Saturday 20 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 9 ]

Usai sarapan, kami semua ke ruang tamu. Kala ini, Farish sudah bangun dan sedang bermain dengan abahnya di tengah-tengah kami. Sedikit sebanyak kegusaran aku hilang dengan telatah anak buah aku Farish. Dia memang sangat comel! Wajahnya lebih banyak mengikut persis Kak Fiza yang sememangnya diakui memiliki rupa paras yang cantik! Aku?! Biasa-biasa saja. Dahlah kulit kusam je..huhu. Tapi rasa syukur tetap aku panjatkan kepada Ilahi. Sekurang-kurangnya aku ada mata, hidung, telinga, kening mulut…segala-galanya lengkap. Nikmat Allah yang mana aku nak dustakan?

“Sebulan lalu, ada rombongan dari jauh datang..” abah yang dari tadi tersenyum sendiri melihat karenah cucunya mula membuka mulut. Wajahnya kini mulai serius.

Bukan sahaja fikiran, malah mata juga aku fokus kepada kata-kata abah. Terus sabar menanti..Kak Fiza pun sama. Mama? Tenang saja. Sementara abang Ijat masih dengan kerjanya bermain dengan Farish.

“Mereka datang merisik Ika!” Serta merta aku tersentak. Abang Ijat sudah berpaling memandang abah..Kak Fiza pula sudah tersenyum-senyum. Memang betul telaan aku sejak tadi…meremang bulu tengkuk. Siapa yang datang meminang aku? Itu soalan yang automatik muncul di kotak minda aku.

“Kalau Ika tiada sesiapa, orang tu nak masuk meminang secepat mungkin seandainya Ika bersetuju…” jelas abah menyambung kata-katanya. Abah pula seolah-olah sedang menanti aku untuk membuka mulut tapi aku pula kehilangan idea untuk berkata-kata.

“Err...” lama aku pandang mata abah.

“Apa lagi yang nak ditunggu, terima sajalah!” dek keceluparan Kak Fiza mengusikku. Aku kecilkan anak mata menjeling sekilas padanya. Geram!

“Si..siapa abah?”  aku tersekat-sekat bertanya.

“Katanya, yang meminang tu siapa namanya mama?” kerana lupa, abah bertanya kepada mama. Pantas itu mama mula mengingat-ingat.

“Aaa..Afif Syukri!” jawab mama pendek. Mama tersenyum-senyum tatkala nama itu disebut. WHAT?? Hati aku terlebih dahulu menjerit.

“Apa??!!” Aku terlopong besar apabila nama itu disebut. Tak sangka aku. Aku betul-betul ingatkan Shah yang datang. Rupanya si...@#$%^& Hemm.. Apa lagi yang Afif nak dari aku setelah dia tinggalkan aku? Aku marah, aku geram sangat! Suka hati dia membuat keputusan tanpa  bertanya terlebih dahulu kepada aku. Jelas perangai dia masih sama seperti dahulu. Sama kes macam mana dia tinggalkan aku!

“Yang terkejut sangat ni kenapa?” soal mama. Berkerut-kerut dahi dia. Siapalah yang tidak terkejut, bertahun menghilang..muncul saja datang merisik!? Tanpa aku tahu pulak tu? Aku macam nak meraung saja saat ni..huhu

“Seperkara lagi..” ujar abah. Sebenarnya abah dan mama agak keberatan untuk bersetuju. Tapi kalau Ika bersetuju, kenapa pula kami nak halang memandangkan katanya, Ika dengan Afif saling mengenali.”

“Ika kenal siapa Afif kan? tanya abah meminta kepastian dari aku.

“Kenal tu yelah....tapi...” jawab aku mendatar. Bingung pun ada sekarang ni. Semua mata yang memandang, fokus pada apa yang bakal aku katakan.

Aku dan dia sudah lama putus hubungan! Itu yang aku nak cakap..tapi aku tiada kekuatan untuk memaklumkan perkara itu dihadapan mereka. Lebih-lebih lagi pada kakak Fiza.

“Hemmm, Ika tak naklah terima abah..” putus aku bersuara menjawab semua persoalan. Aku cukup lega dan teruja dengan keputusan abah dan mama. Sekurang-kurangnya tiadalah namanya kahwin paksa. Ohh sukanya hatiku~

“Haa, kenapa pula?” soal kak Fiza tiba-tiba..riaknya seolah-olah tidak puas hati dengan keputusan aku. Berkerut dahi aku sekejap.

“Bukan orang tu jugak yang kau banyak kali sebut dulu dekat akak?” aku sudah menjeling tajam ke arah kakak. Perli lah tu! Ye, aku pernah banyak kali bercerita tentang Afif pada kak Fiza. Tapi itu dulu, sebelum Afif tinggalkan aku!

“Ika saja tolak..tiada jodoh macam tulah..” selamba saja aku menjawab sembunyikan cerita sebenar.

Lama abah berdiam diri. Tengah menimbang tara lah kot..tidak lama selepas itu, abah tersenyum. Mama juga sama. Cuma kak Fiza saja yang kurang selesa dengan keputusan aku. Abang Ijat toleh kakak dengan dahi yang berkerut. Dia rasa pelik agaknya dengan kelakuan kakak sebentar tadi. Aku lagilah rasa pelik. Macam dia pula yang nak kahwin! Hiks

Aku tidak rasa terganggu dengan sikap kakak tu, yang penting kata-kata abah dan mama itu cukup membuatkan hatiku berbunga saat ini. Kenapa pula aku kena ikut kehendak Kak Fiza? Hehehe..selesai satu masalah. Ingatkan apa tadi..

* * *

Aku duduk di kerusi meja solek sambil mengeringkan rambutku yang basah dengan hair dryer.

Lenguh bahu aku keringkan rambut. Apa tidak, dah rambut aku tebal..tak lah panjang sangat, lebih sikit je dari paras bahu. Adalah dalam seinci lebihnya! Lepas ni, aku nak ke salon. Potong sikit rambut ni. Biar senang diurus! Aku berdialog sendiri sambil berangan-angan dengan rambut baru. Hihi

Tiba-tiba telefon aku berlagu. Aku terus capai telefon aku yang sejak tadi kaku di atas meja solek. Tiada penama..sekilas saja aku pandang skrin telefon sebelum aku cepat-cepat menekan kotak hijau pada skrin telefon.

“Assalamualaikum”..

“Waalaikumsalam..aku minta maaf!” satu suara yang aku sangat kenali di hujung talian.

“Fikah...” sah Afif! Kerana dia seorang sahaja yang panggil aku dengan nama Fikah.

“Kau nak apa!?” aku bertanya dengan nada agak tinggi kerana berang akan tindakan dia berjumpa dengan mama dan abah secara tiba-tiba tanpa pengetahuan aku.

“Aku minta maaf sebab tinggalkan kau dulu..sorry! Kita sambung balik eh?” Afif cuba untuk memujuk aku dengan kata-kata maaf darinya.

“Aku dah lama maafkan kau..” kata aku perlahan. Aku cuba untuk bertoleransi dengan dia saat ini.

“Tapi..carilah orang lain untuk dijadikan isteri!” pinta aku.

“Fikah! Janganlah macam tu. Kita kahwin eh? Hem?"  Kahwin ye?? Mudahnya berkata-kata selepas bertahun dia tinggalkan aku.

" Aku rasa bersalah sangat dekat kau. Maafkan aku Fikah!” pujuk Afif  merayu.

“Kalau rasa bersalah, perkataan maaf dari kau pun sudah cukup.Aku sudah maafkan kau but we are clear over! Tolong faham!” sedikit tegas dari aku. Sebab dia macam tidak faham bahasa aku. Nak saja aku tipu dia yang aku dah ada pengganti dia. Tapi dengan siapa? Nak aku sebut nama Shah!? Purrr~ seram sejuk, terima kasih jelah!

“Fikah..pleaselah!”

“Sorry! Afif, aku ada hal sekarang ni. Assalamualaikum..” aku tidak tahu apa yang Afif cakap selepas itu sebab aku cepat-cepat putuskan talian. Aku takut tidak dapat mengawal perasaan amarahku dengan sifat Afif yang seolah-olah tidak mahu cuba memahami keadaan aku.

Kadang kala aku keliru antara sifat Afif dengan 'Love Quote' dia satu ketika dulu. Setiap kali aku baca kad itu, seolah-olah bukan dia. Kata-katanya dalam kad penuh dengan madah. Afif pula kasar semacam! Kadang aku terfikir, adakah aku sayangkan Afif sebab dirinya atau sebab tergoda dengan kad pemberian dia tu. Hurm…

Aku menyarungkan baju kurung Chiffon rona hijau ditubuhku. Tudung yang sedikit labuh aku perbetulkan di depan cermin. Jam di dinding pula sudah menunjukkan pukul 2.15 petang. Agak-agak semuanya elok di mata aku, handbag warna coklat aku capai lalu segera keluar dari kamar menuruni tangga rumah.

“Amboi, cantik kau hari ini? Ni nak kemana pulak ni?” kedengaran suara kak Fiza menegur aku sebaik aku selamat memijak anak tangga terakhir. Aku menoleh ke sebelah kanan..kelihatan kak Fiza sedang duduk bersila menyuap Farish dengan buah anggur.

Aku tersengih saja memandang mereka berdua.

“Perli lah tu!” kata aku sambil aku mencebik bibir. Tersengih Kak Fiza dengan tindakbalas aku.

“Ika nak keluar kejap, ada hal. Akak ada nak pesan apa-apa?” tanyaku kepadanya.

“Beli jelah apa-apa yang Ika nak. Baik untuk Ika, baiklah untuk semua orang jugak!” tukas kak Fiza seraya melemparkan senyuman manis dia. Cis! Bijak sangat berkata-kata. Adalah dia nak minta tu. Macamlah aku tak tahu perangai Kak Fiza. Tengok je nanti, kalau aku tak belikan dia buah kegemarannya tu, balik nanti dia tanya ada beli tak buah amggur? Sedangkan dia tak pesan apa-apa pun sebelum aku keluar.

“Yelah, Ika keluar jap ye...nanti maklumkan saja pada abah dan mama.”  Tutur aku membuat permintaan kepada kak Fiza.

“A'ah..yelah. Baik-baik jalan tu!” ujarnya sempat berpesan.

Aku meluru ke arah pintu utama rumah. Kasut tumit setinggi dua inci aku sarungkan ke kaki dan menuju ke arah kereta yang terparkir di garaj. Kunci kereta di dalam handbag aku ambil. Automatik saja jari aku menekan butang kunci alat kawalan jauh dan terus masuk ke perut kereta. Kereta itu meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah sebaik aku menghidupkan enjin.

Dalam perjalanan menuju lokasi yang dituju, sekali sekala telefon pintar yang aku letak di dashboard kereta berlagu nyaring. Aku sengaja tidak menjawab panggilan telefon itu sebab aku tahu, yang call tu adalah Afif. Nombor yang tidak bernama tu, aku kenal sangat sebab aku sempat menghafal hujung nombor telefon Afif tadi. Huh~ Aku mengeluh! Apa lagi yang dia nak cakap dekat aku pun aku tak tahu! Dia tak boleh paksa aku kahwin. Over is over! Geramnya aku!

Selepas urusan aku di salon tu selesai, aku ke supermarket terdekat untuk membeli buah kegemaran kami sekeluarga. Pear hijau! Memang itu buah yang tidak pernah tertinggal ketika keluar ke mana-mana. Stok dalam peti ais jugak sentiasa ada!

Aku membeli sedikit barang dapur. Kut-kut boleh masak yang sedap–sedap untuk makan malam ni. Yelah, ambil kesempatan dalam kesempitan masa musim cuti ni. Hehe…kumpul ramai-ramai, makan ramai-ramai…tak gitu?
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers