Monday 18 October 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku 3

 Sejak menjejakkan kaki ke sini, aku seperti di bumi asing. Setelah diperkenalkan kepada beberapa orang, aku kembali sepi mengasingkan diri sementara dia pula sibuk berbicara kepada sejumlah kenalan. Dengan melihat sendiri bagaimana hubungan dia dengan ramai manusia disini membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa setuju dengan ‘blind date’ yang diaturkan sedangkan boleh sahaja dia memilih mana-mana wanita disekeliling dia? Malah nampak rapat dia dengan beberapa wanita dekat sini..

Erk!? Haha! Sibuk pulak aku pada life dia..sedangkan aku ni haa…patut fokus pada masalah diri sendiri sekarang ni. Mengingatkan kembali akibat kepada penyamaran aku kepada dia, aku kembali bimbang. Minda aku mulai menggambarkan beberapa kemungkinan yang bakal berlaku selepas ni terutama kepada dia. Aku jadi takit memikirkan hal itu. 

Erm…sebenarnya dia baik juga orangnya…aku pula yang tergamak menipu dia dengan identity palsu aku…

Tapi…yeke dia baik? Ke atau aku silap menilai? Erghh! Lagi-lagi fikir pasal dia!

Runsing memikirkan kembali bagaimana hendak memulakan kata-kata mengenai penyamaran aku, aku keluar menenangkan minda..

Aku pejam mata menyelam perasaan pada keindahan malam dan merasai angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar-nampar ke wajah aku. Aku lama tidak merasai hati setenang ini semenjak ketiadaan ibu dan ayah..kadang-kadang aku sendiri tercari-cari diri aku yang sentiasa ceria dan bersemangat seperti dahulu. 

Fuhh~ kenapa aku jauh mengelamun pula ni…tolong fikirkan cara macam mana nak explain pada dia Ain…huhu!

“I know you’ll be right here..” ujar seseorang di belakang aku. Aku automatik memusingkan tubuh mengesan keberadaan suara itu. Fareez..! Aku telan liur. Aku kaku seperti menunggu dia datang mendekati aku.

“Kenapa sendirian di luar? Kenapa tak masuk ke dalam? Sejuk dekat sini…” tanya dia sambung menyambung seraya menghampiri aku. Langkahnya yang terlalu cepat membuatkan aku tersentak lalu bertindak mengundurkan diri. Kerana tidak berhati-hati, high heels yang setinggi 3 inch yang tersarung di kaki aku tersadung ke belakang mengakibatkan aku hilang keseimbangan badan lalu…

“Zapph!” mengejutkan, secepat kilat aku sudah di udara dan lebih teruk aku sedang berada di pangkuan dia!

“Be careful…” tuturnya manis tersenyum disertai dengan tatapan wajah tampan darinya. Sedar direnung dalam-dalam aku melompat melepaskan diri.

“Aa..awak yang kena hati-hati..!” luah aku geram tiba-tiba. Ergh dah kenapa dia terlalu mengambil berat?

Rasa tidak puas hati aku nyata diterima pelik oleh dia. Mengigit jari dia ketika ini.

“Don’t you think you should be thankful? Wait, I’m sorry..what I’ve done so wrong? I don’t understand..” ungkapnya berkerut dahi. Terkebil matanya seperti cuba menghadam sesuatu.

Masih dengan sedikit ego, aku betul-betulkan pakaian.

“Lain kali, awak tak perlu pegang, sentuh saya..” jelas aku.

“I’m sorry..tapi  kan darurat…what if I stay still while you fall down? Itu lebih teruk right? ” ujarnya pelik. Ermm…ye…aku dah beri gambaran yang salah tentang budaya dan agama pada dia. Aku ketap gigi.

“Baik.. awak betul kali ini…” aku tidak banyak cakap kerana masih kurang senang dengan apa yang berlaku. Sebenarnya moment sebentar tadi yang aku kesalkan..saat mata itu seakan-akan membaca sesuatu di wajah aku..

“It’s okay..” ujarnya kembali senyum. Aku palingkan wajah dari senyuman itu lalu membuang pandangan kembali ke arah lautan setelah melangkah ke tepi beranda. Dia membuntuti aku.

“For your information, saya dibesarkan oleh nenek di Hong Kong…so pengetahuan saya terhadap islam sangat rendah..” ujarnya dengan membuat demo rendah itu dengan tangannya.

“Ohh…” Dengan melabuhkan tangan di penghadang tepi beranda, aku mengangguk-angguk faham. Walhal aku sama jugak..bukan tahu sangat soal islam..walaupun lahir islam…ermmm..

“Selama ni tak pernah balik Malaysia?” aku agak tertanya-tanya.

“Ada…cuma sangat jarang berlaku…I can count it with my fingers..” sekali lagi aku mengangguk faham. Mendengar kisah tentangnya, aku lupa kepada usaha aku untuk memberitahunya perkara sebenar soal penyamaran aku.

“Just nodded? Tak nak tanya kenapa?” soalnya tiba-tiba seraya menjongketkan kening.

“Erk! Aah…??” reaksi terkejut dari aku buat dia tertawa. Hanya mampu pejam mata menyembunyikan wajah ditertawa sedemikan rupa. Pandai buat lawak pula dia ni…huhu!

“Ohh…kenapa..?” tanya aku tanpa menghabiskan ayat.

“Sebab itu adalah syarat nenek kepada mama sebelum berkahwin dengan papa..anak pertama mama, nenek yang besarkan..selepas nenek meninggal, barulah berpeluang untuk stay lebih lama di Malaysia..tapi bila stay di sini, seolah-olah bumi asing bagi saya walaupun mama dan papa ada…tak dapat adapt situasi baru, sebab tu saya masih balik ke Hong Kong.”

“Ohh…” jelas reaksi aku sekali lagi menjadi tumpuannya. Dia tertawa namun lebih terkawal. Tidak mahu aku terasa agaknya. Fuhh~

“Come to think it again…mungkin sebab itu papa dan mama aturkan ‘blind date’ ni…” ujarnya bersuara kembali. Oh..sebab tu dia terima ‘blind date’ ni. Entah kenapa saat ini aku mulut aku terkunci rapat..hendak bercakap takut tak kena tempat..tak kena cara..huhu!

“Ermm…the characteristic of you…cought my attention.. So let’s be clear here.. I wan’t to know more about you…” ujarnya secara tiba-tiba. Tersentak dengan kata-kata itu, kepala aku automatik ditarik ke arahnya. Dia tersenyum dengan kejujurannya. Err….kenapa pulak ni? Aku tak faham…apa dia maksudkan? Atau aku dah nak kantoi ke?

“Tiada apa-apa tentang saya…saya orang biasa je…” balas aku ketap gigi. Jangan korek pasal aku….huhu! 

“Well…urmm..” dia ketap bibir memikirkan sesuatu.

“It’s okay..it’s fine if you’re not interested in talking about yourself…how about me? What is your opinion about me? What do you think about me?” soalnya bertubi-tubi dengan tersenyum disisi kanan aku dengan menjatuhkan tubuhnya membelakangi penghadang beranda itu. Erhh..kenapa dengan dia ni..? Adakah dia…?

“Awak okay je…” jawab aku pendek enggan meneruskan kata-kata seterusnya kerana sudah mulai sedar akan maksud dia.

“Somemore?” tanya dia lanjut. Aku tunduk mengangkat bahu dengan soalan itu. Bukan tidak mahu berkata banyak, cuma sedar dengan posisi aku yang perlu mengunci mulut. Aku bukan Emma. Aku bersetuju dengan kehendak Emma dan Zariff pun kerana selama ini aku ingat ‘blind date’ yang dimaksudkan hanya dengan bertemu dan berkenalan sahaja…aku tidak tahu sejauh ini…maksud aku, apa yang berlaku sekarang..

Dia terhenti dari bertanya lanjut setelah melihat reaksi acuh tidak acuh dari aku. Erm..serba salah jugak…

Dia mengorek sekejap handphone di kocek seluarnya lalu menaip sesuatu. Tidak lama kemudian handphone yang ada di tangan aku berbunyi menandakan adanya mesej yang baharu masuk di aplikasi Whatsapp. Sempat aku menoleh kepadanya sebelum membuka handphone sebab aku tahu, hanya dia yang tahu nombor telefon yang aku tengah pegang sekarang. Terkebil-kebil sekejap sebaik membaca sepintas lalu mesej yang dia hantar.

“To be more official about us, I sent more specific bio to me. Nice to meet you Emma....” ujarnya seraya menutup cermat skrin handphone. Aku blank sekejap. And what?? Official apa? Oh my goodness!! 

Hati aku dah meronta-ronta untuk menjerit. He can’t be serious..aku hanya dummy kepada Emma. This is no right! This is not right! Akuku menggelengkan kepala dengan sendirinya dalam diam menolak keinginan dia.

“Erhh..sa..saya undur diri ke bilik dulu…” kata aku terhenti-henti.

“Er..can you stay just for awhile? Berikan saya 5 minit untuk kita stay sekejap…” pintanya terpinga dengan kehendak aku.

“Sorry..saya dah mengantuk..dah 2 am dah sekarang….” Balas aku menolak.

“Ohh…it’s fine. Have a nice dream…” tuturnya melambaikan 5 jari. Fuh~ Macam mana aku nak explain kepada dia pada ketika ‘blind date’ ini sudah sejauh begini..?

Buntu memikirkan masalah besar ini, tidak sedar kaki aku sudah menapak di depan pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya. Esok kut..bila mana cruise ini berlabuh, aku beritahu dia… sempat aku menoleh ke pintu biliknya sekejap. Dia tak nak balik lagi..? Dia masih stay sana ke…?

Bermonolog dalam hati sedang tangan sudah berjaya membuka pintu bilik. Aku melangkah ke dalam dan menutupnya kembali…


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers