Thursday 15 October 2020

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 45 ]

 "So ini sahaja homework buat masa ni. Masa pun dah habis, so…ketua kelas tolong pastikan pelajar-pelajar hantar ya. Cikgu nak, isnin depan walaupun tiada kelas sejarah..hantar di meja cikgu.”

“Baik cikgu..” serentak mereka menjawab arahan aku. Tidak ambil masa lama, aku keluar dari kelas itu. Dari koridor kelas, aku dapat melihat ada beberapa guru-guru yang juga baru sahaja menamatkan sesi PnP.

“Cikgu Syafikah..tersenarai tak sebagai Pengawas peperiksaan tahun ini?” tanya Cikgu Murni apabila kami bertembung di tangga sekolah. Beliau adalah antara guru senior di sekolah kami.

“Heh! Mudah-mudahan tak..sebab dah saban tahun saya jadi pengawas peperiksaan. Tahun ni nak rehat..” balas aku tertawa. Mengharap sangat-sangat sebab nak ikut serta ke luar negara pula kali ini sebagai sukarelawan bantuan.

“Tapi, kalau ditakdirkan juga sebagai pengawas peperiksaan, saya anggap rezeki juga…” sambung aku redha jika tersenarai juga..sebab aku tahu, biasanya yang single macam aku ni yang sentiasa dicari.

“Haa tulah..” Tuturnya tertawa. Kami terpisah di saat kaki kami menjejakkan diri ke bilik guru. Suasana sepi kerana masing-masing sibuk dengan kerja di atas meja. Ada sesetengah yang bersedia untuk masuk ke kelas semula..samalah macam aku, selagi masa persekolahan belum tamat, aku belum tentu dapat duduk di meja guru. Lepas ini harus ke kelas tingkatan 5 pula..

***

Hanya sekali pusing, pintu di hadapan aku terbuka. Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke rumah ini..keadaan masih sama..kunci masih sama..kekal seperti mana aku tinggalkan tempat ini dulu. Bersih..agaknya makcik sekali-sekala ke sini. Kaki aku pandu ke tingkat atas lalu memusingkan tombol pintu bilik..

Disebabkan terlalu lama memandu, aku labuhkan punggung ke birai katil..dan automatik menjatuhkan tubuh. Gila! 3 jam perjalanan…siapa tak penat. Mata aku tertancap pada lampu syiling dalam masa yang sama berfikir-fikir. Yee! Ni namanya menceroboh masuk rumah orang…aku dah takde hak pun masuk ke rumah ni. Tapi jangan salah faham..sebenarnya aku ingin mengambil barang aku..barang yang tertinggal..

Ermm....sebenarnya….aku sengaja tinggalkan..kerana dengan harapan ada sesuatu keajaiban..dengan harapan semuanya kembali seperti sedia kala…aku yang buat keputusan untuk berjauhan dengan dia, berpisah dengan dia, namun sudahnya aku terima penyesalan …aku terima hukuman, menanggung rindu yang teramat dalam..sehingga setahun penantian, kedua tahun….dan saat ini…aku akhirnya sedar..aku terpaksa akur dengan takdir bahawa dia sudah move on dengan life dia…dan hari ini aku turut ambil  keputusan..aku akur untuk move on..


*******



“Ika dah fikir masak-masak pasal ni? Takut ika menyesal pula…” kata mama di sebelah aku. Aku sedih kerana mengheret mereka sekali dalam kancah masalah aku. Tapi aku tak nak semua tertanya-tanya dengan status kami nanti lebih-lebih lagi Shah yang sudah terpisah jauh. Sudah tentu mereka akan sering bertanya akan hal Shah. Apa aku nak jawab nanti? Ditanya sama ada  Shah sihat atau tak, tak kan aku nak jawab sihat padahal aku tak tahu pun keadaan dia..

Dari jauh aku perhatikan Shah dan abah duduk berinteraksi antara satu sama lain dari tadi. Serius riak mereka berdua..abah berpeluk tubuh..sesekali abah renung aku lama. Allah..abah tentu sedih yang amat sangat sekarang ni. Mama dari tadi tanya macam-macam dekat aku..apa masalah dan sebagainya..tapi aku tak dapat untuk terangkan secara terperinci tentang masalah kami. Terlalu banyak yang perlu dibuka…aku beritahu mama, aku ambil pendekatan kami dah habis jodoh..mama terdiam dengan keputusan aku..huhu

Dari pihak Shah, aku kurang pasti apa yang dikatanya pada abah…nak salahkan aku terpulang. .yang pasti kami masing-masing tahu siapa yang silap dari awal..

Perbualan diantara abah dan Shah berakhir tanpa aku dan mama masuk campur…

“Ma…” panggil abah menunjukkan isyarat untuk keluar. Fahamlah aku..abah bagi aku dan Shah berkomunikasi…mumgkin juga sesi abah pujuk mama..sebab aku tahu, mama dari tadi tahan sedihnya. Ya Allah..aku buat mama dan abah nangis..

Sebaik abah dan mama keluar, aku ditarik oleh Shah dan dipandu ke kamar.

. Aku menurut kerana masih terkesima dengan situasi tegang yang terkawal. Dia tinggalkan aku sementara dia ke bilik air. Dia kembali dengan wajah yg dibasahkan. Ketika ini aku duduk di kerusi meja solek aku.

“Shah tahu, Shah salah…I know it’s too late but let me clarify about something…” dia bersuara.

“I admitted it…memang Shah sengaja ambil peluang untuk rebut Ika dari Afif…tapi tindakan Shah disebabkan abang Afif tak menghargai Ika masa itu…do you know I’m the one who replied your postcard? He’s too busy with his life. I won’t tell you what it’s about... If you realize, he contacted you when he needed..” aku ketap gigi.

“Tapi akhirnya atas dasar suka-suka je kan…?” kecil suara aku kecewa dan mempersoalkan tindakan dia ketika itu. Dia pejam mata dan mengeluh

“That was before we met..kemudian semuanya berubah selepas itu..” dia bersuara kecil.

“I have no idea I will fall for you for the first time we met.. I was shocked too…the moment we met, we’ve attracted to each other right?.. Saat itu Shah ambil keputusan untuk serius dalam hubungan ini…semua tu berlaku sebelum kita bernikah…and again..that was before we met..!

Aku ketap bibir menggambarkan semua kata-katanya..dan menilai..aku diam buat seketika..

“Shah dah beritahu abah…...

do you still want to proceed it? My action is on your choice..” dia bersuara kembali memecah hening lalu menyandarkan tubuh ke meja depan aku. Aku angguk perlahan-lahan. Dia ketap gigi dengan keputusan aku. Wajahnya kecewa…tapi aku..tetap dengan keputusan aku. Macam mana aku nak hidup dengan hati yang sentiasa curiga dengan dia..? dan rasa tidak ada kepercayaan pada dia..

“I’ll be leaving soon..Shah harap urusan kita selesai secepat yang mungkin…” tuutrnya pelan-pelan ke woredrobe mengambil pakaian-pakaiannya.dilipat dan dimasukkan ke beg pakaian. Allah….huhu aku? Rasa nak nangis! Aku nak skip benda ni cepat-cepat…tipu kalau aku tak sedih..

“Dari pihak  Shah, Ika jangan rirsau…ermmm…nanti Shah beritahu mereka…” tangannya masih dengan kerja tadi. Aku hanya perhatikan dia dari tepi dan tunduk memikirkan nenek, makcik dan pakcik…huhu aku mengecewakan mereka semua…

Petang itu juga sebaik Shah beredar, aku dihujani panggilan telefon dari nenek dan makcik..mereka bertul-betul kecewa dengan keputusan aku dan Shah berpisah. Aku sangat-sangat down sehingga menguncikan diri..

Seperti semuanya dipermudahkan, urusan aku dan Shah berjalan lancar..aku sedar ketika itu tiada lagi senyuman Shah untuk aku. Tiada lagi sapaan lembut darinya…kedinginan dia buat hati aku tersentak saat itu juga. Aku menangis semahunya melepaskan rasa kesal dalam diri..kemurungan sehingga memohon ke tempat kerja baru..dengan harapan aku boleh melupakan dia..dengan harapan ego aku mengatasi rasa rindu padanya..


Share:

2 comments:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers