Monday 15 November 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 4

Ya Allah! Apa aku sedang baca sekarang ni?? Rasa nak tepuk dahi tatkala membaca biodata yang dia hantar bertali arus di handphone aku. Bayangkan dia beri every details tentang dia! Sehingga status kesihatan dan kelayakkan untuk berkahwin ketika ini di tahap yang cemerlang. Erk?! Seriously dia nak kahwin dengan ‘Emma’? Ya tuhan…aku patut sedar ‘kemungkinan’ seperti ini berlaku sebelum aku setuju ‘bercinta’ dengan dia! Padan muka aku. Huhu..

Membaca tentangnya, baru aku faham kenapa Zariff beriya sangat nak aku gantikan tempat Emma. He is a perfect match for someone like Emma…lelaki ini berumur 27 tahun, education background yang hebat yang mana dia lulus cemerlang dalam bachelor of bussiness and management. Walaupun Emma baru nak habis diploma tahun ni, tapi background family dia sangat bagus dan dihormati. Bak kata orang, Emma dan Fareez serasi berdua..jika nak dibandingkan dengan aku ni, keputusan SPM pun masih belum keluar dan hidup sebatang kara pulak tu…huhu aku rasa nak nangis! 

Satu lagi..disebabkan rasa ingin tahu dia tentang ‘Emma’p, aku mulai menjauhkan diri dari dia. Aku sedaya upaya cuba nak elakkan diri dari dia dengan menguncikan diri di dalam bilik ini. Tapi untuk elakkan diri dari dia, kau ingat berjaya ke Ain? Satu kapal kut…huhu! Dari semalam aku cuba mengingat mana-mana nombor telefon Emma yang aku boleh hubungi namun tidak berjaya. Kesal dengan diri sendiri kerana selama ni hanya tahu save nombor telefon..menghafal tidak sekali. Tahniah Ain! Boleh tepuk tangan. Huhu


Second day

“Tak sedap ke makanan tu? Kalau tak sedap, saya ambilkan makanan lain…” katanya sebaik melihat aku hanya makan sedikit dari hidangan itu. Bukan tak sedap, jauh sekali nak tukar tahu tak..? Ermm..dia ni..

“Sedap…okay je..tak perlulah tukar…” balas aku melemparkan senyuman paksa. Hermm..boleh tak aku cakap situasi aku seolah-olah dalam drama kena paksa kahwin? Huhu!

“It’s okay…you can openly ask for anything..i’ll absolutelly fulfill your request..” tuturnya tersenyum manis duduk dimeja yang bertentangan dengan aku. Aku dah gigit bibir.

“By the way…Emma dah baca bio tentang saya tu?” tanya dia ternanti-nanti jawapan dari aku. Ceria pula tu…huhu rasa nak lari jauh-jauh..! Namun memandangkan aku ada rasa tanggungjawab untuk menjaga air muka dia di hadapan  investors yang ada di sekeliling aku ni, aku tangguh niat aku.

“Er…ye ada...” jawab aku kecil dengan mengetap bibir. Walhal aku tak baca semua pun…pasal apa? Sebab itu bukan tugas aku. Sedar dirilah jugak kan. Aku bukan Emma. Sememangnya jawapan tidak meyakinkan dari aku buat dia terdiam sekejap. Terkebil mata itu sekejap seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Ermm..okay…it’s okay…lepas lunch ni boleh tak kita main satu game?” tanya dia alihkan isu. Aku tahu dia curiga akan sesuatu…

“Ermm game apa ye?” Sambil memotong steak kambing yang dihidang, aku bertanya setenang yang mungkin. Nasib baik dah praktis banyak kali sebelum ni…kalau tak, tentu dah ada adegan daging terpelanting macam dalam drama. Haha!

“The game is easy..it’s my one of my childhood games. The way it plays is, whether you choose scissor, rock or paper. The winner will ask a question and..saya nak jawapan yang jujur dengan soalan itu nanti.

“Ohh…samalah dekat sini…permainan ni kami kerap main juga masa kanak-kanak dulu..” balas aku cepat memberikan respond positif.

“Ohh..really? That’s good…” ceria wajah kacak itu. Lebar senyumannya ketika ini. Tapi…jap..jawab dengan jujur? Ya Allah…aku baru sedar permainan ni mungkin umpan nak aku bercakap lebih dengan dia! Dia bijak tahu tak? Tidak dapat info soal aku dengan bertanya secara formal, dia paksa aku buka mulut secara halus dengan cara lain…kena hati-hati lebih ni..huhu!

“So..setuju?” dia bertanya lanjut.

“Ohh..okay..” walau musykil, aku tetap bersetuju...rasanya tiada masalah kalau aku pandai berikan jawapan play-safe. Hihi

“Alright..” dia ceria dengan persetujuan aku.

Setelah tamat makan tengah hari, aku dibawa ke satu ruang berehat dan beriadah. Aku ditinggalkan sebentar sementara dia menemui seorang sahabat handainya ketika alam university dahulu. Fuh~ mengingatkan kembali data peribadi yang dia beri semalam, aku jauh panggang dari api dari dia okay! Eh!? Haha…apa hal pula nak kau kaitkan dia dengan diri kau. Kau dah lupa ke kau menyamar je Ain?? Huhu! Allah..makin lama aku di sini, aku makin lupa pada agenda aku! Jangan je aku secara tak sengaja mempamerkan identiti aku…huhu! Cepat-cepatlah datang hari esok~!

“Hello miss…are you alone?” seseorang menegur aku. Aku menoleh dari arah datangnya suara itu.

“Hi…” jawab aku sedikit terkejut lalu mengundurkan diri dua langkah ke belakang.

“Just by looking at you now, I can tell that you are alone. What’s your name?” soal pemuda yang ada dihadapan aku. Pandangan matanya yang memerhatikan aku dari kaki ke hujung rambut buat aku kurang selesa. Aku telan liur gementar dengan pandangan mata menyala dari orang itu. Mabuk ke dia ni?

Perasaan terlaku takut menyelubungi hati, aku melarikan diri dari pemuda itu tanpa menjawab soalannya. Fuh~ langkah aku terhenti disaat tubuh aku melanggar seseorang di hadapan aku.

“Emma..”

“Fa..Fareez…” hanya sempat menyebut nama itu, seterusnya dunia tiba-tiba menjadi gelap dan pandangan aku kian kabur. Sayup-sayup aku dengari nama Emma dipangil beberapa kali kemudian hilang.


***

“Ibu…jangan tinggalkan Ain. Ain takde sesiapa lagi di dunia ini selain ibu dan ayah…Ain takut ibu…Ain takut!” aku sembamkan wajah ke tubuh kaku itu mengharapkan keajaiban agar tubuh itu bergerak kembali. Aku gelengkan kepala banyak kali hendak melawan takdir yang tertulis.Ya Allah jangan buat ibu tinggalkan aku…ibu..ibu..

“Emma…Emma…”suara sayup di telinga membuatkan aku perlahan-lahan membuka mata. Ya Allah..padamkan ingatan aku tentang peristiwa pemergian ibu..! Aku tutup muka melepaskan rasa berat tanpa menghiraukan kehadiran Fareez disisi aku.

“Emma..”. 

“…saya di mana sekarang?” soal aku sambil membuka jemari yang tadi menutup wajah aku.

“You’re in my room..” balasnya menghampiri lalu merenung setiap pergerakkan anak mata aku. Diperhatikan sedemikian rupa, aku sembunyikan wajah dengan menundukkan muka ke bawah. Kenapa dia tengok aku lain macam ha..? Ada aku buat perangai pelik ke sebelum sedar tadi?

“You…”

“Erhhh…sa..saya ke bilik..” potong aku sudah menurunkan kaki ke lantai.

“Hold on..tunggu…” ungkapnyamembuatkan aku menghentikan perbuatan aku. Aku berpaling kepadanya. Tiada riaknya..hanya pandangan kosong diberikan. Sambil menghampiri aku dengan langkah mengelilingi katil, lalu dia hulurkan sesuatu dari salah satu kocek seluarnya.

“Saya dah panggil doktor tadi…awak sebenarnya kekurangan nutrisi…sebab tu awak pengsan…dalam ni ada multivitamin..” Kotak yang mengandungi vitamin itu bertukar tangan ke jari aku. Setelah diam sejenak, dia ke sofa L lalu melabuhkan punggung tanpa memandang aku. Perubahan riaknya buat aku kaku mengetap bibir. 

“Terima kasih..” tiada ungkapan selain ucapan terima kasih yang terpacul di bibir aku. Aku keluar dari bilik itu kemudian masuk ke bilik aku dan menguncinya. Aku sandarkan tubuh ke pintu dengan helaan nafas berat. Dari riak wajahnya itu aku boleh rasai dia mulai sedar aku bukan Emma! Ya Allah..apa aku perlu buat sekarang? Mengenangkan kembali perbadi lelaki itu, aku kuatkan hati. Aku tak boleh diam macam ni..aku kena jelaskan kepada dia sekarang juga!


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers