Saturday, 28 August 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! Bab 64

 Gementar…berdebar. 

Berhadapan kembali dengan dia perlukan sedikit kekuatan. Fuh~ aku tenangkan hati.

Penantian aku berakhir tatkala nama aku dipelawa masuk ke bilik pejabat Dr Ezra oleh pembantunya. Kehadiran aku ke sini adalah untuk memenuhi jadual sisasatan perkembangan kesihatan Shah yang telah ditetapkan sebelum ini. Aku masuk sebaik mengetuk pintu.

“Okay…duduk sebentar ye..” lembut suara itu buat aku sedikit terkejut. Huhu..marah dia pada aku dah reda ke? Dia dah maafkan aku ke? Atau dia pembantu dia salah panggil orang masuk ke? Maklum sebab dia belum angkat muka tengok aku….mengigit bibir..

“Bagaimana dengan perkembangan suami baru-baru ni? Okay ke dia..? Makan minum..? Pernah nampak dia murung ke..” soal dia masih menulis sesuatu di case note Shah.

“Dia okay..” mulut aku terhenti disitu.

“So overall okay..? Bagaimana dengan anxiety dia?” Masih tunduk.

“Dia masih dekat China..tapi setakat ni dia okay…tiada apa-apa masalah….” kecil suara aku menjawab soalan itu. Kecut perut sebenarnya. Hanya kehadiran Shah penyelamat keadaan..atleast tumpuan Dr Ezra bukan pada aku seorang.

“Okay yang macam mana? Dia memang okay aje pada semua orang...dengan cikgu sahaja dia tak okay..” kata-kata itu..berbisa. Nampaknya emosi Dr Ezra masih belum stabil apabila berbicara mengenai aku..rupa-rupanya dia dari tadi berusaha untuk bertenang sedaya boleh.

“Fuhh…sorry cikgu. I can’t talk to you right now…I’m trying so hard to be profesional, but I’m failed. I’m just a human being by the way…I’m sorry. That’s for today. Selepas ni, if anything happen to him, contact me immediately.” Tanpa melihat aku, seraya memegang kepala. Aku terkedu. Tapi bukan masanya untuk aku ambil hati tentang perlakuannya. Takpe..aku faham..

“Saya minta maaf dengan apa yang berlaku Dr Ezra…saya terlalu gopoh mencari jalan penyelesaian sebelum ini…tanpa sedar telah ketepikan pihak lain..” aku sempat menguntum senyum sebelum meninggalkan biliknya. Allah…jika dibandingkan luka aku, Shah dan org sekeliling yang terlibat dalam proses rawatannya..luka mereka lebih dalam. Aku baharu meneliti setiap perkembangan Shah dari medical check up yang dilemparkan Dr Ezra tempoh hari..walau hanya sedikit yang aku faham, depression dan semua try and error terhadap drugs untuk mengatasi kemurungan Shah sudah cukup untuk aku tahu tahap serius keadaan Shah ketika itu.

***

“Shah…busy? Boleh saya call sekarang..?” malam itu aku mahu confront dengan dia. Aku nak tanya dia soal dia dan Lilian. Dan…seterusnya aku nak minta maaf….itu tujuan asal aku. 

Jika dihitung, dah berkali aku memohon kemaafan dari Shah..tapi tak dilayan sangat oleh dia..atau adakah cara aku salah..ermm

“Sorry I can’t talk right now…I am free tomorrow. What’s wrong?” soalnya di whatsapp private message.

“Ohh…tak. Esok jelah...” balas aku. Namun seperti yang dijanjikan, aku tidak menghubungi dia kerana kekuatan untuk bertanya terbenam dengan perasaan takut. Shah juga tidak menghubungi aku.. Agaknya mungkin dia sibuk. Hanya mampu mengirimkan beberapa quote note ‘how to treats anxiety in Islam’ kepadanya. Antaranya adalah, dzikir, recite Al-Quran, tawwakul and istighfar. Sebiji-sebiji ayat itu aku beri padanya. Aku yakin, tanpa penerangan aku tentang perkataan-perkataan itu, dia cukup faham. Semoga dia dapat praktiskan sementara masih berjauhan dari aku. Kerana berhadapan  aku, aku takut dia kecundang dengan perasaan dan mindanya..

“Thanks..” Aku simpulkan senyuman dengan mesej darinya. Aku berharap sangat dia cepat sembuh..bahagia…sama ada..bahagia bersama aku..atau tanpa aku..

Maksud aku..

Bukan bermaksud aku menyerah kalah..jauh sekali meminta perpisahan dari Shah, dan bukan pula menjulang trofi kemenangan….hanya sekadar mahu bersyukur dengan apa jua keadaan. Ujian ini untuk aku bangkit agar aku lebih sabar dan kuat…aku terima ujian ini untuk aku lebih matang menilai lalu mencari solusi…

“So finally...dapat jugak menyaksikan kekurangan Shah haha! Tak sangka, Allah nak bagi aku tengok dosa kamu berdua…kifarah Fikah..kifarah..…aku nak tanya, ada apa dalam kertas yang Dr Ezra lempar dekat kau tu?” aku jeling tajam pemilik suara di hadapan aku.

“Bukan hal kau Afif..” balas aku ringkas. Aku menghela nafas berst dihadapannya..

“Takpe kalau kau tak beritahu aku, tapi yang aku pasti dan yakin..itu soal kekurangan Shah kan? Haha!”dia tertawa bangga. Aku marah sebenarnya tapi aku sabar.

“Setiap manusia ada kekurangan Afif…kau baru tahu ke? Tak kan baru lahir kelmarin…” sindir aku sambil menekan kunci automatik kereta. Aku malas nak layan dia ni. Penat aku.

“Ish..ish…bukanlah tak tahu tapi aku sedikit hairan je…pada kau ni Fikah..” katanya tertawa sinis menyandarkan tubuh ke kereta aku. Jari telunjuknya digaru-garu ke dagu.

“Shah suami aku…” suara aku terhenti disitu. Sebenarnya aku nak cakap lebih, tapi…aku malas..

“Jap, kau sibuk sangat ni kenapa Afif…kau takde kerja lain ke..ergh bukan nenek ada bagi kau tugas ke baru-baru ni? Tengah hari begini sibuk pula nak kacau aku..” kusut dan kacau fikiran aku oleh dia.

“Hal kerja tu, hal lain..dengan kau hal lain…haha. Takde..aku tak nak pun apa-apa dari kau…Cuma aku puas hati..tu je aku nak cakap..” balas dia merenung aku tajam.

“Dah kalau takde hal dengan aku, ketepi sikit…aku nak balik.” Kata aku geram membuka pintu lalu menghidupkan enjin kereta. Namun aku terhenti.. seketika..

“Hmm…sebenarnya kau tu ada je kelebihan Afif..tapi kau terlalu fokus menilai kekurangan kau..sampai kau tengelam dengan rasa kekurangan kau tu..faham?” aku berdiri tegak di hadapannya. Dia diam menghadam kata-kata aku.

“Jadi dengan kelebihan aku tu,  kenapa masih lari dari aku?” dia aku lihat sedikit bengang.

“Aku bukan lari…”

“Habis tu?”

“Aku nak tanya kau…jawab dengan jujur, kau betul-betul sayang aku ke dulu..? Zaman university dulu kau betul-betul sayang aku..?” aku bertanya tulus. Aku melihat riaknya, dia sempat telan air liur. 

“Sayanglah…! Kenapa pula tiba-tiba tanya aku?”

“Takdelah..sebab selama bercinta dengan kau dulu, aku tak pernah tanya..tapi melihat kepada ekspresi kau hari ini…kau patut berfikir dan dan bermuhasabah diri kenapa Shah ambil keputusan untuk tolak kau dari hidup aku…” jawab aku yakin.. Walaupun Shah tak pernah berkongsi soal Afif kepada aku namun, pengamatan aku selama hadir dalam family Shah..merasai sendiri kasih sayang dan layanan keluarga Shah kepada Afif yang tidak berbelah bagi, kepercayaan dan keyakinan yang mereka panjatkan untuk Afif, doa aku …agar Afif buka minda dan banyak-banyakkan bersyukur. 

Jangan jadi macam aku…..apabila semuanya sudah terlambat, memperbaikinya semula hanya Allah saja yang tahu bagaimana perit dan sakit meniti titian hidup yang berliku ..tapi aku tidak luahkan ayat ni kepada dia..

Dia kaku disitu.

“Cemburu kau kepada Shah tu… hilangkanlah sebelum berubah menjadi racun kepada diri kau sendiri…bersyukur, justeru terimalah hakikat bahawa perjalanan hidup dan takdir hidup kita ini dicorakkan oleh diri kita sendiri…jangan sibuk mencari kesilapan orang lain, sampai buta kepada kesilapan diri sendiri ..

Dia masih diam..diwajahnya serius mengerut dahi. Kesempatan ini aku masuk dan melabuhkan punggung ke bangku kereta.

“Dah-dah…aku pula yang kena bermuhasabah..kau dan Shah tak nak muhasabah? Baik kau beritahu nenek soal kesihatan Shah tu…sebelum aku beritahu nenek..!” bentak dia menjauhkan diri dari kereta apabila aku cuba menggerakkan kereta. Aku hanya menghadiahkan dia jelingan tajam sebagai tindakbalas aku kepada kata-kata terakhir itu. Tak habis-habis mengugut!



Teaser 

Bab 65


“Ohh hanya luggage itu satu-satunya yang ada? Saya punya ye?” terkebil-kebil aku bertanya kepada penjaga kaunter pertanyaan sebaik pelik dengan kandungan luggage itu. Aku takut-takut tertukar ke apa..

“Ya cik..tu je yang sampai tadi…dan sah akak cik punya..” balasnya tersenyum. Ketika ini aku sudah senyum paksa. Fuh! Aku tarik nafas dalam-dalam. Bertenang ye Ika…

 Aku baru sedar ini rancangan dia! Aku ketuk-ketuk pintu jakuzi villa dengan dahi sebaik menutupnya dari dalam. Kak Fizaaaaaa! Nak aku jerit nama kak Fiza sekuat hati dari sini. Biar dia tahu aku tengah marah! Aku jeling kembali luggage di atas lantai sebelah pintu. Ya Allah…

“Kak Fiza..! Pakaian adik mana?” soal aku ke whatsapp video call.

“Halaa..dalam luggage tu kan ada dik oii!” jawab kak Fiza menjuihkan bibir. Allahuakhbar….huhh rasa nak nangis!

“Akak nak adik buat apa dengan pakaian tidur bulan madu super seksi tu??’ Lingerie bagai…ya Allah…rasa nak tarik telinga sendiri. Bermimpikah aku?

“Ehem! Hadiah akak…okay byee!”

“Jap-jap! Kak Fizaa!” sia-sia je. Dia dah putuskan talian….dimana aku nak cari pakaian tengah malam buta macam ni? Pulak tu jauh dari pekan…..minta tolong dekat Shah? Dia penat kut…hampir 24 jam duduk dalam kapal, tak kan aku nak suruh dia singgah beli pakaian..? Kannn…? Tengoklah planning baik Kak Fiza..Shah dari tembok besar China tu pun dia lekas-lekas suruh datang ke sini…Kak Fiza..Kak Fiza..

“Tok! Tok! Tok!” kepala aku automatik dipaling ke pintu. Alamak..Shah ke?


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers