Alhamdulillah…akhirnya siap jugak kertas ujian bulanan subjek sejarah bagi kelas tingkatan 5. Senang hati sikit... Tapi buat masa ini aje. Selesai ujian dan dah bagi markah, kena hadap ulah pelajar pulak. Kadang-kadang tu ada perangai yang mencuit hati, tidak terlepas perangai yang buat aku naik darah. Tapi…aku tak salahkan pelajar aku seratus peratus jika ada penurunan markah subjek ni. Mungkin juga cara aku yang tak sesuai dengan jiwa anak murid aku..adakah aku terlalu sibuk mengejar KPI? Hmm…seperkara yang aku perlu tindakan drastik…
Sedang merehatkan tubuh di kerusi malas, telefon aku berlagu. Shah ke? Cepat-cepat aku capai telefon yang pegun atas meja. Hati berbunga-bunga tatkala nama yang terpapar adalah orang yang diharapkan menghubungi aku.
‘Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam…” balas aku terus hempaskan tubuh ke katil kerana teruja dan gembira.
“Bunyi apa yang jatuh?” Ek! Malunya.
“Erhh…beg pakaian yang jatuh..” bohong aku mengigit bibir bawah. Benda kecik tu pun dia dengar..fuh.
“Ohh…” dia terdiam seketika.
“Can we talk? Free tak sekarang ni..?” ya Allah…kelembutan dan keramahan dia bercakap dengan aku, buat aku terharu…
“Saya tak busy..”
“Okay jap…” selepas itu dia matikan talian. Telefon itu aku renung dengan mengangkat ke atas. Kata nak bercakap dengan aku..? Tapi kenapa matikan talian? Atau telefon ni ke yang bermasalah?
Belum sempat aku membelek-belek apa yang berlaku di handphone aku, dia call melalui video call. Saat itu juga telefon itu jatuh tepat ke dahi aku dek terkejut. Aku angkat dan renung handphone. Kenapa call pakai video call?? Dahlah rambut aku tak terurus seperti rambut pontianak hilang baby. Huhu!
Aku bangun dan cepat-cepat mengemas diri sebelum menjawab telefon.
Erk!? Belum sempat menjawab, telefon aku mati. Ya Allah…..telefon aku habis bateri! Dalam keadaan macam ni jugak kau buat hal ye! Aku guling-gulingkan tubuh ke atas katil kerana merajuk dengan diri sendiri. Macam mana aku boleh tak sedar handphone aku nak habis bateri tadi?? Argghhh!
***
“Ohh..awak…” kata aku walau dari awal tahu dia yang mengetuk pintu.
“Assalamualaikum..” katanya memberi salam sebaik masuk. Dia titipkan senyum menatap aku sekilas. Hummm..aku terharu dan sebak didalam hati.
“Waalaikumusalam…” balas aku dengan senyum yang ditahan-tahan. Aku menutup pintu. Sementara dia pula sudah ke sofa yang berbentuk L. Sebenarnya aku teruja dengan hadiah pemberian Kak Fiza..disamping boleh merehatkan badan, tempat ini sesuai untuk merehatkan minda. Kecuali satu je yang aku tak teruja sangat. Kandungan luggage tu aje. Entahlah..sama ada aku patut berterima kasih ke tidak soal luggage tu. Huhu! Soalnya bukan masa untuk menggoda Shah tahu tak kak? Belum tiba masanya…
“Ika baru sampai?” soal dia membuka jam tangan. Jam tangan sempat di jeling sebelum diletakkan ke meja di hadapannya.
“A’ah..” jawab aku kecil masih mengigit bibir. Fuh~ kenapa dengan aku ni..? Dengan sedikit perubahan dia layan kau, hati kau dah melompat-lompat macam kera diberi bunga? Aku pejam mata. Fuh..bertenang okay. Ya Allah..gemuruh semacam..
“Shah..awak nak makan tak? Makan malam ala buffet arah selatan bersebelahan dengan entrance..kalau awak nak, saya temankan..” pelawa aku masih berdiri.
“Takpe…Shah dah makan tadi..masih kenyang dengan hidangan yang disediakan dalam flight tadi…” balasnya memandang aku sepintas lalu dengan dengan senyuman tidak lekang di bibir. Aku telan liur dengan tatapan mata itu. Tidak mahu dilihat terpana, aku alih pandangan ke tempat lain.
“Erhh kalau awak nak mandi, saya ambilkan tuala mandi..” kata aku undurkan diri lalu pusingkan tubuh ke belakang menuju ke woredrobe pakaian. Aku cepatkan langkah menyembunyikan diri di sebalik woredrobe. Allahuakhbar..kenapa dengan hati aku ni…
Tolong!! Aku perlukan terapi minda sekarang ni! Aku nak dia cepat-cepat mandi dan tidur!
Tangan aku membuka daun woredrobe kaca itu. Secara sendirinya kepala didongak ke atas. Allah…tingginya! Aku lompat-lompatkan kaki sedaya boleh untuk mencapai tuala ke tangan. Lompatan aku terhenti tatkala tangan seseorang berjaya menggengam salah satu tuala. Aku pusing kepala ke belakang dengan tangan masih kaku di atas kepala.
“Allah..!” terperanjat dengan kehadirannya, aku automatik terundur ke belakang menyebabkan kepala aku terhantuk ke para almari.
“Awwh….” Aku pegang kepala yang sakit.
“Ika..are you okay?” tanya dia merendahkan tubuh melihat keadaan kepala aku. Tangan prihatin itu seraya mengusap-usap kepala aku. Benda ni yang aku nak elak sangat, malah jadi reality!
“Erhh saya okay…thanks..awak mandilah dulu..” Ucap aku sambil menyelamatkan kepala dari dibelai berterusan.
“Ika dah mandi..?”
Aku geleng kepala sebagai jawapan..dan sudah tentu riak wajah aku kelihatan pelik oleh dia. Sempat dia kerut dahi lalu menggelengkan kepala. Dia tertawa kecil ketika meninggalkan aku yang masih kaku. Ya Allah…apa dia fikir tentang aku? Huhu..sungguh aku tidak mahu dilihat clumsy oleh dia namun seperti disumpah, asal berdepan dengannya aku gementar dan berdebar menyebabkan aku hilang pertimbangan diri.
Sementara dia merendamkan diri di dalam tab panas, aku diminta untuk menemaninya sebentar. Jika diberi pilihan, aku rela menolak ajakkan ini. Tapi..nampaknya..aku dah di sini pun. Aku labuhkan punggung di tepi tab sambil menjatuhkan kedua-dua kaki ke air.
“Bagaimana dengan kerja di sekolah..okay?” tanya dia tenang di hadapan aku.
“Semuanya baik-baik je…” soalan dia menghentikan rasa gemuruh dan gementar aku. Twisted soalan itu buat minda aku lebih tenang. Ketenangan itu menyebabkan kaki aku mula bermain-main dengan air.
“Ohh…” hanya itu yang terpacul dari mulutnya. Namun menurut pemerhatian aku, eye contact dia sebenarnya ingin menyatakan sesuatu.
“Ika tak nak masuk sekali dalam tab ni?” oh nooo! Jangan jemput aku!
“Erh awak mandilah dulu…saya menyusul kemudian..” jawab aku memberi alasan. Kalau bukan sebab baju yang Kak Fiza sediakan itu, aku lebih dulu mandi dia dia..! Tapi..ermmm..
“It’s okay…Shah tak akan kacau Ika nanti. I'll definitly stay here..” suaranya memujuk.
“Bukan sebab tu…” aku gigit bibir.
“So..? I’ll be okay…don’t worry okay….jika itu yang Ika risau..” yee betul…bukan sahaja itu yang risaukan saya awak..sebenarnya satu benda lagi, pakaian saya tiada awakk…huhu macam mana aku nak beritahu dia soal baju tu ye?
“Sebenarnya saya takde pakaian lain…” aku berterus terang. Aku telan liur menanti kata-kata balasan seterusnya.
“Ohh..tapi luggage tu?” tanya dia dengan mata ditancap tepat ke luggage yang aku kemas tepi di woredrobe kaca tadi.
“Hemm…” aku tundukkan wajah sugul sukar memberi penjelasan.
“Something different?” aku angguk kepala laju-laju. Sempat dia tertawa kecil sekejapdengan tingkah aku. Erhh
“Kak Fiza yang bekalkan pakaian…” Dia angguk kepala cuba memahami apa yang aku maksudkan. Ya Allah..malunya aku..
“Takpe…lepas pakai baju tu, boleh pakai baju kemeja yang Shah bawa tadi untuk lapisan kedua..” kerana termakan pujuk, akhirnya aku turun basahkan diri. Sesungguhnya dari tadi menahan diri untuk tidak masuk ke tab panas ini. Akhirnya..hihi!
“Seronok sangat ke..?” tanya dia sedang sandarkan tubuh ke tepi dinding tab. Tersenyum-senyum dia melihat gelagat aku. Allah..aku sampai lupa dia ada di situ..
“Ika tak jawab pun Shah dah tahu…” sambungnya..masih tersenyum melihat gelagat aku..sedar diperhatikan, aku berhenti.
“Ehem!” aku angkat punggung mengambil kembali tempat duduk di tepi tab. Kaki aku lunjurkan ke bawah.
“Ermm…Shah..boleh saya tanya sesuatu..?” tanya aku. Segan sebenarnya namun aku kena tanya jugak soal ni..
“Tanyalah…” ketenangan wajah itu buat aku kuat untuk meneruskan soalan.
“Lilian…saya baru tahu soal dia dari Dr Ezra…betul ke saya punca kamu berdua…” aku tidak meneruskan ayat itu namun dengan isyarat tangan aku dengan maksud ‘putus’ sudah mencukupi dia memahami kehendak soalan aku.
“Ermmm…..bagaimana Shah nak explain pasal benda ni ye…”
“Takpe..saya sudah bersedia menerima sebarang jawapan…” jawab aku meyakinkan dia.
“Hanya Shah dan Lilian yang tahu hal sebenar…but trust me..it has nothing to do with you…honestly..” penjelasan dia buat aku sedikit serius. Sementara dia pula simpulkan senyuman bermakna.
“Would you trust me if…..soal Lilian…kalau Shah tak kongsi dengan Ika soal ni.?.” aku automatik tegakkan tubuh. Tersentak seketika apabila menyentuh soal kepercayaan yang mana aku pernah melaluinya suatu ketika dahulu. Aku angguk setuju untuk dia simpan jawapan itu dan meletakkan kepercayaan aku kepadanya….
..hari ini, aku putuskan untuk tidak bertanyakan soalan itu lagi.
“Sorry Shah…saya tahu sudah terlambat tapi…jika bukan saya tinggalkan awak pada 6 tahun lepas..awak tidak akan sakit…” ucap aku tiba-tiba bersuara menundukkan wajah. Aku tutup separuh wajah dengan jemari cuba menahan air mata dari jatuh..
“Hey…kenapa pula nak minta maaf?” Tanyanya menghampiri aku. Dia buka jemari aku yang menutupi wajah aku dengan menggantikannya dengan genggaman jemarinya pada wajah aku. Wajah aku ditarik ke atas menatap wajahnya.
“Kenapa pula nak nangis…Shah yang pilih untuk hidup macam tu Ika..kalau Shah lebih sabar..lebih redha, benda tu tak akan jadi..Ika tiada kaitan dengan sakit Shah….” cemas wajah itu memberi penerangan.
“Tapi…masih..” aku alihkan pandangan. Tetap salah aku. Demikian hati aku bermonolog.
“Ika jangan fikir yang bukan-bukan lagi okay…” pujuknya mencari riak aku dengan menatap ke mata aku dalam-dalam. Dia menghadiahkan aku senyuman keyakinan. Aku buka genggaman jemarinya di wajah aku.
“Awak..awak tak perlu pujuk saya dengan sentuhan…nanti awak sakit…” leraian jemari itu…buat aku sendiri rasa sebak..
“Kalau bukan sebab physcal contact itu yang buat Shah sakit, will you allow me to touch you?” tanyanya seraya menjatuhkan kedua-dua belah tangan mengunci tubuh aku. Kaget sekejap. Soalan itu mencuri tumpuan aku sehingga aku terkebil-kebil di tengah-tengahnya.
“Seriously?”
“Seriously Ika…” jawabnya cuba untuk merapatkan wajahnya ke wajah aku namun aku cepat-cepat alihkan wajah untuk mengelakkan diri dari dikucup mesra. Ya Allah..rasa nak gugur jantung aku..berdebar-debar didekati sedemikian rupa.
“So maksudnya, awak tak sakit?” aku alihkan minda dia untuk tidak meneruskan perbuatan yang sama sebentar tadi.
“Sakit tu tetap ada…but Physical contact can’t trigger it..” jelas dia melabuhkan punggung di sebelah aku.
“So macam mana anxiety muncul..?” bukan mempersoalkan dia, aku cuma takut dia silap menilai..huhu
“Well..ermm..salah sendiri..kerana terlalu laju memikirkan perkara yang belum berlaku…contohnya seperti, Ika bakal tinggalkan Shah….that’s it. Kerisauan yang melampaui batas…walhal benda tu belum berlaku..I'm too much of thinking..because you are part of my life Ika..Shah tak boleh kehilangan Ika buat kali yang kedua..." So..so...itu je ke? Se simple itu? Aku jadi blank sekejap...
“Ohh…” jawab kebil-kebil lepas tu kami diam. Sama-sama diam.
Tapi please! Jangan diamkan diri Ika. Kenapa aku berhenti untuk bertanya lagi? Jangan buka peluang dia untuk bertanya soal tadi! Idea please?!
0 comments:
Post a Comment