Wednesday 5 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 10

 Okay…2 jam perjalanan sudah berlalu. Sepi dan senyap..masing-masing mulut seperti dikunci rapat. Dia fokus memandu sementara aku? 


Jari aku bermain sesama sendiri mencari kata pemula untuk dibicarakan. Aku je ke yang boring dalam kereta ni? Aku dah try buat-buat tidur tadi tapi sampai pening kepala aku cuba nak tidur, tak berjaya juga mata ni nak lelap. Hemm..aku turunkan kerusi sedikit ke belakang kemudian baring mengiring ke kiri. Aku cuba untuk melelapkan mata semula. Belum lama melelapkan mata, telefon aku berbunyi menandakan adanya mesej whatsapp yang masuk. Aku korek malas dari poket baju muslimah yang aku pakai.


“Assalamualaikum…” salam pemula kata dari mesej yang tiada penama. Siapa eh? 


“Waalaikumussalam…” balas aku masih berfikir kemungkinan siapa yang memberi salam.


“Ain..abang ni..” mengelar dirinya sebagai ‘abang’, aku automatik pejam mata seraya memeluk telefon itu ke dada. Zariff…ya Allah..tolong hentikan hati ini dari berdebar kuat…


“Oh…abang..” dalam teruja yang dilarang, aku balas pendek. Ketika ini aku lupa kepada Fareez yang sedang memandu disebelah aku kerana terlalu melayan hati sendiri.


“Ain pergi reunion tu nanti?” soalnya laju.


“Ain tak jadi datang…Ain ada sedikit hal..Ain balik kampung…” balas aku gugup terluah sampai ke mesej whatsapp.


“Ohh..Ain di mana sekarang ni? Boleh abang call kejap? Abang ada hal nak cakap…” balasnya lagi. No! Jangan call aku..! Belum sempat aku balas, Zariff terlebih dahulu menghubungi aku menyebabkan aku bangun duduk tegak. Fareez di sebelah aku mula melirikkan mata pelik dengan tingkah aku yang tiba-tiba berubah. Gulp. Aku telan liur. Aku lambat-lambat menjawab panggilan Zariff.


“Assalamualaikum..abang..” jawab aku kecilkan suara. Senyap-senyap palingkan wajah kepada Fareez. Dia serius dalam pemanduan.


“Ain dimana sekarang ni?”


“Er…Ain dalam perjalanan balik ke kampung…” menjawab pertanyaan Zariff, aku dapat rasakan kereta seakan bergerak laju dari biasa. Aku kalih dia sepintas lalu. Dah kenapa pula ni?


“Ohh…sebenarnya ada benda abang nak cakap…” sebelum Zariff menghabiskan ayat, kereta dibrek secara tiba-tiba menyebabkan handphone di tangan aku melambung jauh ke dashboard depan. 


“Astghafirullah…awak ni…!” aku jeling dia geram.


“Sorry…! Lampu isyarat ..” ucapnya galak tertawa. Bukannya simpati dekat aku. Aku capai semula handphone yang jatuh ke bawah lalu diletakkan ke telinga.


“Sorry..handphone jatuh tadi..” ujar aku mengigit bibir sambil Fareez aku jeling masih geram dengannya.


“Suara yang bercakap tadi siapa Ain..?” tanya Zariff dihujung talian.


“Er…kawan..” jawab aku pendek membuang pandangan ke luar kereta yang sudah digerakkan dari tadi.


“Ohhh…erm..Ain..”


“Ye..” balas aku mengenggam jemari kiri. Kenapa nada Zariff kali ini rendah…? Kenapa suaranya kali ini….? Perubahan itu menjadi tanda tanya buat aku..


“Plop!” tanpa diduga handphone di tangan aku dirampas Fareez kemudian dengan pantas jarinya menyentuh kotak merah. 


“Awak..!” aku menjerit kecil dengan tindakan kurang sopannya sebentar tadi. Handphone aku dikembalikan dengan sebelah tangan tanpa adanya riak rasa bersalah darinya. Ya Allah..sabar Ain.


“Awak ni dah kenapa ambil telefon saya..?” tanya aku geram sudah menghadapkan tubuh kepadanya.


“Dalam kereta mana boleh bercakap dalam telefon..” jawabnya selamba badak. Wajah aku ditatapnya sekilas kemudian fokus kembali memandu. Apa dia cakap tadi??


“Sejak bila pula adanya undang-undang tidak boleh bercakap dalam telefon di dalam kereta? Undang-undang dari mana awak pakai? HongKong?” rengus aku marah tidak tertahan. Aku tahu negara HongKong sendiri pun tidak ada undang-undang tidak masuk akal tu. Aku tak faham kenapa dia bertindak merampas dan menutup talian telefon aku..!


Melihat aku begitu marah, dia hentikan kereta di bahu jalan dengan rakusnya.


“Saya nak tanya…bila kamu boleh bayar 6 Juta Malaysia tu?” soalnya serius memandang tepat ke wajah aku. Disoal tentang jutaan ringgit itu aku mula menikus. Perasaan marah aku mati serta merta.


“Er…”


“Don’t ever..ever talk to me seolah-olahnya kamu tiada cacat cela dan silapnya kepada saya..!” Aku ketap bibir terhadap tahap seriusnya dia menekan ayat itu.


“When will you pay it..? Or else..let’s do ‘it’ here…” bentaknya marah membuatkan aku buntang mata automatik menjauhkan diri dari dia. Kerana terlalu terkejut, aku tutup muka dan merapatkan lutut ke tubuh lalu menangis teresak-esak. Mungkin kerana tangis aku kedengaran, dia tone downkan suara.


“Ain..”


“Ain Afeera…I’m so sorry..” ungkapnya cemas seperti mendekati aku. 

“Jangan sentuh saya…saya takut..” kata aku masih dalam esak tangis.


“Okay..okay…I won’t touch you and I will not mention it ever again…I’m promise.. please look at me now..” pujuknya di sisi.


 Termakan pujuk, aku angkat muka yang masih comot air mata..


“Wipe you tears..” ujarnya menghulurkan kepingan tisu. Aku capai tisu dari tangannya lalu mengeringkan air mata yang masih berbaki di tubir mata. Dia senyum pandang aku…namun aku..? Mood aku belum stabil…


“I’m sorry okay…” masih dengan rajuk aku, aku diam baringkan tubuh mengiring ke kiri. 


“Saya bukan perempuan seperti itu…” luah aku masih menyembunyikan wajah darinya. Mengingatkan perkara itu kembali, aku jadi sebak dan tubir mata aku penuh dengan manik-manik cair itu semula…dia buat aku mahu lari jauh-jauh darinya…


“I know..i’m sorry Afeera..” sekali lagi dia memohon kemaafan. Permohonan maafnya aku diamkan…sehinggalah aku terlelap tanpa sedar..


***  

Aku terjaga disaat nama aku dipanggil dua tiga kali.


“Kita dimana dah sekarang?” soal aku masih dengan mata kabur-kabur. Aku tegakkan tubuh sambil tangan kesat-kesatkan mata melihat keadaan sekeliling.


“Itu ke rumah Ain?” soal Fareez bersahaja dengan hanya menjuihkan bibir. Aku halakan mata kepada rumah itu.


“A’ah…” balas aku pendek mengiyakan merujuk kepada rumah yang ada di sebelah kanan kami. Rumah itu hanya beberapa meter dari jarak kami memarkirkan kereta. Aku lirikkan mata sekejap kepadanya…dihadapannya ada handphone yang terpasang aplikasi waze. Dia tanya mama map ke rumah aku ke? Kenapa dia tak kejutkan aku awal-awal..?…dan dia takde berhenti di RNR ke tadi? Agak awal kami sampai…


“Rumah makcik Ramlah mana?” soal dia lagi meneliti dimana rumah yang ditanya.


“Dibelakang rumah saya…” jawab aku terhenti buat seketika.  Sedikit pelik kerana rumah makcik Ramlah yang tidak jauh sangat dari rumah kediaman aku agak ramai tetamunya yang hadir. Ada majlis ke? Tidak mengambil pusing soal kehadiran

 tetamu di rumah makcik Ramlah, aku turun dari kereta.


“Call me if….ermm saya cari tempat stay dulu..” ujar dia seperti masih ada rasa bersalah di wajahnya..sampai putus-putus ayat dia..


Aku masih berdiri di tempat yang sama sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan aku..aku sepatutnya gembira dengan kejayaan aku menundukkan dia…tapi kenapa hati aku ada rasa bersalah eh…?

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers