Wednesday 13 January 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 47 ]


Kaki aku dipandu malas ke ruang tamu. Ermm…Rasa down tiba-tiba. Aku sandarkan tubuh ke sofa mnggambarkan kembali apa yang berlaku sebentar tadi. Kecewa ke aku? Tapi benda macam ni patutnya aku dah aware..tapi bila depan mata aku sendiri dia dengan wanita lain…hmmm…padan muka aku. Masa meeting tempoh hari pun aku boleh bayangkan kononnya dia kejar aku time dekat parking kereta. Hakikatnya? Dia buat donno je.  Haha ni bukan wayang Ika..ini reality!

 

Aku bangun. Jari aku laju membuka laptop di atas meja kopi. Aku buka ruangan chat. Satu-satunya tempat aku luahkan hati aku..sebab aku selesa bercakap memandangkan tiada siapa-siapa tahu aku siapa. Aku berkenalan dengan seseorang..tapi ntahlah..mama suruh aku cari jodoh, aku pula berkenalan dengan niat untuk berkawan sahaja. Dah tu, pilih kawan perempuan je. Mengamuklah mama kalau macam ni gayanya aku.

Aku: “hye….ermmm…I saw him with a woman today..”

Dia: “hi..it’s been awhile. I thought you busy with the preparation to Cambodia. He with whom? How do you feel?”

Aku: I would’nt know who is she. His girlfriend maybe? Or his wife? You know it’s already 6 years since we apart..it’s impossible he don’t have someone..”

Aku: My heart broke into tousand pieces..is it normal to feel like this?

Dia: It’s normal. That’s mean, Ika belum move on..why not you confess to him?

Aku: “Confess? Haha…are you serious? Confess dengan Shah? Omg..macam kena sumpahan pula! Huhu..”

Dia: Taklah…

Aku: “should I marry Hazwan instead?”

Dia: “No!”  

Aku: “Hah? Sebab apa? Tak nak saya kawen ke macam mana ni?”

Dia: “Sebab you suka Shah okay…you still sayang Shah..that’s the facts.”

Aku: “Ish..ish..ish..Kak Lyn ni..tak mungkin kami dua ni bersatu balik…jauh panggang dari api tau tak…?”

Dia: “Kak Lyn faham….”

Conversation aku dan kak lyn berhenti macam tu aje…sebab aku sendiri tak nak panjangkan cerita tentang aku dan Shah yang dah lama jadi lipatan sejarah kami.

***

Dah seminggu peperiksaan SPM berlansung. Aku pula baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi Kemboja. Benda pertama aku buat adalah aku beli nombor telefon haha. Setelah memasangkan ke telefon aku, aku  menangkap gambar selfie. Gambar itu aku kirimkan cepat-cepat ke whatsapp Fatin. Fatin membalas, “bawa balik suami dari sana!” isk, dia ni…bole pula cakap macam tu ye? Hmmm…

Aku: Fatin, nak tau satu rahsia tak? Aku ambil keputusan untuk lupakan Shah..tak nak fikirkan dia lagi!”

Fatin: “maksud ika? Jangan cakap Ika masih tunggu Shah sebelum ni..Omggggg….napa tak bagi tau? Kenapaaaa??”

Aku: “iskk…takdelah, Cuma tak nak bebankan perasaan orang lain…takut korang risaukan aku..tapi aku dah okay dah…..kut…” perkataan ‘kut’ itu kecil saja aku lepaskan.

Fatin: “’kut’ tu yang kau tak yakin lagi Ika oii….”

Aku: “ ishhh aku ok je…lagipun dia buat donno je dengan kehadiran aku dekat sini..”

Fatin: ‘haa..? shah ada dekat situ??? Omggg…..peluang Ikaaa! Jangan lepaskan peluang ni..”

Aku: “of course lah…penaung kut….hemm peluang? Erhh! Aku gigit bibir.

“Serius nampak….?” Tersentak dan terus berpaling kebelakang sambil menyembunyikan telefon. Encik Hazwan dan Shah di hadapan aku. Terkebil Menghadiahkan senyuman paksa. Cepat-cepat aku tutup talian dengan jari di belakang. Entah betul ke tidak aku tekan tempat yang betul…huhu

“Kak Ima mana?” tanya Encik Hazwan sambil panjangkan leher ke arah belakang aku mencari keberadaan Kak Ima.

“Kak Ima ke..ke tandas..” jawab aku sekat-sekat dengan tangan aku ditunjuk ke belakang. Shah diam di sebelah Encik Hazwan tanpa riak. Cuma yang aku pasti, dahinya berkerut walau tangan menekan-nekan telefon.

“Excuse me…” Kata Shah menjauhkan diri dari aku dan Encik Hazwan. Sempat aku berpaling wajah mengikuti arah gerak tubuh Shah.

“Grandma…” Shah sebut je nama tu, aku rasa sayu. Rindunya aku pada nenek hanya Allah je yang tahu…

“syafikah…”

“aah…” aku automatik menyahut. Tak sedar rupanya aku sibuk memerhatikan Shah dari jauh…

“Napa? Ada apa-apa yang tak kena?” tanya Hazwan sambil menjuihkan mulut dia ke arah Shah. Aku geleng kepala..paksa senyum lagi balik. Hiks. Sementara tunggu Kak Ima, Shah kembali ke tempat kami. Dia maklumkan sementara menunggu bas untuk sampai ke destinasi, dia lebih dahulu ke sana kerana beberapa perkara. Sebaik makluman itu, dia beredar gitu je. Tak tengok-tengok pun aku ni. Iskk…tak sedap hati pula. Most likely we are totally stranger okay!? Dia benci aku ke..sampai tak hadap pun aku ni..erkk??

Seramai 30 orang yang menyertai misi kemanusiaan kali ini. 10 orang dari pusat perubatan swasta yang telah dipelawa dan dibayar oleh syarikat Shah untuk mengendalikan hal-hal kesihatan penduduk tempatan. Hmmm..biasanya timbalan Shah yang akan sertai kami seperti yang sebelum ni. Dia as busy person dan well known kut…ada masa pulak dia..

Aku dan Kak Ima sebilik. Hotel tempat kami menginap berdekatan dengan penduduk kampung yang bakal kami lawati. Barang-barang perubatan biasanya kami simpan di tepat yg dibina khas yang berdekatan dengan kawasan kampung tersebut bagi mengelakkan sebarang kehilangan berlaku..manakala bantuan makanan kami akan beli di sini keesokkan harinya dengan bantuan penduduk setempat yang biasa dengan kawasan bandar terdekat.

“Kak, saya keluar kejap…ada barang tertinggal dekat bawah..” aku meminta izin untuk keluar. Kak Ima hanya sempat angguk kepala. Mungkin dah penat sangat agaknya..maklumlah berjam jugak sampai ke sini..tadi sebaik sampai ke bilik, Kak Ima terus hempaskan tubuh ke katil. Aku cepat-cepat tekan punat lift untuk ke bawah. Pintu lift terbuka, aku tersentak dengan kehadiran Shah yang berseorangan didalam lift. Elak malu, aku gagahkan diri masuk. Jari aku tekan punat lif G. Lift bergerak ke atas terlebih dahulu mungkin sebab Shah terlebih dahulu masuk ke lift. Sempat aku sedar destinasi Shah adalah  tingkat 15.

“I underistimate you….i thought you will suffer after our separation..in fact, you looks happy...tapi Shah tak hairan, sebab Ika yang nak sangat berpisah dulu... ” dia tiba-tiba bersuara memberikan jelingan tajam. Tersentak dan terkejut, aku berpaling mengengam jemari. Aku renung hiba mata itu. Perlu tak aku berterus terang dengan dia?

“saya….” Tidak sempat berkata-kata, pintu lift terbuka menandakan Shah sudah sampai ke destinasi.

“ we need to talk..” Usai kata, Shah terus menarik aku keluar dsri lift menuju ke biliknnya.

“Shah…apa awak buat ni? Nanti orang nampaklah Shah..” tegas aku cuba meleraikan genggamanya.

“I bought the whole level for two weeks!”

Sebaik mengimbas kad pintu hotel, aku ditarik masuk.

“Lepaslah Shah!” tangan aku automatik dilepaskan. Dia berpeluk tubuh didepan aku dengan pandangan tajam. Aku terkebil-kebil direnung demikian. Macam nak makan orang je gayanya.

“what now?” tanya dia. Aku berkerut dahi dengan soalan itu. Eh bukan dia ke yang patutnya bercakap?? Aku angkat bahu.

“ apa Ika nak cakap tadi?” genggam jari, baru teringat pasal tadi. Huhu…nak jujur ke tidak? Ermm…

“ermm..”

“ You should not be appear infront of me again Ika…you know better why i’m being like this..” kata dia membelakangkan aku sambil melepaskan jam tangannya ke katil. Bergetar hati mendengar kata-kata itu…aku sedih yang amat sangat tiba-tiba sampaikan apa yang nak aku cakap tadi tidak terluah. Aku terus diamkan diri…bukan sebab marahkan dia, tapi aku lebih kesalkan diri aku..aku yang telah sebabkan semua ni berlaku. Shah bergerak ke arah beg pakaiannya lalu mengambil satu dokumen.

“Nah…” dokumen itu dihulur ke tangan aku.

“apa ni?”

“Jelaskan dalam setahun.” Kata dia serius menyebabkan aku cepat-cepat membuka dokumen itu. Haahhh??

“Ganti rugi pasal apa?” soal aku terkebik-kebil.

“ Ganti rugi sebab Ika tinggalkan Shah. You cause my mental illness during the divorce..” Whattt??

“ Awak jangan main-main Shah…” geram aku merenung mata itu

“I’m serious. Dekat surat tu ada nyatakan Shah menderita gangguan perasaan dan anxiety selama kita berpisah. Kos perubatan yang Shah tanggung dan lain-lain hal yang berkaitan…” aku belek kembali surat itu. Apa?? Setengah juta?? Ya Allah…

“ mana saya nak dapat wang sebanyak ni?? Shah, kamu tak patut buat saya macam nilah…awak tahu status kewangan saya..saya bukan macam awak!” Kalau nak mintak ganti rugi, cukup bawah 10k kut…aku tahulah aku salah..tapi ni dah terlebih!

“ That’s your problem…” kata dia ke arah mini dapurnya. Tahulah tempat ni lebih besar dari bilik kami. Tempat ni sesuai dengan status dia…hiks geram pula aku.

“kalau saya tak bayar?” Tanya aku peluk tubuh geram.

“Baik baca page 4…” jawab dia sebelum meneguk air. Aku buka balik kertas itu. ‘Jika gagal membayar ganti rugi berkenaan, hukuman penjara selama 6 bulan akan dikenakan.’ Haaaa?

“ Apa awak ni Shah?! Awak tahu tak kalau saya dipenjara? Saya akan dibuang kerja, pencen tak jalan dan semua hak-hak istimewa saya sebagai penjawat awam ditarik balik! Awak tahu tak?” rasa nak nangis! Kejamnya dia. Uwaaaaa

“ tahu..”jawab dia ringkas. Rasa nak terduduk. Dia tak patut buat aku macam ni…bukan dia tak tahu, dia yang nak sangat kahwin dengan aku dulu..jadi dia patut sedar akibat dia “paksa” aku kahwin dengan dia. sekarang ni lain pula jadinya..erkk jap..paksa ke?

“Bayar secara ansuran boleh tak?”

“Its up to you..” jawab dia selamba badak sambil menutup peti sejuk pula. Huh! Kalau bayar sedikit demi sedikit pun, aku tetap tak dapat bayar dalam masa setahun. Lepas habis berkhidmat pun belum tentu wang ganjaran sebagai penjawat awam dapat cover ganti rugi tu. Ya Allah…ujian apa ni…

“Ermm…baiklah…” aku tunduk dan peluk dokumen itu dengan perasaan pasrah..kecewa. Kaki aku perlahan-lahan mendekati pintu keluar.

“Wait…are you plannig to pay it?” tanya dia mendahului langkah aku. Wajah dia curious.

“Awak nak saya bayar, saya akan bayarlah!” bentak aku dengan nada tinggi. Entah kenapa tanya aku kalau dia dah serahkan dokumen ni pada aku?! Buat darah aku naik aje.

“then get out!” tempik dia seraya kasar membuka pintu. Aku keluar.

“Pamp!!!” terbang hantu aku kejap dengan cara dia tutup pintu. Aku berpaling tidak puas hati. Aku atur langkah ke lift yang sedia terbuka. Fuhhh! Dia benci aku ke…..? Sampai dia nak aku bayar ganti rugi….? Iskk..afterall, memang salah aku….nak salahkan dia, tak boleh…sebab dia yang lebih struggle untuk rumahtangga kami dulu….tapi, gila. Macam mana aku nak bayar RM500K tu???

 

Share:

10 comments:

  1. Hahhaha...boleh pulak bdk shah mntk ganti rugi...🤦🤦🤦
    TQ dik...❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  2. Setianya i tggu nxt chptr 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. hampir setahun saya x jenguk bolg krn sakit.. ni baru bc blk

    ReplyDelete
  4. Thank you for the update. Finally 😆

    ReplyDelete
  5. X sabar nak baca next chapter

    ReplyDelete
  6. Bila nak sambung....

    ReplyDelete
  7. Makin lama, makin berdebar nak tau cerita selanjutnya

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers