Friday 7 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 12

 Satu tamparan kuat yang hinggap ke pipi setelah aku menyatakan pendirian aku menolak untuk disatukan dengan Tuan Bakar. Allah..hanya mampu memegang pipi pedih yang merah menyala disaksikan Mimi anak makcik Ramlah di sisi mak cik Ramlah. Tersenyum sinis Mimi seperti berpuas hati tentang sesuatu ketika ini. Air mata yang seakan mahu kering sebentar tadi kembali memenuhi kelopak mata.


“Ya Allah mak cik..” aku bersuara kecil meminta belas ehsan. Jangankan ehsan, bahkan diberi muka pun tidak oleh mak cik Ramlah. ..


“Kau jangan mengada-ngada nak tolak jodoh kau dengan Tuan Bakar tu Ain. Dalam surat tu sah menyatakan, jika gagal melunaskan hutang piutang tu…kau kena kahwin dengan Tuan Bakar!”


“Tapi Ain tak nak mak cik..” aku bersuara kecil dengan jemari kiri masih memegang pipi.


“Degilnya kau nih! Eh kau nak ke makcik sebarkan berita yang kau ni dibesarkan dengan hutang keliling pinggang??! Kalau tak nak nama baik mak bapak kau tercemar, baik kau diam. Kalau tak, tetamu-tetamu yang ada di luar sana aku khabarkan kau anak tak guna, tidak mengenang budi!”


Aku jadi diam ketika mana nama baik ibu dan abah dipetik…dan kerana tidak mahu ada keributan yang boleh menimbulkan tanda tanya tetamu dari luar bilik ini, aku senyap mengunci mulut..


“Tok-tok-tok…” pintu bilik diketuk dari luar. Wajah makcik Ramlah dan Mimi  bersinar seperti penantian mereka tentang sesuatu telah berakhir Dia cepat-cepat menerpa di depan pintu lalu membukanya dengan senyuman lebar. Ya Allah..Tuan Bakar ke? Aku…aku hanya mampu tundukkan wajah sugul ke lantai.


“Assalamualaikum…” suara ni…? Aku dongakkan muka. Fareez….?


“Waalaikumussalam…kamu siapa?” Mulut mak cik Ramlah automatik bertanya kerana terpempan dengan kehadiran seorang pemuda asing di depannya.


“Saya teman lelaki Ain…bakal suami Ain…” ujar Fareez serius membolos pintu lalu menarik lengan aku keluar dari bilik itu. Terpinga mak cik Ramlah dan Mimi dengan perbuatan di luar kawalan mereka. Beberapa tetamu yang menyaksikan kejadian itu juga terperanjat sama lalu tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.


“Tunggu!” Makcik Ramlah menahan kami daripada keluar dari tempat itu. Aku dan Fareez serentak menghentikan langkah sebelum Fareez bersuara serius.


“Tolong panggil Tuan Bakar…saya ada perkara yang hendak saya  bincangkan dengannya..” ujar Fareez terus menarik lengan aku keluar dari rumah itu.


“Siapa dia tu mak?” walau dari kejauhan, aku masih mampu menangkap satu-satu ayat pertanyaan Mimi kepada ibunya. Namun jawapan soalan Mimi kepada ibunya tidak lagi aku dengari kerana aku dan Fareez sudah jauh meninggalkan tapak rumah itu. Aku dihantar ke homestay tempatnya menginap sementara dia pula ke rumah mak cik Ramlah semula. Dia tidak bertanya lagi tentang apa yang telah berlaku kerana aku telah menceritakan kepadanya  lebih awal di dalam talian beberapa jam lalu.


Aku kerling jam tangan. Ya Allah…dah nak masuk waktu Isyak. Dia ke mana? Lama lagi ke perbincangan dengan Tuan Bakar tu? Mengenang kembali apa yang telah berlaku, aku jadi serba salah pada dia…jika dibelek kembali kisah pertemuan awal sehingga kini antara aku dan dia, aku banyak menyusahkan dia..aku juga yang telah menyebabkan dia rugi jutaan ringgit…aku juga yang telah gagalkan blind date dia dan Emma…


Dan..aku terfikir..


Lalu selepas ini bagaimana pula nasib aku…? 


Aku hembuskan nafas kecil menghilangkan berat beban perasaan..


***


Rasa gusar aku berakhir setelah adanya ketukkan dua tiga kali pada pintu rumah.


Aku buka pintu.


Dia masuk ke dalam dengan wajah penat lalu melabuhkan punggung di satu sudut. Dia diam, aku juga diam. Aku senyap bukan kerana takut..tapi kerana hati aku yang tinggi rasa bersalah padanya.


“Can we talk?” katanya tiba-tiba bersuara memecah hening antara kami. Dari tempat aku berdiri, aku bergerak mendekatinya kemudian melabuhkan punggung di sebelahnya namun masih ada jarak lebar yang memisahkan antara kami.


“Erh..apa yang jadi tadi..?” aku mendahuluinya berkata-kata. Aku ketap bibir menanti  jawapan balas darinya.


“Semuanya dah selesai….” Erh? 


“Selesai dengan cara…?” aku aku ingin bertanya lanjut namun terhenti tatkala isyarat tangannya menyuruh aku berhenti sekejap.


“Saya nak pastikan sesuatu..” kemudian diteruskan dengan pertanyaan selanjutnya dari dia.


“Are you sure you want to get married?” tanyanya serius menoleh seterusnya menatap wajah aku. Tiada yang mampu aku tafsirkan dari riak wajahnya. Mungkin terkejut, mungkin bingung dan mungkin juga marah dengan apa yang telah berlaku.

Aku angguk kepala sebagai jawapan kepada pertanyaannya tadi.


“Saya tiada pilihan lain…” aku gigit bibir.


“Saya tidak dapat janjikan apa-apa dalam perkahwinan itu jika pernikahan berlaku…” ujarnya serius membalas kata-kata aku tadi.


“Ehh…it’s okay..saya okay…awak tak perlu risau apa-apa…awak boleh teruskan hidup macam biasa…saya dengan cara saya, awak dengan cara awak…yang penting, buat masa ni tolong nikahi saya…” rayu aku justeru meyakinkan dia juga. Jawapan aku menyebabkan dia merenung aku lama…


“Sure..?” aku angguk laju.


“Ain tak menyesal?” soalnya lagi. Kali ini aku  diam…namun akhirnya aku bersuara..


“Tak…”…..aku harap, aku tak menyesal….huhu…


“Tapi…!” aku pantas teringatkan sesuatu.


“Mama…papa dan Dina…tolong rahsiakan perkara ni dari mereka…sebab..” dia angguk kepala, menghentikan kata-kata aku seterusnya…mungkin dia faham kenapa aku berbuat demikian.


“So..okay…dijadualkan esok tarikh nikah kita…” ujarnya senyum separuh  lalu bingkas bangun mencapai sehelai tuala yang sedia ada di homestay itu. Selepas itu dia masuk ke bilik air meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Aku duduk tegak terkebil-kebil sekejap…


Haaa? Esok??


***


Aku dan Fareez diijab kabulkan dalam majlis yang sederhana..yang mana majlis itu sepatutnya antara aku dan Tuan Bakar. Huhu..


Dan perkara itu juga yang menjadi bualan hangat bagi mereka yang mengetahui serba sedikit tentang aku. Oleh kerana pengaruh dan bantuan Tuan Bakar, majlis ini berlangsung tanpa melanggar undang-undang syariah yang sedia ada.


“Kamu tahu ke apa yang jadi kelmarin?” sisa gosip yang masih belum terungkai oleh mereka masih menjadi bualan. Bukan sahaja mereka, aku sendiri juga tertanya-tanya.


“Hemm…yang aku tahu, lelaki tu siap bayarkan sejumlah wang yang besar…katanya yang penting, soal rumah, tanah dan Ain..si Ramlah dan Tuan Bakar tu lepaskan..” haah? Mata aku terkelip-kelip di sebalik dinding ketika melintas untuk ke dapur.


“Habis tu, kalau lelaki tu dah bayarkan sejumlah wang untuk Tuan Bakar, kenapa majlis ni tetap diteruskan…?”


“Sebab si Ramlah tu tak nak ketinggalan sama minta ganti rugi…lagi satu dia tak nak malu katanya sebab majlis ni dah disebar luas dari awal lagi…” aku mengurut dada dengan apa yang baru aku dengar ketika ini..huhu


“Dengar-dengar berapa suami Ain tu bayar kepada Tuan Bakar?” 


“Syhhh katanya RM200 ribu…! Si Ramlah tu pula dia minta RM50 ribu untuk majlis ni…” hah? Ya Allah…aku genggam dada…..kerana pada perkiraan awal aku, Fareez hanya perlu menikahi aku agar aku terlepas dari tangan Tuan Bakar…soal rumah dan tanah itu, aku pasrsh jika bukan rezeki aku…tapi…ya Allah….


“Hemm ini tidak lain dan tidak bukan, si Ramlah tu memang nak jual si Ain tu dari awal…” aku pejam mata menahan hati dengan apa yang aku dengari saat ini…tergamaknya mak cik Ramlah…

Mengenang nasib diri, aku jadi sedih dan seperti selalu…mata aku berkaca-kaca kerana terlalu kecewa..dikhianati…diperguna demi kepentingan peribadi…

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers