Tuesday 9 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 7 ]

Kenapa pula dia cari aku balik? Kalau ikutkan hati aku ni, nak saja aku ‘tembak’ dia macam-macam! Tapi memandangkan aku, ni baik sikit, ceh! Baik sikit konon. Haha~

Teringat kembali kata-kata Fatin siang tadi..

“Aku baru tahu, Afif dah balik dari Australia! Tapi yang paling aku terkejut, dia nak sambung dengan kau balik!”

“Biar betul?” aku mengamati wajah Fatin mencari kepastian. Namun wajah itu masih serius.

“Tapi kenapa dia nak cari aku balik?” aku sambung soalan.

“Mungkin dia dah insaf dan menyesal kot..sebab tu Afif cari kau. Kita mana tahu?” Fatin mengangkat bahu. Insaf ke? Macam susah je aku nak percaya semua tu!

“Aku ingat kau gembira dengan berita ni. Sebab tu aku beritahu kau..tapi, macam kena kejar hantu je muka kau..pucat semacam! Kau masih marah dekat Afif ke?” soal Fatin dengan wajah berkerut. Hais, aku tahu lah perangai kau Fatin..suka saja kenankan aku dengan Afif balik kan? Macamlah aku tak tahu, dulu kau juga yang aturkan pertemuan aku dengan Afif kan? Tapi taklah aku cakap dekat dia macam tu! Hehe..

“Atau...kau dah ada pengganti dia?” berkerut dahi Fatin. Sambung- menyambung dia soal aku.

“Erk! Kesitu pulak..bukanlah! Aku dah lama maafkan dia..cuma, nak terima dia balik..mustahil kot!” yaaa..memang mustahil! Aku dah putuskan untuk kuburkan semua kenangan aku bersama dia.

* * *

Entah kenapa semangat aku menjunam apabila teringatkan kembali kata-kata Fatin. Aku scan hati. Apa aku masih mengharap sebuah hubungan dengan Afif? Adakah aku patut terima dia balik? Mengimbas kembali kenangan lalu, aku memang bahagia bersama dia…dia adalah first love aku. Tapi aku…

Tubuh aku labuhkan di atas katil..aku mengamati syiling rumah di dalam samar. Tapi…kini, tidak lagi…dan yang aku pasti, debar hati ini sudah hilang untuk dia! Betul betul betul! Tiba-tiba jadi watak upin ipin. Huh~ usah fikirkan sangat si Afif tu. Lagipun, aku dah terima takdir antara kami…dia bukan jodoh aku. Dan aku bukan jodoh untuk dia..

Mata aku mulai kabur. Mulut sudah menguap banyak kali. Memang, sebab banyak sangat kerja aku hari ini..kemas rumah lah...sapu luar dan dalam rumah ni. Pulak, rumah ni memang besar giler buat aku. Dah tu, tinggal seorang-seorang pulak tu! Aku cuci kereta lagi tadi..yelah, kalau cuci dekat car wash nak jugak habis sepuluh kupang! Duit poket sehari aku tu! Lama juga aku imbas balik kerja-kerja aku hari ini. Akhirnya mata ni nak juga pejam. Kalau tak, lambatlah aku bangun subuh esok!

Belum sempat aku dibuai mimpi..satu pesanan ringkas masuk ke inbox message Motorolla Atrix aku.

Sebaik membuka mesej, kandungannya aku baca..

“Assalamualaikum Ika, dah tdo?”

Aik, siapa pulak ni? Aku garu kepala cuba meneka. Namun hampa dan sia-sia. Sah aku tak tahu langsung pemilik nombor ni!

“Waalaikumsalam, blm lagi. Ni sapa? Fatin eh?”

“Hehehe..secret admirer!”

Amboi! Siapa pulak ni?

Otak aku ligat bekerja mencari penama siapa yang biasa panggil nama panggilan aku. Tapi..banyak weih! Tak mampu untuk aku ingat semua.

“Haaa ni mesti kak Fiza kan3 :D?, nmbr baru eh?”

Heheh aku saja meneka. Mana tahu tepat kan? Tahulah, Kak Fiza tu kadang-kadang gila-gila juga orangnya!

“Bukan :P !”

Apa!? Owhh aku naik fed up! Siapa pula ni??

“eh??? Abah ek -_-?”

Menyampah betul aku! Memanglah bukan Abah. Tapi sudah geram, memang macam tu lah aku! Main teka je.

“Menantu abah! Hehehhe ^_^V”

Grrr..aku mulai tidak sedap hati! Sounds familiar..Mungkinkah dia? Lama aku berfikir..akhirnya pesanan ringkas itu aku abaikan begitu sahaja. Mungkin salah nombor kot? Atau ada orang saja nak main-mainkan aku?

“Er..sory, sy mengantuk sgt..sy nak tdo ni... -_- zzzzZZ !

Penat pulak aku, tidurlah!

“Jap..Ika, ini Shah..”

Oit!? Mahunya aku tak terkejut? Aku terkedu sekejap. Aku hairan jugak, macam mana dia dapatkan nombor aku? Dari mana? Apa lagi budak ni nak? Aku menggeleng kepala.

“Mana dpt no cikgu ni?”

“Dalam dokumen..Ika ada tulis no tel dkt situ kan?..hehe..”

Aku tepuk dahi. Ye tak ye jugak..adeh!..membuta agaknya budak ni? Dah jam 11 pun belum tidur?

“Nak apa?” Kasar je...phew~

“Shah nak tulis sesuatu utk Ika..”

“Apa dia?” malas aku ringkas. Malas nak layan okay! Dari siang ke malam, masih nak ganggu aku. Lama aku tunggu balasan mesej dari dia..sampailah aku terlelap tanpa sedar.

Aku terjaga dengan deringan alarm jam meja. Ada lah dalam lima minit lepas alarm itu berbunyi, barulah aku bangkit dari pembaringan. Aku terus mandi sebab memang lumrah bagi aku untuk mandi sesubuh ini. Segar badan tau? Mama yang ajar. Usai mandi, aku solat subuh. Selesai solat subuh..aku lipat kembali sejadah dan telekung. Aku simpan di tepi meja solek..agaknya mama sudah bangun ke tidak ni? Sebenarnya aku nak tanya khabar mama..kalau ditangguh-tangguh pula, nanti lupa pula aku! Hemmm…tiada teman, tu pasal asyik telefon mama je. Barangkali mama pun dah naik hantu dekat aku. apa tak, tengah malam, pagi siang ke petang, aku asyik call je.  Huhu..sabar jelah..

Aku capai handphone yang masih diatas katil aku sejak semalam.

Satu mesej tertera di atas skrin telefon..dari Shah. Baru aku teringat, aku terlelap semasa berbalas mesej dengan dia semalam. 

“Err?” terkedu aku sekejap sebaik membaca mesej itu.. Aku baca lagi sekali untuk memastikan apa mesej sebenar yang dia sampaikan. Dah giler agaknya budak ni hantar sms macam tu dekat aku! Aku abaikan macam tu saja sms tu.

................ tapi jauh di sudut hati aku, aku agak terharu! Terharu, mungkin kerana jiwa aku sebagai perempuan.

“Apakah ini yang dikata cinta? Pabila nama itu meniti di bibir, debar hati kian laju mengiringi jiwa. Apakah ini yang dikata istkharah cinta? Apabila dirimu peneman disetiap kebaikkan yang hadir. Ya, Allah..jika dia tercipta untuku..satukanlah kami di bawah payung kasihMu. Jika dia cinta yang Allah berikan untukku, aku buka hati ini sepenuhnya pada saat lafaz itu ku ucap kelak!”

“Seriously, I miss u!”

* * *

“I miss you????” Glup! Biar betul dia yang hantar. Yelah, budak lagi kan..belum matang lagi..inilah bahana cinta monyet ni! Hati aku tidak sudah-sudah bermonolog apabila membaca balik mesej itu.

Aku masuk ke kelas 5 Mawar. Tiada apa yang menarik..aku mengajar seperti biasa. Cuma kali ini aku beri tiga tugasan kepada pelajar-pelajar aku. Banyaklah keluh kesah dari anak murid aku..tapi aku nak buat macam mana lagi? Memang kena push hard lah budak-budak ni. Dah la banyak sangat alasan kalau kerja sekolah belum siap? Aku cuma mampu bersabar pada setiap gelagat mereka.. Menggeleng sendirian memikirkan perangai setiap satu anak murid aku. Huhuhu..

Selesai saja kelas aku, aku menuruni tangga sekolah dua tingkat itu. Hati aku rasa teruja nak balik kampung esok! Yeah~

“Cikgu Syafikah!” aku di panggil dari arah belakang sebaik sampai ke tangga terakhir. Kepala aku terus dipaling ke arah suara tersebut.

Shah? Aku terkulat-kulat. Terpinga-pinga. Di tangannya meriba beberapa buku. Buku latihan? Buku kerja?

“Hemm?” nada mendatar aku jawab. Dia menghampiri aku lalu menghulurkan buku-buku itu. Buku itu bertukar tangan. Erk? Berat!

“Ini buku kerja sejarah tingkatan 5 Amanah.” kebetulan saya lalu dekat sana tadi..dia orang minta tolong saya pass kepada cikgu”. Tutur dia senada. Bertuah punya students. Apasal pass dekat Shah budak Form 6 ni?? Aduh! Tolonglah…

Si Shah ni pun. Ringan tangan sangat. Atau dia memang sengaja nak jumpa aku? Tapi..eh? Di sekolah, dia nampak serius je! Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

“Lain kali hantar terus dekat meja cikgu boleh kan?” aku juih bibir menghala ke bilik guru yang agak jauh jugak. Datang mood geram aku. Dahi sudah dikerut riak malas.

“A'ah..memang nak hantar dekat meja, tapi kali ni tak. Sebab Shah nak cakap sesuatu dekat Ika”.  kecil saja suara dia cakap macam tu dekat aku..cukup hanya kami berdua sahaja yang dengar. Kan aku dah kata tadi? Mesti ada je budak ni nak dari aku. Aku pandang kiri dan kanan..kemudian depan belakang. Mengesan kehadiran orang lain! Huhu dah tu pula, senyuman nakal dia buat aku kurang selesa!. Aku hanya mampu mencebik bibir. Haiss!

“Ika balik dengan Shah hari ini boleh kan? Ada hal nak discuss sikit..” ajaknya.

Aku menggeleng laju seraya angkat muka memandang dia di hadapan aku. Dia buat muka pelik.

“Eh-eh, cikgu tak boleh..sorry!” putus aku mengangkat tangan tanda tidak setuju dengan permintaannya. Serta-merta aku tinggalkan dia. Terpinga-pinga budak tu aku tinggalkan. Yelah, dia minta sesuatu yang tidak masuk akal! Memang wajib ditinggalkan! Patutlah guru dan pelajar ditegah bercinta,  ini lah contoh akibatnya! Huhuh...
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers