Monday 23 August 2021

Sequel: Shah The Senior High Schooler

 “Aduhh Ika sorry-sorry….aku betul-betul minta maaf..aku lupa aku ada kursus minggu depan..kursus tu minggu depan, tapi aku kena berangkat awal sehari ke sana…” ujar Fatin mohon kemaafan dari hujung talian. Sebenarnya aku dan Fatin dah set masa untuk menonton movie terbaru di panggung wayang berdua, Dah siap book melalui online pay, dia baru ingat soal kursus dia…uhh Fatin-Fatin…

“Hemmm..nak buat macam mana..? Takpelah..kira burn lah tu…lain kali jelah kita pergi..” Balas aku. Tak nak jugak dia rasa bersalah sebab bukannya hal besar sangat pun…tengok movie seram je…kursus tu lagi penting.

“Ishh…serba salah pula aku…kau pergi jelah bawa orang lain …taklah double rugi..bawa kak Fiza ke..” katanya lagi membujuk. Kak Fiza tu? Urggh simpang malaikat 10 kali..nanti sikit-sikit bervideo call dengan si Farish budak kecik tu..eehh tak perlu-tak perlu. Potong seronok aku je nanti.

“haaa..tak pun bawa budak tu..siapa nama budak tu? Hahaha~” dengar je perkataan ‘budak’..aku dah agak dia..Fatin maksudkan siapa..haishh dia ni.

“Jangan suruh aku cari masalah faham tak Cikgu Fatin?” fuh~ sikit pecah handphone aku ni aku genggam kuat-kuat. Geram dengan Fatin punya pasal.

“Ishhh ishh jangan lah marah Cik Ika…aku saja bergurau dekat kau. Serius pulak dia..hihi. Eh aku teringinlah nak tengok muka budak tu…ada gambar tak Ika?” 

“Ya Allah….” Geramnya akuuu…

“okay okay…aku tak nak sebut dah..haa soal tiket tu aku tolong ganti rugi jelah ek…? Sian pula kau..” kata dia sudah mengubah tajuk perbualan. Nasib baik Fatin…huhu

“Haalah..jangan risau okay..baru berapa ringgit je…”

“…jaga diri baik-baik kalau sampai sana nanti..” ujar aku sebelum memutuskan talian. Bercakap lama-lama, nanti nangis pula kawan sorang ni disebabkan rasa bersalahnya..hihi

**

 Hemmm fikir semula, sayang jugak tiket tu. Takpelah..pergi sorang aje. Ambil peluang untuk pecahkan rekod..kalau sebelum ni tengok movie seram berdua dengan Fatin, hari ini aku tengok seorang-sorang. Jangan nanti lepas tengok sorang-sorang, tak dapat tidur pulak aku. Huhu! Tapi takpe..kuatkan hati aje.

Usai bersiap, aku ke panggung wayang yang tidak jauh sangat dari taman perumahan aku. Selesai memarkir kereta ke kotak parkir, aku percepatkan langkah ke destinasi yang dituju. Fuh betullah kata orang, lain kali kalau nak ke satu tempat..tolong rancang awal perjalanan sebab kadangkala jalan raya tak semestinya lengang dari kenderaan walau dah malam. Menganggap bahawa manusia berada di rumah pada hujung minggu totally salah ok! Aku lah salah seorangnya yang beranggapan begitu. Akibatnya aku tersekat dalam jem..! Huhu nasib baik sampai 15 minit sebelum jadual tontonan.

Isk! Ramainya manusia yang nak tengok movie ni…hampir tak sempat beli pop corn dan air tadi! Apa tak, barisan menunggu sepanjang tali..what to do? Terpaksa juga membeli makanan ringan…kalau tak dalam sejam lebih tu boleh jadi rasa dahaga tu datang…boleh keluar membeli, tapi tak bestlah movie tengah ditayang, aku pula sibuk membeli…boleh jadi terlepas scene penting.

Ermmm…aku rasa aku ternampak seseorang yang aku kenal..tapi ntahlah..bukan dia kot. Minda aku cuba menafikan kehadiran seseorang di sini..

Tiba masanya untuk masuk ke tempat duduk masing-masing..

“Splashh!” 

“Ergh sorry-sorry!” omggg!! Air aku tertumpah ke atas pakaian seseorang! Ya Allah!

Aku angkat muka. 

“Shah…!” tergamam disaat mata kami bertemu. Tapi dek teringat bajunya yang basah, aku automatik mencabut beberapa helai tisu dalam beg aku.

“Sorry Shah..cikgu tak sengaja..” ungkap aku menghulurkan tisu ke tangannya.

“It’s okay…sikit je yang kena..” balasnya tersenyum mengambil tisu dari tangan aku. Cepat tangan dia mengelap bajunya dengan tisu tadi. Huhu! Tak sangka rupanya betullah Shah yang aku nampak tadi. Tapi, ermmm.. cukup untuk dia tutup mulut soal kami pun dah kira ok. Aku harap begitulah hendaknya..sebab sebelum ni mulut dia boleh tahan manis..huhu~

“Cikgu seorang je?” tanyanya dengan wajah yang bersinar. Dengan senyuman itu pun dah tahu dia seronok jumpa aku dekat sini. Aku? Nak lari jauh-jauh dari dia…

“Ergh…sebenarnya berdua dengan kawann…tapi..”

“so maksudnya seorang jelah ye…?” tanyanya lagi…

“Cikgu…” belum habiskan ayat, tapi tekak aku bak di ikat-ikat kerana suara yang tiba-tiba memotong perbualan kami.

“Shah…what are you doin’ there? The movie is about to start..” sapa seseorang yang tiba-tiba menerpa dari belakangnya.

“Eh…?” aku terkebil-kebil. Begitu juga dia sebaik menoleh ke belakang.

“Okay-okay..i’ll be there in a minutes..” balas Shah ketap gigi. Perempuan itu ke tempat duduknya semula.

“Eh takpelah..cikgu ke tempat duduk cikgu dulu ye…” kata aku menghilangkan rasa janggal dengan situasi kami.

“Ermm..okay…” balasnya lambat-lambat..sambil mengundurkan diri. Aku pula lajukan kaki ketempat duduk yang bernombor 20.

Movie bermula…

Hmmm…kenapa aku rasa movie ni tak menarik minat aku eh? Ke sebab fikiran aku terganggu soal tadi?? Huhu..girlfriend dia ke? Aku raup wajah…kecewa ke Ika? Nooo!! Aku cuba padam ingatan aku sebentar tadi.

Hmm..sebab aku tak jawab apa-apa soal pelawaan kahwin tempoh hari tu ke dia cari girlfriend baru? Aku mula berteka-teki dengan kehadirannya bersama seorang wanita untuk menonton movie. Secepat itu…?

“Lepas movie ni habis, tunggu Shah dekat bawah boleh…?” mesej Shah yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp. Aku biarkan mesej itu tanpa apa-apa balasan. Merajuk ke Ika? Huhu…

**

Hati tak nak tunggu…tapi kenapa kaki aku tak nak berganjak dari sini??! Dia nak bincang soal ambil paper STPM tu kut..?  ayat sedapkan hati..huehehe

Lamanya dia ni..ke dia tak nampak aku?? Allah…aku kut yang terlalu percayakan cakap dia..walhal mungkin dia dah balik…

Takpelah, balik jelah…lagipun suasana dah makin sepi…ramai dah tinggalkan tempat ni.

Aku mula berganjak..

“Syafikah…” amboi..berdesing pula telinga aku dengan panggilan tu. Aku cikgu Syafikah..cikgu kamu Shah..

Aku toleh ke belakang.

“Sorry lambat sikit…Shah tunggu kawan-kawan beredar dahulu…sebab tu sedikit lambat..” kawan ye? Aku diam.

“Kita ke tempat lain nak? Shah drive..kereta kat mana?” ujar dia. Belum sempat bersuara, dia mendahului langkah aku ke depan.

“Tapi dah nak dekat pukul 11 malam..…” aku beralasan demi mengelak dari dia bawa aku ke tempat lain.

“Kejap je…bagi Shah masa 15 minit untuk ke sana, 30 minit untuk bercakap dengan cikgu..boleh?” pintanya dengan isyarat tangan memohon. Senyuman itu tak lekang.

“Still lama jugak tu..” dah gelar aku cikgu ye? aku gigit bibir.

“Okay kalau macam tu kita tolak 10 minit dari masa tadi..boleh?” langkah aku terhenti seketika kerana berfikir-fikir.

“Ermm yelah..” ntah apa yang dia nak sangat discuss.

“So kalau macam tu…” dia hulurkan tangan meminta kunci kereta aku. Aku ketap bibir masih ragu-ragu namun aku tetap memberikan kunci itu ke tapak tangan yang setia menanti dari tadi.


Part 2


“Alright..!”

“Kita dah sampai..” katanya lalu memberhentikan kereta. Aku turun. Dia turut sama. Di hadapan kami merupakan taman tema pancuran air. Walau dah jam 11 malam, tempat ni masih ramai.dengan manusia yang meluangkan masa dengan keluarga masing-masing. Tidak terlepas sama pasangan muda yang masih hangat bercinta kut…itu pada penelitian aku pada sekitar ni..walau tidak nampak berpegangan tangan, body language kepada partner di depannya mencerminkan mereka sedang dalam hubungan. Ermm..

“Ika nak duduk di bangku sambil berbual ke atau kita  berbual, sambil tu kita bersiar-siar di trek tu?” tanya dia  memberi pendapat, menghadiahkan senyuman. Aku angkat bahu. Dalam diam aku jeling jam tangan.

“Jangan risau, kita tak lama di sini…” sempat pula dia membaca apa yang bermain di benak aku. Iskk. Dia ni buat aku segan. Tidak mahu nampak ketara, aku hadiahkan dia senyuman pahit.

“So kalau macam tu….kita berbual sambil berjalan ke trek itu nak..” putusnya. Aku angguk tanda setuju.

Aku dan dia berjalan seriringan di trek pejalan kaki yang mengelilingi taman air itu. Dia mulakan bualan.

“I’m sorry Ika disebabkan situasi yang awkward tadi…” dia ketap gigi rasa bersalah.

Aku diam. Aku sebenarnya tak tahu apa nak dikata pada dia..seriously…

“Perempuan tadi bukan girlfriend Shah..she is one of my bestfriend, Ezra. I swear. I don’t have anyone..but you..trust me..Shah masih tunggu persetujuan dari pihak Ika sekarang ni…” erk! Kepala aku automatik ditoleh pada dia yang berada di sebelah aku.

“Saya belum ada jawapan pasal tu…” ergh…kenapa aku jawab macam ni..? Peluang untuk tolak tapi… fuh~ 

Dia  terhenti langkah..aku pula masih meneruskan langkah…

“Ika tunggu…” saat ayat itu dilepaskan dari mulutnya, aku dengar derapan langkahnya sudah di belakang aku.

“Bukan itu soalnya sekarang….bukan sebab kamu ada girlfriend atau tak…” ujar aku melepaskan beban di dada. Jauh di sudut hati aku…aku lega dengan pengakuan dia sebentar tadi. Ergh..agaknya otak aku tak fit hari ini…

“Kamu tak nak habiskan STPM tu?” aku tukar tajuk perbualan. Aku tak nak dia berterusan bercakap mengenai aku dan dia. Humm..

“Call me Shah…” ya Allah..rasa nak tutup muka…kenapa dia terlalu berterus terang ya…? 

“Baik..baik…Shah okay..” geram sangat…sebab tu aku percepatkan langkah. Sedar dengan perubahan langkah aku, dia cepat-cepat kejar aku sampailah dia sudah kembali ke posisi disebelah aku.

“Shah minta maaf…Shah memang tak dapat teruskan STPM tu…I have my reasons.” Balasnya berubah riak. Seperti ada sesuatu yang hendak dikatakan namun disimpan.

“But trust me…Shah akan buat yang terbaik..Shah tidak akan kecewakan Ika..jika itu yang Ika risaukan…” tuturnya tiga langkah cepat ke depan dan berhenti betul-betul dihadapan aku. Nyaris kami bertembung antara satu sama lain kerana dia berhenti secara tiba-tiba.

“Syafikah…look at me…” pintanya merendahkan tubuh mencari riak wajah aku. Aku angkat muka pandang dia.

“Shah tahu Ika nak tahu siapa perempuan tadi..right? Your eyes can’t lie Syafikah..again, she is not my girlfriend..kami datang beramai-ramai  tengok movie…kami dah lama tak berjumpa antara satu sama lain..sebab tu plan tiba-tiba ni jadi….” tutur dia tersenyum nakal namun jujur di hadapan aku. Ya Allah..nak je aku cekik leher budak nih!! Aku pandang dia dengan pandangan mata rata. 

“Cikgu cakap, jangan lagi sebut benda ni…”ujar aku ketap gigi geram. Aku tinggalkan dia dengan berjalan cepat ke depan. Berani betul dia main-mainkan aku! Aku ni cikgu dia lah…tahu tak?!

“Ika..! Sorry-sorry..janganlah marah.. main-main je..kelat je muka tu dari tadi..macam ni kan lagi baik..” katanya tertawa ceria kembali di hadapan aku. Dia berjalan dengan mengundurkan diri ke belakang. 

“Kamu tu anak murid saya faham?” kata aku separuh tegas. Nak juga tengok dia segan dengan aku. 

“Shah tak pernah lupa status tu Ika…tapi buat masa sekarang ni, in this time…you are my future wife..di sekolah, still Shah panggil cikgu..but this time…I will treat you as my future wife..” tuturnya tetap senyum. ..macam mana aku nak deal dengan dia ni..?

“Say something Syafikah…” pujuknya merendahkan tubuh apabila sedar aku mendiamkan diri. Allah..mata itu.. ayat itu..buat aku berdebar-debar.. Jangan buat aku macam ni…

“Kita cerita benda lain boleh?” aku buang pandang ke tempat lain takut fikiran aku dibacanya seperti tadi. Ketika ini kami berhenti sekejap di tepi tasik menikmati pemandangan malam.

“Okay..…” ujarnya setuju namun masih tersenyum-senyum sendirian.

“Something else like…Ika sihat?” aku angguk.

“Mama dan abah sihat?” sekali lagi aku angguk..er apa? Dah mula gelar abah dan mama…?

“Kak Fiza…dan..”

“Kita stop pasal family cikgu boleh Shah..?”

“You kept on saying we’re stranger before this Syafikah..tak salah kalau bertanya kan..? Shah nak kenal ahli keluarga cikgu je…” dia mempertahankan kata-katanya..

“Tapi..gelaran yang awak beri kepada keluarga saya tu dah lebih dari kenal…” omel aku kecil menyembunyikan wajah. Kami kembali melangkah satu demi satu..perlahan-lahan..

Aku perasan dia tertawa dengan kata-kata aku..dan dia nampak bahagia dengan tawa itu..sebab tu aku hanya biarkan dia..tak sampai hati nak rosakkan mood dia..

“Then…tell me something about you…” tuturnya serius penuh makna. Aku toleh dia yang ketika itu sedang mencari jawapan dari riak wajah aku. Aku pamit disaat kami bertentangan mata..

“Your reaction….”

“That reaction...”

“It telling me that she is in love with the guy infront of her….”  Langkah aku terhenti ke sekian kali di saat itu juga. Aku genggam handbag yang digalas di bahu kiri cuba menafikan kenyataan itu dari segala sudut…

“Kamu silap menilai….” Aku pertahankan pendirian aku.

“…it’s you in denial..” dia serius seperti menunggu sesuatu dari aku. Ya Allah..apa aku nak buat dengan dia ni..? Aku hilang kata-kata..

“Time’s up…hmm..” katanya angkat muka merenung ke langit. Pandangan itu kosong…sementara pelukkan di tubuhnya seakan ada sesuatu  yang belum terluahkan..

“You can go back without me…” ujarnya melontarkan senyuman.

“Kamu bagaimana? Balik macam mana…?” soal aku bimbang.

“I’m okay…masih nak hanging around..atau nak Shah hantarkan?” dia hampir tergelak dengan pelawaannya seolah tahu apa reaksi aku seterusnya.

“Eh..eh…tak. Saya nak balik sendiri…” aku pantas menolak.

“Tahu…tahu…”  Dia temankan aku sehingga ke kereta. 

Tiada kata-kata darinya ketika aku mula menggerakkan kereta sebentar tadi. 

 Mungkinkah dia terpempam dengan penafian aku….?

Hurmm…..bagaimana hendak aku jelaskan kepada dia ye..? Sebenarnya masih jauh untuk dia soal tentang keyakinan aku kepada dia…belum sampai ke situ…

Mungkin aku terlalu berprinsip…aku wanita lebih tua dari dia..guru dia, pendidik dia, dia tu bawah jagaan aku…menerima dia seolah-olah aku mempergunakan dia..dia tak faham apa yang aku cuba pertahankan..

 Aku hempaskan tubuh ke sofa menghilangkan sedikit lelah..aku tutup mata. Melayang-layang fikiran aku tentang perkara tadi…

Sejurus beberapa saat, telefon yang berada di dalam handbag aku berbunyi. Siapa agaknya yang menghantar mesej ke whatsapp aku malam-malam buta begini? Telwfon aku korek. Cepat sahaja tangan aku membuka aplikasi Whatsapp.

Shah…?

Dia menghantar sebuah potret hitam putih dengan sebuah coretan. 

Aku telan liur. Potret itu adalah aku ketika menunggu dia di loby sebentar tadi…

“That reaction of you Syafikah…the  true colours of you..” 

Renungan lama kepada handphone dengan aplikasi whatsapp masih terbuka. Perasaan bercampur yang sukar diluahkan dengan kata-kata..disebalik hati dibuai rasa, tersembunyi hiba yang tiada penghujung.

“Jangan buat macam ni Shah…kalau tak….saya takut..saya akan terima awak….” kata-kata balasan mesej yang tidak mungkin aku kongsikan kepada dia..


Share:

1 comment:

  1. Best la.. Cari novel saja ii kt Google.. pastu dpt ni.. keep it up author

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers