Saturday 12 December 2020

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 46 ]

 “Allah….”

Aku raup wajah..terjaga dengan mimpi tentang peristiwa lalu..diakui, aku sering bermimpi saat-saat akhir aku melihatnya..seolah-olah ini petanda ini kesilapan banyak memihak pada aku…huhu aku akui..

Aku pusingkan tangan kiri melihat sepintas jam yang tersarung. Wah! Boleh pula tertidur lena..siap tarik conforter lagi…dah jam 3 Ika. Sepantasnya aku mengambil semua barang yang berkaitan dengan aku dan mengemas kembali katil.

Bersiap untuk beredar, belum sempat membuka pintu bilik aku terdengar bunyi tapak kaki dari luar. Kelam kabut punya pasal, aku berlari anak ke bilik air dengan beg tadi. Aku kunci pintu. Huhu! Siapa yang datang eh? Kedengaran pintu bilik di buka…seseorang sedang bercakap didalam talian. Suara ini….? Slang english itu…seriously Shah?! Bukan dia dekat oversea ke? Aku korek telefon dalam beg. Secepatnya mencari nama Shah dalam google search. Huhu! Memang sah dia..balik Malaysia rupanya. Habis bercakap, jejak Shah sunyi…sehingga bilik mandi tiba-tiba  dibuka dari luar tapi tidak berjaya. Dia kembali sepi..fuh! Nasib baik aku kunci tadi. Macam mana aku nak lari dari tempat ni? Okay-okay! Satu cara ni je. Handphone dikorek balik. Jari cepat menekan satu-satu  menu dalam laman web makanan. Huhu..sorry..terpaksa beli makanan dalam talian agar Shah aku pastikan keluar mengambil makanan sementara aku keluar dari pintu belakang. 

Tapak kaki itu kembali dengan cubaan membuka kembali pintu bilik mandi..kali ini lebih teruk kerana kedengaran kunci sedang dicuba satu-satu. Allah…apa aku nak jawab kalau dia tahu ada di sini? Dahlah ceroboh masuk..isk. 

“Teck!” Pintu berjaya di buka. Namun dalam masa yang sama loceng di dengan rumah berbunyi. Allah…cemas bukan kepalang! Aku bernasib baik foodpanda sampai awal sebab aku order makanan dir restoran berdekatan sahaja. Aku sepantas kilat keluar dari rumah dan semestinya berhati-hati. Sebaik sampai ke kereta, tidak berlengah, beg aku masukkan ke dalam kereta dan memandu laju tinggalkan tempat itu. Hmmm..mesti dia hairan foodpanda hantar makanan..hehe! But it’s okay…selamat menjamu selera!






New life, new visi…begitulah aku. Oleh kerana mama dah bising soal jodoh konon aku ni bakal jadi janda tua lah katakan. So aku terpaksa register nama di flatform cari jodoh. Erhh..seperti bukan aku..sebab aku dah selesa dengan hidup aku..tapi datang pula kak Fiza dengan bebelan dia. Bukan alang-alang punya bebelan..dari a sampai z aku dibebel. Dari Afif sampai nama Shah dipetik..fuhhh! Malu sebenarnya..tapi nak buat macam mana..dah dia kakak aku..redha jelah kali ini..ermm..jujurnya, ada seseorang yang sedang tunggu jawapan dari aku..tapi ntahlah…

Alhamdulillah…nama aku tidak tersenarai sebagai pengawas pepperiksaan! Kali ini bolehlah mengembara sambil membantu sesiapa yang memerlukan. 

Pagi ini aku nak ke pejabat Humanity untuk menyertai meeting yang akan dia adakan. Seminggu lepas lagi aku dah tahu sebab pengerusi  maklumkan dalam whatsapp group. Kali ini  meeting akan disertai oleh  syarikat penaung kepada pertubuhan Humanity.

“Syafikah…tolong bawa dokumen ni nanti eh..akak dah full tangan nak bawa semuanya..” pinta kak Ima selaku setiausaha persatuan. Tidak menolak, aku volunteer tolong. Seperti mana tahun-tahun yang sudah, sebelum meeting aku edarkan dokumen yang patut. Ahli yang terlibat meeting sedikit demi sedikit sampai..sehinggalah ke kerusi tetamu sebagai penaung dan penyumbang terbesar pertubuhan. Aku berhenti sekejap membelek-belek kertas diatas mejanya. Syarikat ni……? Tak kan dia…? Baca sekilas dokumen. Termenung aku dibuatnya…macam mana aku tak sedar pertubuhan ini selama ni dinaungi oleh syarikat Shah!? Haa? Aku cepat-cepat tutup dokumen itu dan terus duduk ke kerusi aku sementara menunggu rakan yang lain. Gigit jari! Habislah kalau Shah yang datang kali ini…

Semua sudah sampai….hanya satu orang je lagi. Aku doakan bukan Shah yang datang! Tapi aku yakin 90% adalah dia sebab dia dah balik Malaysia.

“Assalamualaikum semua…maaf sedikit lewat..” suara di sebalik pintu memecah hening. Tapak kaki kedengaran masuk ke ruangan bilik meeting, mengelilingi belakang kami menuju ke hadapan. Dan perkara pertama aku buat adalah….buka handphone! Sambil kepala ligat berfikir..nak elak macam mana dalam keadaan begini.

“Alhamdulillah….semua sudah ada di sini…” pengerusi Encik Hazwan memulakan bicara. Nak tak nak aku anggkat muka. Wajah tenang dan serius Shah di hadapan kami sambil mendengar ucap tama dari pengerusi pertubuhan. Di belakangnya adalah orang yang selalunya hadir ke meeting sebelum ini..errh..setiausahanya kut..mencatat je kerjanya..

Leka mendengar kata-kata dari pengerusi, aku sedar Shah merenung aku lama dengan tangannya memeluk tubuh. Tersentak dengan renungannya aku automatik berpaling ke arah lain. Ketap gigi. Kak Ima disebelah aku angkat kening bertanya selepas sedar dengan perubahan  tingkah laku aku. Bahasa badan aku ketara dengan ketidak selesaan renungan serius Shah. Aku geleng kepala sebagai tindak balas kepada pertanyaan kak Ima. Giliran setiausaha Shah memberikan beberapa point penting tentang tindakan syarikat pada meeting tahun lepas. Tumpuan mata kepada penyampaian itu namun tidak terlepas mata aku kepada Shah itu sudah pasti. Dan minda aku pula memulakan proses scanning tentang Shah. Erhh..

Penampilan yang meyakinkan…khusyuk tumpuan. Berketrampilan. Akhirnya kamu berjaya…tak sia-sia kamu berjuang Shah. Atleast gagal dalam perkahwinan, tapi berbaloi meraih cita-cita..itu bak kata orang. Setuju atau tak, ada benarnya..huhu!

Mesyuarat itu tamat setelah mencapai kata persetujuan. Ahli yang terlibat pergi, bajet dan segala keperluan ubat-ubatan yang perlu dibawa…team perubatan juga dibawa bersama. Seeloknya kalau untuk bantuan kemanusiaan perlu lengkap..sebab penduduk yang terjejas sangat-sangat menantikan kehadiran petugas kemanusiaan dengan harapan tinggi.

Aku lambat-lambat selesaikan kerja aku. Bukan apa..sebenarnya tak nak bertembung dengan Shah. Sebab apa eh..sedangkan aku dah move on kut…dia pun sama jgk…hmm..lebih kepada tak selesa dan segan rasanya..

Haa..dah kemas pun. Baki makanan pula aku masukkan ke dalam plastik untuk dibawa terus ke tong sampah luar. Sebelum sempat keluar, Encik Hazwan panggil. 

“Syafikah..nanti jumpa saya di bilik saya ya..” arah dia. Aku angguk faham. Err..jangan dia tanya pasal tu lagi..Aku masuk ke bilik pejabatnya sejurus mengetuk pintu. Aku berikan dokumentasi seperti mana sebaik selesai mesyuarat, aku kembalikan kepada Encik Hazwan.

“Syafikah…boleh duduk sekejap?” pinta dia boleh mengagak aku akan terus keluar sebaik serahkan dokumen itu. Aku nak tak nak terpaksa duduk.

“Boleh saya dapatkan jawapan Syafikah hari ini..? Memandangkan whatsapp message saya tak dibalas, calls saya tidak dijawab..?” tanya dia menghadiahkan aku senyuman.

“Err saya minta maaf sebab tidak membalas PM Encik Hazwan…sibuk sikit baru-baru ni..saya siapkan kertas peperiksaan pelajar..” aku beralasan. Kalau betul sibuk pun, tak kanlah sampai tak dapat balas mesej orang..tak jawab call orang..sedangkan handphone aku tu sentiasa melekat di tangan. Huhu

“Ish..berencik pula dengan abang. Kita dah lama kenal Syafikah..3 tahun kut…” err..pening.

“Buat masa ni saya masih menolak…saya minta maaf…” jujur aku.

“so maksudnya saya masih ada harapan?” soal dia lagi lalu tertawa.

“Eh maksud saya…”belum sempat aku teruskan kata-kata, seseorang mengetuk pintu. Aku berpaling cepat. Shah! Tak balik lagi rupanya dia ni…ada kemungkinan tak dia terdengar perbualan kami tadi..? Maklum pintu tadi terbuka luas. Encik Hazwan pelawa Shah duduk. Shah duduk di sebelah kanan aku semestinya berhadapan dengan Encik Hazwan. 

“Cik Syafikah, seperti sedia maklum..ini Encik Shah Imadi…Encik Shah, kenalkan ini cik Syafikah..”aku dan Shah saling berpandangan. Err…dalam pandangan tu. Aku cepat-cepat alihkan mata. Iskk..buat biasa jelah Ika. Dah tu dia ex kau je…! Baiklah, reti senyum je..relax..

“Ermm saya tiada masalah dengan kertas kerja ni…nanti kita tetapkan tarikh mesyuarat akan datang untuk penilaian terakhir..” kata Shah. 

“Nanti call saya dalam minggu ini untuk apa-apa hal yang berbangkit..” sambung Shah lagi. Encik Hazwan tersenyum puas hati. Bukanlah official sangat seperti mana ahli koporat yang lain..lebih santai untuk mendapatkan kesepakatan yang timbang tara.

“Cik Syafikah, nanti tolong saya dapatkan photocopy dokumen yang berkaitan ya..” Pesan Encik Hazwan.

“Baik , nanti saya hantar secepat yang mungkin…so kalau tiada apa-apa lagi, saya undur diri  dulu ya…” pinta aku seraya bangun. Aku segera keluar dari pejabat itu…laju kaki melangkah ke kereta. Tak toleh kiri kanan dah..

*** 


Kerja menimbun, maklum dah nak habis semester akhir penggal peperiksaan. Lain lagi kegusaran anak-anak murid menghadapi SPM. Aku yang terlebih gemuruh! Ditambah dengan kesibukkan persediaan untuk ke Kemboja penghujung bulan ini, rasanya aku dah ready untuk pengsan sebelum berjuang. Pelajar-pelajar menengah sudah mulai bercuti..kadang-kadang aku boleh habiskan masa sehari dalam bilik guru semata-mata nak siapkan kerja akhir tahun..tau-tau dah petang.


Share:

2 comments:

  1. Alhamdulillah... tak sabar nk tahu endingnya....TQ dik...😊

    ReplyDelete
  2. Thanks for the update. Looking forward for the next chapter

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers