Tuesday 21 September 2021

Suamiku 19 Tahun! Completed

                                 Tiga tahun kemudian..

“Mama! Where’s papa?” aku sendiri tidak dapat menjawab soalan itu kerana masih mencari kelibat Shah selepas mendarat sebentar tadi.

“Papa…! Uwaaahhh…!” nangis semula lah jawabnya bila gagal mengesan kehadiran papa..huhu

“Syahirah…!” suara itu memanggil dari belakang kami berdua.

“Papa!” Syahirah automatik memeluk Shah, papa dia.

“Why are you crying..?” Shah angkat Ira ke pangkuannya lalu berjalan seiring dengan aku menuju ke kereta.

“Do not leave us anymore papa…otherwise I will miss you..” ujar Ira mengesat ajr mata dengan jarinya yang mungil. Comot sudah wajah comel itu  dek menangis.

“Alolo…manjanya sayang papa ni…okay..papa tak kemana-mana lagi dah..kalau ada pun, papa bawa Ira dan mama sekali..nak?” tanyanya kepada Syahirah menatap penuh wajah itu dengan kasih sayang. Ira angguk kegirangan.

“Sayang sihat?” soal Shah menarik tangan aku rapat dengannya sesudah sampai ke parkir kereta. Aku angguk seraya melemparkan senyuman. Jangankan Ira, aku sendiri rindu..hurmm.. 2 bulan kut dia tinggalkan kami. Ya Allah…benda ni buat aku berfikir dua kali untuk meneruskan kerjaya aku.

Sebaik makan tengah hari, kami singgah di tepi pantai untuk Ira melepaskan gian bermain pasir kegemarannya.

“Why are you so silent sayang? Tak suka Shah balik?” tanya Shah melabuhkan punggung di sebelah aku. Sempat aku menjelingnya kerana soalan sengaja mengumpan kemarahan aku itu. Boleh pula tanya aku suka atau tak dia balik..ermmm

“Awak ni…takkan pula Ika tak suka Shah balik…” rajuk aku mencebik bibir tanda protes.

“Panggil abang…” Erk? Kenapa pula tiba-tiba minta aku panggil abang pula ni? Aku kalihkan mata.

“I’m serious…”

“Eh kita kan dah bincang pasal ni…” aku kerutkan dahi kehairanan.

“It’s already 3 years sayang..takkan masih segan nak panggil abang…? Sampai Ira pun dah ada…” ujar dia sempat melirikkan mata ke arah anaknya nun tidak jauh dari tempat kami.

“Awak ni…”

“Awak apa sayang…? Panggil abang okay…lagi manis..lagi sedap…” tuturnya simpulkan senyuman.

“Ermmm…..” sampai tidak tahu apa nak dicakap. Terpaksa kunci mulut soal kerjaya aku tadi. Fuh~ kenapa topik ni jadi bahan bualan semula..dia ni…

“Ira…jom balik sayang..papa penat dah ni..” Ira dongakkan kepalanya memandang papa nya yang sudah berdiri.

“Okay papa!” jawab Ira terus menerpa ke arah Shah. Syahirah..nama diberi. Sememangnya manja dengan papa. Sebab tu jugak aku terfikir nak letak jawatan dengan kerjaya aku..huhu

***

“Ira…dah jam 8.30pm dah ni..papa nak rehat..jom mama temankan Ira ke bilik nak? Mama bacakan bed time stories…” ujar aku mengajak Ira. Aku tinggalkan Shah sekejap di ruang tamu. Sempat Shah memeluk dan mencium pipi anaknya sebelum masuk ke bilik tidur. Hanya sekejap buku bed time stories dibacakan Ira dah nyenyak tidur. Penat sangat agaknya ketika bermain pasir siang tadi…

Aku keluar dari bilik Ira. Shah masih di ruang tamu mengemas-ngemas mainan Ira yang bertaburan di depan televisyen.

“Sayang…Ira dah tidur..?” tanya Shah dengan mainan terakhir yang dikemasnya. Aku mendekatinya.

“A’ah…dah tidur..belum sempat separuh cerita tu dibaca, dia dah nyenyak tidur.” Jawab aku sudah duduk di sofa.

“Ika ada nak discuss sikit lah…” tutur aku buka cerita.

“Apa dia sayang..?” Tanya Shah tidak tangguh melabuhkan punggung disebelah aku. Televisyen yang terpasang sejak tadi ditutup oleh dia bagi memberi ruang kepada kami untuk berbincang.

“Ika rasa nak letak jawatan lah awak..” terjongket keningnya sekejap. Ermm dia tak setuju ke?

“Ermm sebab apa tiba-tiba Ika nak letak jawatan..?” soal dia kehairanan. Matanya mencari jawapan di sebalik riak aku.

“Ika nak fokus benda lain lagi..Ira pun ada setahun lagi nak sekolah..so boleh tumpukan perhatian kepada Ira…lagipun awak kerap ke luar negara. Kalau ambil masa seminggu aje taklah lama sangat..tapi kalau sebulan dua duduk sana..Ira pulak yang kesian menanggung rindu..” tika ini Shah dah angguk-angguk faham..

“So Ira jelah yang rindu…?” tanyanya tersenyum nakal. Dengar je gurauan tak bertempat itu aku automatik cubit pinggangnya. Kan dah kena..

“Ya Allah..sakitnya sayang..” usiknya masih nakal.

“Awak ni…Ika tengah serius bercakap, awak buat lawak pula…Shah awak setuju tak keputusan Ika  tadi?” bercampur rasa rajuk dan geram di dalam hati.

“Shah setuju sayang…apa-apa pun keputusan Ika, selagi ada niat yang baik..Shah setuju aje..…” balasnya seraya merapatkan diri. Perilakunya yang sering menatap mata aku dalam-dalam buat aku tersipu.

“But seriously…don’t you miss me?” tanyanya separuh senyum separuh serius. Nakal sebenarnya!

“Ika macam biasa je…” dalih aku. Ya Allah..aku rasa nak pengsan dengan renungan mata itu..

“Betul?” Tanya dia lagi. Aku secara tidak langsung mengalihkan pandangan. Takut fikiran aku dibaca olehnya. Please stop staring at me…! Huhu

“Seriously…?” Dia mengaut wajah aku agar bertentang mata dengannya. Aku kekal diam mengetap bibir. 

“I miss you sayang…I miss you so much..” ucapnya menyatakan bait-bait rindu dengan penuh perasaan seraya mengoles lembut pipi aku dengan jari-jemarinya. Berkaca-kaca pandangan mata itu seperti ada sesuatu yang yang hendak diluahkan.

“I tried to act cool from the moment I saw you earlier..but tonight, when you put on your make-up…put on your lipstic...you are really fascinating sayang..” aku gigit bibir. Ya Allah……dia buat aku jatuh cinta lebih...

Aku rangkul lehernya sengaja mengoda dengan senyuman menawan.

"Ika adalah milik abang..." Tutur aku seraya menghadiahkannya ciuman ke pipi. Tindakan aku membuatkannya tersenyum lebar saat itu juga.

“I can’t stand it any longer..…” tuturnya dalam masa yang sama tangannya sudah merangkul tubuh aku ke udara. Langkah kakinya diatur kemas menuju destinasi…ke mahligai cinta.

Aku teringat akan  kata-kata pujangga dari beberapa buah buku yang aku sekian lama samar dalam ingatan aku mengatakan bahawa..bahagia itu bukan terbit dengan sendirinya dari hati…bukan juga untuk ditunggu ianya datang dengan sendirinya...bahagia itu harus dicari..dimengerti..lalu diselami..…

“I will not let you sleep tonight sayang…”



                                              Tamat


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers