Aku dongak kepala ke langit mencari kelibat sinaran mentari yang baru terbit di celah-celah dedaun pohon. Ya Allah..cerahnya..secerah hati yang diselubungi rasa tenang…seakan segala kemelut sudah dilerai satu-satu. Aku tarik udara segar kemudian dilepaskan sikit-sikit. Kehadiran para pendaki tidak menganggu rasa nikmat keindahan hutan kecil ini.
“Ika..jom naik..” ujar Shah tersenyum lebar terus mengapai jemari aku di genggamannya. Aku menaiki bukit dipimpin olehnya.
“Shah nampak Ika angkat tangan tutup muka tadi… rasa panas eh?” Tanya dia tersenyum di sebelah aku setelah tanah yang kami pijak rasa lebih rata kali ini. Aku dan dia merehatkan tubuh, duduk sebelah menyebelah di bangku pondok.
“Tak panas pun…saja nak cari matahari..” jawab aku memandang jauh ke hadapan. Minda kembali dibuai rasa bersyukur yang tidak terhingga.
“Tek..!” lamunan aku terhenti tatkala dia membunyikan petikkan jari di depan aku.
“What are you thinking? Mind to share?” soalnya mengenggam jemari aku lalu dikucupnya lembut.
“Eh..kotorlah Shah…” aku tarik tangan. Cepat-cepat aku cuci tangan dengan botol mineral yang dibawa sejak dari tadi.
“Bersih je…” balasnya mempertahankan tindakan tadi. Hanya mampu gelengkan kepala. Terlebih romantik pula dia…huhu. Sejak tadi aku perhatikan aje perangai dia..dia dah kembali ke Shah yang asal…yang sentiasa ceria..yang sentiasa tersenyum depan aku..ya Allah..
Hanya lima meter jarak dari kami melabuhkan punggung, hiking track yang agak lengang kini mulai penuh dengan para pendaki. Mata kami tertancap kepada sebuah keluarga kecil yang riang gembira berlumba-lumba mendaki sesama mereka. Si ayah berlumba dengan anak lelaki sulungnya yang sudah agak ramaja. Anggaran umur anak remaja itu 14 tahun dari pengamatan aku. Perlumbaan mereka di menangi oleh si ayah.
“Alah..ayah ni tak acih. Adi belum ready lagi nak lari tadi…ayah dah lari awal. Haha!” si anak ala-ala merajuk namun ketawa lucu dengan tindakan si ayah yang terlebih dahulu memulakan larian.
“Kalau ayah tak lari awal, confirmlah Adi yang menang!” balas si ayah mengusap-usap kepala anaknya. Tawa kedua anak beranak itu memecah hening menyebabkan aku dan Shah tersenyum-senyum melihat mereka berdua. Si ibu yang baharu sampai ke tempat mereka hanya menggelengkan kepala sambil tertawa lucu dengan gelagat suami dan anaknya.
“What a wonderful family…” gumam Shah dengan matanya masih setia memerhati keluarga itu dari jauh. Dia menarik tangan aku seterusnya digenggam erat ke pipi.
“I’m promise…and promise me…that I’ll take care of you…and you will care for me…I wanna grow old with you Syafikah…” ucapnya senyum penuh harapan dengan mengucup lembut jemari aku seraya menutup matanya. Ya Allah..aku rasa nak pengsan dengan kesantunan layanan dia terhadap aku. Sungguh! Rasa sedang bermimpi…aku tak sangka secepat ini..akhirnya penantian aku tiba juga..
“Oh ya! Lupa pula nak ambil gambar. Jom selfie nak?” ajak dja seraya mengeluarkan handphone dari kocek tracksuit yang di pakainya. Aku hanya menurut apa yang dipinta. Shah rapatkan tubuh ke sisi dengan meletakkan lengannya ke bahu aku.
“Say cheese..!” ceria wajah itu mengajak.
“Cheese!” kami serentak bersuara bersama dua jari bersimbol peace.
“Teck!” gambar berjaya di ambil.
“Soo…Shah nak kongsi gambar ni dengan Kak Fiza. Haha!”
“Erk! Tak perlu bagi dia..!” separuh jerit dan sedang cuba merebut handphone itu darinya.
“Ishh..biarlah, Shah belum sempat berterima kasih pasal hadiah tu. Haha!” oh no! Tak naaakkkk!
“Ala Shah! Ika tak nak!” dia sempat larikan diri dari aku. Ya Allah..sejak bila dia rapat dengan Kak Fizaa??
“Okay! Done…” ujarnya sambil memperlihatkan aku apa yang dihantar oleh dia kepada Kak Fiza.
‘You really thoughtful Kak Fiza…thank you for the presents! So so so much!’ Tepat masa aku habis baca hantaran itu, Kak Fiza membalas.
‘Wahh! My pleasure!’ Aku bulatkan mata pandang tepat ke matanya.
“Ala…janganlah marah. Just nak berterima kasih aje…she’s really thoughtful…thanks to her!”
“Hmmm yelah tu..” menjegil aku kepadanya. Bukan nak pujuk aku, dia lagi ketawakan aku. Hikss
“Jom teruskan pendakian! Lagi lama rehat, lagi lambat sampai ke puncak!” tuturnya terus menarik tangan aku. Ya Allah..tak habis lagi penat aku dah naik.balik. Dahlah semalam lambat tidur..erk! Huhu
Dalam pendakian sesekali telefonnya berbunyi menandakan ada mesej dari aplikasi whatsapp masuk. Belum ditambah lagi dengan deringan telefon dari pejabatnya. Sibuk benar dia…tapi sibuk mana dia, masih sempat dia ajak aku hiking.
“Ermm…sayang..” panggilnya seraya menhentikan pendakian. Kaki aku berhenti sama. Dia berfikir-fikir sejenak lalu merenung wajah aku. Aku pula dari tadi menunggu kata-kata seterusnya.
“The next three weeks Shah akan ke luar negara semula. Dan mungkin stay sana dalam 3 minggu…are you okay if I go?” aku ketap gigi dengan makluman itu. Sekali lagi? Namun apa daya aku untuk menghalang..? Itu adalah salah satu tanggungjawabnya
“Takper…Ika okay je…” jawab aku walau hati sedang menjerit menghalangnya pergi. Sedar dengan sedikit perubahan reaksi wajah aku yang rela terpaksa, dia paut tubuh aku berjalan seiringan dengannya.
“Janganlah sedih sayang…”
“Ika tak sedih…” separuh sedih. Aku jawab dalam hati.
“Habis tu kenapa diam?” tanyanya melepaskan bahu aku lalu menatap aku sebentar.
“Sedang berfikir…”
“Fikir apa…?”
“Should I quit my job and follow you anywhere? Everywhere?”
“Don’t you love your work?” aku angguk kepala.
“Then you don’t have to do that..Shah suka Ika jadi cikgu… tunggu Shah balik okay..” aku angguk lemah.
Pendakian beberapa minit itu tamat setelah kami berjaya menawan bukit itu. Suasana yang sejuk dan nyaman masih terasa kerana hari masih awal..embun juga masih kelihatan di permukaan rumput dan daun-daun pokok. Aku dan Shah mengambil gambar masing-masing di pentas bukit yang dijadikan sebagai ruang untuk pemotretan hasil kejayaan pendakian. Begitu juga kepada para pendaki lain, boleh dikatakan setiap mereka tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama.
***
“Grandma!” laung Shah dari pintu masuk sebaik menyedari kelibat nenek di ruang tamu. Berlari anak dia mendapatkan nenek lalu terus mencium pipi nenek berkali-kali. Sedikit terkejut nenek di situ. Begitu juga mak ngah…sempat mak ngah terkekek ketawa atas tingkah Shah yang tiba-tiba itu.
“Kenapa pula ni? Are you gone crazy young man?” kata nenek berkali-kali menolak ciuman Shah.
“Ala grandma..! Can you just accept my kisses?”
“Silly boy. What happened to you?” geram nenek masih mengelak. Shah ketika ini tertawa di sisinya.
“Don’t be mad grandma. I’m showing my love to you. I love you grandma!”
“Kamu ni Shah…are you that happy? Something happened isn't?” tanya nenek tersenyum dalam pelukkan Shah sambil menepuk-nepuk belakang Shah. Nenek kehairanan namun jelas di wajahnya menyambut bahagia perasaan cucunya ketika ini. Sebenarnya aku belum sempat pun duduk bersama-sama mereka. Shah yang terlalu teruja bertemu dengan mereka sehingga tidak menyempat tunggu aku masuk ke ruang tamu.. Mak ngah disebelah nenek juga melebarkan senyuman kepada tingkah Shah yang jelas menampakkan rasa gembira di hadapan mereka. Sesekali matanya menatap wajah aku seperti mencari jawapan disebalik keceriaan Shah.
***
“Ika…ada sesuatu yang berlaku ke? Shah tu ceria semacam aje mak angah nampak…” tanya mak ngah sedang tangannya menghiris-hiris bawang merah. Aku di sisinya sudah ketap bibir. Tangan aku pula terhenti sekejap bekerja.
“Tak adelah mak ngah…cuma..” aku senyum kemudian menundukkan wajah ke bawah. Ketika ini mak ngah diam setia menunggu kata-kata aku seterusnya. Aku mula mengupas kulit halia itu kembali.
“Mak ngah ingat tak tempoh hari, mak ngah pernah tanya soal Shah..?” sikit-sikit aku atur kata bicara. ya Allah..betulkah tindakan aku ni?
“A’ah mak ngah ingat..” aku kumpul kekuatan untuk memulakan cerita.
“Sebenarnya hubungan Ika dan Shah masih tak berapa baik sangat ketika itu..tapi sekarang ni alhamdulillah..semuanya kembali pulih..Ika minta maaf ye mak ngah…sebab tak berterus terang...” jelas aku memberi keyakinan. Aku percaya keterangan aku sedikit sebanyak masih membuatkan mak ngah terasa hati soal tempoh hari tapi aku tidak mahu mak ngah tertanya-tanya terus apa yang sebenarnya berlaku selama ni..
“Ish..ada pula nak minta maaf..lagipun mak ngah tau aje semua tu..” pengakuan ini buatkan aku tegakkan tubuh. Terkebil-kebil mata aku serius dengan gigi diketap. Terasa tiba-tiba segan dekat mak ngah. Huhu
“Eh..eh! Janganlah buat muka macam tu..serba salah mak ngah jadinya..mak ngah tau sikit-sikit aje…”
“Bukan mak ngah…Ika yang patut rasa bersalah sebab tipu mak ngah..” jelas aku menafikan anggapannya.
“Mak ngah tak marah…malah mak ngah faham sangat yang bukan semua benda kita perlu cerita kepada semua orang tentang masalah rumah tangga..mak ngah sendiri pun tak nak masuk campur urusan Ika dan Shah..selagi boleh selesai antara suami isteri, selagi tu biarlah segalanya jadi rahsia. Mak ngah tahu tentang masalah kamu berdua pun sebab surat saman palsu yang tercicir oleh Shah…” bukan melonggarkan rasa risau aku, bahkan ditambah pula dengan pengetahuan mereka tentang penyakit Shah. Allahuakhbar…
“Jadi mak ngah dan nenek dah tahu pasal penyakit Shah tu?” aku yakin, muka aku dah pucat masa ni! Huhu
“Tahu…dari surat saman tu juga kami tahu…tapi Dr Ezra dah terangkan dan yakinkan kepada kami, Ika banyak bantu pulihkan keadaan Shah..” errk..? Biar betul Dr Ezra cakap macam tu…hari tu bukan main marah aku…huhu!
“Alhamdulillah mak ngah…anxiety Shah masih ada tapi sekarang dah makin pulih…”
“Eloklah tu…taklah kami risau..” Kata mak ngah sudah angkat punggung ke sinki. Dia mencuci pisau lalu diletakkan ke kotak laci pisau. Aku pula ke peti sejuk mengambil sayur kobis bulat untuk di leraikan satu persatu.
“Ika potong kecik-kecik kobis ni ya mak ngah…atau potong besar-besar mak ngah?” soal aku pusingkan kepala perlukan pendapat mak ngah.
“Potong macam mana aje…yang penting dapat masak..” balas mak ngah senyum.
“Baik mak ngah..”
Makan malam ketika itu riuh rendah dengan gurau senda Shah dan pak ngah. Mak ngah pula tidak habis-habis diusik oleh pak ngah. Sesekali Shah diusik pak ngah membuatkan aku ada kalanya dijeling tajam oleh Shah kerana tidak berpuas hati aku bersekufu dengan mereka.
“Afif ada maklumkan kepada pak ngah dua bulan lagi dia akan bertunang…” ujar pak ngah menguis-nguis kecil makannya. Bersahaja nada itu menggambarkan semua mereka seperti sudah mengetahui lebih awal perkara itu. Aku toleh Shah, dia seolah tidak terkejut dengan pengumuman itu. Aku je ke yang tak tahu apa-apa?
“Dengan siapa tu Shah? Mak ngah lupa.."
“Dengan girlfriendnya sewaktu dia lanjutkan pelajaran ke Australia tu..” ha..? Aku pandang Shah dalam diam. Shah tahu ke Afif memang ada girlfriend dari awal? Melihat pada riaknya, seperti mengesahkan persoalan aku. Erm..
“Eloklah tu….ada Afif bincang apa-apa yang masih kurang dengan persediaan pertunangannya itu?” tanya nenek kepada pak ngah.
“Katanya pihak keluarga belah ayah Afif dah uruskan segalanya..”
“Alhamdulillah…” kata nenek lega. Shah aku lihat hanya angguk memahami situasi yang dibincangkan.
“Nanti Shah tolong tanyakan Afif ada apa-apa lagi tak yang kita perlu bantu..”
“Okay…” jawab Shah nada meyakinkan. Aku toleh Shah yang hanya fokus kepada perbincangan itu. Kenapa tak explain kepada aku awal-awal tentang Afif…kalau tak..aku taklah salah faham dari awal…urmm…tapi salah aku juga tak bertanya...
0 comments:
Post a Comment