Sunday 5 December 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 5

 “What’s your name again? Afeera?” aku angguk cepat dihadapannya ketika dia menyoal semula nama sebenar aku. Kaku dan tidak bergerak-gerak di sofa dek diperhatikan serius. Huhu! Nampaknya aku dah tak boleh buat-buat cool dah dekat sini. Menggeleng kepala dia ketika ini. Hikss..aku tahu aku silap..huhu

“How old are you?” soalnya lagi memeluk tubuh. Garang pulak dah. Beberapa jam sebelum ni elok je berlemah lembut dengan aku. Tapi aku sedar jugak, sebab dia menyangka aku Emma tulah dia baik dengan aku. Padan muka aku. Huhu

“How old are you?” soalnya semula ketika aku lambat-lambat menjawab.

“18 years old..” jawab aku cepat.

“What??” jeritan kecilnya buat aku tersentak saat itu juga. Terbang semangat aku!

“My goodness! Saya ‘bercinta’ dengan budak underage??” aku buntang mata. Aik? Aku bukan kategori underage lahh. Di..Di China sana memanglah umur tu masih considered underage,  inikan Malaysia! Tapi aku tak cakap pun benda ni..nak kena lepuk ke? Huhu

“Tahu tak kamu boleh dikenakan tindakan ke atas pemalsuan identiti kamu ni?”

“Seriously tak tahu..” jawapan aku buat dia pandang aku dengan kerutan dahi.

“Ohh..pandai pula berkata-kata…saya ingatkan tak tahu tadi…” isk! Geramnya aku dia cakap macam tu. Aku nak balas balik kata-kata dia, tak berani pulak aku.

“Siapa upah kamu buat benda ni?” 

“Saya tak ambil upah..” balas aku telan liur berkata benar. Ketika ini dia pandang aku dengan pandangan pelik. Terkebil-kebil lelaki itu dengan jawapan aku. Tak tahu pula apa yang difikirkannya..

“So siapa yang suruh kamu menyamar sebagai Emma? Emma?” aku terdiam dengan soalan itu. Takkan nak iyakan Emma kut. Walhal aku yang bersetuju tanpa dipaksa oleh Emma dan Zariff..huhu. 

“Err…err..saya jawab esok boleh? Panjang sikit cerita tu…” balas aku berdalih dengan soalan itu. Dia automatik memegang kepala bingung dan geram dengan jawapan aku. Dia sandarkan tubuh malas ke sofa dengan menutup mata namun tidak lama, dia menegakkan tubuh kembali. Dia bingkas dengan cepat merapatkan diri kemudian mengunci tubuh aku ditengah kedua tangannya. Terkejut dengan tindakkannya yang tanpa diduga itu, aku kaku  terkebil-kebil batukan diri bersandar di sofa. Aku direnung oleh matanya yang sukar aku tafsir apa yang sedang dia fikirkan.

“Tell me, what should I do to you now?” soalnya masih menatap mata aku dalam-dalam. Aku telan liur…seperti ada sesuatu yang cuba diucapkan dari riak wajah itu.

“Err.. Okay..saya akui saya silap..so..saya minta maaf…” mengagahi bersuara walau bergetar hati takut.

“Ohh…it easy to say sorry huh?” bisiknya geram ditelinga kanan aku. Sempat aku menggerakkan kepala ke arahnya. Disebabkan pada masa yang sama dia turut serta menggerakkan wajah ke kanan ke arah aku, bibir aku dan dia hampir bertemu antara satu sama lain! Huhu

 Situasi itu membuatkannya senyum separuh. Jahat dia ni! Aku tahu dia tak sengaja tapi dia tak patut rasa gembira dengan apa yang berlaku! Tahu tak?!

 Aku cepat-cepat menjarakkan diri, dia juga sama. Fareez lepaskan kepungan tangannya dengan melangkah ke meja yang berdekatan dengan katilnya. Seterusnya dia melepaskan jam tangan dengan wajah yang masih tidak berpuas hati.

“Kamu sedar tak apa yang telah kamu buat..?” Soalnya di situ sekilas menjelingkan pandangan ke arah aku. Dalam pada aku masih marah, aku terkedu dengan pandangan itu..kerana aku dapat rasai wajah itu sedang kecewa…aku tahu ia disebabkan tindakan aku. Dia banyak buang masanya kepada aku ni ha. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

“Hmm…..” Dia mengeluh sambil menyandarkan punggung ke meja. Kosong pandangan yang dilemparkan pada aku ketika ini.

“Tak..kamu tak faham maksud saya…I mean, we’ve been two out of three days together..” luahnya. Baik sekarang ni..aku memang tak tahu apa yang dia cuba nak sampaikan. Yang aku tahu, dia marah sebab aku menyamar sebagai Emma..So jelaskan kepada aku! 

“Get out from my room..!” arahnya tegas tanpa melepaskan amarah. Hah?? Ni ke maksud dia tadi?? Dalam bingung aku lekas-lekas bangun menegakkan tubuh. Kecut hati namun tetap mengagahkan diri bercakap.

“Tapi boleh saya ambil handphone saya sekarang?” ketegasannya sebentar tadi terhenti sebaik aku menyuarakan hasrat aku untuk mengambil semula handphone aku yang telah disimpannya. Dia jeling aku sekejap lalu membuka salah satu drawer yang ada di depannya. Sejurus handphone aku berada di genggamannya, dia mendekati aku kembali dengan menghulurkan handphone itu ke tangan aku. Aku ambil dan mula mengundurkan diri.

“Tommorow…” suara itu mematikan langkah aku. Alamak..apa lagi yang dia nak? Aku gigit bibir membelakangi dia.

“Don’t forget to tell me everything.”

“Okay…!” jawab aku pendek, lega dan rasa selamat…fuh!

Lumrahnya, keesokkan hari pun tiba. Dipendekkan cerita, seperti yang dijangka setiap orang yang kenal aku, aku larikan diri dari dia. Sebaik berlabuh, akulah orang pertama yang keluar dari tempat itu. Menaiki grab ke hotel mengambil beberapa barang peribadi milik aku, selepas itu? Aku hilangkan diri tanpa memikirkan aku akan bertemu dengannya kembali suatu hari nanti…huhu

Ya Allah…aku sebenarnya menyesal dengan apa yang telah aku buat…

***


“Ain!” laung suara Ija menghentikan lamunan aku. Aku senyum pahit di hadapannya. 

“Kau ni Ain…kau ada masalah ke? Aku tengok dua tiga hari ni kau asyik termenung aje…ada apa-apa masalah kau yang aku tak tahu ke?” soal Ija risau. Rasa bersalah pulak aku…huhu

“Eh..takde apa-apa lah…just teringat beberapa perkara je..”jawab aku menafikan persoalan Ija. Seperti biasa, Ija lega dengan jawapan aku.

 “Eh kau dah dapat feed back dari company yang kau pergi interview tempoh hari?” Soal Ija mengalihkan topik. Maggie yang baru diletaknya di atas meja rakus disantapnya. Tahulah masa rest tadi kami sama-sama tak sempat menjamah sebarang makanan. Hehe 

“Belum lagi…kau dah?” soal aku kembali. Pantry itu bergema dengan perbualan antara aku dan Ija. Memandangkan masa kami bekerja sudah tamat, aku dan Ija berlama-lama duduk menghabiskan masa.

“Dah…aku takde rezeki di tempat tu…dia orang nak yang dah berpengalaman bekerja…fikir-fikir balik, kalau dia orang nak yang berpengalaman aje, kita yang baru graduate ni sampai bila ada pengalaman kalau tak diberi peluang bekerja? Hey..aku tak fahamlah…!” luah Ija tak puas hati. Betul apa yang dikata olehnya.

“Tapi itu dah policy company, apa kita boleh buat…” kata aku berkata-kata sendiri tidak ditujukan kepada sesiapa.

“Hemmm ada betulnya..tapi still rasa tak adil…” ujar Ija menyambung rasa kecewanya. Aku angguk kecil dengan kebenaran itu. Aku dan Ija sama-sama punyai alasan yang sama kenapa masuk bidang perhotelan sebaik menamatkan degree masing-masing. Bayangkan bekerja di hotel ni hanya perlukan kursus selama 4-6 bulan sahaja kemudian dah boleh bekerja. So untuk tidak membuang masa, PTPTN pula dah mula bertanya khabar…aku dan Ija bekerja di sini sementara belum diterima bekerja di mana-mana company yang sesuai dengan bidang masing-masing.

“Esok free time, jom shopping nak? Gaji pun dah masuk ni..haha!” ajak Ija gembira alihkan topik sambil dijarinya sedang masuk ke laman web salah satu bank. Tengah cek gajilah tu..hihi. Eh jap. Esok??

“Ala..sorry aku tak dapat.. aku kena attend  satu majlis…” balas aku separuh mengeluh. Bukan mengeluh salahkan keadaan. Sebenarnya aku keluhkan keadaan diri aku yang belum bersedia berhadapan dengan dia, Fareez tu haa!

“Ohh yeke…ala tak bestnya..yelah-yelah..next time ek..”

“Okay janji..next payday..” haha! Nampak betul hanya dari kata-kata aku tu berduit time gaji je…lepas tu, the next day tu faham-faham jelah..hihi! Ikat perut lagik! Hermmm

Selesai menjamah makanan, aku dan Ija balik ke hostel bersama-sama..hari pun sudah agak lewat…dah masuk jam 11 malam kut. Takut tu memang ada..cuma kami bernasib baik, hostel dan tempat berkerja hanya 15 minit berjalan kaki untuk sampai. InsyaAllah..iringan doa sebelum dan sesudah balik itu sentiasa ada..hanya meletakkan tawakal sesudah usaha sebagai penyedap hati di titian malam-malam yang mendatang.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers