Sunday 3 October 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 2

 Aku menghela nafas berat dengan perancangan yang tidak disangka-sangka. Dari tadi mata aku lama ditancap ke luar. Pemandangan pantai yang indah itu tidak menarik perhatian aku kerana mengingatkan kembali jadual yang perlu dipatuhi ketika ‘bercinta’ dengan Fareez. Ya Allah…terjebak kerana terlalu meremehkan sesuatu perkara. Aku genggam cebisan memo di tangan dengan menyelaminya setelah pembacaan pantas sebentar tadi.

“Syarat pertama, handphone perlu disimpan dalam tiga hari dan dibekalkan dengan handphone baru dengan nombor baru..”

“Kedua, perlu menemankan F…F? Fareez? Nama dia ke maksudnya?” aku terkebil-kebil cuba memahami syarat-syarat itu.

“Perlu menemani F untuk berjumpa dengan orang-orang tertentu…”

“Syarat terakhir…akan dimaklumkan kemudian..” erhh nampaknya ‘game’ ini dicontrol sepenuhnya oleh dia…

Aku malas-malas melangkah ke arah katil bersaiz queen itu. Aku terus hempaskan tubuh ke tilam lalu menghentak-hentakkan kaki tanda protes yang tidak kesampaian. Geram namun lagi seram memikirkan identiti yang perlu disembunyikan selama tiga hari. Huhu..

Aku agak bernasib baik kerana dengan menggunakan nama Emma, aku dapat ‘melarikan’ diri sekejap dari  makcik Ramlah selama tiga hari tanpa dia banyak soal. Ermm..kalaulah ibu dan abah masih ada…aku tak perlu keluar dari rumah sekerap ini. Kerana kemalangan dua tahun lepas, keluarga makcik Ramlah merajai segala peninggalan ibu dan ayah dengan alasan aku masih bawah umur dan mereka yang menjaga aku selama dua tahun ini…ya Allah..sabar..hanya setahun ini…aku pasti akan ambil semula hak aku…

Aku automatik menggeleng-gelengkan kepala membuang ingatan hitam itu. Aku yakin jika diteruskan melayan fikiran ini, aku boleh diserang tekanan jiwa! Fuh~

Baru mula melelapkan mata, handphone yang dibekalkan kepada aku berbunyi nyaring menandakan adanya panggilan masuk. Sepantasnya aku jawab.

“Let’s go…” dengar je suara ni, hati aku mengigil tanpa sebab. Padan muka aku. Siapa suruh setuju dengan permintaan Zariff dan Emma?

“Emm…” aku ketap bibir. Dia nak ke mana pula sekarang ni? Dah jam 10 malam kut…

Walau risau melanda, aku tetap bersiap untuk keluar. Di luar bilik hotel, dia sudah menunggu aku. Sesekali jam di tangannya dijeling. Lambat sangatkah aku?

Jika diperhatikan, dia tak perlu pun ‘blind date’ ni..sebab pada aku, dia dah cukup pakej untuk perempuan-perempuan sana tertarik dengan dia. Putih dan tinggi orangnya..dengan gaya rambut ala pengawas..ermm..aku dengar dia ni melayu. Tapi kenapa raut muka dia ala chinese? Huhu! Ya Allah…aku sempat pula menilai dia..fokus Ain…

Dari jauh, dia tersenyum tengok aku. Serba salah pula aku..huhu!

“Dah nak tidur  tadi?” erk! Macam mana dia tahu?

“Erhh sikit lagi..” jawab aku ketap bibir.

‘Takpe..jom..” ajaknya terus mencapai jemari aku di genggamannya. Aku yang terkejut dengan tindakkannya automatik merentap tangan darinya.

“Ops sorry…saya baru nak adapt budaya di sini..” tuturnya jujur. Aku yang masih terkejut hanya mampu mendiamkan diri dengan kata-kata maaf itu. Aku ni sebenarnya tengah ‘bercinta’ dengan siapa..? Kenapa dia cakap baru nak adapt budaya sini… 

Melihat aku diam ketika menuruni lif, dia ajak aku berbual.

“I was raised in Hong Kong..my mom is China citizenship. Malaysian culture is new for me…” kata-kata itu buat aku angkat wajah.

“Jadi awak…warganegara China?” soal aku meminta kepastian.

“Bukan…I am Malaysian myself...” jawab dia tersenyum.

“So kalau macam tu..ayah awak..melayu?” soal aku lagi. Soalan aku buat dia terkerut dahi buat seketika..

“Yes..indeed..ermm..kamu tak diberitahu ke soal saya sebelum ni?” balasnya dengan menyoal aku semula. Dah..hampir kantoi. Patutnya aku tak perlu cakap banyak..sebab lagi banyak aku cakap, lagi cepat aku kantoi. Huhu!

“Tahu sikit-sikit je…” jawapan aku buat dia menjongketkan kening namun tidak terus melayan rasa curiganya.

Sebaik keluar dari lift, aku terus dibawa ke lobi..seterusnya membawa aku menaiki keretanya yang tidak jauh terparkir.

“Er…kita nak ke mana?” soal aku sambil memasangkan seat belt.

“Awak tukar pakaian tu dulu..” jawabnya sambil memerhatikan sekilas pada pakaian aku. Aku gigit bibir dengan jawapan itu. Fuh~ pakaian aku tak menepati piawaian ke? Tak tahu pulak..tapi demi nak menunjukkan kononnya aku berusia 23 tahun, aku terpaksa pakai macam ni…

***

“Mr. Fareez..dia dah siap..” ujar salah seorang staff kedai pakaian yang membantu aku mencari evening gown sejak dari tadi. 

“Oh..pastikan dia memakai blouse putih ya…” sayup-sayup aku dengar kata-kata dari dia di sebalik bilik persalinan. Fuh~ perasaan aku? Aku rasa nak lari dari situasi ni…huhu

“Sudah encik…sarung tangan yang sesuai juga sudah kami sarungkan ke jari dia…” kata pembantu kedai itu lagi.

“Okay tunggu sebentar..”

“Cik bertuah tau ada boyfriend yang mengambil berat soal cik..” kata serorang perempuan cina yang sedang memerhatikan aku sejak dari tadi. Puan Emily tertera pada tag namanya. Aku syak dia pemilik kedai ini. Berseloroh dia tersenyum berkata-kata sambil matanya melilau memastikan gown yang aku pakai tidak membebankan aku.

“Maaf…dia bukan boyfriend saya…” jelas aku sedikit melepaskan suara. Aku gigit bibir segan. Kenyataan aku buat dia membuntangkan mata.

“Ohh..yeke..tapi…” belum sempat puan Emily meneruskan kata-kata, Fareez masuk ke bilik persalinan. Aku automatik pejamkan mata seketika takut melihat reaksinya.

“You can open your eyes now..” tuturnya sudah di hadapan aku. Aku pelan-pelan buka mata. Tersenyum pemuda itu penuh makna di hadapan aku.

“Cantik kan encik…” kata Puan Emily yang berada di samping kami.

“Yes…she’s so sweet and nice looking..” seloroh Fareez masih dengan senyumannya. Aku hilang kata-kata ketika ini..aku tidak tahu apa reaksi yang sepatutnya aku berikan…menyambut kegembiraan sekali? Tak..hati aku jauh sekali nak buat macam tu.

“Rambut ni…” tuturnya seraya cuba menyentuh rambut aku namun menariknya tangannya kembali. Terdiam dia sekejap seperti teringatkan sesuatu…

“Oh…ermm..let’s go..” tuturnya mendahului langkah ke depan. Setelah meminta diri dari puan Emily, aku membuntuti dia keluar dari bilik persalinan. Sebaik  membuat pembayaran di kaunter, aku dan dia berjalan menuju ke kereta yang tidak jauh di parkirkan. Melihat aku sukar berjalan, dia hulurkan tangan untuk membantu. Aku geleng kepala ingin berdikari. Dia hanya tersenyum dengan tingkah dan kedegilan aku. Aku bukannya baik mana…sekarang ni pun dah membohong namanya…menutup aurat dengan sempurna jauh sekali… tapi untuk lelaki sentuh aku, aku tahu dimana batasnya. Huhu

“Kita nak kemana..?” Tanya aku sebaik menaiki kereta.

“Kita naik cruise…” jawabnya tenang tersenyum sambil menggerakkan kereta. Apa??

“Erhh…nak buat apa..?” soal aku bimbang jauh di dalam hati. Diam-diam aku mencuri pandang wajahnya mencari kemungkinan jawapan.

“Kita akan berjumpa dengan sejumlah investors dari China…” jawabnya tenang memandang aku sekilas. Mata kami berlaga buat seketika. Aku telan liur..mengalihkan pandangan. Dia pula tertawa dengan perubahan riak aku.

“Saya dah maklumkan perkara ni lebih awal kan….” Tuturnya masih melebarkan senyuman.

“Tapi..saya tak dimaklumkan berjumpa dengan siapa…” jawab aku bimbang mengigit gigi.

“Ops..ye pula kan….sorry sebab tu..tapi mereka sekadar bertanya sikit-sikit aje..jangan risau..” jelasnya sedar dengan kebimbangan aku.

“Biasanya investors dari China ni nak syarikat yang dimiliki oleh seorang yang hidupnya serba stabil..sekurang-kurangnya stabil dari segi keluarga..ada isteri atau steady girlfriend…bukan dikelilingi perempuan…” ketika ini aku sudah buntang mata. Di saat ini aku mulai sedar, aku bakal musnahkan hidup dia dengan penyamaran aku.

“Jap…jap..kita u-turn boleh..?” tanya aku menundukkan wajah. Aku tidak mahu teruskan misi ini lagi..aku mahu berterus terang dengan dia!

“It’s too late..kita dah sampai..” jawabnya sesimple ayat. Dia justeru keluar lalu mempelawa aku keluar sekali dari kereta.

P/s:

Sorry sangat..saya terpaksa tukar tajuk buat kali ketiga..

“Come Emma…help me just this time…hanya kita yang ditunggu sekarang ni..” pelawanya menghulurkan tangan. Dengan berat hati aku keluar dari kereta..dia tahu tak aku bakal musnahkan reputasi dia..? Tapi silap aku dari awal..aku yang telah mulakan pembohongan ini tanpa dia tahu…sejauh ini aku kena akhirinya sebaik yang mungkin tanpa menganggu reputasi dia..

“Okay…” jawab aku bersetuju. Tersenyum lebar dia dengan kata persetujuan aku. Kami sama-sama melangkah masuk ke Cruise yang bila-bila masa memulakan pelayaran.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers