Aku dari tadi menunggu status kesihatan Shah di ruang
menunggu. Risau dengan apa yang berlaku tadi namun dalam keadaan aku panik, aku
boleh membuka password handphone Shah dengan betul. Masih password lama…tu yang
buat aku terfikir-fikir. Dia masih sayang aku ke? Ke atau aku yang perasan
lebih? Huhu…habis tu, petang tadi kan..dia cakap “focus on me..”..? Tapi dari
cara dia layan aku, macam benci aku pun ada..ermm! Bingung rasanya…
‘Syafikah…” panggilan
itu mematikan lamunan panjang aku.
“Hehe…dari tadi abang panggil…” rupanya Encik Hazwan. Malu
pula rasanya…dahlah masa mengelamun panjang tadi aku tak keruan. Ermmm..boleh
kata aku macam cacing kepanasan.
“Ada apa-apa yang menganggu fikiran Ika?” tanya dia
berseloroh melabuhkan punggung di sebelah aku.
“Ish..takdelah…dah tengok keadaan Encik Shah tadi?” aku
berbohong justru bertanyakan soalan lain. Nak selamat punya pasal.
“Dia sedang berehat…dah sedar jugak…” jawab Encik Hazwan
spontan senyum separuh.
“Risau?” tanya dia sambil menyelidiki reaksi wajah aku.
Sedar dengan soalan seolah-olah umpan itu, aku alihkan pandangan. Omgg…dia nampak
curiga dengan aku! Jangan-jangan dia tahu tak…? Aku geleng laju-laju. Nampak
reaksi aku, dia diam seketika kemudian bersuara kembali.
“Come with me for awhile…” pelawa dia ke arah taman. Serius
wajah itu..aku buntuti dia tanpa banyak soal. Langkah kaki kami berhenti
setelah betul-betul berdiri di bawah pokok ara hiasan.
“Actually I’m the guy who talk carelessy 6 years ago…do you
even remember me?” terkejut dan tersentap sehingga mulut aku tidak lagi mampu
untuk berkata-kata. Aku…bagaimana aku boleh tak sedar Encik Hazwan adalah salah
seorang kawan baik Shah! Tapi masa tu pun bukannya aku fokus pada muka
diaorang..suara je yang clear..
“I’m so sorry Syafikah…I caused the missunderstood
between you and him before..i..i know this is unexpected..that’s why I’m really
sorry…” aku terundur dua kali dengan pengakuan dia. Tak terkata dan tak terucap…bingung
dan blank sepenuhnya. Aku tak sangka sungguh..
“Jadi Encik Hazwan kawan Shah? Masa itu?”
“His best friend ..until now..” haaa?
“Tapi kenapa baru sekarang beritahu saya?”
“Sebab saya tidak tahu langsung saya adalah
punca perceraian kamu berdua…saya tahu dari doktor Shah yang handle..i’m just
joking around that time..i bet you..”
“Apa-apapun dah terlambat…benda dah
jadi..kami pun dah bercerai…” aku potong kata-kata dia. Tak nak dah fikir soal
yang dah lama. Aku sandarkan tubuh ke pokok mengingatkan penyesalan diri. Rasa
macam tak guna dah cakap benda ni…
“But you should acknowledge what his
condition right now..” aku automatik berpaling ke arahnya mengharapkan kata-kata
itu diteruskan.
“He’s getting worse…” hah? Shah sakit?? Sakit
anxiety tu? Sebab aku tinggalkan dia
dulu ke?
“Anxiety Shah tambah teruk..dia pengsan..sebab
dah diserang panic attack…”
“Dimana Shah sekarang? Bagaimana keadaan Shah
sekarang?” aku tahu, tapi tetap bertanya..sebab
aku dah blur ditambah dengan perasaan aku bercampur rasa.
“You can pay your visit right after his
doctor out from the room..”
“Doktor Shah dah keluar…” sambil matanya
memandang ke arah hadapan kami. Eh? Bukan perempuan tu yang temankan Shah makan
tempoh hari? Doktor Shah?
“Alright…abang kena beredar dulu…lagipun
there must be something you want to discuss with him…take your time..”
“Tapi…tugas saya…”
“It’s ok..i’ll take care of it…” tutur dia
senyum dan mulakan langkah kaki..namun berhenti memusingkan tubuhnya kembali.
“Ermm…one more thing..please keep it secret..of
what I have been trying for the past three years hehe! Can’t believe it that you
still waiting for him…that’s why you don’t fall for me…” aku ketap bibir malu tentang
kenyataan itu. Sebaik Encik Hazwan beredar, aku atur langkah pelan-pelan ke
arah bilik rawatan Shah. Aku ketuk pintu namun tiada jawapan dari dalam. Diam-diam
aku intai melalui cermin kaca. Tidur rupanya…
Aku pusingkan tombol pintu lalu perlahan
menutupnya kembali. Aku dekati dia yang tidur mengiring ke kanan dan duduk
betul-betul dihadapannya. Tangan aku letak didepan menampung berat wajah. Ya
Allah…separuh sedih dan terpukau dengan wajah ini. Sedih dengan keadaan dia,
terpukau dengan ketampanan wajah dewasa dia…ermm. Sedar dengan status kami, aku
pusingkan tubuh membelakangi dia disertai rasa kecewa. Kenangan lalu menghantui
lagi..isk...kenapa dengan aku ni? Mustahil..mana mungkin kami bersama lagi…
“Shah..should we marry again…?” tidak semena-mena
ayat itu terpacul di mulut aku tanpa diduga. Jarang sekali aku meluahkan perasaan kalau
bukan rasa bebanan di hati. Huhu…memalukan aje kalau dia dengar. Dahla dia dah
tak suka aku..dah benci aku..hmmm. Aku pusingkan badan kembali ke posisi tadi.
Alangkah terkejutnya aku dia tengah buka mata luas-luas entah dari sejak bila..
“ergh…dah bangun?” kaget dengan situasi
semasa aku bertanya segan-segan.
“I’m not interested in you anymore…”
“Erk…?” terkejut dan termalu sendiri dengan kata-kata
itu tapi aku pura-pura kuat.
“Maksud awak?” Ya Allah..apa aku buat ni? Aku
tahu maksud dia.. kenapa aku tetap tanya lagi?
“Bukan tadi tanya perlu kahwin balik ke
tidak..?” omgggg….!! Malunya aku kena sebijik! Aku lupa dia seorang yang direct
to the point. Tapi aku tak nak kalah..
“Aah..yelah betullah tu. Sebab saya nak pastikan awak sembuh dari penyakit ni..!”
confidentnya kau Ika. Huhu! Sebab aku tak nak malukan diri sendiri…takkan aku
nak nafikan lagi yang aku ada tanya dia macam tu tadi…? Dah lah dia belakang
aku je…
Dengar je jawapan aku, dia bangun duduk..serius
pula tu tengok aku. Isk..
“Is marriage was a joke to you? Now simply
come and leave as you please…” Terkebil
dikata begitu. Erghh..reality lalu itu aku tak nafi.
“Atleast…saya cuba untuk sembuhkan awak…”
“I’m..I’m not your joke stuff Ika…don’t
simply say it..” dia renung aku dengan pandangan sayu. Aku telan liur.. jadi tak
menentu dengan pandangan itu..terpaku dan terpana, aku alihkan pandangan.
Gila…bukan masanya kau jatuh hati Ika…serta bukan masanya aku layan hati dan
rasa aku…sebaliknya aku sedar, peluang untuk kami kembali bersatu sekarang
sudah 0%...sungguh..kenyataan ini sangat pedih dan sakit…
“Errrh…takpelah…awak..awak restlah dulu…saya balik
ke hotel dulu..soal 500k tu, saya akan usahakan untuk bayar…jangan risau..” aku
cepat-cepat bangun. Aku takut, makin lama aku stay sini…nanti air mata aku
jatuh. Tatkala tangan membuka pintu, daun pintu ditahan dari arah belakang aku
seraya mengunci tubuh aku dengan kedua lengannya tanpa menyentuh aku. Aku
pusing badan terkejut dengan tindakan
dia..
“Who said you could go out from this room?
I’m not done talking yet…” tutur dia menggerakkan wajahnya sehingga hanya
seinci dari wajah aku. Aku hanya mampu telan air liur terhadap bisikannya itu.
“Jangan buat macam ni Shah…awak sedar kita…”
“I knew it.." Dia potong ayat aku..
"Then cure me, by proceed it..”
Best.. Walaupun pendek
ReplyDeleteBest.. Bait2 utk together semula
ReplyDeleteUntung... Dpt peluang ke2
ReplyDeleteNovel Ni dh terbit ke sy tggu novel Ni sgt2
ReplyDelete