Sunday 2 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 8

 Dua tiga hari ni hidup aku lebih tenang. Aku tidak perlu risau memikirkan soal Fareez Henry kerana semuanya seakan dipermudahkan selepas aku meluahkan kepadanya tentang apa aku rasa. Jika difikirkan semula, Fareez tu berlainan sangat watak dia berbanding Dina, mama dan papa…agaknya sebab dia membesar dengan nenek dia kut…sebab tu dia jahil…tapi tak kan dia tak tahu hukum one night stand tu haram..? Mahunya aku terkejut beruk dia nak bawa aku…errh….nak sebut pun aku takut.


“Ain! Jauhnya fikiran kau…dah ssmpai ke mana fikiran tu? London? Haha!” Aku disergah Ija dari belakang ketika aku duduk di kaunter. 


“Ya Allah…nak terbang semangat aku oleh kau ni…dah siap ke tidak kerja kau di room 067 tu?” rata mata aku pura-pura marah bertanyakan soal room itu kepada Ija. Bukan termakan marah aku, malah bertambah ceria pula didepan aku. Hihi


“Bereh! Bereh!” aku tertawa melihat telatah Ija yang menjawab soalan aku dengan hanya simbol jari okay. Kerusi kosong disebelah kiri aku dicapainya lalu melabuhkan punggung.


“Ain..kau nak tahu gossip tak?” Ija memecah hening kami setelah beberapa minit masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.


“Gosip apa tu Ija…? Artis lagi ke?” soal aku tersenyum kerana sedang menggambarkan bakal-bakal gosip yang berkemungkinan diceritakannya. Aku masih dengan pen dan fail kerja di tangan manakala mata aku fokus kepada skrin komputer. Telinga aku ni je yang lari ke tempat Ija.


“Tak-tak..kali ini bukan gosip artis..” 


“Gosip apa pula kali ini kau nak cerita?” soal aku lagi menggelengkan kepala. Ada je gosip si Ija ni..hihi


“Kau kenal tak seorang model perempuan yang masih muda ni? Dia book hotel kita semalam time syif aku..” aku kerut dahi.


“Biasa je hotel ni kena book dari kalangan model…bahkan artis dan menteri pun pernah menginap dekat sini kan? Takde yang pelik pun….kau ni Ija..”


“Aishhhh aku belum habis cakap, kau dah potong aku…macam mana aku nak teruskan cerita aku…?” Katanya seraya mencubit lengan aku. Kami sama-sama tertawa dengan situasi kami.


“Semalam dia book hotel atas nama seorang lelaki ni…..! Kan dia dah bertunang..aku kenal tunang dia tu tapi nama yang dia sebut bukan tunang dia…!”


“Ohhh…kawan-kawan dia kut….eh kita jauhkanlah diri dengan gosip-gosip ni Ija…takut nanti kita pula yang dapat saham..haa..” aku lirikkan mata kepadanya sekejap.


“Tapi-tapi…kalau kawan tak kut..sebab ikut firasat aku..macam pelik je..” tidak mengendahkan nasihat aku, Ija berfikir-fikir sendiri tentang kewujudan pemuda yang disebutnya. Dengan pantas tangannya membuka senarai daftar penama yang didaftar masuk semalam di dalam sistem.


“Tengok sini….” ujarnya menarik kerusi aku yang beroda ke arahnya. Nak tertinggal badan aku di tempat asal kerana tarikan yang tiba-tiba. Huhu..Ija..Ija..


“Fareez Henry…nama lelaki tu. Check in, tepat jam 14:00 petang tadi.. ” Ujarnya sesudah melepaskan aku betul-betul disebelahnya. Fareez? Erhh?!!


Sebaik nama itu disebut, aku yang dari tadi antara fokus dan tidak kepada topik Ija, kali ini aku pula yang gigih menatap skrin komputer menggantikan dia. Huhu..


“Ermm…kau tak tanya sebab apa Alisa ni book hotel semalam?” aku ketap bibir bertanya. Ya Allah…apa lagi yang Fareez ni nak buat? Aku tak sedap hati…huhu


“Laaah manalah aku tau…tugas kita tak sampai nak tanya pasal apa dia orang nak stay sini…” balas Ija pelik dengan soalan aku. Lebih-lebih lagi sebelum ni aku yang selalu ingatkan dia soal rules yang boleh boleh ditanya kepada pelanggan.


“Ohh…hehe…” malu sendiri dengan soalan aku kepada Ija.


“Skandal Alisa ke lelaki ni?” dia  tertanya -tanya kepada diri sendiri. Sebaliknya minda aku pula fokus kepada benda lain. Fuh~ Aku takut dia buat benda yang tak baik..Patut tak aku halang dia? Tak perlu, tak perlu! Itu bukan urusan aku kut…tapi, aku dikira bersubahat ke kalau aku biarkan? Ya Allah…


“Ain!”


“Ha..h?” aku tersentak dengan laungan nama aku oleh Ija. Jadi bingung sekejap..huhu


“Kau kenapa…? Tiba-tiba je diam..kau kenal ke lelaki tu?” soal Ija ketika aku masih menatap nama itu. Hanya gelengan lemah aku kepada Ija. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti samaada aku menggeleng kepala disebabkan soalan Ija…ataupun sebab hati aku yang cuba menidakkan kebenaran nyata depan mata aku. Huhu…


Aku berdiri tegak.


“Erhh…mana lagi room yang nak kena settle tu Ija? Aku..aku rajin hari ini…kau jaga kaunter kejap eh…hehehe..kejap sangat je.” huhu…sorry Ija. Aku kejap je terjah si Fareez ni…fuh.


Terpinga Ija dengan rasa rajin aku. Huhu


Tidak tangguh, aku berlari anak menaiki tangga ke bilik hotel  berdaftar atas nama dia. Kalau naik lift, kena tunggu lift lagi. Nombor apa tadi eh? 0102 kan..? Alhamdulillah level 5, 0102 dah di depan aku.


Sampai di depan pintu hotel, masih tercungap-cungap.aku mula mengetuk pintu. Fuhh~ dia ni patut berterima kasih dekat aku sebab menyelamatkan dia dari terus hanyut.


“Tuk-tuk-tuk…!” mana dia ni? Huhu!


“Faree……” pintu dibuka secara tiba-tiba menyebabkan ayat aku terhenti. Riaknya tampak terkejut dengan kehadiran aku.


“Er..boleh saya masuk?” penat sampai mengenggam dada, aku meminta izin untuk masuk. Aku membolos masuk sebelum dia setuju. Terkebil-kebil lelaki ni sekejap. Huhu


Sebaik melangkah masuk, aku bergerak ke sana dan kemari mengesan kehadiran Alisa. Fuh~ dia sembunyikan Alisa ke?

Pergerakkan aku terhenti ketika aku sedari dia hanya diam perhatikan gerak geri aku dengan pelukkan tubuh serius. Dia mendekati aku dengan renungan mata tajam.


“Errh…saya tahu awak kurang arif tentang hukum hakam islam..ermmm..so sebab kamu adalah abang kawan baik saya…apa yang saya nak cakap adalah…” terhenti-henti mengatur kata-kata.


“Make it short..” ujarnya tenang.


“One night stand tu haram..!” usai melepaskan ayat itu, dia aku lihat tunduk menghembuskan nafas lelah lalu berkata,


“Huh... What do you think I'm doing here? Do that ‘thing’?”


“Er….habis tu kenapa check in bersama Alisa?” terkebil-kebil aku bertanya. Dia menghampiri aku perlahan-lahan dengan senyuman sinis. Dia berhenti tepat didepan aku. Erhh?


“Saya datang sini untuk deal bisnes dengan tunang Alisa..ada apa-apa masalah?” dia bisikkan ke telinga membuatkan aku menjauhkan kepala. Melihat aku cuba untuk berganjak, dia tahan aku di tengah-tengah dengan kedua belah tangannya. Alamak…kenapa pula ni?


“Don’t you think you are involved so much in my life? Don’t you think so?”


“Baru dua kali…” jawab aku yakin.


“Dina and my parents?” dia kerut dahi bertanya.


“Itu…itu lainn…saya tak tahu pun Dina tu adalah adik awak…” jawab aku mengalihkan mata agar tidak bertentang mata dengannya.


“Or…are you interested in me?”


“Erhh?? Tak…!” aku cepat menjawab dengan gelengan kepala. Bukan akur dengan jawapan aku, malah dia masih mencari jawapan dari riak aku. Huh~ dia ni..muka aku tiada jawapan..!


“Would you like to be my…” belum sempat menghabiskan kata-kata, loceng pintu bilik berbunyi. Aku dan dia sama-sama memandang ke arah pintu. Dia lepaskan aku lalu membuka pintu. Alisa dan tunangnya suda tercegat di muka pintu. Terkebil-kebil aku dengan situasi janggal itu. Bahkan Alisa dan tunangnya sama terkebil-kebil dengan kehadiran aku di bilik itu.


“Erhh..saya minta diri dulu…” ujar aku membolos pintu tanpa pandang Fareez dan mereka berdua.


“Fuhh..ya Allah….apa aku dah buat ni?” membebel seorang diri jadinya. Fuh~ lain kali jaga tepi kain orang lagi ye Ain..tahniah banyak-banyak!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers