Thursday 15 October 2020

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 44 ]

  “Aunty…!” suara comel itu memelukku dari belakang..gelagatnya membuatkan aku tersenyum. Aku rendahkan tubuh seraya memeluknya erat.

“Mama mana? Mama tengah masak?” soal aku kepada Fyna. Mengangguk budak tu..comel sungguh. Secomel mamanya...tak putus aku merenungnya!

“Okay jom…kita cari mama!” ajak aku meraih tangannya. Dia hanya menurut sambil senyum-senyum. Aku terus ke pintu dapur menemui empunya rumah.

“Assalamualaikum! Fatin….”

“Waalaikumsalam...Ikaa…! Ya Allah…” sebaik aku memberi salam, Fatin menjerit kesukaann kalah anak dia..haha! Dia peluk aku erat-erat! Gila...lama kut aku tak jumpa Fatin..kini anak dia dah 6 tahun. Mujurlah masih kenal dekat aku...ehehe~

“Kau sihat tak ni?” tanya aku melepaskan pelukkan..dalam masa aku letakkan barang yang aku tadi ke atas meja.

“Alhamdulillah...aku sihat, anak aku sihat, dan suami aku pun sihat! Hehe!” Balas Fatin ceria..masih sama seperti dahulu, tak sah kalau tak tertawa menjawab soalan aku. Dia menarik sedikit bangku dapur itu memberi ruang aku duduk. Fyna dari tadi hilang, ekor mata aku tadi dia ke ruang tamu.

“Kau? Mama? Abah?” tanyanya sambil mencapai sirap sejuk yang sudah dibancuh sebelum aku sampai. Jag itu diletak kemas ke atas meja kemudianya dia mengambil cawan yang di susun di rak cawan.

“Alhamdulillah...aku macam ni lah...sihat je…begitu juga mama, abah pun sihat juga..Oh ya Mama kirim salam..” jawab aku bersahaja sambil sampaikan salam mama yang hampir aku lupa.

“Waalaikumsalam...lama tak jumpa dia orang….” sambil wajah itu berfikir-fikir sesuatu..

“Setahun kut tak jumpa...sejak bersalinkan Fyna! Fuh..lama giler!” keluhnya. Seraya itu punggungnya dilabuhkan ke kerusi yang berhadapan dengan aku.

“Kalau rindu, jumpa je mama….mama ada je tu…” tutur aku tertawa dengan gerak-gerinya yang menjatuhkan wajah ke tangan. Aku tuangkan air sirap ke gelas dan menghirup sikit-sikit. 

“Ye ye je kau ni….sedangkan kau pun aku susah nak jumpa sekarang..inikan pula mama yang jauh nun ke utara sana! Kau ni...sejak pindah sekolah...kau dah jarang sangat tengok-tengokkan aku sini. Malah call pun tak pernah! Aduhh~dah lupa akulah tu!” aku ketap bibir dengan kata separuh kesalnya pada aku. Salah aku jugak...akibat kesibukkan aku!

“Sorrylah...terlepas pandang tau…aku sibuk sikit..tapi tak pernah tau aku lupakan kawan karib aku!” aku genggam tangannya meyakinkan dia, walau aku jarang call, doa kau sentiasa ada untuk Fatin!

“Yelah-yelah..aku percaya! Eh dah makan ke belum?” tanyanya..

“Belum...tahu pun baru masuk tengah hari..” 

“Haa kalau macam tu, kita makan dulu..lepas tu kita borak banyak-banyak…”

“Okay…!” sebaik bersetuju, Fatin memanggil Fyna turut serta menjamu selera. Makan tengah hari itu berlangsung berserta dengan gelak tawa kami...gurau senda..maklumlah dah lama tak jumpa...banyak perkara yang perlu di kongsi bersama….tidak terlepas, berkongsi kenangan bersama tentang perkara lalu....

****

“Ika…..Tak pernah lagi dengar khabar tentang Shah..?” dalam riuh gelak dan tawa, Fatin tiba-tiba bertanya soal Shah. Setelah sekian lama nama itu tidak pernah ku dengar...aku terhenti seketika..aku geleng kepala menjawab soalan Fatin.

“Heh! Dah 6 tahun Fatin..tak pernah dengar khabar dia dah...” tutur aku pelan-pelan lepaskan ayat itu seraya buang wajah ke kolam mini Fatin..bibir aku ketap…

             “Eh? Kau tak pernah baca apa-apa ke macam mana ni? Tak pernah nampak nama dia naik dalam trending search Malaysia? Kan baru-baru ni dia tersenarai antara anak muda yang berjaya dalam perniagaan? Hah tengok sini…”seloroh Fatin sambil menunjukkan potongan termuramah yang dimuat naik dalam youtube. Terkebil-kebil sambil aku angkat bahu.

            “Tapi..setahu aku, sejak 6 tahun lepas..dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke Malaysia..dia bina kerjaya langsung dari luar negara…” sambung Fatin. Aku angguk-angguk perlahan..mengingatkan kembali potongan video klip tadi yang ditemuramah di luar negara. 

            “Oh….” 

“Erhhh? Okay-okay.…terlebih pula. Haha!”. potong Fatin baharu sedar perubahan riak aku. Huhu..sorry Fatin..bukan tak nak buka cerita padal Shah tapi sebenarnya ada sesuatu yang belum kau tahu…

       “So apa perkembangan kau sekarang? Haha!” Fatin keluar topik. Nampak benar muka rasa bersalah dia dengan berpura-pura gelak tawa dia. Hermm..sian pula dia. Sorry Fatin..lain masa nanti aku ceritakan benda tu..huhu

       “Aku macam ni jelah…kurang tidak, tambah tidak. Hah! Cuma satu…kau nak join tak hujung tahun ni? NGO yang aku join tu akan ke Kemboja nak beri bantuan makanan dan ubat-ubatan. Kalau kau free masa tu, boleh beritahu aku…nanti aku masukkan nama kau…” seloroh aku. Bukan apa, ada jugak kawan aku kalau Fatin join sekaki. Hihi…

       “Ala…aku tak dapat join..dah ada plan lain hujung tahun ni…” hiba nada dia. 

       “Ishhh takpelah…aku faham. Aku faham… lagipun tak kan kau nak tinggalkan Fyna dan suami kan…” pujuk aku..aku tak nak dia serba salah..patutnya aku yang kena bijak tadi..sebab maklum kedudukan dia sebagai isteri..bukan suka-suka aku boleh jemput dia keluar..lebih-lebih lagi kena bermalam di tempat tu..huhu

“OKAY...aunty nak balik dah...jangan nakal-nakal eh..dengar kata mama…” pesan aku kepada Fyna yang sememangnya cilik nasihat. Keletahnya buat aku dan Fatin tak menang tawa..comel sungguh! Aku peluk Fatin tanda selamat tinggal.

“Datang lagi tau! Boleh borak banyak-banyak nanti!” jerit Fatin berpesan sambil tangannya dilambai-lambaikan ke arah aku. Aku balasnya dengan lambaian tangan juga. Sebaik daun pintu ditutup, kereta aku pandu perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah Fatin. Sebelum pulang ke rumah, aku singgah ke sekolah sebab aku baru teringat akan buku yang perlu disemak sebelum diserahkan kepada pelajar-pelajar esok. Aku hanya parkirkan kereta di luar sekolah. Malas nak masuk kawasan sekolah..menyusahkan pakcik skuriti je membuka pagar sekolah.

“Assalamualaikum pakcik…” ucap aku kepada Pak cik Alam yang hampir tertidur. Terkejut sedikit dia dengan ucapan salam aku.

“Ohh cikgu…” kata dia tertawa kecil.

“Saya ambil barang sekejap pakcik…” dia anggguk kepala dengan senyuman. Aku pula terus ke bilik guru lalu mengambil buku-buku yang dikehendaki. New school, new home… dah 6 tahun…tak terasa..sekarang aku 

dah 28 tahun..hemmm. Aku tinggalkan sekolah tanpa mengejutkan pakcik yang sudah nyenyak bersandar di kerusi getah. 


Share:

1 comment:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers