Friday, 10 September 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! Bab 68

 Aku tarik tangannya agar fokus kepada soalan aku. Dihujung katil aku ajak dia melabuhkan punggung.

“Shah…kenapa tak beritahu Ika awal-awal pasal Afif dulu…? Awak tahu dia ada girlfriend masa tu?” tanya aku serius melepaskan persoalan satu-satu.

“Is that important right now?” soalnya senyum membetulkan rambut yang basah.

“Sangat penting…” jawab aku sedikit merajuk menggengam jemari sambil kaki di kuis-kuis ke lantai marmar.

“Ika nak Shah jawab macam mana..? Ermm..yang betul..yang jujur atau yang berlapik..?” soalnya kembali dengan memaparkan senyuman. Ya Allah..hanya dengan senyuman itu buat aku tergoda. Iskk!

“Ika nak jawapan jujur..dan yang betul…tak nak berlapik-lapik..” jawab aku seraya menutup mata dengan jemari.

“Hey..don’t close your eyes..look at me..” 

“Tak nak…jawab dulu soalan Ika tadi..” aku degilkan diri masih menutup mata. Namun kedegilan tidak membawa apa-apa makna setelah tangannya mula mencapai jemari aku.

“It’s nice to see you blushing Syafikah..” ucapnya setelah berjaya mengenggam jemari aku. Melihat aku masih mengelak pandangannya, aku ditarik ke pelukkannya.

“Shah tahu dari awal sayang…tapi Shah tak nak Ika beralih cinta dengan Shah semata-mata atas kecurangan abang Afif..Shah nak Ika jatuh cinta pada Shah tanpa melihat kelemahan dan kekurangan orang lain..Shah nak Ika letakkan kepercayaan Ika tu pada Shah...” Bisiknya memperkemaskan pelukkan kasih sayang.

“Tapi sebaliknya yang berlaku…” aku bersuara kecil.

“Shah tak rasa macam tu..” Dia leraikan pelukkan. Aku terkebil-kebil menunggu jawapan seterusnya..

“Because the taste of your kisses is still the same after six years..hihi!” terlopong aku dengan jawapan dia.

“Awakkk!” aku merangka ke tengah katil seraya menarik comforter sehingga ke kepala.

"That sweet kisses of you...i can't forget it...masih terasa sampai sekarang ..." Haaaa?

"Shah...!"

“Hahaha! Ika…” nadanya memujuk menarik kembali comforter aku namun tidak berjaya.

“Ika..look at me for awhile..”

“Tak nak…” aku tetap genggam comforter ke muka.

“Ika..help me..!” mendengarkan nada cemas itu aku cepat-cepat membuka comforter untuk melihat keadaan dia.

“Hah! Buka pun akhirnya…” katanya berubah sihat. Ketika ini aku dah kerut dahi. Dia ingat sakit tu benda yang main-main?

“Are you that happy on teasing me?” soal aku dengan mata sudah berair. Perubahan riak wajah aku membuatkannya berhenti ketawa.

“Ya Allah…I’m sorry Ika…I’m sorry okay..” pujuknya mengesat air mata aku yang hampir jatuh ke pipi. Dia merangkul pinggang aku rapat dengannya.

“Sejak dua menjak ni Ika menangis je tau…bingung pula Shah..hihi..” Tuturnya menatap wajah aku.

“Are you okay now?” soalnya lembut. Hanya anggukan aku sebagai jawapan.

“But the fact that…” dengar je dia sebut balik, aku tahu dah apa dia nak cakap..

Aku tarik semula comforter namun kali ini dia berjaya masuk sama ke dalam.

“The fact that..”katanya semula sambil menarik aku ke pelukkannya dari belakang sambil ketawa. Aku automatik menutup telinga. Aku rasa dia memang berterusan nak kenakan aku malam ni..ya Allah..berhentilah..! Geram pulak aku..huhu!

“What I’m trying to say is….hihi!”

“Okay..!” potong aku masih menutup telinga. Puas hati aku sebab aku antara dengar dan tidak apa dia cakap! Hihi..

“I love the fact that you are my teacher Syafikah…” tuturnya tiba-tiba menjatuhkan kucupan lembut ke tengkuk aku. Kata-katanya buat aku terhenti justeru memusingkan tubuh menghadap dia.

“Former teacher of you..”

“Shah tak nak akui benda tu..” Balasnya sedikit berbisik.

“Kenapa pula..?” giliran aku pula bersuara kecil.

“Sebab panggilan cikgu itu suci…Shah suka..” bisiknya.

Aku genggam hati menutup mata dalam diam..aku mohon agar dia berhenti bermadah cinta buat masa ini..kerana hanya dengan kata-kata itu buat aku jatuh cinta lebih…dan nak lebih lagi..

 Takut nanti tanpa sedar aku jadi tamak dengan cintanya…


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers