Tuesday 4 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 9

 Usai membersihkan diri, aku didatangi satu whatsapp mesej dari makcik Ramlah mengenai harta peninggalan ibu dan ayah. Aku dikehendaki balik ke kampung untuk menandatangani satu kertas untuk menyelesaikan pemindahan hak milik itu yang selama ini dipegang oleh makcik Ramlah. Alhamdulillah…


“Dina…aku tak dapat sertai reunion tu nanti..sebab aku nak balik kampung..” balas aku kepada mesej Dina yang baru sahaja sampai sebentar tadi.


“Alahhh…takkan aku kena pergi seorang diri?? Sebab apa tiba-tiba balik kampung pula? Sebab makcik Ramlah lagi??” merajuk pula Dina di personal mesej aku. Hihi..tak sah kalau tak merajuk dekat aku.


“A’ah..sebab ada benda nak settle dekat sana…” kata aku beralasan. Disebalik adanya alasan kukuh untuk tidak dapat menghadirkan diri ke reunion tu..aku sebenarnya memang nak elakkan diri dari majlis itu…aku nak elakkan diri dari bersua muka dengan Emma. Hadirnya Emma, sudah tentu Zariff ada sama..


“Ermm..yelah-yelah..tapi sebelum kau balik, singgah ke rumah macam biasa tau…bawa Honda aku tu ke kampung..mama pun nak jumpa kau..” aku ketap bibir. Ya Allah…macam mana aku tak rasa serba salah dengan keluarga Dina..? Kebaikkan mereka melebihi keluarga aku makcik Ramlah sendiri..huhu

Soal lima tahun lepas…bagaimana aku nak berterus terang dengan mereka? Dan…RM6J tu..ya Allah…double trouble. Huhu..

Aku kuis-kuis kaki ke lantai menghilangkan perasaan gundah aku. 


***


Ketika majlis kenduri berlangsung, masih ingat ketika ini..


“Henry…”


“Yes…?”


“I think I saw someone familiar here..don’t you think so?” salah seorang teman Fareez membuka mulut nya mengenai kehadiran aku ketika aku baru sahaja keluar dari bilik air. Aku hentikan langkah serta merta. Kalau tak, mereka berdua akan sedar dengan keberadaan aku disitu kerana jarak laluan ke bilik dan beranda tempat mereka berbual bukan jauh.


“Yes she is…” aku nampak Fareez sudah menyandarkan tubuhnya ke beranda membelakangi pemandangan langit. Genggaman cawan di tangan tetap setia dengan sebelah tangannya dibiar labuhkan di atas beranda. Manakala temannya membuang pandangannya jauh ke luar rumah yang disinar cahaya lampu.


“Have you talked to her? What is she saying?” tanya temannya itu sekilas melirikkan mata kepada Fareez. Melihat pergerakkan tubuh antara mereka berdua, aku sepantasnya menyembunyikan diri. Kini hanya suara mereka aku dengari..


“Yes I did…and she admitted it..” erhh?? Aku terkebil-kebil. Ini soal apa ye?


“So it’s true..ermm what your action after this?”


“I asked her to sleep with me.” Erghhh!! Tidak teragak-agak ayat berbisa itu dilepaskan lalu langsung menembak ke gegendang telinga aku. Huhu..nak je aku serang si Fareez ni sekarang. Tapi memandangkan aku berfikir, kalau aku serang dia sekarang ni..kantoilah aku orangnya 5 tahun lepas tu kepada mama dan papa. Huhu


“Goodness!! That’s absurd..did she agree?” Memang patutpun kawan tu terperanjat besar. Huhu


“Of course not and I don’t think she is someone who uses her body to pay her debt…she is not an easy woman afterall..” aku tersenyum sendiri dengan kata-kata ini. Akhirnya dia mengaku aku bukan jenis macam tu…


“Then what’s your next plan? And one more thing…did your parents know  she was the person five years ago?” soalan ini buat aku pasang telinga sungguh-sungguh. Huhu


“……” senyap buat seketika sebelum Fareez sempat bersuara.

“Hey Henry! What’s up bro..!” satu suara menerpa antara mereka berdua menyebabkan perbualan antara Fareez dan temannya tadi terhenti.


“I’m good..” suara Fareez menjawab lalu mereka bertiga tertawa antara satu sama lain. Seterusnya suara Fareez mempelawa dua temannya turun ke bawah kemudian bayang mereka hilang selepas itu. Erhh..dah turun ke fareez bertiga tu? Aku keluarkan kepala mengintai disebalik dinding. Fuh…dia orang dah turun. Aku genggam dada lega. Fuh~ bagaimana aku nak teruskan berkawan dengan Dina dengan perasaan macam ni..? Atau patutkah aku larikan diri dari Dina dan keluarga Dina…bagaimana pula dengan hutang aku? Buat tak tahu….? Ermm rasa bersalahnya aku….


***


Seperti yang dirancang, aku telah memohon cuti selama 5 hari untuk balik ke kampung. Sebelum berangkat, aku ke rumah Dina seperti yang dipinta.


“Assalamualaikum mama…mama sihat?”aku memberi salam sebaik menapakkan kaki di muka pintu. Dengan ramah, mama menarik aku ke pelukkannya dengan erat.


“Alhamdulillah…mama sihat…Ain sihat?” soal mama seraya melepaskan pelukkan. Sambil bertanya, mama pelawa aku ke sofa.


“Ain sihat mama…” jawab aku segan-segan. Sambil  ke sofa, mata aku melilau mengesan kehadiran Fareez. Huhu..dia takde! Dia kerja kut…nasib baik..


“Ni balik kampung ni nak selesaikan soal harta peninggalan ibu dan abah tu ke?” mama bertanya straight to the point mengenai tujuan aku balik ke kampung. Mama memang sedia maklum tentang masalah aku itu dari dulu.


“Ye mama..mudah-mudahan kali ini selesailah hendaknya…” balas aku dengan penuh harapan. Aku tak nak lagi perkara ini berlanjutan..dulu sebaik aku layak pegang harta peninggalan itu, ada sahaja alasan makcik Ramlah untuk tidak menyerahkan hak itu kepada aku.


“Ermmm….tapi mama risaulah..mama tak sedap hati…” kata mama disebelah aku sambil memegang jemari aku dengan erat. Riak mata itu nampak sangat risau dengan kerutan dahi.


“Ish….Ain okay je mama..jangan risau…rasanya tidak ada helah apa lagi yang makcik Ramlah boleh lakukan selain hanya perlu menyerahkan sepenuhnya hak itu kepada Ain…undang-undang memihak kepada Ain mama…mama jangan risau ye..” ujar aku cuba menghilangkan kerisauan yang melanda diri mama.


“Ermm…” tanpa membalas pujukkan aku, mama berdiri seraya ke dapur. Aku buntuti jejak mama. Mama mencapai beberapa biji oren lalu memotong dan memerahnya ke dalam jag dengan alat bantuan khas. Sambil memerah, mama dan aku sambung bersembang.


“Apa kata, mama suruh Fareez temankan…? Lagi pun Fareez tu masih bercuti selama 4 bulan sekarang ni..” erhhh?? Nama tu disebut aku buntang mata dalam diam. 


“Erhh mama…Ain okay je..takper… lagipun suasana kampung…abang Fareez mungkin tak serasi dengan kampung…” jelas aku bersungguh-sungguh menolak.


“Itu mama lagi suka….sampai bila hidup Fareez dikepung  dengan gaya hidup ala Hongkong dia…? Di Malaysia, dia kena hidup cara orang Malaysia..kan?” disini aku sudah terkebil-kebil.


“What’s wrong mama?” satu suara menerpa di antara kami. Aku dan mama sama-sama mengalihkan pandangan ke suara itu. Fareez!?


“I’m talking about you with Ain..” jelas mama sudah menyiapkan jus di dalam jag. Fareez masuk bersahaja di ke dapur seraya melabuhkan punggung tanpa toleh aku. Erh? Pelik dia ni..tapi aku tak kisah. Itu yang terbaik kut..


“What is it all about?” soal Fareez tenang. Aku lirikkan mata sekejap..rambut dia basah..dia baru mandi kut..


“Mama nak Fareez temankan Ain balik kampung…so that you can learn how Malaysian village people live like..” Kala ini aku dan Fareez bertentang mata buat seketika..


“I’m okay with it..” jawab Fareez cepat. Tangannya kini sudah menuangkan jus air kedalam gelasnya.


“Mama…” aku cuba membantah namun mendiamkan diri selepas itu.


“Dina tak dapat pergi..sebab nak sertai reunion tu katanya…” seperti dapat meneka apa yang nak aku katakan..mama menjelaskan Dina tak dapat temankan aku. Huhu….


“Jangan risau..sementara Ain uruskan hal tu, Fareez boleh stay dekat hotel ke..yang area dekat-dekat situ…so that, if anything happen, Fareez boleh datang dengan segera…” Fareez mengangguk. Manakala aku terpaksa akur dengan kehendak mama. Mama labuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan Fareez lalu mencapai gelas yang ada di atas meja. Tangannya kini menunagkan jus oren ke dalam gelas tadi. Aku pula masih berdiri kaku di situ..berfikir-fikir sebenarnya…


“Ain okay tak dengan pendapat mama ni…?” soal mama lembut. Sedikit demi sedikit jus minuman itu diminumnya.


“Okay mama…” ya Allah..macam mana lagi aku nak elakkan diri dari Fareez..? Fareez ni pun satu hal..tak ada sepatah dari dia langsung..terus setuju pulak tu…huhu

Sebaik mengemas beberapa helai pakaian untuk di bawa bersama, aku dan Fareez meninggalkan rumah kediaman itu tepat jam 11 pagi. Perjalanan 4 hingga ke 5 jam tu lama…ya Allah..rasa nak lari jauh-jauh..tak pun aku tinggalkan dia di tepi jalan..huhu!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers