Setelah dua hari Nur
menyatakan hasrat dia ingin berkahwin dengan lelaki pilihan abahnya,
akhirnya berita itu sampai ke pengetahuan Haji Bahar. Abah Nur begitu
gembira dengan keputusan anaknya menerima jodoh di antara dia dan
anak Tuan Iskandar. Rupa-rupanya, ibu Nur sengaja menyembunyikan
perkara tersebut dari pengetahuan suaminya. Dengan harapan, suaminya
dan tuan Iskandar melupakan sahaja niat untuk menjodohkan anak mereka
berdua.
“Abang
sudah nekad nak menikahkan mereka berdua ke?” Tanya Puan Katijah
dengan nada mendatar. Sedikit keluhan darinya. Dia menyandarkan badan
ke dinding katil sambil membetul-betulkan selimut yang hanya
tersarung di hujung kaki.
“Nur
masih muda bang, baru dua puluh tahun!” Sambungnya lagi
mempertahankan keputusannya sebelum ni.
“Tijah
jangan risaulah, abang yakin dengan anak kita, Nur tu!” tuturnya
membalas pertanyaan isterinya.
“Lagipun
Tijah, abang sudah berjanji dengan Tuan Iskandar pasal perkara ni.
Nanti apa pula yang dikatanya kalau abang tiba-tiba membatalkan janji
kami..” seraya Haji Bahar melabuhkan punggung di sisi isterinya.
Sejurus itu, dia mengenggam jemari isteri untuk berkongsi keyakinan
terhadap perkara itu. Dia tahu, isterinya itu begitu risau dengan
masa depan anak kedua mereka.
“Abang
ni, macam yakin sangat dekat Nur tu! Lainlah kalau kakaknya si
Nuri..” kegusaran hati Puan Katijah masih belum terpadam.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu fikir langsung pasal ni. Sesak nafas!
“Hemm,
awak ni...kenapa pula nak samakan Nur dengan Nuri? Kan Nuri tu sudah
lama berkahwin dengan pilihan dia sendiri?? Dah ada anak seorang
pun.” dahi Haji Bahar berkerut memandang isterinya.
“Bukannya
apa bang, Tijah maksudkan ni pasal umur mereka tu lah. Kalau umur Nur
tu sama dengan kakaknya Nuri, legalah juga hati ni bang..” dia
sudah menundukkan muka ke arah genggaman tangan suaminya itu.
“Perempuan
Tijah, cepat matang. Jangan risau sangat dengan Nur tu, bukannya Nur
tu tidak matang pun kan? Cuma skil memasak tu saja yang dia kurang.
Awak ajar-ajarlah dia..insyaAllah, pandai jugak Nur tu nanti!” Haji
bahar mengukir senyum tatkala terbayang anaknya itu hebat memasak
seperti isterinya.
“Si
Firdaus tu, baik orangnya Tijah..memang abang sendiri pun hendak
sangat jadikan dia menantu kita..umur pun sudah masuk dua puluh
lapan. Sedang elok sangatlah tu!” tambah Haji Bahar lagi.
“Hemmm,
dia memang baik bang, tapi baik dia tu tak semestinya baik pada Nur.
Tapi mana-mana abang lah. Kalau abang sudah cakap macam tu..Tijah
akur saja.”
'Nur, Nur! Kau pun
satu. Macam mana pula kau boleh terfikir untuk setuju?' hati Puan
Katijah berbisik kecil.
“Macam
tu lah isteri abang, sokong keputusan suami!” ketika itu isterinya
sudah menarik selimut membaringkan diri ke sebelah kiri. Merajuklah
tu! Haji Bahar yang sedar dengan gelagat isterinya itu sedikit
tertawa seraya menggelengkan kepala.
* * *
Pagi yang indah, Nur
sedikit berlari menuruni anak tangga. Apa tidak, dia sudah agak lewat
ke kuliahnya. Kereta Intan sudah beberapa minit terparkir di hadapan
rumah setia menunggu ketibaan Nur.
“Ibu,
Nur pergi dulu ya!” Kata Nur terus menyalami ibunya yang berada di
dapur. Tengah sediakan sarapan agaknya.
“Aik?
Sarapan tak nak ke? Soal ibunya.
“Nur
dah tak sempat dah ni ibu, ada kerja sikit awal pagi ni” Jawab Nur
kepada ibunya yang masih terkebil-kebil memandangnya.
“Aa,
yelah..hati-hati yer” ujar ibunya sempat berpesan sebelum Nur
menghilang di sebalik pintu.
Nur terus memakai
kasut bertumit dua inci itu disepadankan dengan baju kurung modennya
berona coklat. Langkah kaki sudah dipercepatkan menuju ke kereta
Intan yang terparkir di bahu jalan.
“Amboi
Nur oi~ awal sangat kau hari ini?” tutur Intan sebaik Nur membuka
pintu bahagian penumpang depan. Nur tersengih memandang wajah Intan.
“Sorrylah,
aku lewat bangun tadi! Yelah, siapkan assignment semalam. Aku nak
cepat siapkan, final exam kan dah nak dekat. Sempat aku ulangkaji
banyak nanti” ujar Nur memberi penerangan. Intan menggelengkan
kepalanya. Nur membetulkan kedudukannya kemudian menarik tali
pinggang keledar di sebelah kiri dia.
“Banyaklah
alasan kau! Jangan-jangan dibuai mimpi dek kerana hari bahagia tu
kot” Nada intan terhenti-henti menuturkan kata-kata menahan tawa.
Mata Nur terbuntang
luas. Boleh dia kenakan aku? Bisik dia.
“Aish,
jalan lah! Kesitu pulak. Dahlah ibu habis-habisan hentam aku tempoh
hari..!” Nur menjeling tajam. Geram agaknya.
“Ishhh
gurau jer lah!” intan menoleh kepada Nur temannya sekilas. Tawanya
masih sukar dihilangkan. Tidak lama kemudian keretanya meluncur laju
meninggalkan kawasan itu.
* * *
BUBPPP!!” 'Aduhh
benda apa yang aku langgar ni?' Nur yang sudah jatuh terduduk itu
memandang kepada sepasang kaki yang berada di hadapannya. Muka dia
pula perlahan-lahan didongakkan.
'Subhanallah' mata
Nur membulat.
0 comments:
Post a Comment