“Ibu, Nur nak kahwinlah!” tutur Nur
serius namun sedikit tersipu-sipu seraya duduk bersila bersama ibunya
di sisi dapur.
Hendak terbatuk dibuatnya, nasib baik
tidak tersedak dek air liur sendiri. Mata Puan Katijah membulat
seketika mendengar kata-kata dari mulut anaknya yang selesa dipanggil
Nur itu. Dia lalu menjeling memandang Nur. Tangan dia yang dari tadi
rancak menghiris-hiris bawang dengan pisau itu dilepaskan seketika.
“Amboi-amboi! Kecik-kecik lagi dah
gatal nak kahwin. Kau ingat, kahwin ni perkara main-main ke? Dengan
siapa ni??!” Panjang lebar kata-kata Puan Katijah mengomel anak
keduanya itu.
“Aik?? bukan ibu dan abah jugak ke
yang nak jodohkan Nur dengan anak Puan Zarina tu?”
Bukannya jawapan yang diberi,
pertanyaan pula yang dilontarkannya kembali. Nur mencebikkan mulutnya
sekejap berserta dengan senyuman yang sukar ditafsir.
Puan Katijah seolah-olah tersentak juga
dengan persoalan Nur kepadanya. Terkebil-kebil. Dahinya pula
berkerut-kerut memandang Nur. Dia dah tahu ke? Agakya itulah yang
bermain-main di benaknya sekarang.
“Nur tahu dari mana ni? Dia mula
bertanya. Tangannya mula mencapai kembali pisau yang diletakan tadi
untuk menghiris bawang yang masih banyak itu.
“Nur terdengar hari tu, abah dengan
ibu tengah berbincang di beranda rumah.” Senyuman yang tidak putus
dari Nur membuatkan ibunya memandang dia atas bawah. Dah kenapa budak
ni? Puan Katijah mengerut dahi.
“Itu jodoh yang dirancang oleh abah
dan Tuan Iskandar! Ibu tidak terlibat, dan ibu tidak setuju pun kamu
dijodohkan! Puas hati?” tutur Puan Katijah mencebik mulut. Agaknya
sudah meluat dengan gelagat anaknya itu.
'Erk!' Nur memuncungkan mulut. Dia
tidak puas hati dengan kata-kata dari ibunya sebentar tadi.
“Haa, muncung-muncung mulut ni ada
yang tak kena lah ni! Jangan mimpilah nak kahwin dalam umur 20 ni.
Ibu dulu 25 baru terfikir nak kahwin tau!” bentak ibunya kembali
cuba menyedarkan Nur.
“Ibuu nii~ orang nak kahwinlah. Masa
ni lah sesuai nak kahwin tau. 20 tu sudah cukup baik ibu tahu?? haa~
nenek puan dulu pun masuk 18 sudah kahwin! Lagipunn, benda baik ibu,
tak boleh banyak tangguh! ” Nur mengukir senyuman lebar dengan
kata-kata yang diucap dari mulutnya.
“Memang Nur pandai, orang dulu tidak
sama dengan zaman kamu..umur 17 tahun pun sudah tahu tanggungjawab.
Tidak sekolah pun sudah tahu itu ini. Mengetam padi seorang-seorang
pun tidak apa. Boleh hidup! Nur?? Diploma pun belum habis sudah
berangan nak kahwin pula??!! sengaja Puan Katijah menyindir Nur agar
menutup kembali buku angan-angan untuk berkahwin seawal ni. Jelingan
mata tajam dilemparkan. Nur sekejap tersengih sekejap tersenyum tawar
dengan olahan fakta tidak rasmi mengenai perbezaan zaman antara dia
dengan neneknya.
'Kesitu pulak!' Bisik Nur kecil. Dia
mengeluh panjang kala ini.
'Tahu takper!' Itulah yang berbisik di
hati Puan Katijah pula sekarang ni.
“Skill apa yang Nur ada? Memasak?”
Tanya Ibunya menambah.
“Nasi ayam!” jawab Nur spontan.
“Lauk?”
“Telur goreng kot” Nur sudah
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Itu saja?? Ibu berani bagi tempoh
seminggu saja, tong dram lah suami kau Nur oii~
belum lagi bab menjaga pakai makai dan
jaga anak! Ibunya kini sudah menggelengkan kepala kiri kanan. Dia
ingat, kacang kot benda kahwin ni?
“Ibu...” tambah muncung mulut si
Nur.
“Dahlah tu Nur, jangan bermimpi nak
kahwin. Habiskan dulu diploma tu, kemudian sambung degree! Lepas
degree, dapat kerja barulah kahwin! Faham!? Putus Puan Katijah kepada
anaknya.
“Ibu, lepas Nur kahwin nanti..Nur
belajarlah semua tu. Nur janji, Nur akan jadi isteri dia dan anak ibu
yang mithali!” Celah Nur spontan mengangguk-anggukan kepalanya.
“Dah cukuplah tu Nur!” kata ibunya
masih dengan keputusan yang sama.
“Hemm yelah ibu, yelah!” Lalu Nur
mengangkat kaki meninggalkan ibunya yang masih setia menghiris
bawang. Bukan dia marah kepada ibunya soal ketidak setujuan kahwin
tu. Tapi soal dia malu besar dek dikenakan Puan Katijah.
'Ini kerja Lyn, Intan dan Sofea lah ni!
Paksa aku tanya ibu soal aku dengan anak Puan Zarina! Lelaki itupun
aku tak kenal~ Dan boleh pulak aku terpengaruh sama nak kahwin macam
diorang tu! Aish~ malu-malu! Mana aku nak letak muka lepas ni??
Aduh~'
“Aik?? tak nak tolong ibu hiris ni
ke?! Soal ibunya separuh menjerit ke arah Nur yang sudah menghilang
dari pandangannya.
“Nur! Nurul Istiqomah! Puan Katijah
melaung nama Nur tetapi tiada sahutan.
“Haish! Budak ni, dia datang sembang
semata-mata nak tanya soal kahwin ke?”
* * * *
Kaki Nur melangkah masuk ke dalam
biliknya. Dia baru sahaja mengambil air wudhu dari bilik mandi
disebelah bilik kakaknya Nuri. Dia menyarungkan telekung berona hijau
muda lalu melabuhkan punggung di birai katil menanti azan asar.
'Baik aku sms Intan kejap' getusnya
seraya mencari-cari telefon bimbitnya di kocek beg
sandang.Senyumannya melebar tatkala memegang objek itu. Jarinya kini
mula menekan butang-butang
telefon.
“Salam Intan, makluman..plan
korang dah failed totally! Aku yang malu besar tahu!”
“Aik? Ni mesti kau tak tanya baik2
ni dekat ibu engkau kan!” Jawab
Intan di peti simpanan telefon Nur. Dalam diam Nur mengakui kata-kata
Intan.
“Hem, takpelah..lupakan saja plan
korang!” balas Nur lagi.
“Aduh Nurul, kau janganlah putus
asa..tinggal kau saja yang belum kahwin dalam group kitorang tahu!
Lagipun kahwin awal ni ada baiknya, kau boleh elak maksiat dari
berlelusa!”
“Iyeee! Itu bagi korang, tapi aku
takde bf langsung. Peluang aku nak buat maksiat tu zero tahu tak?!”
balas dia kepada Intan.
“Amboi2, yakin sangat kau. Kan kau
dah ada jodoh aturan dari keluarga kau?? ambil peluanglah!”
Menggeleng
Nur sekejap dengan jawapan Intan. Dia ingat senang nak kahwin? Ibu
aku pun tak setuju dengan rancangan abah tu. Hati Nur tidak
habis-habis bermonolog.
“Atau pun beginilah, kau goda anak
Puan Zarina tu..bolehlah korang cepat2 kahwin!”
“Molek sangat lah tu! Kau ni, baru
saja cakap soal nak elak maksiat..ni nak buat maksiat pula?? eh,
nantilah aku fikir balik.. aku nak solat ni. Oh ya, baby dah okey?”
tanya Nur tiba-tiba menukar topik perbualan.
“Baby Shira dah okey..biasalah
demam budak nak belajar benda baru~”
Intan membalas.
'Rasa
rindu pula dengan baby Shira tu~' bisik Nur kecil. Rasa rindu
diselang selikan rasa cemburu melihat kebahagiaan teman-teman lain
mendatang. Dia mengabaikan sahaja mesej dari Intan. Dia meletakkan
telefon bimbitnya di atas meja solek lalu menghampiri sejadah yang
terlipat kemas si almari baju. Pantas sahaja tangannya membentangkan
sejadah itu. Seterusnya dia melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya
sebagai seorang yang beriman kepada Allah S.W.T.
0 comments:
Post a Comment