Saturday 8 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 13

 Sebaik sahaja majlis itu selesai, aku di hantar Fareez ke homestay untuk merehatkan diri. Manakala dia pula keluar..ada beberapa perkara yang hendak diselesaikan sekejap katanya. Dokumentasi rumah dan tanah tu lagi ke? Ermm..


Aku hempaskan tubuh ke sofa sebaik meletakkan luggage aku di sebelah meja kopi yang berada di tengah-tengah sofa. Minda aku mula melayang-layang kepada beberapa perkara…


Lega…? No..! Kau bini orang Ain. Kau bini Fareez kau tahu tak? Kau isteri kepada someone stranger dalam hidup kau! Fuh~ bagai ditembak terus ke kepala dengan ayat tu. Huhu

Aku pejam mata buat seketika…berfikir secara realistik. Apa aku cakap dekat dia?? I’ll sleep with you?? Oh my..oh my. Aku baru sedar…


So lepas ni… Janji tu huhu


Aku sepantas kilat mengorek handphone aku yang berada di dalam handbag aku. Sambil berbaring, aku buka google search engine dan mencari keyword yang berkaitan. Ya Allah..aku tak sangka aku kena cari tahu soal ni..secepat ini..aku kena bersedia kut..lagi pun…aku sah isteri dia…tanggungjawab aku…huhu


Allahuakhbar…apa aku baca ni? Huhu..18xx!? Tolonglahhh…

Sedang khusyuk membaca, pintu tiba-tiba dibuka dari luar menyebabkan telefon di tangan aku jatuh tepat ke muka aku! Adoihhhh~ terkejut punya pasal.


Fareez yang sempat menangkap kejadian itu tersenyum separuh sambil tangannya menutup kembali pintu. Disebelah tangannya lagi mengenggam beberapa helai kertas. Huhu malunya aku! Aku duduk membetulkan kedudukkan.


“Er..awak ke mana tadi?” soal aku segan-segan setelah dia melabuhkan punggung disebelah aku.


“Saya ke rumah Tuan Bakar tadi ambil dokumen ni..” jawabnya sambil menghulurkan kertas-kertas itu ke tangan aku.


“Oh…” hanya anggukkan kecil dari aku sambil menyambut dokumen itu dari tangannya. Sementara aku menyelak-nyelak dokumen itu, dia mengubah kedudukkannya menghadap aku. Ketika ini aku sudah terasa lain.…sebab aku seperti diperhatikan. Huhu…


“Can I see you?” tanya dia sambil menjatuhkan wajah ke tangan yang ditegakkan. Aku angkat muka terkebil-kebil tidak memahami maksud dia.


“I wanna see you without hijab…” jelasnya memberi maksudnya sebenar. Erk??


“Ohh…” sekali lagi aku angguk-anggukkan kepala..namun kali ini terkebil-kebil lagi segan. Aku perlahan-lahan letak dokumentasi itu di atas meja kopi. Tidak membantah, aku lepaskan satu persatu yang menutupi anggota kepala aku sehinggalah hanya tinggal ikatan rambut aku biarkan. Segan diperhatikan sejak tadi aku tundukkan pandangan. Ya Allah..kenapa aku begini? Relax okay….


Dia rapatkan kedudukkan lalu menarik ikatan rambut aku dengan jarinya ke bawah menyebabkan rambut aku terlepas sepenuhnya. Aku direnung tepat ke mata aku dalam-dalam.


“You’ve never changed…a bit...” tuturnya kecil  seraya mengucup hujung rambut aku dengan penuh perasaan, memejam mata…ya Allah..kenapa dengan dia ni?? Aku jadi kaku tiba-tiba dengan perubahan yang mendadak dari dia.


“You knew I wanted you from the start..” ujarnya mengenggam jemari aku lalu menarik tangan aku ke master bedroom homestay itu. Ya Allah…..! Mengigil dan menggeletar lutut ini. Dia lepaskan dan menolak aku ke katil, serentak itu dia naik ke atas aku. Pamit namun apa daya aku menolak dia...? Dia suami aku…huhu. Dan janji itu…aku kena tunaikan..


Dia lepaskan satu persatu butang pakaian aku dengan penuh teliti. Aku tutup wajah separuh enggan menikmati terhadap apa yang berlaku sekarang. Sehinggalah hanya inner baju aku yang terdedah, handphone miliknya tiba-tiba berbunyi dering adanya panggilan masuk. Dia hentikan perbuatannya lalu meraba kocek seluar belakang.  Dia renung skrin telefon buat seketika kemudian memperlihatkannya kepada aku pula. Mama! Nooo! Sebelum aku bertindak menahannya, dia terlebih dahulu menjawab talian itu.


“Assalamualaikum Fareez…” suara mama di hujung talian jelas kedengaran. Aku di bawahnya automatik menutup wajah malu dan segan walau hanya dengan suara mama. Huhu!


“Yes mama…” jawab Fareez masih mengenggam inner baju aku dengan sebelah tangannya. Aku cuba bangun namun di tahannya.


“Fareez dimana…? Ain dimana? Urusan Ain dah okay?” soal mama bersambung-sambung. Aku sudah ketap bibir.


“She’s infront of me…” jawab Fareez jujur dengan senyuman sinis. Haaah? Ya Allah….kenapa dia cakap macam tu?


“Ohh….Ain ada sama? Macam mana dengan urusan Ain?”


“Semuanya dah selesai mama…”


“Alhamdulillah…” balas mama di hujung talian.


“Wanna say something to mama?” bisik Fareez ke telinga aku. Aku buntang mata serta merta menggelengkan laju kepala dengan soalan itu…dan secara automatiknya dia tertawa dengan tindak balas aku..! Huhuhu..ya Allah..dia ni..


“Takpelah, itu je mama nak tanya....jaga diri baik-baik dekat sana..” pesan mama sebelum Fareez menutup talian. Fareez alihkan handphone itu dengan melemparkan nya ke birai katil. Aku ketap bibir dengan tindakan nakalnya menjawab talian dari mama. Dia nak aku dan dia kantoi ke dalam keadaan macam ni…? Huhu


“Stop that…. That’s even sexier when you bite your lips..” ujarnya tanpa ragu merapatkan wajah sebagai amaran. Terkejut, aku pejam mata menunggu tindakan dia selanjutnya namun  dia senyap buat beberapa detik sebelum dia melepaskan aku. Dia bangun meraih handphonenya kembali ke tangan.


“Eerrh…awak tak…” aku bangun tegakkan tubuh. Aku nak bertanya namun segan melanjutkan soalan itu.


“I won’t rush it…sebab sekarang saya dah boleh minta hak tu  pada bila-bila masa…” jawabnya sinis menoleh aku. Grrrg!? Ya Allah…Apa dia cakap tadi?? Argghh rasa nak terjun sungai!!


***


Cuti aku masih berbaki dua hari..aku tak nak habiskan masa dengan hanya perhati dia dengan laptop dia tu. Huuhu..


“Awak….kita tak ke mana-mana hari ini?” tanya aku segan di hadapannya. Berhadapan dengan lelaki 30an ni kena berhati-hati..sebab dia sentiasa serius bercakap dengan aku. Huhu…


Dia lepaskan jemari dari keyboard laptop lalu merenung aku.


“Ain nak ke mana?” soalnya sambil berpeluk tubuh.


“Erhh..kita beli bahan masakan sekitar sini nak? Bosan jugak asyik makan di luar..lagipun mama nak awak belajar apa yang ada di sekitar sini..” aku memberi pendapat.


“Okay..” cepat dia bersetuju. Aku..? Lebar senyuman aku..hihi. Tapi dalam hati jelah..huhu


Aku bersiap, begitu juga dia. Setelah 15 minit bersiap, aku dan dia keluar dari homestay itu mencari bahan-bahan masakan untuk tengah hari. Aku akui segan dan malu pada dia dengan apa yang telah berlaku…sehingga saat ini dia bayarkan sejumlah wang kepada Tuan Bakar dan makcik Ramlah hanya untuk aku. So apa ye…secara jujurnya aku dah redha dengan hidup aku..menjadi isterinya secara instant…perkara yang aku kena terima sama ada aku rela atau tak…sama ada cinta atau tak..kerana aku dahulukan rasa tanggungjawab aku tanpa mengira soal hati dan perasaan aku..


Dia? Aku…honestly, aku tak kenal dia..apa dalam hatinya..apa dia nak dari aku…? Yang aku tahu selama ini hanya dia nak tidur dengan aku…ya Allah..kecut hati dan sedih..jika itu sebenar-benarnya reality…


Aku takut untuk bertanya…sebab belum masanya aku bertanyakan dia soal apa yang dia mahu dari aku..sebab aku yang telah mulakan dan aku yang meminta untuk dinikahi oleh dia…huhu


***


Perjalanan yang tidak mengambil masa lama untuk sampai ke pasar terdekat. Pekan kecil ini tidak ada masalah dengan kesesakkan lalu lintas..so boleh sampai awal..hihi


“Awak nak minta masak apa? Saya belikan bahan..” aku bertanya dengan senyuman ketika aku dan dia berjalan seiringan di pasar.


“I’m okay with anything…” mata aku rata pandang dia. Tak kan tak nak apa-apa?


“Awak cakap je…ermm chinese food kan?” soal aku beriya-iya memberi pandangan.


“I only want you..” jawab dia tanpa riak buat senyuman aku terhenti serta merta. Huhu..aku faham maksud tu..betul ke cuma itu yang dia nak..? Ermm…kenapa aku rasa seperti hati aku disiat-siat eh…walhal mindset aku seharusnya sedar akan reality tu…but it’s okay. Aku isteri dia…


“Saya masak kuey teow goreng lah…” balas aku tanpa mempedulikan kata-kata pedih itu tadi…dia seperti biasa, tidak ada riak teruja di wajahnya..huhu takpe, aku faham..

Suasana di pasar itu mula sesak. Keadaan ini menyebabkan aku tertinggal agak jauh di belakang. Dari tadi hanya membantu aku membawa hasil belian, kini dia genggam tangan aku sekali agar tidak jauh tertinggal. Katanye lah…huhu


Tidak mengambil masa lama membeli barang, aku dan dia akhirnya ke kereta. Ermmm agak banyak jugak ye barang yang kami beli…stok untuk 2 hari..! Hihi so faham-faham jelah..


A new journey has begun…

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers