Sunday 19 September 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! Bab 69

 Tetamu jemputan yang hadir dipelawa masuk ke ballroom sebaik sampai ke loby. Mereka hanya perlu memandu sehingga ke pintu utama kemudian membiar kereta mereka diparkirkan oleh pembantu majlis. Aku dari tadi menunggu Shah yang masih sedang bersiap di bilik persiapan yang berasingan. Tanpa peneman, aku mudah bosan. Aku diam-diam mengintai Shah di pintu yang sedikit terbuka. Ooh…sedang bercakap dengan ayah tiri dia rupanya..

“Thanks for being a wonderfull father to me..you have to know that ayah…” ujar Shah memeluk sosok tubuh ayah tirinya.

“Apa bezanya dengan Shah…you’ve grown enough to be smart and good looking young man. I am proud of you my son..” balasnya menepuk-nepuk lembut badan Shah. Aku yang berada di belakang mereka turut sama terharu dengan situasi itu. Aku dapat melihat keakraban antara mereka agak kuat. Boleh menitis air mata jika direnung pada riak wajah seorang ayah.

“Ika..!” suara separuh berbisik memanggil dari belakang aku. Aku pusingkan tubuh.

“Oh..Fatin..Fyna ma…”

Ya Allah Ya Tuhanku…cantiknya kau Ika! Warna peach memang sesuai untuk kau..tapi serius tau akhirnya kau buat juga majlis bersanding ya…” kata Fatin bernada nakal. Kami berpelukkan sekejap kemudian mempelawa Fatin melabuhkan punggung di kerusi bersiap.

“Bukan aku lah…nenek yang beriya-iya nak buat majlis…aku terima je..hihi..” jelas aku. Genggaman bunga di tangan aku belek-belek sekejap.

“Haih, samalah tu….kan? Tak kan kau tak teruja langsung! Haha…!” Fatin ketawa berkekeh didepan aku. Kerusi tempat dia duduk, ditariknya agar rapat dengan aku, didepan aku.

“Fyna mana?” Soal aku teringatkan kembali pertanyaan aku yang dipotong oleh Fatin sebentar tadi.

“Ada diluar sana…dengan abah dia..” 

“Ohh…”

“Kau intai siapa tadi…?” bisik Fatin lagi.

“Shah…siapa lagi..…hihi..” jawab aku tersipu-sipu malu.

“Ish-ish-ish..boleh pula malu dengan suami sendiri ye…kalau aku, masuk je ke bilik persiapan tu..bukan baru nikah pun..dah lama kut campur yang 6 tahun lepas! Haaah..” seronok cikgu Fatin bercerita dengan gaya riuh sekampungnya itu…Fuhh..seorang dia, berperangai 10!

“Ayah tiri Shah ada sana…aku tak nak kacau…"

“Ohh..patutlah…Afif ada sana tak?” tanya Fatin lebih lanjut.

“Takde…ada diluar sana dengan bakal tunang dia..”

“Ohh..yeke..? Eloklah tu Ika..” kata Fatin seperti berpuas hati akan sesuatu jika dilihat dari riak wajahnya.

“Kau tahu tak guru-guru sekolah lama kau dijemput dalam majlis ni?” soal Fatin berseloroh. Dia  mengorek-ngorek sesuatu di dalam handbagnya. Rupanya dia mengambil handphone. Fatin membuka kata laluan dengan cap jari telunjuknya lalu mula mencari-cari sesuatu di dalam handphone itu.

“Shah ada beritahu aku…lagipun dia rapat dengan guru-guru sekolah dia..” aku jawab pendek.

“Ohh..” Fatin kaku sekejap lalu meneruskan kembali tingkahnya mencari-cari sesuatu dalam handphonenya.

“Haa..tengok ni. Group sekolah suami aku..” Katanya sambil memperlihatkan aku isi perbualan di dalam group itu.

“Dia orang masih tertanya sama ada kau ke bukan isteri Shah tu…rasa tak percaya kata mereka…” ujar Fatin. Aku hanya anggukkan kepala.

“Takpe lah….aku faham kenapa mereka fikir macam tu... maklum Shah ketika tu mana  kenal aku, aku lapor diri di sekolah tu, Shah berhenti sekolah…so tak logik pada pandangan mata dia orang. Lagi pun..mana nak percaya kut pelajar kahwin dengan anak murid…” jelas aku mengigit bibir.

“Hehe ha’ah kan…takpe, tahulah mereka hari ini..hihi..” kata Fatin ceria. Aku dalam gembira, ada terselit sedikit segan sebenarnya..tapi..it’s ok..everything is gonna be alright…InsyaAllah…

“Assalamualaikum..” suara memberi salam di muka pintu. Aku dan Fatin serentak menoleh. Dr Ezra memberi isyarat nak berjumpa dengan aku sekejap. Sementara Fatin dalam masa yang sama bertanya siapa gerangan yang ingin berjumpa dengan aku dengan isyarat mata.

“Dr Ezra..” jawab aku sedikit berbisik. Fatin angguk kepala pelan-pelan.

“Ohh... Excuse us..ssekejap je..” ujar Dr Ezra.

“Eh takpe-takpe..Ika aku keluar dulu ek..” hanya anggukan disertai senyuman aku sebagai jawapan kepada Fatin ketika dia mulai mengangkat punggung.

“Dr Ezra…masuklah…” pelawa aku. Dr Ezra lalu menarik bangku, kemudian duduk berhadapan dengan aku.

“Dr ada hal nak jumpa saya? Soal kesihatan Shah?” tanya aku tersenyum sambil meletakkan bunga yang dari tadi digemggaman aku.

“Tak..bukan soal Shah..” katanya mengigit gigi. Ada sedikit segan dari wajahnya.

“Erm..saya nak minta maaf soal saya marah cikgu tempoh hari…” ungkapnya justeru mengambil jemari aku. Aku jadi terkebil-kebil buat seketika.

“Ish..janganlah macam tu…memang saya salah pun…kejadian tempoh hari saya ambil sebagai pengajaran untuk saya...” ujar aku berterus terang. Aku tidak mahu dilihat sebagai pemenang disini sedangkan kerana aku, mungkin ada hati yang masih bersedih..erm..

“Soal Lilian…” Dr Ezra buka cerita soal kawan baiknya Lilian. Aku berdebar menunggu.

“Sebenarnya Lilian yang putuskan hubungan mereka berdua…bukan Shah..” sambung Dr Ezra dengan wajah rasa bersalah. Aku hanya mampu mengigit bibir kaku dengan kenyataan dia kerana aku tahu hal sebenar. Shah dan Lilian hanya kawan semata-mata.

“So congratulation Cikgu Syafikah!” ucapnya memeluk aku erat.

“Terima kasih Dr Ezra…” situasi antara aku dan Dr Ezra yang aku tunggu selama ini akhirnya datang jua. Tiada yang mampu aku katakan selain bersyukur kepada Allah yang maha esa.

“Cikgu, Lilian kirim salam..dia tidak dapat hadir dalam majlis ni..ada urgent operation katanya..” kata Dr Ezra setelah pelukkan antara kami dileraikan.

“Waalaikumussalam…kirim salam dekat Dr Lilian semula..” jawab aku menitipkan senyuman di bibir.

“Saya keluar dulu...nanti kita berbual lagi ya cikgu..” ujar Dr Ezra mulai mengangkat punggung.

“Terima kasih Dr Ezra..”

“Tak perlu sebut Dr Ezra..panggil Ezra je..” kata Ezra tertawa sudah di depan pintu keluar.

“Ezra!” jerit aku kecil melambai-lambaikan tangan. Sebaik membalas lambaian aku, dia hilang.

Aku pusingkan tubuh kembali ke posisi sebelum ini. Fuh…aku raup muka separas hidung. Lega yang tak terhingga..ya Allah..

“Sayang..” suara Shah menerpa masuk ke ruang bilik persalinan aku. Dia cepat sahaja berdiri di depan aku.

“Sayang okay?” aku angguk wajah ceria.

“Jom..majlis dah nak mula..” katanya ceria sambil menghulurkan tangan. Pakaian pengantin baju melayu itu sangat sesuai dengannya. Nampak segak dan tampan dengan samping yang kemas terletak. Aku sambut huluran mesra tangan itu dengan tangan kanan. Sempat aku capai bunga yang dari tadi aku letak di atas meja.

“You are too gorgeous sayang..!” ungkapnya sempat menarik aku rapat untuk berbisik.

“You too…” balas aku dengan senyuman.

“Nervous?” soalnya lembut. Aku angguk kepala perlahan-lahan. Sememangnya aku sangat gementar sejak dari tadi..

“It’s okay..serahkan semuanya kepada Shah..” katanya secara tidak langsung memberikan aku kekuatan.

Tangan aku ditarik keluar dari bilik itu dengan didahului langkah kakinya.

***

 “Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi menghadirkan diri dalam majlis yang serba ringkas ini..disini saya selaku ketua ahli keluarga, pakcik kepada Shah Imadi…terima kasih  semua. Tidak dapat saya sebutkan satu-satu rasa terima kasih ini dengan masa yang sering mencemburui kita semua..namun kerana majlis ini lebih tertutup kenalan dan rakan taulan kedua-kedua pengantin, ingin saya highlightkan ucapan saya ini kepada...pengetua sekolah, penolong kanan dan  guru-guru yang telah berkesempatan untuk hadirkan diri, terima kasih saya ucapkan.. rakan-rakan guru kepada pengantin perempuan, terima kasih kerana hadir..tidak lupa kepada rakan-rakan sekelas Shah dulu, terima kasih semua.  Ingin saya memaklumkan jika ada kekurangan ataupun penambahbaikkan yang ingin dikongsikan, jangan segan untuk memberikan komen di ruang yang telah disediakan..ataupun jika rasa segan, boleh berhubung terus kepada pengantin perempuan mahupun lelaki jika lebih selesa bercakap dengan mereka. Kepada yang baru sahaja hadir, dijemput untuk menjamu selera. Yang telah menjamu selera sejak dari tadi, jangan malu-malu untuk menambah makanan semula kerana majlis ini khas untuk semua yang hadir…terima kasih semua.” Ucapan itu diakhiri secepatnya untuk memberikan peluang kepada atur cara yang lain berlangsung. Tepukkan gemuruh diberikan kepada pak ngah.

“Cikgu Syafikah..tahniah! Selamat pengantin baru..” ucapan yang aku terima daripada rakan-rakan guru terdahulu mahupun rakan-rakan guru yang terkini. Tidak terlepas bertanya lebih lanjut soal aku dan Shah terutamanya cikgu Kak Anisa.

“Ya Allah..tahniah Ika..tak sangka pula akak Ika isteri kepada Shah!” Aku hanya mampu senyum pahit dengan kenyataan itu. Bukan marah, bukan sedih…aku lebih segan sebenarnya..huhu

“So…hari tu..yang dikhabarkan Shah kahwin tu, Ika lah ye…?” tanya Kak Anisa seraya menarik aku berbisik.

“Ermm..ye kak..” jawab aku ketap bibir. Aku tak buka cerita pula soal kami pernah berpisah dulu…sama juga dengan kak Anisa. Aku rasa kak Anisa tahu aje soal tu sebab pernah masuk news tempoh hari..hurmm

“Pandai simpan rahsia ye…apa-apa pun tahniah Ika…tak jauh beza pun umur Ika dengan Shah tu..4 -5 tahun je..akak restu walau dia tu bekas pelajar sekolah kita! Haha!” nak terbatuk aku dibuatnya. Huhu macam tahu-tahu je  kegusaran aku selama ni apabila dia menyebut tentang beza umur dan pelajar sekolah.

Ada kalanya aku tercari-cari keberadaan Shah di majlis ini..nampaknya Shah masih melayan tetamu yang terdiri dari bekas guru-guru dan rakan-rakan sekelasnya dahulu. Aku tak kisah pun maklumlah,  dah lama tidak bersua muka.. ketika inilah peluang untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim kembali. Aku pula lebih banyak menghabiskan masa bersama ahli keluarga.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers