Erghhh…sampai ke bumi Kemboja baru dia bagi surat ni ye?
Kenapa tak bagi aku awal-awal?? Kalau aku tahu awal, boleh rujuk ke mahkamah
pasal ni…sengaja betul nak bagi aku susah hati. Baru je nak feel ala vacation,
dah jadi macam ni. Huhu..nak je aku koyak-koyakkan kertas ni!
“kertas apa yang digenggam serius tu Ika…??” Kak Ima
bertanya pelik. Dia baringkan tubuh ke sebelah aku, aku cepat-cepat masukkan
kertas itu ke dalam beg pakaian yang ada di tepi kati. Nasib baik Kak Ima tak
sempat baca!
“Hehe..takde apa-apa kak…sajaaa surat layang ni terbang ke
sini..tak sabar-sabar pula surat ni, nak juga di negara orang baru
muncul..hehw..” aku ketawa paksa. Dalam hati hanya tuhan je yang tahu. Aku
betulkan kedudukan agar selesa bersembang.
“Esok ready tau..nak shopping barang asas untuk diaorang…”
“Okay kak…selain tunaikan tanggungjawab sambil tu cuci
mata..” aku baringkan tubuh di sebelah Kak Ima. Dia terus peluk aku sambil
membetulkan posisi.
“Eighh tapi tak boleh lebih-lebih, sebab dengarnya Encik
Shah tu join sekali…silap sikit kita pula yang kena blame sebab culas
menjalankan tanggungjawab..”
“Eh? Bukan kita berempat je ke yang pegi? Saya, kak..Encik
Hazwan dan Encik Farid? Setiausaha dari syarikat penaung tu…?” aku cuba
mengingat-ingat senarai nama yang akan pegi membeli barang keperluan asas penduduk.
“Asalnya macam tu lah…tapi dengarnya Encik Shah tu nak
bersedekah guna wangnya sendiri selain wang sumbangan syarikat dorang. Pemurah
jugak ye orangnya…” tutur kak Ima berfikir-fikir.
“Hairan jugak..kenapa dia belum kahwin-kahwin ye? Biasanya
orang lelaki ni, dia tak akan fikir lain dah kalau dah stabil..” sambung Kak
Ima lagi seolah-olah meminta jawapan dari aku.
“Ntahlah kak…” ringkas jawapan aku sebab bila kak Ima sebut
je pasal kahwin, hermmm…aku yang sebabkan dia single balik kak. Aku tutup wajah
dengan bantal melayan perasaan. Tebal rasa kesal aku mengingatkan peristiwa
lalu. Aku terlalu muda masa itu…aku buka bantal yang menutup wajah aku kembali.
“Tapi…dia mungkin dah ada pilihan kut…” kata aku tanpa
sengaja bersuara dek melayan perasaan. Itu membuatkan kak Ima terkebil-kebil
menatap mata aku dalam-dalam seperti mencari sesuatu maksud.
“Ika…mata Ika berair…”
“Eh?” terkejut dan aku cepat-cepat bangun. Huhu! Careless
betul.
“Dik…okay? Muka Ika lain macam je…ada apa-apa ke?” dia
meluru ke dpan aku dengan tiba-tiba unttuk mengetahui lebih lanjut keadaan aku.
Teruklah kalau gini..mahunya diaorang tahu tentang kami..?
“ish…tak lah kak. Teringat kisah sedih ‘orang’ yang Ika
kenal je..haha….” Aku ketawa malu-malu. Gigihnya aku menidakkan fakta.. Kak Ima
senyum curiga dengan jawapan aku tapi mengabaikan sahaja keadaan aku.
“Okay..dahlah, rest okay…jangan
kenang kisah orang sampai sedih-sedih gini…” kata dia pujuk aku menepuk-nepuk
bahu. Aku angguk akur..bukannya aku take note apa yang dia cakap, sebab minda
aku sekarang pada penghuni level 15…huhu
Seawal subuh, kami dah sibuk dengan tugas yang di amanahkan.
Rasanya team medical lah yang sangat sibuk buat masa ni disebabkan kebanyakkan
penduduk kampung memberi tumpuan kepada status kesihatan masing-masing. Agaknya
sebab hospital yang berdekatan pun sedikit jauh, jadi kehadiran staff medical adalah
peluang mereka untuk mendapatkan rawatan dan memiliki ubat-ubatan asas seperti
paracetamol. Kerja aku? Tak surprise pun…mengajar lah..apa lagi? Asas BI aje…tak
kanlah ajar sejarah pula kan.. Ajar budak-budak pra sekolah boleh lah. Level A
jangan, sebab kadang diorang lebih terrer dari aku ni hah.
Shah berpeluk tubuh agak jauh perhati aku dan Encik Hazwan berbincang.
Muka macam tak puas hati aje dia ni. Aku tahulah hutang aku setengah juta
tu..tapi janganla renung aku macam nak makan orang! Tidak selesa diperhati
sebegitu rupa, aku ubah kedudukan membelakangkan dia. Jangan dia buat hal dekat
sini sudah…
“Nanti, Ika dan kak Ima senaraikan apa-apa yang patut untuk
tambahan barang ya…sebab kita ada masa dan baki wang lagi dalam tangan…elok
juga kalau kita tambah lagi..” Encik Hazwan memberi pandangan. Aku
angguk-angguk faham. Setelah Encij Hazwan mendekati Shah, aku pusingkan kepala
ke kanan dan belakang mencari kelibat Kak Ima.
“You there, come with me.” Arah Shah tiba-tiba dari tepi.
Aku sempat terkejut.
“Encik Hazwan mana?” tanya aku berseloroh…bukan apa, dia
dengan Encik Hazwan kan berdua tadi..
“Kenapa cari Hazwan? Bukannya kamu ada hutang dengan dia..”
pedas pula ayat tu di telinga aku. Sikit-sikit pasal hutang tu. Iskk
“Temankan beli barang tambahan…”
“Eh tadi Encik Hazwan kata, saya dan Kak Ima yang akan
handle pasal ni…” berlari anak aku ekori dia yang laju ke depan. Dia sekadar
jeling aku dan teruskan langkah kaki. Sampai ke satu tempat parkir kereta, dia
masuk ke salah satu kereta. Aku tahan tahan pintu kereta itu sebelum ditutup.
“Awak…kita nak kemana?” aku bingung lalu bertanya.
“Beli barang.” Jawab dia hembus sekali lalu. Tanpa riak, tak
serius..tak juga marah..hemmm. Nak tak nak, aku masuk ke dalam kereta.
Menelusuri jalan yang kurang rata mengingatkan aku dengan
keadaan persekitaran jalan kampung halaman...suasana sepi dengan semak samun
kiri kanan …hmmm tapi kenapa aku rasa macam jauh sangat dah perjalanan kami ni?
Aku intai dia sikit-sikit di sebelah kanan aku.
“I Know I’m handsome and already 25 years old but don’t fall
for me.” Tutur dia sekilas pandang aku. Aku tersentak automatik alihkan
pandangan. Dia ingat aku tengok dia tadi sebab aku suka ke apa?? Dan apa kaitan
dengan umur dia?? Eehh gerammnya aku!
“Sorry ye, saya cuma nak tanya satu benda..jauh lagi ke
tempat beli barang tu?? Macam dah lepas sebelah kampung dah ni…”
“Ohh…ingatkan sebab Shah dah umur 25 tahun ni baru nak
pandang…tahulah dulu Shah umur 19 tahun tu tak mature, masih budak
sekolah..takde kerjaya…” tak jawab soalan aku eeh. Amboi, pedasnya ayat ni.
Bengang habis dah ni.
“Awak, boleh kita tutup cerita lama? Kita berdua dah besar
panjang dah pun…awak pun dah serah tuntutan 500k tu dekat saya..dan saya akan
bayar 500k tu.” Apa pasal kecik je suara aku sebut 500k tu? Huhu..tau
sangat aku tak yakin dapat bayar. Dengar je aku suruh stop cerita pasal benda
lama, dia brek cemas di tepi jalan. Marahlah tu!
“Okay, kalau macam tu, berapa lama Ika dapat bayar 500K tu?
Setengah tahun boleh?” jatuh rahang ni bila dengar setengah tahun tu!
“Saya taklah kata saya bayar dalam setengah tahun…hatta setahun
pun belum tentu saya dapat bayar…tapi sekurang-kurangnya saya bayar jugak…”
malas-malas aku menjawab.
“You talk too much Ika…there’s nothing much you can do about
it…despite if I loosen up the summons, you can’t do nothing..” Jahatya mulut.
Dia berubah 360°…dia bukan Shah yang aku kenal dulu..yang lebih pure ceria..dan
berlemah lembut. Sakit hati, aku buka
pintu.
“You may go Encik! I’m going back!” putus aku membuka handphone untuk menghubungi Encik
Hazwan sambil menjauhi kereta dia. Belum
sempat aku menjauhkan diri, tangan aku
yang memegang handphone tidak semena-mena ditarik kasar..lalu, prakkkkk! Habis
berkecai handphone aku! Aku jeling tajam.
“Shah!!”
“Don’t call him. Focus on me while we’re together..” sambil
menggengam tinggi tangan aku, dia renung aku dalam-dalam. Pamit sekejap
direnung sedemikian rupa. Isk…aku..masih berdebar tengok dia..huhu
“Ehm!” aku tarik tangan kemudian mengutip handphone yang dah
rosak. Ya Allah..merahnya pipi aku…jangan dia sedar sudah! Aku geram tapi dalam
masa sama entah kenapa aku tak dapat marah dia banyak-banyak. Patutnya aku dah
mengamuk sekarang ni.
“Dari 500K, sekarang hutang saya tinggal 499,001 sebab
telefon ni harganya RM999. Satu lagi, kalau marah sekalipun…jangan ada
sentuh-sentuh boleh? Kita dah tiada apa-apa hubungan lagi yang menghalalkan
kita sentuh-sentuh ni. Dah dua kali pula tu..hutang saya tolak lagi RM1000
setiap satu sentuhan!” tegas aku. Dah hidup ala barat sana selama 6 tahun,
boleh pula lupa bab larangan sentuh menyentuh antara bukan mahram. Tengah aku
explain, dia peluk tubuh pelik. Tersengih pulak tu. Aih
“waoo! Keep on counting..” dia senyum separuh.
“Sejak bila pula Shah ada sentuh-sentuh ni? Just tarik
lengan je…tak sentuh kulit pun..”
“Masih tak boleh…” tegas aku. Confirmed…dia dah lupa..hmm..
“Okay..just do it and I’ll count mine too…you’ll be charge
of sat in my car..deal??”
“Hah?? Berkiranya…awak yang paksa saya ikut sama tadi..kalau
tahu akan dikenakan bayaran, saya tak ingin langsung nak naik kereta tu!”
bentak aku. Aku naik berang dengan macam-macam denda dan kos yang dia kenakan
aku. Dah tak masuk akal aku rasa! Bukan dia ambil serius dengan apa yang aku
cakap tadi, malah dia ketawakan aku. Serius, rasa nak tepuk dahi. Ke dia
betul-betul nak balas dendam dengan aku?
“Seriously I’m going back!!” marah dan kecewa dipermainkan
sedemikian rupa, aku dah tak peduli…apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku tak
nak ikut sama beli barang yang dia nak. Aku undurkan diri dan laju tinggalkan
dia.
“Ika stop right there!” aku boleh dengar tapak kaki cemas
dia nak kejar aku. Makin dekat, aku berhenti jauh-jauh.
“1K kalau awak sentuh tangan saya lagi!” kata aku seraya
pusingkan badan menghadap dia. Tepat telaan aku, tangan dia betul-betul hinggap
kebahu aku. Tapi….tidak semena-mena dia
jatuh di depan aku! Betul-betul di
hadapan aku!
“Shah!! Ya Allah…kenapa dengan dia ni?? Shah, Shah!!” aku
panik. Berkali aku sahut nama dia namun dia diam. Rasanya dia dah pengsan! Huhu..
Author nak lagi next chapter... Tq
ReplyDeleteLagii
ReplyDeleteSumpah best ,,nak lagi😃
ReplyDeleteSambungan please
ReplyDeletePlease next chapter...
ReplyDeleteUpdte plz
ReplyDeleteSambungan?
ReplyDeleteSuka dengan jalan cerita ni, update please
ReplyDelete