Monday 22 February 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 48 ]

 

Erghhh…sampai ke bumi Kemboja baru dia bagi surat ni ye? Kenapa tak bagi aku awal-awal?? Kalau aku tahu awal, boleh rujuk ke mahkamah pasal ni…sengaja betul nak bagi aku susah hati. Baru je nak feel ala vacation, dah jadi macam ni. Huhu..nak je aku koyak-koyakkan kertas ni!

“kertas apa yang digenggam serius tu Ika…??” Kak Ima bertanya pelik. Dia baringkan tubuh ke sebelah aku, aku cepat-cepat masukkan kertas itu ke dalam beg pakaian yang ada di tepi kati. Nasib baik Kak Ima tak sempat baca!

“Hehe..takde apa-apa kak…sajaaa surat layang ni terbang ke sini..tak sabar-sabar pula surat ni, nak juga di negara orang baru muncul..hehw..” aku ketawa paksa. Dalam hati hanya tuhan je yang tahu. Aku betulkan kedudukan agar selesa bersembang.

“Esok ready tau..nak shopping barang asas untuk diaorang…”

“Okay kak…selain tunaikan tanggungjawab sambil tu cuci mata..” aku baringkan tubuh di sebelah Kak Ima. Dia terus peluk aku sambil membetulkan posisi.

“Eighh tapi tak boleh lebih-lebih, sebab dengarnya Encik Shah tu join sekali…silap sikit kita pula yang kena blame sebab culas menjalankan tanggungjawab..”

“Eh? Bukan kita berempat je ke yang pegi? Saya, kak..Encik Hazwan dan Encik Farid? Setiausaha dari syarikat penaung tu…?” aku cuba mengingat-ingat senarai nama yang akan pegi membeli barang keperluan asas penduduk.

“Asalnya macam tu lah…tapi dengarnya Encik Shah tu nak bersedekah guna wangnya sendiri selain wang sumbangan syarikat dorang. Pemurah jugak ye orangnya…” tutur kak Ima berfikir-fikir.

“Hairan jugak..kenapa dia belum kahwin-kahwin ye? Biasanya orang lelaki ni, dia tak akan fikir lain dah kalau dah stabil..” sambung Kak Ima lagi seolah-olah meminta jawapan dari aku.

“Ntahlah kak…” ringkas jawapan aku sebab bila kak Ima sebut je pasal kahwin, hermmm…aku yang sebabkan dia single balik kak. Aku tutup wajah dengan bantal melayan perasaan. Tebal rasa kesal aku mengingatkan peristiwa lalu. Aku terlalu muda masa itu…aku buka bantal yang menutup wajah aku kembali.

“Tapi…dia mungkin dah ada pilihan kut…” kata aku tanpa sengaja bersuara dek melayan perasaan. Itu membuatkan kak Ima terkebil-kebil menatap mata aku dalam-dalam seperti mencari sesuatu maksud.

“Ika…mata Ika berair…”

“Eh?” terkejut dan aku cepat-cepat bangun. Huhu! Careless betul.

“Dik…okay? Muka Ika lain macam je…ada apa-apa ke?” dia meluru ke dpan aku dengan tiba-tiba unttuk mengetahui lebih lanjut keadaan aku. Teruklah kalau gini..mahunya diaorang tahu tentang kami..?

“ish…tak lah kak. Teringat kisah sedih ‘orang’ yang Ika kenal je..haha….” Aku ketawa malu-malu. Gigihnya aku menidakkan fakta.. Kak Ima senyum curiga dengan jawapan aku tapi mengabaikan sahaja keadaan aku.

“Okay..dahlah, rest okay…jangan kenang kisah orang sampai sedih-sedih gini…” kata dia pujuk aku menepuk-nepuk bahu. Aku angguk akur..bukannya aku take note apa yang dia cakap, sebab minda aku sekarang pada penghuni level 15…huhu

 

Seawal subuh, kami dah sibuk dengan tugas yang di amanahkan. Rasanya team medical lah yang sangat sibuk buat masa ni disebabkan kebanyakkan penduduk kampung memberi tumpuan kepada status kesihatan masing-masing. Agaknya sebab hospital yang berdekatan pun sedikit jauh, jadi kehadiran staff medical adalah peluang mereka untuk mendapatkan rawatan dan memiliki ubat-ubatan asas seperti paracetamol. Kerja aku? Tak surprise pun…mengajar lah..apa lagi? Asas BI aje…tak kanlah ajar sejarah pula kan.. Ajar budak-budak pra sekolah boleh lah. Level A jangan, sebab kadang diorang lebih terrer dari aku ni hah.

Shah berpeluk tubuh agak jauh perhati aku dan Encik Hazwan berbincang. Muka macam tak puas hati aje dia ni. Aku tahulah hutang aku setengah juta tu..tapi janganla renung aku macam nak makan orang! Tidak selesa diperhati sebegitu rupa, aku ubah kedudukan membelakangkan dia. Jangan dia buat hal dekat sini sudah…

“Nanti, Ika dan kak Ima senaraikan apa-apa yang patut untuk tambahan barang ya…sebab kita ada masa dan baki wang lagi dalam tangan…elok juga kalau kita tambah lagi..” Encik Hazwan memberi pandangan. Aku angguk-angguk faham. Setelah Encij Hazwan mendekati Shah, aku pusingkan kepala ke kanan dan belakang mencari kelibat Kak Ima.

“You there, come with me.” Arah Shah tiba-tiba dari tepi. Aku sempat terkejut.

“Encik Hazwan mana?” tanya aku berseloroh…bukan apa, dia dengan Encik Hazwan kan berdua tadi..

“Kenapa cari Hazwan? Bukannya kamu ada hutang dengan dia..” pedas pula ayat tu di telinga aku. Sikit-sikit pasal hutang tu. Iskk

“Temankan beli barang tambahan…”

“Eh tadi Encik Hazwan kata, saya dan Kak Ima yang akan handle pasal ni…” berlari anak aku ekori dia yang laju ke depan. Dia sekadar jeling aku dan teruskan langkah kaki. Sampai ke satu tempat parkir kereta, dia masuk ke salah satu kereta. Aku tahan tahan pintu kereta itu sebelum ditutup.

“Awak…kita nak kemana?” aku bingung lalu bertanya.

“Beli barang.” Jawab dia hembus sekali lalu. Tanpa riak, tak serius..tak juga marah..hemmm. Nak tak nak, aku masuk ke dalam kereta.

Menelusuri jalan yang kurang rata mengingatkan aku dengan keadaan persekitaran jalan kampung halaman...suasana sepi dengan semak samun kiri kanan …hmmm tapi kenapa aku rasa macam jauh sangat dah perjalanan kami ni? Aku intai dia sikit-sikit di sebelah kanan aku.

“I Know I’m handsome and already 25 years old but don’t fall for me.” Tutur dia sekilas pandang aku. Aku tersentak automatik alihkan pandangan. Dia ingat aku tengok dia tadi sebab aku suka ke apa?? Dan apa kaitan dengan umur dia?? Eehh gerammnya aku!

“Sorry ye, saya cuma nak tanya satu benda..jauh lagi ke tempat beli barang tu?? Macam dah lepas sebelah kampung dah ni…”

“Ohh…ingatkan sebab Shah dah umur 25 tahun ni baru nak pandang…tahulah dulu Shah umur 19 tahun tu tak mature, masih budak sekolah..takde kerjaya…” tak jawab soalan aku eeh. Amboi, pedasnya ayat ni. Bengang habis dah ni.

“Awak, boleh kita tutup cerita lama? Kita berdua dah besar panjang dah pun…awak pun dah serah tuntutan 500k tu dekat saya..dan saya akan bayar 500k tu.” Apa pasal kecik je suara aku sebut 500k tu? Huhu..tau sangat aku tak yakin dapat bayar. Dengar je aku suruh stop cerita pasal benda lama, dia brek cemas di tepi jalan. Marahlah tu!

“Okay, kalau macam tu, berapa lama Ika dapat bayar 500K tu? Setengah tahun boleh?” jatuh rahang ni bila dengar setengah tahun tu!

“Saya taklah kata saya bayar dalam setengah tahun…hatta setahun pun belum tentu saya dapat bayar…tapi sekurang-kurangnya saya bayar jugak…” malas-malas aku menjawab.

“You talk too much Ika…there’s nothing much you can do about it…despite if I loosen up the summons, you can’t do nothing..” Jahatya mulut. Dia berubah 360°…dia bukan Shah yang aku kenal dulu..yang lebih pure ceria..dan  berlemah lembut. Sakit hati, aku buka pintu.

“You may go Encik! I’m going back!” putus aku  membuka handphone untuk menghubungi Encik Hazwan  sambil menjauhi kereta dia. Belum sempat aku menjauhkan diri,  tangan aku yang memegang handphone tidak semena-mena ditarik kasar..lalu, prakkkkk! Habis berkecai handphone aku! Aku jeling tajam.

“Shah!!”

“Don’t call him. Focus on me while we’re together..” sambil menggengam tinggi tangan aku, dia renung aku dalam-dalam. Pamit sekejap direnung sedemikian rupa. Isk…aku..masih berdebar tengok dia..huhu

“Ehm!” aku tarik tangan kemudian mengutip handphone yang dah rosak. Ya Allah..merahnya pipi aku…jangan dia sedar sudah! Aku geram tapi dalam masa sama entah kenapa aku tak dapat marah dia banyak-banyak. Patutnya aku dah mengamuk sekarang ni.

“Dari 500K, sekarang hutang saya tinggal 499,001 sebab telefon ni harganya RM999. Satu lagi, kalau marah sekalipun…jangan ada sentuh-sentuh boleh? Kita dah tiada apa-apa hubungan lagi yang menghalalkan kita sentuh-sentuh ni. Dah dua kali pula tu..hutang saya tolak lagi RM1000 setiap satu sentuhan!” tegas aku. Dah hidup ala barat sana selama 6 tahun, boleh pula lupa bab larangan sentuh menyentuh antara bukan mahram. Tengah aku explain, dia peluk tubuh pelik.  Tersengih pulak tu. Aih

“waoo! Keep on counting..” dia senyum separuh.

“Sejak bila pula Shah ada sentuh-sentuh ni? Just tarik lengan je…tak sentuh kulit pun..”

“Masih tak boleh…” tegas aku. Confirmed…dia dah lupa..hmm..

“Okay..just do it and I’ll count mine too…you’ll be charge of sat in my car..deal??”

“Hah?? Berkiranya…awak yang paksa saya ikut sama tadi..kalau tahu akan dikenakan bayaran, saya tak ingin langsung nak naik kereta tu!” bentak aku. Aku naik berang dengan macam-macam denda dan kos yang dia kenakan aku. Dah tak masuk akal aku rasa! Bukan dia ambil serius dengan apa yang aku cakap tadi, malah dia ketawakan aku. Serius, rasa nak tepuk dahi. Ke dia betul-betul nak balas dendam dengan aku?

“Seriously I’m going back!!” marah dan kecewa dipermainkan sedemikian rupa, aku dah tak peduli…apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku tak nak ikut sama beli barang yang dia nak. Aku undurkan diri dan laju tinggalkan dia.

“Ika stop right there!” aku boleh dengar tapak kaki cemas dia nak kejar aku. Makin dekat, aku berhenti jauh-jauh.

“1K kalau awak sentuh tangan saya lagi!” kata aku seraya pusingkan badan menghadap dia. Tepat telaan aku, tangan dia betul-betul hinggap kebahu aku. Tapi….tidak semena-mena  dia jatuh  di depan aku! Betul-betul di hadapan aku!

“Shah!! Ya Allah…kenapa dengan dia ni?? Shah, Shah!!” aku panik. Berkali aku sahut nama dia namun dia diam. Rasanya dia dah pengsan! Huhu..

Share:

8 comments:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers