Thursday, 26 August 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! Bab 63

  Mata aku ditancap tepat ke arah skrin besar akan tetapi minda aku melayang jauh ke tempat lain. Sudah beberapa hari keadaan aku begini..ingin melupakan, malah makin tinggi rasa ingin tahu aku tentang Shah, tentang panggilan misteri itu. Hmmh! Aku tutup mata disertai dengan helaan nafas berat sebagai ikhtiar untuk memadam ingatan tentang itu.

“Cakk..!!” Ya Allahhh…! Aku genggam dada. Hampir gugur jantung aku akibat perbuatan Fatin yang secara tiba-tiba memeluk aku dari belakang. Anak ni tak pernah berubah dari zaman bujang dia. Aku tarik tangan dia duduk di sebelah aku. 

“Banyak akal pula kejutkan aku…nasib baik aku tak jatuh pengsan tau tak?” padahnya aku hadiahkan dia sebuah cubitan ringan di tangan. Dia tersengih di sisi. 

“Aku tak sangka pula kau ada dalam kursus ni Ika..tu sebab aku teruja sangat tadi..hehe..nampak je kau dari jauh, aku dah melompat kegirangan..hehe..” katanya ceria. Nasib baik masih agak lengang dewan ni dari manusia, kalau dia menjerit sekalipun masih rasa selamat. Sempat mata aku melilau keadaan sekeliling..seorang demi seorang masuk dan terus duduk ke kerusi yang disediakan.

“Aku tahu je kau ada dalam senarai kursus..hihi!” jawapan aku membuatkannya menggeleng dan mencebik bibir sambil memberikan isyarat jari telunjuk dengan maksud ‘kenapa tak beritahu aku?’. Hehe..

Kursus belum bermula, aku dan Fatin mengambil peluang untuk bersembang.

“Kak Fiza dah bersalin ke belum?” tanya dia berseloroh.

“Belum lagi.tak tau juga..tapi kalau ikut due date Kak Fiza, bulan depan ni. Kenapa?”

“Tak aku tanya je…heemm..”

“Soo….boleh aku tanya?” soal dia mengerling mata berserta senyuman nakal. Nampak aje senyuman tu, sahlah pasal Shah. Ermmm..

“Pasal suami aku ke?” laju dia angguk kepala. Kan aku dah cakap..

“So apa perkembangan? Cinta si dia dah berputik ke untuk kau? Hehe!” mata aku dah rata pandang dia. Dia ni kan, buat aku segan aje..soalan tak bertapis pulak tu..

“Entah..aku sendiri tak pasti. Yang ada sekarang ni dia nampak lebih berkompromi…lebih lembut bercakap berbanding dari sebelum ni…” jawab aku yakin mengangkat bahu sambil melakar-lakar sesuatu di buku kosong. Dia serius mendengarkan jawapan aku. 

“Masih ke anxiety dia tu..? 

“Masih ada…malah tambah teruk....” jawab aku jauh pandang ke depan berfikir-fikir akan hal itu.

“Maksud kau? Ada pernah berlaku ke…?” erkk!  Tersedar dengan kata-kata aku sebentar tadi dan soalan Fatin, aku senyum paksa. 

“Eh! Takde..takde..perasaan aku aje kut….” Gigit bibir jadinya. 

“Ohh…” nasib baik dia tak tanya lebih lanjut. Kalau aku didesak, belum tentu aku dapat tutup mulut soal tempoh hari. Tahulah Fatin, dia pandai pujuk aku..huhu

Telefon Fatin tiba-tiba berbunyi nyaring. Dengan pantas dia menjawab telefon sesudah mengoreknya dari handbag. Fatin meminta diri sekejap untuk bercakap. Sementara itu aku pula memandang jauh ke skrin besar di hadapan dewan. Walau banyak kali ditepis, masih melayang ingatan aku kepada panggilan misteri itu yang berkali-kali aku pujuk hati untuk bersangka baik. Allah..kenapa aku jadi begini? Kadang-kadang aku jadi hilang mood dan jadi sangat down bila mana memikirkan hal itu. Perlu ke aku kongsikan masalah aku dengan Fatin tentang ni?

“Jauh renungan tu…” kata Fatin mengusik. Tak sedar rupanya dia dah putuskan talian sejak dari tadi. Aku angkat muka perhatikan gerak-gerinya yang sudah bersedia untuk melabuhkan punggung semula. Handbag dia letak ke bawah setelah handphone di masukkan ke dalam.

“Ermmm…..Fatin..”

“Ye..?” jawab Fatin sudah menumpukan perhatian kepada apa yang aku suarakan. 

“Ergh..hehe takde..lupa pulak..hihi..” melihat dia serius, niat aku batalkan untuk beritahu dia. Fuh~ 

“Pulak dah…buat suspend aje..” katanya melepaskan nafas lega.

Perbualan kami terhenti kerana bermulanya kursus terbabit. Sungguhpun leka mendengar beberapa penerangan-penerangan tentang kursus yang diadakan, tidak terlepas minda aku memikirkan soal dia yang berada jauh merentas laut china selatan. Aku je ke yang asyik fikirkan tentang dia..? Pernah kah dia fikir soal aku…? 

***

“JAUH fikiran tu mengelamun…ada apa-apa yang Ika nak kongsi..?” soal seseorang sesudah mesyuarat itu tamat. Tubuh aku automatik dipusingkan ke belakang mengesan pemilik suara. 

“Ohh..Encik Hazwan…” aku senyum paksa. Nak garu kepala yang tak gatal tak jadi…takut nanti dia baca apa yang aku fikir. Huhu

“Sejak dari meeting tadi sedar Ika diam je…ada apa-apa masalah…?” Ergh... Rupanya dari tadi aku diperhatikan oleh dia. Kali ini aku dah gigit bibir. Aku dan dia sama-sama melangkah ke depan mnenuruni anak tangga lobi pejabat.

“Sebab Shah lagi..” aku kaku terhenti langkah. Dia yang sudah menghentikan langkah dihadapan lebih awal menunggu aku membuka mulut.

“Erm…ye..” aku mengalah, kali ini aku gagal mengawal emosi aku. Aku gigit bibir bawah melontarkan senyuman paksa…aku akui..aku rasa nak nangis di depan dia. Dia pamit sekejap dengan perubahan riak wajah aku namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana tahu batas antara kami. Sayu mata itu memerhati lama. Barangkali sedang mencari kata-kata yang sesuai untuk di ucapkan.

“Betul ke Shah ada orang lain…?” tanya aku mengugurkan air mata. Aku sedar, aku seharusnya tidak bertanyakan tentang ini kepada Encik Hazwan. Tapi aku kalah dengan perasaan ingin tahu aku.  Tambahan pula, aku takut bertanya kepada Shah..aku takut pada jawapan dia. Sekurang-kurangnya dengan Encik Hazwan beban perasaan untuk menerima hakikat itu sedikit ringan.

Seperti jangkaan awal aku, Encik Hazwan sedikit terperanjat dengan soalan aku.

“Dari mana Ika dengar..dari siapa…” buntang sedikit matanya bertanya.

“Jadi betul perkara tu….” Aku genggam jari menahan perasaan.

“Sebenarnya….”

“Ye..sebenarnya dia memang ada orang lain cikgu Syafikah…tak kan selama 6 tahun ni cikgu tidak terfikir langsung pasal tu?!” kata Dr Ezra yang tiba-tiba muncul di antara aku dan Encik Hazwan.

“Ezra!” jerit Hazwan kepada Dr Ezra.

“Jangan cakap yang bukan-bukan Ezra…Lilian tu dah jadi ex- girlfriend Shah..!” Aku pamit berada di antara mereka berdua. Kosong fikiran aku ketika ini. Sekejap ke arah Hazwan, sekejap ke arah Dr Ezra mata aku.

“Can’t you see how much Shah cares about her? They are still in relationship..!”

“Enough Ezra! Tak dengar ke tempoh hari Shah dah sahkan soal tu?” 

“Putus bagi kau, tapi tidak kepada Lilian..kawan baik aku!” aku terkedu saat itu juga. Aku gagal menilai siapa yang aku harus percaya. Aku tersepit di antara dua jawapan.

“Lagipun diorang tak akan berpisah kalau bukan sebab cikgu Syafikah!” kata Dr Ezra sudah tegak melepaskan geram tepat ke wajah aku. Berpeluk tubuhnya menahan amarah.

“Lima tahun hubungan percintaan cikgu…cikgu tak rasa bersalah ke? Sebab cikgu Shah tidak dapat teruskan hubungan mereka kerana trauma gagal dalam perkahwinan dengan cikgu!” air mata aku setitis demi setitis jatuh. Bukan kerana marah kepada Dr Ezra, bahkan aku faham sangat apa yang diucapkannya. Aku sedih dengan kenyataan itu.

“Enough! Enough! I said enough!” jerit Hazwan justeru menarik lengan Dr Ezra jauh dari aku. Keadaan kami sungguh tegang. Meronta-ronta Dr Ezra tidak dapat mengawal rasa kecewa dan marahnya kepada aku. Tergamam orang di sekeliling kami melihat drama hidup nyata ini. Berjaya melepaskan diri dari Hazwan, Dr Ezra ke tempat aku berdiri kaku.

“Nah!” Dia lemparkan beberapa helai kertas ke tubuh aku. 

“Medical check up Shah for the past 5 years. Cikgu benar-benar nak tahu kan bagaimana keadaan Shah dan macam mana saya dan Lilian struggle untuk pulihkan dia! Remaja 19 tahun cikgu…sampai hati cikgu tinggalkan dia dalam keadaan dia sangat fragile!” aku tunduk lalu melutut memungut helaian-helaian kertas yang bertaburan di atas lantai. Sungguh aku sangat tergamam. Kalau boleh aku nak larikan diri dari tempat ini sekarang. Aku malu dan dalam masa yang sama sedih dengan apa yang telah berlaku. Hazwan ke tempat aku semula.

“Ika baliklah dulu…jangan fikir banyak…” pujuknya lembut namun geram masih terasa tempiasnya. Aku meminta diri tanpa memandang ke wajah mereka berdua. 

“Kenapa wan sebelahkan sangat cikgu Syafikah?”

“Because it was my fault from the start…not her…” Hazwan berkata kepada Dr Ezra. Walau dari kejauhan, aku masih boleh mendengar kata-kata mereka berdua.

Sesampainya di kereta, aku menangis semahu-mahunya. Ya Allah…bebanan perasaan ini tidak tertanggung lagi. Dada ini seperti sedang ditikam-tikam dengan pisau. Aku menangis bukan kerana perbuatan Dr Ezra tadi..aku menangis kerana kecewa pada diri aku...kecewa kepada keputusan aku kembali kepadanya. Dimana harus aku letakkan diri aku saat ini? Aku buntu. Langkah aku yang kedua kali ini ternyata telah menghancurkan impian mereka….maafkan aku..

‘Maafkan saya Dr Ezra…maafkan saya Lilian…’


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers