Wednesday 29 December 2021

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 7

 Selepas lima tahun berlalu, dia dari seorang yang sangat berlemah lembut dan sangat menghormati aku namun hari ini…ketika ini, tiada siapa menyangka pemuda di sisi mama, ibu angkat aku, papa ayah angkat aku dan Dina, kawan baik aku…berubah sejahat-jahat manusia…! Dia ajak aku tidur dengannya sebagai ganti rugi kepada 10 juta yuan yang dia hilang ketika aku tinggalkannya ketika itu. Dalam pada masih terkejut dengan permintaannya, aku akui dan sedar…aku penyumbang terbesar kepada dosa yang berlanjutan ini. Aku teringat kembali kata-katanya tadi.


“I’m serious, I want to sleep with you.” Jawabnya serius setelah aku bertanyakan kembali soal itu. Aku takut aku tersalah dengar tapi kali kedua perkara itu dibangkitkan, aku jadi takut. Simple as that dia cakap pasal tu. Bagi dia normal ke benda tu? Ya Allah…


“Saya tidak dapat buat. Dan tolong jangan sebut pasal tu lagi..” aku genggam dada aku. Dimanakah letaknya maruah aku ketika dia meminta kepada bukan haknya? Ya Allah..Astghafirullah..! Aku mengucap banyak kali.


Melihat aku serius dan lupa soal kesilapan awal aku, dia mendekati aku semula dengan wajah masih serius.


“So how do you pay my 10 milion Yuan?”


“Saya akan usahakan..” jawab aku walau aku tahu wang sebanyak itu mustahil aku dapat langsaikan.


“Beri saya masa..saya akan usahakan…” kata aku lagi buat-buat kuat. Dia yang didepan aku tersenyum sinis.


“You chose the hardest way Afeera…just stay with me 1 night and you are free..” ya Allah…


“Kamu tahu tak itu salah?!” Aku tiba-tiba jadi marah yang amat sangat.


“Then your lies back then is it good?! Tak salah?” balas dia cepat. Aku tergamam…aku lupa sekejap kepada kesilapan-kesilapan aku. Aku jadi lemah semula..dan mulai tone down.


“Yee..saya akui, saya silap..tapi untuk itu…” aku terhenti dari berkata-kata.


“I’m okay with it..” aku buntang mata dengan pengakuannya. Ya Allah..apa semua ni….? Dia tahu tak itu dosa besar?


“Is it normal to you?” soal aku gagahkan diri bertanya.


“Why not?.” ya Allah..dia…? Aku kelu lidah seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengari.


**

“Weih! Kenapa diam je ni? Aku nampak kau dari tadi diam tak macam selalu. Dari beberapa hari lepas kau macam sakit je aku tengok..kau okay ke tak ni Ain?” lamunan panjang aku terhenti di saat Dina yang duduk sama bersila ketika majlis berlangsung menegur aku. Aku hembuskan nafas berat.


Bagaimana aku nak ganti wang sebanyak tu….? Loan bank? Masih tak cukup…Aku runsing memikirkan hal itu.


“Erg….aku kurang sihat Dina…aku balik awal boleh?” jawab aku beralasan kepada Dina.


“Laaah! Kenapa tak bagitau aku kau tak sihat? Kalau tak, aku tak paksa kau datang…” hemmm yeke tu Dina? Huhu


“Kau rehat dalam bilik aku kejap, lepas kenduri aku hantar kau…” bisiknya.


“Ish..takpe, aku naik grab je..”


“Tak boleh…mama marah aku pulak..! Tunggu ek…” aku tundukkan wajah akur dengan kehendak Dina. Jadi dilema Dina disebabkan aku. Aku melangkah malas ke bilik Dina dengan rasa yang tidak sihat…sebenarnya aku bukan tak sihat dari segi fizikal..tapi mental aku ni..tersiksa amat sangat…! Huhu


***

”Ain…tak nak stay sini? Dah lewat malam ni…” ujar mama selepas kenduri itu melabuhkan tirainya. Susulan keengganan aku untuk tinggal di rumah itu buat satu malam, mama bimbang akan keselamatan aku. Ya Allah..mama, dirumah ni lagi menakutkan berbanding di luar sana…sedangkan perkataan ‘malam’ itu pun buat aku trauma…!


“Minta maaf mama…Ain betul-betul  tak dapat stay sini hari ni…next time ya mama…” balas aku sambil memeluk mama. Jauh disudut hati, aku nak sangat stay kerana mama tapi dalam masa yang sama aku nak lari jauh-jauh…huhu


“Haa..yelah…lain kali ye…” akur mama.


“Baik-baik memandu ya Dina…” pesan mama kepada Dina yang sudah di tempat duduk pemandu. Aku nampak dia keletihan sebenarnya…


Belum sempat Dina menggerakkan kereta, mama menahan kami. Aku turunkan cermin kereta.


“Kenapa mama?” 


“Ni..mama suruh Fareez temankan kamu berdua..biar Fareez yang memandu..” dengar je nama tu dipetik, aku layu terkulai. Sebaliknya Dina disebelah aku menjerit kesukaan.


“Wah lagi baik macam tu! Dina pun mengantuk sangat-sangat sebenarnya….!” Ujar Dina sambil menguap. Aku? Kenapa tak tanya aku? Huhu…tapi aku tidak layak ditanya pun..


Dina cepat-cepat menukar tempat duduk dibelakang pemandu. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Sepatutnya aku yang tukar tempat duduk Dina….! Huhu. Situasi ini buat aku sembamkan wajah ke dashboard kereta. Dari jauh aku boleh nampak sosok tubuh Fareez yang sudah menukarkan pakaiannya dari baju melayu tradisional ke pakaian kasual. Selepas bercakap dengan mama sekejap, dia masuk ke tempat duduk pemandu dengan protokol…betulkan cermin sisi, cermin pandang belakang, dan memakai seat belt. Selepas membetulkan kedudukan, dia menggerakkan kereta. Baik, aku tidur sekarang! Beberapa minit matikan diri..


“Ain..how are you?” dia tengah bercakap dengan aku ke? Aku batukan diri.


“Ain…” dia panggil nama aku semula. Ya Allah, dia tak sedar ke Dina ada di belakang?? Lagipun tak kan dia tak nampak aku ni masih hidup ha??


“Afeera!”


“Ya Allah…ya sayaa..” Aku secepat kilat tegakkan badan seraya menjenguk Dina di belakang. Fuhh! Nasib baik Dina dah dibuai mimpi.


“Ya kenapa panggil saya?” tanya aku menjeling tajam kepadanya. Terbit senyum di bibirnya buat seketika kerana kemarahan aku.


“How are you?” soalnya bersahaja.


“I’m not okay…and I want to sleep..” balas aku mendatar sengaja tidak mahu memanjangkan cerita.


“Seems that my mother didn’t know you were the person five years ago.” Dengar je ayat tu aku automatik bangun menegakkan tubuh semula. Aku toleh dia, kemudian Dina di belakang kami.


“Boleh tak kita tangguhkan dulu bercakap soal 5 tahun lepas sementara Dina masih belakang?” bisik aku menahan geram. Dia pandang aku sekilas kemudian fokus kembali memandu.


“How can I forget it…the day you walked away without any explanation? …?” ujarnya sudah serius. Aku ketap bibir mengingatkan kembali peristiwa itu.


“Di hari yang sama investors tarik diri kerana mengetahui kamu bukan isteri saya mahupun girlfriend saya…” luahnya dengan pandangan kosong di hadapan. Ya Allah..kesal itu datang semula…


“Tolong jangan beritahu mama dan Dina tentang saya soal lima tahun lepas…” ujar aku kecil membuang pandangan keluar kereta. Kata-kata aku hanya didiamkannya


Rumah dimana?” soalnya setelah lama memandu.


“Takpe..tolong berhenti didepan bus stop depan tu je..saya turun sana…” jawab aku berseloroh sambil menunjukkan tempat itu dengan jari telunjuk.


“Tinggal sana ke?” perlinya senyum separuh. Aku mampu jeling je. Malas layan sebenarnya..


“Bahaya tempat ni..tak nak saya hantarkan sampai ke rumah?”


“Takpe…” kamu ni lagi bahaya sebenarnya.. Ermm aku tak nak dia tahu lokasi tempat tinggal aku…huhu


Sebaik dia memberhentikan kereta, aku turun. Dia turun sama. Tertanya-tanya namun aku mendiamkan diri.


“Kosong tempat ni…betul kamu tinggal sini?” soalnya kehairanan sambil dirinya memerhati keadaan sekeliling.


“Saya tinggal sekitar sini…hanya perlu berjalan kaki beberapa meter untuk sampai ke rumah..” jawab aku yang sudah lebih laju di depannya.


“Awak balik lah dulu..” ujar aku seraya memusingkan tubuh ke belakang.


“I give you 2 months to think about it….” Katanya tiba-tiba mengulangi kembali topik yang ingin aku benamkan dalam kamus hidup aku. Jangankan 2 bulan, 2 tahun pun aku tak nak fikir soal tu.


“Saya bukanlah orang yang baik…jauh sekali sempurna…tapi saya nak jadi orang yang baik-baik…” luah aku mengenggam hati..aku nak dia faham bahawa aku tolak untuk mencipta dosa...dan dalam masa yang sama..aku nak dia hormati aku...huhu


“Kita saling kenal dengan satu permulaan yang baik…tapi mungkin kesilapan saya yang satu itu telah mengubah diri kamu..pandangan kamu terhadap saya…tapi ketahuilah, keputusan saya tidak akan berubah…” luah aku berterus terang. Dia senyap mungkin menghadam kata-kata aku.


“Then when will you pay it?” Fuh…aku sedikit lega dengan pertanyaan itu. Nampak dia berkompromi..


“Saya akan usahakan..” 


Yakin benar bunyinya tu Ain…sebaliknya bagaimana posisi kau yang sebenar? Huhu sauk wang dimana pula lepas ni?

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers