Monday, 6 September 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! Bab 66

 "Ika..talk to me...why are you silent?" Soalnya melepaskan kepungan tangannya lalu melabuhkan punggung ke tepi tab. Aku yang dari tadi kalut sendirian lega. Huhu..

"For the past 6 years...I can't think anyone else but you Syafikah..." Tuturnya menoleh tepat ke mata aku. Lama aku renung mata itu tanpa sengaja. Past 6 years? Eemm...bukan dia ada Lilian di hatinya? Aku jadi cemburu tiba-tiba kepada pemilik nama itu. Huhu...kenapa dengan aku ni..?

"Ika...say something..." Pujuknya setelah lama aku diam.

"Tapi awak ada Lilian ketika itu..." Erh?? Ya Allah aku tersebut nama itu! 

Dia diam

"Okay...Shah tarik balik kata-kata tadi soal Lilian. You can openly ask me anything about her..."



 I knew it. Knew it. So Shah buka peluang untuk Ika tanya apa-apa sahaja soalan untuk hari ini saja…so any questions?” aku telan liur. Biar betul dia ni…kalau aku tanya lebih nanti aku jugak yang kena. 

“Betul? Jangan marah saya pula..” aku lirikan mata mencari riaknya kerana masih kurang yakin.

“Mana ada marah..betul lah…tanya je…” kata dia melepaskan kedua-dua belah tangan ke belakang menampung berat tubuh..disamping kaki  dibiarkan jatuh ke air tab, wajahnya diangkat ke atas dengan mata ditutup. Terbit senyuman dibibirnya tatkala menyatakan kesungguhan untuk menerima sebarang pertanyaan aku. 

“Ermm..macam mana teruk deppression dan anxiety awak dulu…?” tanya aku mencuri pandangnya di belakang aku. Aku kembali sebak mengingatkannya… entahlah…aku…aku rasa, aku perlu tahu keadaan nya ketika itu…kerana aku takut aku terlepas tentang sesuatu dalam hidupnya sepertimana aku enam tahun lepas…

Dia tegakkan tubuh kembali, mengerling aku dengan senyuman.

“Ermm…tidak tahu bagaimana nak terangkan..cuma mampu untuk katakan.. ia sangat sakit...menyakitkan... Bukan kepada fizikal..tapi kepada mental health…” katanya satu-satu. Melalui kata-kata itu, aku boleh rasai perasaan itu…sebab itu aku diam..

“Hey..! Janganlah sedih…semua tu perkara lepas Ika…” tuturnya mencuit hidung aku. Dia simpulkan aku senyuman menawan sehingga satu-satunya gigi taring dia kelihatan. Aku balas dengan senyuman..walau hati aku masih diikat dengan rasa hiba yang tidak terungkapkan..hmmm..

“Semua tu dah berlalu Ika…yang penting apa yang kita ada sekarang ni..okay..kita hargai setiap detik yang kita ada..” pujuknya mengenggam jemari aku. Aku hanya mampu tunduk mengangguk setuju dengan kenyataannya..ya..semua itu sudah berlalu..apa yang ada sekarang itu yang perlu dihargai..segagal mana diri aku dulu..aku tidak boleh terus hanyut…aku kena bangkit seiring dia. Dalam diam aku pujuk hati.

“Soo…ada apa-apa lagi yang Ika nak tanya?” soal dia lagi menurunkan turunkan tubuh ke tab. Kedua belah tangannya diletakkan di kiri dan kanan aku, mengunci  tubuh aku. Manakala  mata aku ditatapnya dalam-dalam sehingga timbul rasa  malu aku. Isk..dia ni..

Aku undurkan diri sedikit ke belakang. Sedar dengan perbuatan aku, dia tertawa kecil.

“Jap...…ermm..kalau macam tu, pasal saman tu…”

“Berjalan seperti biasa..” Belum sempat aku habiskan ayat, dia potong que. 

“Erg? Pulak dah..tak dapat batalkan ke? Awak ni..tak kesian ke…” aku buat muka 10 sen mohon dikasihani.

“Hehe! Kesian lah…” jawab dia tertawa lucu, tunduk menggelengkan kepala di hadapan aku.

“Habis tu..? Maksud awak tadi ‘berjalan seperti biasa’ itu apa?” pelik dan terkebil-kebil aku dibuatnya.

“Bukanlah Ika…sebab kesianlah Shah tak saman Ika…maksudnya Shah dari awal tak minta ganti rugi se sen pun…” balas dia yakin.

“So surat saman tempoh hari…?”

“Yes…surat saman tu tak valid pun….” Hah?  Aku sudah muncungkan bibir..

“Sorry..bukan sengaja nak permainkan Ika…seriously..” tuturnya senyum di depan aku. Pandai betul teka apa aku fikir.

“Disebalik rasa bersalah Shah berkenaan surat saman palsu tu…ada rasa syukur yang amat dalam..kerana dengan adanya surat saman itu..hadirnya satu harapan..pemula tentang segalanya…jujur Shah katakan..jika difikirkan semula..Shah tidak jangkakan kita akan bersatu kembali..dimulai dengan perasaan yang masih samar-samar…disertai pebagai persoalan yang Shah sendiri tidak mampu dan tak tahu untuk jawab.…dalam pada takut untuk melayarinya semula, anxiety yang tidak kenal masa untuk menyerang…namun Shah bersyukur…kerana Ika sentiasa sabar melayan karenah Shah...you always there for me..holding me tightly when I’m at worst..” sambung dia memegang pipi aku dengan kedua-dua belah tangannya. Dengan kata-kata itu..dia masih tenang dalam senyuman..sebaliknya aku…aku sebak dari tadi…

“Shah tak akan tanya Ika soal bagaimana Ika selama ni…because I knew it..you must be suffering alone…sebab itu Shah putuskan untuk noktahkan semua ni dengan memberi kita berdua peluang membina semula apa yang telah hilang selama ini..Shah minta maaf dengan apa yang telah berlaku antara kita setelah lafaz yang kedua ini. Ika. …I’m sorry Ika…” ketika ini air mata aku jatuh satu demi satu.

“Don’t cry Ika…Shah beritahu bukan nak bagi Ika nangis..” pujuknya dalam tawa kecil sambil jemarinya mengesat air mata aku yang sudah jatuh ke pipi.

“Saya minta maaf Shah..!” kerana terlalu beremosi, aku hulurkan tangan secara tiba-tiba hendak memberikan pelukkan tetapi apa yang berlaku bukan seperti yang aku harapkan.

“Tegh!” sebenarnya aku dah terlanggar dagu dia sebelum berjaya mendakapnya.

“Ergh..!” 

“Alamak…alamak! Sorry Shah…!” Cemas dan rasa bersalah  apabila melihatnya sudah memegang dagu yang sakit. Laju tangan aku usap-usap dagunya. Tindakan aku buat dia tertawa kecil lalu menarik aku dalam pelukkannya.

“Ini yang seharusnya berlaku..Shah yang peluk Ika..sebab Shah yang nak peluk Ika dari tadi....” bisiknya ke telinga aku.

“Isk..awak ni..” aku pukul-pukul lembut belakang tubuhnya seraya menyembunyikan wajah malu.

“Alah…janganlah merajuk…” tuturnya memperkemaskan pelukkan. Ya Allah...demiMu, jujur aku tak nak lepaskan pelukkan ini..

“Maaf Shah..tapi saya rindu awak..” ucap aku penuh perasaan. Rasa sayu dan rindu yang tidak tertanggung selama ini terluah dengan sebaris ayat..

“Sangat-sangat..?” tanya dia lembut di telinga aku. Hanya anggukan kecil dari aku kerana terlalu segan untuk menampakkan wajah ketika ini.

“And I….I love you Ika…” ucapnya penuh perasaan membisik ke cuping teling aku..

Dia longgarkan pelukkan…kini genggaman jemarinya yang masih utuh tidak mahu melepaskan jari-jemari aku. Dalam segan, aku mampu menghadiahkannya sebuah senyuman..berbanding dia..hanya tatapan mata yang berkaca-kaca…walau hanya dengan renungan mata itu..aku tahu ada rasa yang tidak dapat ditakrifkan dengan kata-kata..

“Be mine… for tonight Syafikah…” selesai mengungkapkan kata-kata itu, aku jatuh ke pelukkannya semula..


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers