Thursday 13 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 14

 Selesai memasak, aku hidangkan ke atas meja dapur untuk santapan makan tengah hari. Memandangkan dia sendiri pun tak nak dimasakkan apa-apa, aku masak kuey teow goreng aje. Terhibur rasa hati setelah sekian  lama tidak merasai perasaan makan bersama terutama kepada ahli keluarga sendiri…sebab aku sudah considered Fareez adalah keluarga paling dekat aku sekarang..thank you for being a family to me..a real family..


“Fareez…aa..awak…” hanya kepala aku masukkan disebalik pintu bilik master bedroom yang aku buka dari luar. Erh? Mana dia ni? Aku masuk ke dalam. Oh..mandi rupanya. Takpelah..nanti je panggil dia…


Ketika berkira-kira untuk keluar, pintu kamar mandi tidak semena-mena dibuka. Tindakan reflex menyebabkan kepala aku menoleh ke arahnya tanpa sengaja. Ya Allah! Dengan selamba dia keluar dari kamar mandi mempertontonkan dada bidangnya dan hanya bertuala mandi! Allahuakhbar…kenapa dia sangat tenang ye?? Aku cepat-cepat larikan diri keluar dari bilik itu tanpa toleh-toleh lagi. Aku genggam dada. Allah..kenapa aku terkejut sangat ni? Iskk…


Sambil menyiapkan piring dan sudu, fikiran aku masih melayang kepada bentuk tubuhnya tadi. Ya Allah..tidak siuman agaknya aku ni…kenapa image tu tak nak lari dari minda aku..?? Tidak mengambil masa lama, dia sampai ke dapur.


“Ain panggil tadi?” soalnya terus melabuhkan punggung ke kerusi bersantap yang bertentangan dengan aku.


“A’ah..” aku jawab pendek tanpa tengok muka dia.


“Sebab apa?” soalnya lagi seperti sengaja bertanya. Dia dah tahu kut aku nak panggil makan tadi. Huhu..


“Panggil makan..” balas aku masih tundukkan wajah.


“Ain..?” mungkin kerana aku tak angkat muka, dia panggil nama aku. Huhu


“Ye..”


“Look at me…” ya Allah…kenapa dengan dia ni..janganlah paksa aku…huhu


“Ye..” aku angkat muka. Tawanya kedengaran ketika aku menghadiahkannya senyuman paksa. Huhu..


“What’s wrong with you? Mind to share?” soalnya nakal seraya mengubah kedudukkan dengan duduk disebelah aku. Mahunya aku melompat dari kerusi aku..huhu


“Takde apa-apa..” jawab aku berani.


“Really…? Or did you see something exciting earlier?” tanyanya membisik. Ya Allah..! Aku buntang mata automatik menjarakkan wajah. Kenapa dia suka main-mainkan aku haa?? Aku jeling dia geram tanpa suara. Huhu


Bukan pula kesiankan aku, malah ketawa pulak dia…fuh~ rasa nak sumbat telinga ni.


“uhmmm....sedap pula kuey teow ni…” pujinya mengubah topik membuatkan aku tersenyum lebar tanpa sedar.


“Masak biasa je…” ucap aku merendah diri


“Oh..but seriously, memang sedap..”katanya lagi tidak putus mengunyah hidangan itu.


“Terima kasih…” balas aku segan-segan. Sedang menikmati hidangan, telefon aku berbunyi. Kerana lupa Fareez ada disisi, video call itu dengan selambanya aku jawab. 


“Ain..!” image Dina yang masih kabur ceria di dalam video call. Ya Allah! Tangan aku automatik menolak tubuh Fareez yang sedang menikmati hidangan tadi sampai jatuh ke bawah! Huhu


“Eih? Benda apa yang jatuh tu Ain??” soal Dina kehairanan. Aku toleh Fareez yang geram ditolak masih duduk di lantai sambil menepis-nepis sisa baki kuey teow yang  melekat di tubuhnya. Mengigit bibir jadinya..huhu..sorry


“Erhh takde apa-apa..kucing je. Main kejar-kejar..haha er kenapa kau call aku?” soal aku pura-pura seperti tiada apa yang berlaku.


“Grrrgh kau ni..bukan tak biasa..aku kan biasa call kau malam-malam..pelik pula aku dengan kau ni..” katanya sudah mengerut dahi. Uhukkkk! Aduh lupa pula aku..


“Ohhh hihi…” aku hadiahkannya senyuman paksa. Huhu


“Eh takpelah, aku nak gerak ke reunion dah ni..kirim salam dekat abang aku eh…” ujarnya menutup talian tanpa menunggu aku bercakap lagi..iskkk..Tapi nasib baik jugak Dina tak banyak tanya..sebab aku nak cepat, nak tolong Fareez..huhu..


“Sorry..” ungkap aku seraya menghulurkan tangan sebagai bantuan. Dia raih tangan aku lalu menarik aku ke tubuhnya.


“awwhhh…!”


“Aduhh…!” 


Kami sama-sama mengerang kesakitan disebabkan kepala aku lebih dulu mendarat ke kepalanya. Aku bangun tegakkan tubuh kemudian menghadiahkannya jelingan tidak puas hati.


“Kenapa awak tarik tangan saya macam tu…? Kan sakit..?” sempat aku bertanya sambil tangan aku masih mengusap-usap dahi.


“Jangan tuduh yang bukan-bukan…kamu tu yang sengaja jatuhkan diri kan..?” Haa? Aku kerut dahi.


“Saya punya salah ke? Awak yang tarik saya tadi.” Jelas aku seraya bingkas berdiri mencapai pingan mangkuk yang sedikit berbaki makanan. Pinggan itu aku singgahkan ke sini untuk.di cuci.


“Tolong saya bangun..” arahnya mengangkat tangan.


“Bangun sendiri..ada kaki kan?” ujar aku geram yang tidak tertahan. Aku dah tak peduli kali ini.

 Kerana aku tidak hiraukan dia, dia bangun sendiri dengan jarinya masih menekan-nekan benjolan dahi. Padan sangat..! Hermm


***

“Lepas ni Ain tinggal dengan saya okay?” ahh??


“Eh…mana boleh? Takut nanti mama dan papa tahu…” kata aku beralasan menolak permintaan dia untuk tinggal sebumbung dengannya.


“Bukan tinggal di rumah papa mama, tempat lain…saya dah beli condominium di KL tu..” dia ni jangan buat surprise yang bukan-bukan boleh tak?


“I’m not joking Ain…I am serious..” ujar dia seperti dapat membaca riak aku.


“Tapi….” Hostel tu lagi dekat dengan tempat kerja aku…isk. Sedar dengan kesukaran aku membuat keputusan, dia berhentikan kereta di bahu jalan.


“Rasanya saya tak salah baca tentang kewajiban seorang isteri untuk taat kepada suami selagi tidak melanggar hukum-hukum syarak..” kala ini aku sudah pandang dia tepat ke wajahnya. Sejak bila pula dia ni pandai mencari tahu soal hukum-hukum islam?


“Betul tak?” soalnya lagi tersenyum puas hati. 


“Ermm..betul lah tu..”kata aku kecil tidak menafikannya. Nampak aku akur, senyumannya lebar seperti robot Doraemon. Huhu

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers