Tuesday 21 September 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! Bab 70

 Aku tersenyum sendirian mengingatkan kembali intipati temuramah Shah ketika khabar pekahwinan kami tersebar luas. Aku baru menyedari dia boleh berjenaka disebalik ketegasannya apabila berhadapan dengan wartawan tempatan. Berkarisma dengan standardnya yang tersendiri.

“Okay baik, soalan saya kali ini akan menyentuh sedikit mengenai kehidupan peribadi encik. Boleh?”

“Okay boleh..” jawab Shah ceria bersilang kaki ketika berhadapan dengan wartawan.

“Baik. Baru-baru ini terdapat beberapa keping gambar yang telah dihantar kepada kami daripada mereka yang dikenali sebagai anoymous. Caption gambar itu menyatakan bahawa usahawan muda telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia demi menjaga nama baik anak syarikat kendalian abang tiri encik yang sedang naik. Betul ke berita tu?” Shah aku lihat terdiam seketika dengan soalan itu.

“Erm…sebenarnya saya berkahwin bukan secara rahsia pun. Cuma perkahwinan itu hanya dihadiri oleh teman rapat dan guru-guru sekolah saya dulu…tiada kaitan langsung dengan anak syarikat yang baru dibangunkan itu..” jawab Shah berseloroh. Tiada tekanan dari soalan itu.

“Oh…begitu..” Shah angguk yakin dan pasti dengan jawapannya.

“Satu lagi encik…khabarnya encik berkahwin dengan cikgu sendiri..betul ke berita ni?” soalan ini buat aku sedikit tersentak. Aku teliti riak Shah, dia bersahaja namun mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan.

“Saya akui perkara itu betul…” jawabnya ringkas.

“Ermm..boleh beritahu secara specific mengenai bagaimana boleh berkenalan dengan isteri…penerimaan keluarga dan sebagainya..pendapat orang sekeliling mengenai hal ini..”

“Erm..kalau digambarkan secara jelas, rasanya akan ambil masa untuk habis..so kita simpan dahulu bagaimana saya berkenalan dengan isteri boleh?” ujar Shah tersenyum. Wartawan itu mengangguk faham.

“Jika ditanya soal penerimaan keluarga, alhamdulillah…ahli keluarga menerima dengan hati yang terbuka..begitu juga dengan keluarga pihak isteri. Mereka memang baik dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima ahli baru dalam keluarga mereka..”

“Ohh..encik beruntung ye dapat keluarga mertua yang baik dan memahami..”

“Alhamdulillah..” Shah sedikit tertawa..

“Ermmm…dengar khabarnya, encik pernah berkahwin dan bercerai pada umur 19 tahun ye…betul ke gossip ni?” terdiam Shah ketika ini. Terkebil matanya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Ya benar..” jawabnya ringkas. Ya Allah..aku rasa kesian dengan suami sendiri..huhu…dahlah pagi tadi aku merajuk soal caller tones dia..huhu! Ntah kenapa caller tones tu buat aku sakit kepala..huhu. Pasal soalan wartawan ni, dia hanya perlu sebut ‘no comment’ kalau perkara terlalu peribadi.

“Dengan siapa..? Kenapa bercerai? Boleh saya tahu?” Allahuakhbar…kenapa tanya soalan macam tu..?

“Dengan isteri sekarang…soal kenapa bercerai tu..agak terlalu peribadi bagi saya..so saya tidak dapat berkongsi soal tu..” jawab Shah hanya senyum. Tapi hatinya mungkin terusik dengan soalan ni…

“Oh..tidak apa…ohh dengan isteri sekarang…” wartawan itu angguk faham.

“Encik boleh minum kalau terasa kering tekak…sebab ada beberapa perkara lagi yang bakal saya tanya…boleh encik?” sambungnya lagi sambil tertawa kecil.

“It’s okay..teruskan soalan..” jawab Shah menolak lembut pelawaan wartawan itu.

“Begini encik…boleh saya teruskan soalan?” 

“Okay go ahead..”

“Encik pernah alami perkahwinan di usia muda, jika anak encik pula mengikut rentak encik berkahwin di usia muda, encik galakkan atau tidak..mengikut persepsi encik sendiri..” seloroh wartawan itu.

“Soalan ni tak kena saman ke kalau saya bagi pendapat?” tanya Shah tertawa. Wartawan itu turut tertawa sama. Aku dihadapan televisyen pula yang gementar lebih. Huhu

“Absolutely tak…encik bebas beri pendapat..sebab pendapat encik tidak mewakili semua orang..itu hak peribadi..” tutur wartawan itu lagi.

“Ermm…bagi saya tidak..saya tidak galakkan..” jawab Shah setelah berfikir sejenak.

“Boleh saya tahu kenapa encik berkata demikian..? Kerana perceraian lalu?” wartawan itu terhenti sekejap dengan jawapan Shah kerana bertentangan dengan apa yang telah dilakukannya.

“Sebab saya nak bakal anak-anak saya faham apa itu erti cinta dan tanggungjawab sebelum berkahwin..cinta semata-mata bukan tiket untuk meneruskan hasrat untuk berkahwin..bukan juga jaminan untuk ikatan hubungan itu kekal abadi...dan tanggungjawab semata-mata tidak menjadikan ikatan itu utuh..kedua-dua perkara ini biarlah seiring…jadi di usia masih muda, saya rasa mereka masih samar untuk memahami kedua-dua perkara ni...sebab itu saya tidak galakkan..” tutur Shah tenang mengungkapkan kata-kata itu.

“Ada lagi encik nak tambah?” soal wartawan itu lagi.

“Kemudian bersikap jujurlah kepada pasangan..jujur pada tempatnya..jika jujur lurus tidak meneliti situasi ataupun keadaan pun tak boleh juga..ada kalanya kejujuran boleh melukai hati pasangan sendiri..biarlah pasangan bersedia dengan apa yang bakal dibincangkan…”

“Ohh…begitu. Situasi ini potray kepada diri sendiri ke encik..?” sedikit tergelak wartawan itu bertanya.

“Mungkin ya…sebab saya juga manusia biasa. Bahkan setiap orang pasti melalui perkara yang sama…sama ada sedar atau tak sahaja…yang pasti setiap apa yang berlaku dijadikan pedoman dan pengajaran di masa hadapan…insyaAllah..berusaha, berdoa dan bertawakal..moga yang baik-baik sahaja yang berlaku..”

“Wahh…pengisian yang lengkap dan padat…terima kasih kerana meluangkan masa dengan soalan-soalan kami yang di luar konteks bidang encik…”

“It’s okay…sama-sama...”

Aku terdiam beberapa saat. Jawapan itu aku akui sangat sinonim pada situasi kami…jika ditanya kepada aku mengenai Shah…sesungguhnya dia sebaik-baik suami yang sempurna diidamkan setiap wanita..

Lamunan aku terhenti tatkal handphone aku berbunyi nyaring menandakan adanya panggilan masuk. Dr Ezra! Kenapa hati aku tiba-tiba berdebar..?

“Cikgu..tolong datang ke hospital ya…”

“Dr Ezra..kenapa? Kenapa Dr Ezra!” talian diputuskan secara tiba-tiba membuatkan aku mengigil. Apa apa-apa yang berlaku pada Shah ke? Sebab interview pagi tadi? Macam-macam yang tercetus di benak aku sekarang..

Aku bergegas ke hospital rawatan Shah. Ya Allah..jangan ada apa-apa berlaku kepada suami aku…

***

Aku ketuk pintu lalu aku masuk ke dalam. Di bilik itu adanya Shah, nenek, mak ngah, mama dan abah..mereka berlima duduk bersama di sofa hitam yang berbentuk U. Abah dan mama ceria bersembang. Begitu juga mak ngah dan nenek..situasi ini buat aku bingung seketika..terkebil-kebil kerana Shah tidak sakit seperti yang digambarkan di imaginasi aku. Sebaik masuk aku melangkah ke arah mereka. Shah aku lihat seperti biasa. Dia terus pelawa aku ke bilik rawatan meninggalkan yang lainnya yang sedang duduk.berbual. Di situ ada Dr Ezra dan seorang lagi Dr. Aku sempat melirikkan mata pada name tagnya..Dr Farrah. 

“Okay baik…Puan boleh naik ke atas untuk kita mulakan ya.” Kata Dr Farrah.

“Erk? Mulakan apa Dr..” tanya aku kehairanan. Antara mereka juga berpandangan antara satu sama lain. Dr Farrah mengerut wajah kepada Shah yang dari tadi bersinar-sinar.

“Mesti suami tak beritahu ni..ye ke Puan?” tanyanya tersenyum-senyum.

“Awak…beritahu apa Shah?” soal aku cemas. Sekejap ber awak, sekejap menyebut nama Shah.  Dia orang nak buat apa dengan aku sebenarnya? Huhu..

“Sayang relax okay…kita nak scan aje…”

“Scan apa..?” bisik aku masih enggan membaringkan tubuh.

“You got your morning sickness sayang…sayang tak sedar..?”

“Takde Shah…” serius..aku tak mengandung! I have an irregular menstrual cycle. Macam mana Shah begitu yakin..? jauh sekali morning sickness yang dimaksudkan. Janganlah macam ni…aku tak nak letakkan harapan yang tinggi sampai nanti mengecewakan orang di sekeliling aku..huhu

“Alright..takpe kita cek dulu…tak rugi pun…” jelas Shah sambil memberi isyarat aku berkompromi.

Dr Farrah mulakan scanning. Dr Ezra undur langkah kaki membiarkan Dr Farrah menjalankan tugasnya.

“Hello there..! Don’t you see that mommy..?” ujar Dr Farrah meminta aku menoleh ke arah skrin komputer. Ketika ini Shah sudah menggengam jemari aku sambil matanya menatap screen pengimbas imej. Riak wajahnya terharu..matanya berkaca-kaca dengan apa yang dilihatnya kini. Aku pula masih terpana..rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“It shows that you are two months pregnant..degupan jantung pun dah ada…” kala ini Shah mengucup jemari aku penuh penghayatan. Aku tatap wajahnya dan memegang pipinya dengan lembut…

“Bagaimana Shah tahu..?” tanya aku sedikit berbisik. Ketika ini Dr Farrah sudah mengangkat tangannya dari perut aku.

“Sebab sayang alahan kpada bunyi caller ringtone Shah…” Dr Farrah ketika ini tertawa. Aku automatik bangun dan toleh kepala kepada Dr Farrah ingin meminta kepastian..body language aku bertanya.

“Betul puan..sesetengah orang ada alahan terhadap lagu tertentu ketika mengandung…puan salah seorangnya…” jelasnya tersenyum.

“Ohh…” aku baru tahu. Pada saat ini mak ngah, nenek abah dan mama pakat masuk sekali dalam bilik rawatan.

“Alhamdulillah…” kata mereka serentak.” Shah memberi ruang kepada mereka. Mama peluk aku sekejap..

“Tahniah anak mama…”

“Terima kasih mama…” jawab aku. Selepas bercakap dengan Dr Farrah sekejap, mereka beredar dari bilik rawatan meninggalkan hanya aku dan Shah.

“Thanks sayang…” ucapnya seraya melingkarkan tangan ke tubuh aku lalu memeluk aku dengan erat.

“I love you…” bisiknya ke telinga kemudian menjatuhkan kucupan lama ke pipi aku. Aku cuba longgarkan pelukkannya namun dia enggan melepaskan tubuh aku menyebabkan aku membalas pelukkannya…

“I love you too…” dia tambah kemaskan pelukkan mesra…

Ya Allah..hanya satu ungkapan…aku bahagia dengan suami aku, Shah Imadi… End of part 1


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers