yang amat sangat, sebaik sampai ke rumah aku hubungi dia. Panggilan telefon aku cepat dijawab oleh dia.

‘Speak..!’ ya Allah….Aku yang patut jadi harimau sekarang ni. Aku duduk bersilang kaki di hujung katil sambil melepaskan stokin.

“Kenapa tak call saya sebaik sampai? Awak ingat saya ada telepathy nak tahu awak ada dimana? Awak ingat saya ada sixth ense boleh tahu awak sihat atau tak? Awak anggap saya siapa sebenarnya? Orang yang hanya berhutang 500k ke? Awak ingat saya tiada..”

“Tup…” talian diputuskan secara tiba-tiba. Ya Allah…dilayan seperti stranger, rasa seperti ditikam-tikam di dada! Sampai hati dia buat aku macam ni…aku tahu, aku ada kesilapan tapi janganlah buat aku macam ni. Sorry..aku teramat marah sekarang ni. Aku genggam kuat telefon tadi melepaskan amarah.

‘Demam ke hari ini..?’ Tanya dia di whatsapp mesej. Allah…speechless. Aku serius bertanya..dia buat main dengan panggilan aku tadi..? Aku pandang sepi mesej itu dan tidak lama selepas itu aku jawab. 

‘Minta maaf….saya tiada mood nak bercakap dengan awak buat masa ini…’ sebaik membalas mesej dari Shah, aku letak jauh-jauh telefon itu dari pandangan aku agar aku dapat menenangkan diri. Seriously..aku rasa nak nangis..!

fuh~ aku hembus nafas panjang-panjang…

Sebaik bertenang, rasa ada sedikit penyesalan aku kerana melontarkan kata-kata berbisa itu tadi. Aku sepatutnya bersabar dengan apa jua keadaan… sebaliknya aku pula yang terlalu gelojoh membina sebuah kebahagiaan tanpa fikirkan side dia ……

Aku seharusnya sedar..aku yang telah mencipta hubungan yang hambar ini dari awal. Untuk bina semula hubungan itu biar slowly but steady sepertimana yang aku dah plan sebelum ni…tapi hari ini..? Hmm Ika..Ika. Menggeleng tanpa sedar dengan tindakan tidak waras aku tadi.

Patut tak aku tanya soal panggilan misteri itu sebagai pemula? Agar dapat merungkaikan teka-teki aku tentang keberadaannya di sana… tapi bersediakah aku dengan jawapannya nanti?

Aku gagahkan hati mencapai kembali telefon tadi.

‘Shah…awak ada orang lain…?’ belum sempat aku tekan send, dia terlebih dahulu menghantar sesuatu.

“Shah call…” sebaik sahaja membacanya, panggilan Shah masuk. Lambat-lambat aku jawab..

“Assalamualaikum…” aku memulakan perbicaraan.

“Waalaikumsalam…” beberapa saat kami sama-sama terdiam. Sebenarnya aku tunggu dia bersuara..dan mungkin dia juga mengharap benda yang sama..

“Maybe I heard it wrong…tapi bukankah Ika yang telah tetapkan rules untuk kita tidak buat apa-apa sementara waktu ni?” eh..? Aku sudah baringkan tubuh melepaskan lelah.

“Tapi saya tak cakap kita perlu berjauhan…” aku gigit jari. Dia salah faham rupanya…

Dia kembali diam..

“You don’t even call me…I thought it was one of your rules…” dia lepaskan satu-satu ayat itu dengan nada yang rendah. Allah..cuma mampu gigit bibir…

“Awak…saya bukan tak nak call, saya tak tahu awak  pakai nombor yang sama ke luar negara..saya ingatkan awak pakai nombor lain…” balas aku menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. 

“Then tell me more specific about it…” aku gigit-gigit bibir berfikir-fikir.

“Ermm..tapi…takut nanti awak salah faham lagi…” sebelum ini aku beriya-iya konon nak bekerjasama dengannya soal anxiety dia..namun memikirkan semula salah faham dia…hmm

“Saya ikut je…biar awak yang tetapkan..sebab awak yang tahu sampai tahap mana anxiety awak….” Aku gigit jari..kau sedar tak apa kau cakap Ika?

“Are you serious about this…?” kedengaran tawa kecil dia di hujung talian. Aku tarik telefon itu dari telinga sekejap. Aku dah agak dah...

Aku letakkan telefon itu kembali ke telinga aku.

“Erhh…..awak jangan fikir yang bukan-bukan pula..sebab fokus kita nak awak sembuh…faham tak..?” hemmm dia ni..

“Baik cikgu…!” erk?? Seriuslah…sempat dia buat lawak..huhu


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers