Tuesday 28 December 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 6

 “Ya Allah! Ramai dan meriahnya..!

Terpegun melihat begitu ramai tetamu yang hadir dari pelbagai status, terasa kerdil di tengah-tengah mereka.  Seakan dejavu  tentang 5 tahun lepas ketika melihat beberapa kenalan Fareez juga turut hadir sama di majlis ini. Takpe, aku atas kehendak mama, mama ye? Yelah..makcik bahasakan diri mama..so tak salah aku panggil dia mama. Betul tak?

So takpe, atas kehendak mama, aku buat macam rumah sendiri aje. Hihi konon je tuh! Dari depan pintu hingga melepasi ruang tamu, aku tak nampak pun kelibat si Dina ni. Ergg….naik segan pula.

“Ain…” suara mama memanggil aku. Aku terus menoleh ke belakang. Ya Allah…mama dengan Fareez merapati aku.

“Oh..mama..” jawab aku seraya menghadiahkan mama senyuman paksa.

“Walaupun Ain dah tahu, mama tetap nak kenalkan..ini anak sulung mama Fareez Hendry…” eergh…Ain tahu mama. Demikian hati aku bermonolog.

“Ohh…ye mama…” Aku sekadar tunduk sebagai tanda hormat. Fareez di depan aku sekadar merenung aku tanpa riak. Huh menakutkan sebenarnya.

Aku dan mama bersalaman sekejap sementara Fareez di tepi hanya memerhati.

“Dina mana mama?” soal.aku selesai meleraikan pelukkan. Aku sudah pusingkan kepala ke kiri dan kanan mengesan kelibat Dina. Mama tertawa kecil dengan tingkah aku. Huhu jadi malu pula.

“Ohh Dina di biliknya…Ain naiklah ke atas…katanya tadi, Dina dah lama tunggu Ain…” ujar mama sangat fasih bahasa kebangsaan. Apa tak, dah 33 tahun menetap di Malaysia.

“Baik mama..” usai meminta diri, aku lekas-lekas naik ke atas tanpa toleh-toleh belakang lagi. 

Belum sempat aku mengetuk pintu bilik Dina, satu tangan menarik lengan aku terus masuk ke bilik yang bertentangan dengan bilik Dina. Terkejut dan hampir menjerit kerana ditarik secara tiba-tiba.

“Ya Allah..” Fareez?! 

“Ke..kenapa awak bawa saya ke sini?” sempat aku bertanya walau dalam keadaan takut. Dia sedang berada di hadapan aku dengan berpeluk tubuh.

“Our conversation last time has not finish yet..” Allahuakhbar….habislah aku! Kalau tempoh hari aku terselamat, kali ini apa lagi cara aku? Huhu

“Er..pasal apa ye?” aku berpura-pura bertanya. Seperti menjangkakan aku akan sengaja, dia senyum sinis.

“Kalau dulu kamu boleh tipu saya, sesudah 5 tahun kamu ingat saya masih orang yang sama dan boleh ditipu?” aku terdiam dengan kebenaran kata-kata itu. Dalam pada terdiam dengan kata-kata itu, baru aku perasan Bahasa Melayu dia sudah sedikit fasih dari 5 tahun lepas. Er…bukan masanya menilai dia Ain oi.

“Kenapa diam?” aku geleng kepala.

“Saya nak tahu..siapa upah kamu menyamar sebagai Emma lima tahun lepas?” soalnya serius…

“Apa sebab kamu menyamar?” soal dia lagi.

“Kamu di upah Emma?”

“Tak..!” aku jawab laju.

“Kalau tiada kaitan dengan Emma? Apa alasan kamu?” aku pejam mata mencari kekuatan untuk berbicara. Aku terpaksa berterus terang…

“Sebab saya nak tolong Emma dan Zariff…” luah aku berani.

“Ohhh…” dia mengangguk-angguk faham sambil memegang dagunya. Aku hanya mampu ketap bibir ketika ini.

“Do you love him?” soalnya serius dan saat itu juga aku terkejut besar. Macam mana dia tahu?

“Macam mana awak tahu?” takut namun masih mampu bertanya.

“A cheap woman like you will do anything for someone you love.” Ya Allah..rasa nak gugur jantung aku digelar perempuan murahan.

“A heartless woman like you ruined somebody’s life just to please herself. Are you that happy to ruin my life?”

“Saya minta maaf..saya tidak sengaja untuk menjatuhkan hidup awak..sepatutnya saya beritahu awak awal-awal tapi pada saat itu saya mulai sedar..saya sudah terlambat..” kelopak mata aku mulai menjatuhkan butir-butir penyesalan. 

“That tears of you…it can never change what had happened. Just stop it!” Ujarnya menahan marah.

“Saya minta maaf…saya akan bayar ganti rugi. Beritahu saya berapa yang perlu saya bayar..” aku bersungguh-sungguh dihadapannya malah melutut meminta kemaafan darinya. Dia merendahkan tubuh, turun sama tinggi dengan aku yang berada di hadapannya.

“Remember, I lost 10 million yuan that night because of you. Are you sure you can pay me?” ya Allah…10 juta yuan?! Aku tak mampu! Seriously aku tak mampu! Aku diam hilang akal untuk mengakui mahupun menafikan janji aku untuk membayar jutaan wang itu. Aku hanya mampu tunduk.

“Kenapa diam?” aku kekal batukan diri kerana berasa kalah dengan situasi.

“I make it easy…sleep with me tonight, then you pay no more..” Astghafirullah…! Aku tersentak automatik mengangkat muka. Ketika ini dia melangkah selangkah demi selangkah di woredrobe kaca lalu melepaskan jam tangannya.

“Saya tak boleh…!” Dengan nada masih terkejut, aku bangun lalu menolak permintaan gila itu. Dia toleh aku tanpa ada riak, dan justeru berkata,

“Tepat jam 10 malam ini..datang ke hotel saya…” bukan bertanya mengapa aku menolak, malah menjemput aku ke hotelnya menginap. Ya Allah..kegilaan apakah ini?


Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers