Sunday 26 September 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 1

 Ain sembamkan wajah ke meja kaunter dengan helaan nafas berat. Dua tiga kali kepalanya diketuk-ketuk di meja sehingga perbuatannya disedari oleh rakan sekerja. Macam mana dia kenal aku? Aku jugak ke yang disebut-sebut selama ini yang telah menyebabkan keretakkan hubungan antara dua buah keluarga? Huhu!

“Ain kau ni dah kenapa ni? Pagi tadi elok je aku nampak kau..sihat je..lepas kau keluar tadi dah lain macam mood kau ni..kau okay ke tak ni Ain?” temannya bertanya risau. Gundah nampak diwajah teman se-kaunter itu.

“Hemmm entahlah Ija…aku rasa macam nak ganti je kepala aku ni kalau boleh..” balas Ain sudah duduk tegak. Menggeleng kepala Ijah mendengar jawapan spontan Ain. Dah kenapa pula ni? Hatinya tertanya-tanya.

“Kau dah makan tengah hari ke belum?” Ain menggelengkan kepala. Kusut kepalanya ketika ini.

“Aku takde selera…” jawab Ain pendek. Membayangkan makanan pun aku tidak mampu, inikan pula mahu menjamahnya. Getusnya dalam hati. Dikala hatinya sedang gundah gulana, handphone Ain berbunyi nyaring menandakan adanya panggilan masuk. Tangkas dia menjawab panggilan. Err Dina. Cetus hati kecilnya.

“Assalamualaikum…” Ain memberi salam. Disebalik talian,  dia ketap bibir.

“Waalaikumussalam…ada pun kau. Dari tadi aku hantar mesej dekat whatsapp, kau tak balas..” Dina mengeluh kecil.

“Ohh..sorry aku tak perasan  kau mesej aku…by the way, kenapa call aku?” tanya Ain bersahaja. 

“Aku saja je call kau…sebab nak berterima kasih tolong aku jemput abang aku…maklumlah abang aku tu tak tahu sangat arah jalan dekat sini…dia lama stay dekat Hong Kong..”

“Ohhh yeke..” balas Ain berfikir-fikir. Kalau korek sikit pasal dia boleh tak? Sempat Ain bermonolog.

“Errh…bila abang kau balik semula ke Hong Kong?” tanya Ain segan-segan.

“Abang dah tak balik sana…he’s stay here for good!”

Haa?? Mendengarkan jawapan itu, Ain automatik pejam mata. Teman sebelahnya sempat kehairanan melihat reaksi Ain. Tersenyum lucu dan menggeleng dia melihat perilaku Ain walau tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Ohh…”nadanya tenang namun dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.

“Napa Ain? Sejak tadi kau ni pelik je tau..banyak diam dari biasa..selalunya aku call kau yang banyak bercakap…” Dina mulai risau dengan keadaan Ain yang banyak diam dari biasa.

“Eh? Hehe…takdelah…busy sikit..kepala ni asyik teringat skop kerja hehe!” takut Dina sedar dengan perubahannya, Ain buat-buat ceria.

“Alhamdulillah kalau macam tu..aku risau tau kau jatuh sakit..” Ain telan liur dengan kenyataan Dina. Inilah yang buat dia segan dan risau..Dina sangat baik kepadanya. Sebaliknya aku? Ain berkata dalam hati.

“Oh ya..next week mama nak buat kenduri doa selamat buat abang yang baru balik..kau datang tau! Mama awal-awal dah minta aku beritahu kau stop all your activities untuk hadiri kenduri tu nanti..” what?? Hatinya sudah menjerit.

“Errhh tapi aku…”

“Ala…tapi apa lagi Ain? Kau jangan tak datang tau! Macam biasa, mama nak sangat kau datang..aku tak tahu apa aku nak jawab kalau kau tak datang!” Mengerutu jadinya. Takut menghampakan makcik yang telah banyak menolongnya selama ini, Ain akur.

“Ohh yelah…” kecil saja suara itu dilepaskan.

Ain mematikan talian sebaik Dina menghabiskan kata-katanya. Sekali lagi dia sembamkan wajah ke meja.

“Erh dah ada sesiapa tak ambil alih tugas bersihkan bilik bernombor 102 tu?” soal Ain kepada rakan setugasnya setelah dia menegakkan tubuh.

“Belum lagi…Zara pula dibawa oleh manager melawat ke bilik bernombor 056..”

“Takpe..aku pergi kejap…” Jawab Ain sudah berdiri. Bersemangat dia mengambil alih tugas orang lain. Semangat itu bersebab sebenarnya..Ain ingin melenyapkan kerisauannya terhadap apa yang bakal berlaku selepas ini!

Perjalanan ke bilik tidak terasa jauh dek fikiran Ain melayang kepada peristiwa 5 tahun lepas ketika umurnya baharu sahaja menginjak 18 tahun. Sebelum dia mengenali keluarga Dina..

***

“NI ke gambar lelaki tu…?” tanya Ain ragu kepada seniornya Zariff.

“A’ah…sorry ye Ain sebab abang terpaksa nak minta tolong dekat Ain..” tangan Zariff sudah dirapatkan memohon kemaafan.

“Abang tak nak Emma datang ke ‘blind date’ tu..walaupun abang yakin dengan pendirian Emma tapi abang tetap takut dia jatuh hati dengan lelaki ni..” ujar Zariff memberi alasan kenapa Ain perlu menggantikan Emma sebagai pasangan ‘blind date’ kepada lelaki di potret itu. Ain akur kerana rasa kasihnya dalam diam kepada abang senior itu. Dia tidak mahu menghampakan harapan Zariff. Jika dirinya bukan pilihan hati kepada Zariff, sekurang-kurangnya Ain berpuas hati kerana dapat membantu Zariff dan Emma.

Gambar itu ditatap Ain dalam-dalam. Bergetar hatinya membayangkan segala kemungkinan yang berlaku. Menurut Emma, ‘blind date’ ini sebenarnya telah dirancang oleh kedua-dua belah pihak antara keluarga Emma dan keluarga lelaki itu. Ain hanya diminta menyamar untuk satu hari yang berharga untuk Emma memujuk daddynya untuk menerima Zariff.

Akhirnya tiba tarikh yang ditetapkan. Walau gemuruh melanda, Ain tetap kuatkan hati untuk meneruskan penyamaran itu. Dia bergegas ke lokasi yang telah ditetapkan. Berdepan dengan lelaki, lebih-lebih dengan keadaan dimana dia harus berbohong…dia harus mempersiapkan diri untuk ‘melarikan diri’ dalam apa jua keadaan. Fuh~ penat..memang penat! Bukan penat dari segi fizikal..tapi penat pikiran! Keluh Ain sendirian ketika melangkah ke ruang makan malam itu. Suasana indah dengan pemandangan tepi pantai. 

Hati Ain sedikit tertarik pada suasana yang sejuk dan berangin sepoi-sepoi bahasa begini. Dia lupa sekejap dengan kebimbangan dan misi yang sepatutnya dia laksanakan. Sedar dengan kecuaiannya, Ain cepat-cepat abaikan perasaan nya tadi.

“Assamualaikum…” Ain memberi salam di belakang pemuda itu..

“Waalaikumusalam…” pemuda itu automatik mengangkat punggungnya lalu mempelawa Ain duduk.

“Saya Afeera..eh Emma…” ya Allah aku lupa aku tengah menyamar! Seriously Ain??

“Saya Fareez..” tutur pemuda itu memperkenalkan diri di hadapan Ain. Melihat reaksi bersahaja pemuda itu, Ain telan liur. Maaflah..aku terpaksa menyamar sebagai Emma!

“So sebelum kita melanjutkan  makan malam ini, cik Emma sudah tentu sedia maklum dengan syarat-syarat yang telah saya tetapkan bukan?” ketika ini Ain dilihat seperti terkebil-kebil. 

“Syarat apa?” Ain bertanya kecil. Dia tidak pernah dimaklumkan tentang syarat yang pemuda itu letakkan dalam ‘blind date’ ini.

“You have to stay with me in three days..!” Haa? Ain automatik terkejut dengan permintaan pemuda itu.

“Erh..saya tidak tahu pasal ni..” jawab Ain jujur. Kenapa Zariff dan Emma tak beritahu saya syarat ni?

“Jangan salah sangka..maksud saya, perkenalan kita ni berlangsung selama tiga hari..saya dah book dua bilik hotel untuk kita stay dalam tiga hari ni..setuju?” Ain ketap bibir. Seriously aku kena ‘bercinta’ dengan dia selam tiga hari berturut-turut? Ya Allah!

“Ergh..okay..” nak tak nak Ain terpaksa patuh dengan syarat itu. Mudah-mudahan tiada apa yang berlaku!


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers