Image Credit To Landscape Shooter
Seperti
biasa, hujung minggu Syara memulakan tugasan rumah seawal pukul 7
pagi. Hati dia tidak habis-habis merungut mengenai pembahagian tugas
dan tanggungjawab seperti yang diputuskan oleh suaminya semalam.
“Ini
tidak adil! Kenapa pula kerja saya lebih banyak dari awak?” Dahi
Syara berkerut sedang tangan dia pula memegang kepada sekeping kertas
yang siap ditanda tangani oleh suaminya. Pemuda yang sedang duduk
bertentangan dengannya dijeling tajam demi keadilan pembahagian dalam
tugas. Namun lelaki itu masih berpeluk tubuh tersenyum sinis membalas
pandang syara.
“Oi
Encik Kuda, cuci piring, basuh baju, mop lantai, cuci tandas, sapu
rumah, jemur kain dan masak semuanya tugas saya. Manakala tugas awak
pula hanya cuci kereta dan kemas bilik awak saja??! Baik tidak perlu
ada jadual tugas kalau macam ni!” Nada Syara tidak boleh dikawal
lagi dengan rasa geram yang mengcengkam. Dia ingat, aku ni keldai?
“Kuda
kau kata? Aku begini hensem kau kata kuda??” jari Faruq sudah di
cengkam menahan marah. Boleh dia kata aku kuda? Mentang-mentanglah
rambut aku sudah panjang sikit! Pantang sekali aku digelar selain
dengan nama aku!
Syara
sudah mengetap bibir melihat kelakuan Faruq yang sudah membara. Dia
mempersiapkan diri untuk menerima apa yang bakal berlaku sepelas ini.
Dia nak pukul aku? Aku boleh lari! Dia nak ceraikan aku? Aku
baik-baik saja! Lebih baik dari terikat dengan dia ni! Begitulah
jeritan hati syara kala ini.
“Eihhh
geram betul lah aku dengan kau ni! Baik aku keluar dari bergaduh
dengan kau!” Faruq mengeroyok kertas perjanjians itu lalu
dilemparkan ke arah Syara. Laju kakinya menaiki tangga rumah ke
tingkat satu untuk mengambil kunci. Syara hanya memerhati Faruq dari
belakang dengan perasaan benci. Meluat benar dia dengan Faruq. Tidak
lama kemudian, Faruq muncul kembali dengan kunci dan telefon yang
berada di genggaman.
“Kau
dengar sini, perjanjian itu valid! Kalau kau tidak buat, nahas!”
katanya tersenyum sinis ke arah Syara. Syara menyepetkan matanya. Tak
sangka aku, kerasnya kepala dia ni lebih dari batu! Bisik hati Syara.
Tiada yang ada di hatinya melainkan rasa menyampah, meluat, marah dan
segalanya. Dia bukan senior yang aku kenal sebelum ni! Hati dia sudah
mengeluh. Kenapa aku terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin
dengan anak kepada Professor Madya Dr Mahani? Sayang sekali, anaknya
tidak sama seperti ibunya yang sangat baik. Dah lah kasar, angkuh
pulak tu! Hesh! Tidak habis-habis Syara merungut jauh ke dalam hati.
Kepala
Syara menggeleng ke kiri dan kanan apabila mengingati kembali
kejadian semalam. Walau tulang seolah-olah skru longgar, bahu rasa
hendak roboh, pinggang terasa hendak patah..dia laksanakan juga. Demi
menunaikan kemahuan si Kuda!
_____________________________________________________
“Syara
Emmely, please help me!”
pinta Dr Mahani seperti merayu. Tiada siapa tempat dia meminta
pertolongan selain Syara demi menghentikan sikap tidak matang Faruq.
Lidah Syara terasa kelu mendengar permintaan hati dari seorang yang
bergelar ibu. Oleh kerana dia terlalu terhutang budi kepada Dr Mahani
selama ini, hati secara paksa dan rela menerima hakikat Faruq,
seniornya dahulu sebagai jodohnya.
Rasa
menyesal bersarang! ‘Kalaulah aku tahu Faruq itu tidak sebaik yang
dia kenali dahulu..aku takkan terima permintaan dari mama walau
seinci. Sudah nikah baru aku tahu si Kuda tu suka berfoya-foya,
kasar, suka menengking dan mungkin banyak lagi yang aku tidak tahu.’
Bisik Syara.
Sesudah
mandi, dia melabuhkan punggungnya ke kerusi meja solek. Tangan Syara
mencapai hair dryer lalu terus mengeringkan rambutnya yang basah.
Tidak semena-mena pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar.
“Tok.tok..tok!”
“Syara!
Syara buka pintu ni! Cepat!”
Aduhh
apa lagi yang dia nak ni? Syara sudah berkerut dahi.
“Kejap!”
Syara bangun dari kedudukannya lalu mengambil helaian baju untuk
disarung ke badan.
“Tok..tok..tok!”
pintu diketuk lebih kuat. Tak sabar betul lah dia ni! Demikian hati
Syara merungut dengan desakan Faruq dari luar. Dia memperkemaskan
balutan tuala mandi kemudian menghampiri tombol pintu.
“Syaraaa
cepat lah sikit!”
“Yee..apa
lagi awak nak ni?” Dia berkira-kira menyelak sedikit pintu bilik
itu bercakap dengan Faruq. Baru sahaja ddia memusingkan tombol pintu,
tidak semena-mena pintu di tolak kuat dari luar. Syara turut sama
terjatuh akibat tolakan itu.
“Aduhhh~”
Syara cepat-cepat mencengkam ikatan tuala dari terlerai dari
tubuhnya. Melihat Syara jatuh terduduk, hati Faruq begitu terusik.
Sorry,aku tak sengaja! Namun, tidak terluah dari hatinya.
“Awak
ni memang betul-betul kuda kan! Tak sabar betul lah-*+-*!” Syara
mendengus marah seraya berdiri mendapatkan kedudukan sebenar sebelum
terjatuh tadi. Mendengar dia digelar kuda, rasa simpati terus
terhapus dari hatinya. Hati rasa panas membara! Segera dia keluar
kembali dari bilik Syara. Namun beberapa detik, dia kembali dengan
mengheret sekali bantal dan selimutnya. Dia menghempaskan kain
selimutnya di katil Syara dan terus menyelimuti seluruh tubuhnya
tanpa mempedulikan Syara yang masih tercengang.
“Aik?
Dah kenapa diheret sekali bantal dan selimut ni sekali?? Buang
tabiat?” tanya Syara. Dia memandang Faruq dengan perasaan pelik.
“Ahaa.........
aku yang buang tabiat ke kau yang buang tabiat? Tu haa mama baru
sampai dekat bawah sana. Kau nak mama tahu kita tak tidur sebilik??”
kata Faruq sambil tangannya membuka sedikit selimut yang menutup
wajahnya.
“Erhh...mama
ye?” Syara mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Tu
la..lain kali, jangan sembarangan tuduh orang buang tabiat ke
apa...lebih-lebih lagi perkataan kuda tu haa. Kuda-kuda~ macamlah
tiada gelaran yang lebih elok dari kuda!” Sakit hati!
‘Dah
siapa yang mulakan tadi? Aku ke dia? Dahlah masuk bilik main tolak
orang jer...’ Bisik Syara. Dia pandang atas bawah lelaki itu.
Selamba badak dia tidur atas katil aku?
‘Macam
mana lah aku nak berbaik dengan bini aku ni?’ bisik hati Faruq
dalam selimutnya.
‘Kalau
hari-hari bergaduh macam ni, nak runtuh rumahtangga aku ni. Entah
kenapa dia benci sangat dekat aku..’ bisiknya lagi menambah. Dia
membuka selimut yang menutup tubuhnya lalu menyandarkan diri ke
dinding katil. Dia memerhatikan Syara yang sedang menyikat rambutnya
lurus dan panjang itu. Dia mendapat satu akal.
“Aduhh...Syara,
tolong ak..abang kejap..sakit pula kepala abang ni” pinta Faruq
sambil jari-jarinya memicit dahi. Syara terus berpaling sambil
matanya dilirikkan melihat Faruq atas dan bawah.
“Syara..tolonglah.
Sakit sangat ni!” Faruq memejamkan mata cuba untuk menarik
perhatian Syara.
“Yelah.yelah”
Syara bangkit dan menghampiri Faruq. ‘Apasal pula tiba-tiba sakit
kepala ni?’
Dia
mengambil minyak gosok yang berada di dalam laci katil lalu mengambil
tempat di sisi Faruq. Syara mula memicit-micit kepala suaminya
perlahan-lahan. Hati Faruq melonjak keriangan kerana dia
berhasil menundukkan ego isterinya.
“Syara,
abang bersyukur sangat kerana Syara terima abang sebagai suami”
kata Faruq tiba-tiba bersuara. Tidak terlintas di fikirannya dia akan
berkata sedemikian. Mungkin dia selesa dengan keadaan mereka kala
ini.
“Dah
hilang sakit kepala ni?” tanya Syara tiba-tiba. Dia cuba untuk
mengalihkan cerita.
“Belum
lagi...” jawab Faruq menampakkan barisan gigi hadapan dia. Syara
mencebik bibir melihat gelagat Faruq yang pada dia mengada-ngada.
“Hemm
dah lah, saya nak turun dekat bawah ni.” Seraya Syara melepaskan
gosokkan jarinya di dahi Faruq dan bangkit. Namun tangan kirinya
direntap pantas oleh suaminya.
“Erkkk??!!
Apa dia nak buat ni?
“Syara
nak pergi mana? Temankan abang kejap!” Faruq pula simpulkan
senyuman nakal.
‘Apa??’
takkan pula dia nak tuntut hak dia??? Tidakkkk! Tak boleh jadi ni~’
“Kalau
sakit, nah! Bantal. Resttt cukup-cukup!” sementara tangan kanan
Syara meraih bantal yang berada di sisi Faruq lalu ditekap tepat ke
muka lelaki itu. Biar padan muka! Desisnya dalam hati. Sudah
bersenang lenang dengan perempuan lain, nak dengan aku lagi??
Jijik!!’
“Aduh!!” Ganas betul. Nak lemas aku dibuatnya. Bisik Faruq. Serta merta genggaman tangan Faruq melepaskan tangan Syara.
“Saya
nak jumpa mama kejap! Mengada-ngada je lelaki ni” Syara berlari
anak menuju ke pintu bilik.
“Oi
Syara! Aduhhh~ Syaraaaa..” dia cuba untuk mengejar Syara tapi tidak
berhasil. Kalau dikejar sampai ke luar bilik pula, takut dianggap
mereka bergaduh pula. Faruq kembali ke dan menghempaskan tubuhnya.
‘Kau
tak nak dekat aku ye? Baik! Aku akan usahakan sampai kau tunduk pada
aku! Heh’ Bisik Faruq geram. Dia kemudiannya mencapai sehelai
kertas dan pen yang berada di atas meja Syara. Nampaknya perang akan
bermula! Dia menyusun strategi bagaimana untuk memenangi hati Syara.
Plan
A
“Syara
mana mama?” Tanya Faruq kepada Puan Mahani.
“Aih?
Bini sendiri pun tidak tahu kemana?” kata Puan Mahani sengaja
mengusik anaknya. Sebaik mencabut rumput di sekeliling bunga dia
mencapai hos yang bersambung dengan paip halaman rumah. Kemudian dia
mula menyiram pokok-pokok bunga Syara. Menyedari dia diusik, Faruq
mencebik bibirnya memandang mamanya. Dia meninggalkan Puan Mahani
tanpa banyak soal. Dia putuskan untuk mencari sendiri kelibat
isterinya. Pantas dia masuk ke rumah menuju ke bilik Syara.
“Tok!
Tok! Tok! Ketukan pintu oleh Faruq. Namun tiada jawapan. Mana Syara
ni bisiknya.
Dia
ketuk lagi namun masih tiada sahutan dari Syara. Dia pusingkan tombol
pintu lalu masuk terus ke bilik. Dia bercekak pinggang sambil matanya
melilau melihat sekeliling. Kosong?
Sedang
dia berkira-kira untuk keluar dari bilik, tiba-tiba handphone Syara
berlagu. Mesej masuk?tumpuannya tertancap pada handphone Syara yang
berada di atas katil. Dia mencapai telefon bimbit itu berkira-kira
untuk membaca sms yang masuk.
Belum
dia sempat menekan butang buka, tombol pintu dipusing dari luar.
'Syara!'
bisiknya.
Tanpa
berfikir panjang, dia terus masuk ke almari baju mereka. Nasib baik
almari ni besar! Kalau tak, habis aku!
Sementara
itu, Syara baru sahaja berkira-kira untuk menghubungi teman
sepejabatnya Shima.
'Aik?
Mana handphone aku? Tadi aku letak dekat sini..'
Syara
bingung dengan ketiadaan telefon bimbit dia.
'Aduh,
macam mana aku boleh terbawa sekali handphone Syara???' bisik Faruq.
Handphone
yang digenggamnya tiba-tiba berbunyi nyaring. Kiamat dah datang!
Habislah aku!
Syara
yang meluaskan pendengaran telinganya itu melangkah perlahan ke arah
almari baju tempat persembunyian Faruq. Dia terus membuka almari
namun tidak berjaya. Erk? Tak boleh buka? Almari ini berkuncikah? Dia
bongkokkan diri memeriksa pintu almari. Tak berkunci ni! Bisiknya.
Faruq
sebaliknya menahan pintu almari itu dari dibuka oleh Syara. Aduhhh!
Syara ni.......tak jugak dia nak mengalah?
Syara
menarik pintu itu sekuat hati dia.
'Mama~
tolonggg!!!' menjerit hati Faruq.
Tidak
semena-mena.
“Bukkkkkk!!!!!”
Faruq jatuh bergolek dibawah kaki Syara. Hampir melompat gadis itu
dek terperanjat.
“Awak
pulak????”
Faruq
yang kelihatan bingung dan pucat buntang mata melihat gadis di
hadapannya kini seperti hendak menerkamnya.
“Errrr......Supriseee!!!
hahahhahah!!” seraya dia mendepakan tangan kononnya tindakannya
sebentar tadi adalah satu kejutan buat Syara.
“Suprise-
suprise, suprise awak kata?? apa awak buat dekat sini?” Syara gigit
bibir geram. Dia terus menarik tangan Faruq lalu meluru ke pintu dan
menolak Faruq keluar.
“Handphone
saya mana?” Syara hulurkan tangan meminta telefon bimbitnya.
“Hemmm,
telefon nak? Abang ni Syara tak nak?” Celah Faruq.
“Eihh!
Jangan nak perasanlah! Syara mengetap gigi hadapan lalu menjeling
tajam ke arah Faruq. Setelah telefon bimbit bertukar tangan, dia
terus menutup pintu bilik.
'Hairan
aku, sejak akhir-akhir ni busy body betul lah dia ni?' Syara
bermonolog. Dia menghempaskan tubuh ke atas katil.
Haih!
Habis plan aku hari ni..telefon punya pasal!
Plan
B
‘Heh!
Nasib baik mama balik awal. Boleh lah lancarkan Plan B pulak!’
Faruq begitu fokus pada rancangannya. Sedang dia duduk menulis di
kerusi tempat belajar Syara, rupa-rupanya dia diperhatikan oleh
sepasang mata.
“Aiseh,
apalah yang awak sibuk sangat tu? Jangan nak pura-pura lah ye. Sila
angkut segala selimut dan bantal awak ni!” kata Syara sinis sambil
tangan dia meletakkan selimut dan bantal meja hadapan Faruq. Sebaik
barang Faruq diletak, dia memeluk tubuhnya menunggu lelaki itu untuk
beredar dari biliknya segera.
“Abang
dah buat keputusan!” ujar Faruq tiba-tiba.
“Keputusan
apa??” tanya Syara. Kenyataan Faruq sebentar tadi menimbulkan tanda
tanya pada dia.
“Mulai
saat ini, abang tidur sini!” jawabnya terus terang namun bersahaja
sambil tubuhnya disandarkan di kerusi memandang Syara.
“Dah
kenapa pula tiba-tiba nak tidur sini?” Soal Syara kembali.
Terkebil-kebil mata dia bertanya.
“Dah
hak aku tidur dekat sini kan? Kan? kan? kan?” sambil matanya di
angkat-angkat nakal. Syara bengang dengan jawapan Faruq. Selama ni
tak pula dia nak tidur sebilik dengan aku? Agaknya lelaki ni dah tak
laku kot? Sebab tu dia mencari aku? Suami bertuah!!!
“Amboiii??
Eihhh jangan nak mengada-ngada ye! Tu haaaa~ bilik sebelah awak
punya!” Syara merangkul lengan Faruq dan menariknya ke pintu bilik.
Sebaik tombol pintu dipusing, Syara menolak lelaki itu dan menutup
kembali biliknya. Dek tercengang dengan tindakan Syara, Faruq
mengalah. Susah betul lah dia ni! Bisiknya. Dia menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Tangan dia pula meraup wajahnya beberapa kali.
Belum sampai seminit, pintu bilik dikuak kembali. Faruq tersenyum
riang.
“Jangan
nak perasanlah!” matanya rata, bibirnya pula mencebik kemudian
selimut dan bantal dihulurkan ke tangan Faruq. Sebaik barang itu
bertukar tangan, Syara menutup kembali pintu.
‘Baik,
tunggu! Kau akan jatuh ke tangan aku juga!’ desisnya geram lalu
beredar dari hadapan pintu bilik Syara. Senyuman di bibir meniti.
Plan
C
Suasana
di kampung Syara cukup menenangkan hati Syara. Terasa rindu menusuk
kalbu akan zaman kanak-kanaknya. Syara dan Faruq baru 4 jam sampai.
Dek kerana desakan dari Faruq untuk balik ke kampung Syara, dia
terpaksa mengambil cuti selama 3 hari. Faruq, sudah mengambil cuti
awal-awal lagi. Ditolaknya pula, takut lain yang jadi. Tahulah Faruq
tu, kalau dia out of control, nak dia baham aku? Bisik Syara.
“Kalau
Faruq nak, jalan-jalanlah dengan Syara di sekeliling kampung. Boleh
jugak singgah tengok sawah padi abah dekat hujung kampung tu.” Syor
Haji Mudi kepada menantunya. Dihirupnya sedikit demi sedikit kopi O
yang masih penuh. Faruq mengangguk-angguk seraya tersenyum simpul
pandang Syara yang duduk di sebelahnya. Syara membuat mimik muka.
'Yes!
peluang aku lagi? Heheh.' Hati dia menjerit gembira.
“Haa~
elok lah tu. Dapat jugak cam kampung Syara ni macam mana kan bang?”
ujar mak Limah pula sementara di tangannya memegang dulang berisi
kuih muih tradisional. Dia baru sahaja menapak di situ sesudah
mengisi kembali dulang tersebut.
“Berapa
hari dekat sini?” soal mak Limah. Punggungnya dilabuhkan di atas
kusyen sebelah suaminya. Matanya fokus kepada Syara yang seperti
sengaja bermalas-malasan di kusyen. Budak ni tak matang-matang juga
walau setelah berumah tangga? Soalnya bermonolog sendirian. Berkerut
dahi dia melihat tingkah laku Syara.
“Seminggu
ibu” jawab Faruq pantas. Syara pantas menjeling tajam ke arah
suaminya. Dia merapatkan kedudukan dia dengan Faruq.
“Bukan
kita dah buat persetujuan? Kan cuma 3 hari je kita dekat sini??”
bisik Syara. Dia kerut dahi geram dengan kenyataan Faruq sebentar
tadi.
“Abang
dah beritahu bos Syara, Syara cuti seminggu” Bisik Faruq kepada
Syara pula. Dia kenyit mata dan tersenyum puas. Syara ketap bibir.
Suka hati dia tambah cuti aku tanpa pengetahuan aku?
Mentang-mentanglah bos aku tu kawan dia?
Orang
tua itu pandang mereka pelik. Syara yang menyedari mereka
diperhatikan, dia segera lemparkan senyuman manis ke arah abah dan
ibunya.
“A...aah...Ibu,
Abah..kami jalan-jalan tengok kampung sekejap eh?” kata Syara
meminta diri. Dia berlari anak ke bilik lalu mencapai tudung dan
disarungkan terus ke kepala. Segera dia keluar dari bilik dan keluar
rumah. Tangannya turut menarik tangan Faruq agar membuntuti dia.
Lelaki itu secara rela mengikuti langkah kaki Syara.
Setelah
di halaman rumah, dia meleraikan genggaman tangan dan mematikan
langkah. Lalu dia berpaling mendongak pandang Faruq.
“Oi Ku...” belum sempat dia
meneruskan kata-kata Faruq segera menarik tangan Syara dan meneruskan
langkah menuju kereta. Setelah mereka masuk ke perut kereta, Faruq
terus memecut pergi meninggalkan halaman rumah.
“Tak baik gaduh depan mereka...”
“Mana ada gaduh? Lepas geram jer!”
Jawab Syara. Memang aku tak puas hati! Desisnya. Faruq senyum manis.
Geli hati dia. Sebab Syara terus melupakan akan hal tadi. Kalau dia
tak tarik Syara tadi, mahunya dia kena tahan telinga kena panggil
kuda sekali lagi? Ish! Tak nak aku.
“Awak nak bawa saya ke mana ni?”
tanya Syara.
“Aik? Bukan Syara nak bawa abang
tengok keliling kampung?” Soal dia kembali menoleh ke arah Syara.
“Tak ingin pun nak bawak” ujarnya
rasa tidak puas hati masih bersarang.
“Nak tak nak, Syara kena jugak bawa
abang jalan-jalan...memandangkan abang yang tengah drive kereta!”
Faruq berkata. Senyuman dia melebar. Syara ketap bibir bawah
semahunya namun jauh di sudut hatinya, mengakui kebenaran kata Faruq.
Faruq memberhentikan kereta di satu
pemandangan sawah padi. Syara terpana dengan keindahan panorama senja
di situ. Tanpa dia sedar, tubuhnya seakan mengikut rentak hati keluar
dari perut kereta. Sungguh dia merindui suasana ini. Faruq menjejak
langkah Syara. Tanpa ragu, mereka kemudiannya menuju ke pondok kecil
milik abah Syara tersebut.
Syara melabuhkan punggunya di pondok.
Begitu juga Faruq. Kedua-dua mereka sepi. Agaknya tengah melayan
perasaan masing-masing.
“Syara, boleh abang tahu?” Soal
Faruq tiba-tiba memecah hening. Dia sekilas toleh ke arah isterinya
yang masih menikmati keindahan alam.
“Nak tahu apa?” Soal Syara yang
seolah-olah masih bersikap acuh tak acuh dengan pertanyaan Faruq.
“Kenapa Syara benci abang?” Sambung
Faruq. Kini wajah isterinya ditatap semahunya demi satu kepastian
dari raut wajah tersebut.
'Erk!' Syara tersentak denga pertanyaan
Suaminya itu. Tak sangka pula dia tanya soal ini. Tak kan dia tak
tahu kot? Bisik Syara.
“Awak kejam!” jawab Syara spontan.
“Saya rasa tertipu!” dia teruskan
kata-kata. Faruq sudah terpinga-pinga dengan jawaban yang diberikan
oleh Syara.
“Kejam? Tertipu? Maksud Syara? Abang
tak faham....” Syara memandang tepat ke mata Faruq masa ini. Entah
kenapa dia rela meluahkan rasa hati dia tika ini.
“Saya tertipu dengan peribadi awak
sewaktu di U dulu..” Faruq terkebil-kebil. Sewaktu di U?
“Huhh!” Syara menghela nafas
panjang. Berat!
“Atau mungkin saya yang tidak sesuai
untuk awak...” Syara lemparkan senyuman pahit. Dia kemudiannya
membuang pandangan ke arah matahari yang semakin terbenam itu.
Kemerahan..
Faruq bingung. Apa sebenarnya yang
Syara ingin sampaikan?
“Berterus terang lah Syara, abang nak
dengar.” Jemari Syara digenggam erat.
“Betulkah awak seorang playboy
seperti apa orang katakan selama ini?” Akhirnya terluah isi hati
yang sekian lama dipendam.
“Betulkah awak sebenarnya suka orang
lain namun dipaksa oleh mama untuk bernikah dengan saya?”
Sambung Syara. Nampaknya dia betul-betul
meluahkan apa yang terbuku. Faruq tenang mendengar isi hati Syara.
“Kenapa sering berkasar dengan saya
selama ini?” Ketika ini Syara sudah menundukkan kepalanya. Dia cuba
menyembunyikan riak sedih dari wajahnya dari dilihat oleh lelaki yang
berada di sisinya. Tanpa dia sedar, satu demi satu air matanya jatuh
dari tubir mata. Rasa sedih dan sebak mencengkam hati. Faruq sedar
akan hal itu. Dia juga turut sebak.
“Syara, dengar sini...” Faruq kini
betul-betul berada di hadapannya. Dia mengangkat dagu Syara agar
melihat tepat ke matanya. Mata mereka berlaga..Genggaman tangan dari
Faruq masih belum dilepaskan.
“Pertama, abang tidak pernah ada
sesiapa selain Syara selama kita nikah....believe me! .”
jelas Faruq cuba meyakinkan Syara. Digenggam jemari gadis itu
seeratnya. Syara ketap bibir. Betulkahh apa yang aku dengar sekarang
ni?
“…................... Syara yang
seakan-akan menjauhkan diri dari abang selama ini..” tambah dia.
Syara akui kata-kata Faruq.
“Kedua, abang bernikah dengan Syara
atas kerelaan hati abang sendiri.” Saat ini Syara sudah pelik.
“Tapi..mama kata...” Syara bersuara
kecil. Dia buang pandangan pada arah lain. Faruq tersenyum manis
memandang isterinya.
“I love you Syara! Sebenarnya
Faruq yang meminta mama pujuk Syara untuk terima abang..maafkan mama
ye”
“Erkk!” mata Syara terbuntang luas
dengan pengakuan Faruq. Lidahnya kelu tidak terkata. Namun dalam
hatinya jelas melonjak keriangan. Rupa-rupanya dia tidak bertepuk
sebelah tangan selama ini. Perlahan-lahan di bibirnya meniti sebuah
senyuman kecil.
“Do you feel the same for me
Syara?” Tanya Faruq. Berdebar juga jantungnya saat bertanyakan
soal itu. Dia takut, jawapan hampa yang diterima.
Pantas Syara bingkas bangun mendapatkan
dua langkah kedepan dan melepaskan genggaman jari Faruq. Faruq
terpinga sekejap.
“Syara isteri abang”. Jawabnya
tersenyum sekilas berpaling kepada lelaki itu. Dari nada dan raut
wajah gadis itu sekarang, dia sudah dapat mengagak jawapan sebenar
gadis itu. Hati dia melonjak keriangan.
“Thanks Syara!” laju dia menarik
tubuh Syara ke pelukannya menghadap mentari yang semakin terbenam.
“Glup!” Syara bulatkan mata
sebesarnya. Dia kaget sekejap tapi dia membiarkan sahaja perlakuan
Faruq. Cinta mereka bersaksikan senja nan merah ciptaan yang maha
agung. Kedua-dua mereka sungguh bersyukur dengan hubungan mereka
kini. Tiada rahsia lagi antara mereka. Tiada lagi jiwa yang terluka.
“Syara..abang minta maaf dengan sikap
kasar abang ...abang tidak sabar dengan cabaran dan ujian yang Allah
beri untuk abang selama ini.” petah Faruq.
“Syara juga bang..” balas Syara
pula.
“InsyaAllah, lepas ni abang akan jadi
yang terbaik untuk Syara.”
“Begitu juga Syara..”
TAMAT
Cinta Senja Nan Merah terbaeeek~
ReplyDeleteAdakah ku kenal Ruka ni (o_O) heheh
Delete