Thursday 13 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 15

 “Assalamualaikum papa..mama..” Fareez memberi salam sebaik menjejakkan kaki ke muka pintu. Erh? Aku pelik lalu toleh dia sekilas. Baru first time ni aku dengar dia beri salam..selama ni, hai, hi je…


“Waalaikumussalam..”mama dan papa serentak menjawab salam ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu. Aku masuk ke rumah, begitu juga Fareez.


“Dina mana mama?” soal aku selesai menyalami mama. 


“Tu haa…” jawab mama menoleh ke arah Dina yang sedang menuruni anak tangga. Dina lemas-lemas melangkah. Tak cukup tidur agaknya dia nih.


“Dah kenapa masih menguap macam tak cukup tidur?” mama menegur Dina. Papa hanya toleh sekali dengan riak bersahaja melihat anak perempuannya dengan rambut yang masih sedikit kusut. Kemudian sambung menonton semula televisyen di depannya.


“Penat mama…” ujar Dina memberi penjelasan langsung menghempaskan tubuh ke sofa serupa katil dihadapannya. Aku yang masih berdiri hanya tersengih dengan kelakuan Dina yang manja-manja.


“Ha Ain..duduk.dulu. Rehatkan badan dulu sebelum naik ke atas…mesti penat kan..” ujar mama mempelawa aku duduk.


“Mak Mah….! Tolong siapkan jus ye..!” Mama melaung nama pembantu rumahnya dengan menoleh ke arah dapur. Agaknya Mak Mah di dapur..


Aku labuhkan punggung seperti dipinta. Manakala Fareez yang dari tadi senyap dengan selamba melabuhkan punggung di sebelah aku. Ya Allah! Aku cepat-cepat pindahkan punggung. Cuak, besar mata aku jeling dia…dia juga sama terkejut dengan ketidak sengajaan perbuatannya. Lupa agaknya dia ni….huhu

Perbuatannya tadi berjaya menarik perhatian papa. Papa lama tenung aku kemudian kepada Fareez lalu menyambung kembali tontonannya. Fuhhh~ nak je aku silat dia jauh-jauh sekarang ni! Iskkk


“Fareez…” 


“Ye mama..” ketika ini Fareez sudah kelihatan tenang berbanding tadi. Dia sudah sandarkan tubuh ke sofa menghilangkan penat.

“Macam mana suasana kampung Ain..best kan kampung berbanding tinggal di bandar?” mama senyum-senyum bertanya. Aku tengok Dina, dia sudah tegakkan tubuh merenung ke skrin TV. Perbualan mama dan Fareez tidak menarik perhatiannya. Saat ini pula mak Mah datang dengan jus tembikai diatas dulang bersama 5 gelas tersusun satu-satu. Dia letakkan di atas meja kopi, di tengah-tengah kami sebelum mengundurkan diri.


“So far so good mama…” jawab Fareez bersahaja. Sekali sekala matanya ditancap ke skrin televisyen.


“That’s all?” mama kerut dahi dengan jawapan itu.


“Takde ke masuk kampung….menengok sawah padi..” mama menyambung gambarannya terhadap kampung halaman aku.


“Ada mama…tengok orang kampung kahwin…” Errh? Sebut pasal kahwin, aku tak sedap hati. Aku toleh dia, selamba je bercerita bagai tak ada apa-apa effect dekat dia.


“Lagi?” mama kini kelihatan teruja dengan pengalaman Fareez…aku? Huhu…faham-faham jelah..aku nampak papa senyap aje..hanya mama yang beriya-iya bertanya. 


“Fareez ada masuk pasar kampung….and kuey teow …’orang kampung’ sedap ye mama…I still can feel the taste until now..” Fareez berseloroh sambil melirikkan mata dekat aku yang sudah terkebil-kebil dari kejauhan. Ya Allah..orang kampung tu maksudnya aku kan? Kan? Grrrg!


“What a wonderful experience…!” Mama kelihatan begitu gembira dengan pengalaman Fareez yang kononnya….ehemmmm! Huhhhu


“And mama…the beauty of ‘orang kampung’…I can’t deny it after 3 days ago…” what??? Aku rasa nak je siram kepala Fareez dengan air sejuk sekarang ni! Biar dia lupa dengan ‘experience’yang dikatakannya itu... Sebab aku faham sangat experience yang dia maksudkan 3 hari lepas! Uwaaaa! Aku nak gali lubang persembunyian sekarang!


“Ooh yeke…” mama terkebil-kebil buat seketika seolah-olah sedang menghadam apa yang dimaksudkan Fareez sebenarnya.


“Such an experience!” mama hampir menepuk tangannya kerana sangat bangga dengan ‘pencapaian’ Fareez. Hermmmm…kalau ada peluang, memang kena si Fareez aku kenakan kali ini. Dia ingat best sangat ke dengar cerita dia tu..? Aku bangun cepat sehingga menyebabkan mama, papa dan Dina terkejut.


“Errh..mama papa, Ain naik sekejap eh…” kata aku mengundur diri lalu ke arah Dina.


“Ohh yelah…tak nak minum dulu ke?” 


“Nanti je mama..Ain belum haus lagi…Dina jom temankan kejap…” Dina mendongak sebelum tersenyum ceria.


“Okay jom…” Dina bangun. Kami sama-sama mengorak langkah menaiki tangga ke bilik Dina. Hanya sekilas mata aku tengok Fareez, mata dia tak lepas tengok aku…! Isk. Aku kena lari cepat-cepat dari rumah ni sebelum papa dan mama sedar. Hermmm..Fareez ni memang tak boleh simpan rahsia…ke dia memang nak kami kantoi ni ha?


***


Aku dan Dina rancak berbual sehingga ke lewat malam. Pelbagai cerita dibangkitkan terutama saat zaman university dahulu. Kisah sedih dan gembira mencorak hidupkan perbualan kami. Kadang berdekah ketawa, kadang Dina menjerit tidak mahu satu-satunya kisah paling memalukan yang pernah terjadi kepadanya dibangkitkan semula. Hihi…aku saja je sakat dia..


“Ermmm Dina….abang Dina Fareez tu…” aku cuba buka cerita soal Fareez.


“Abang aku? Kenapa dengan abang Fareez? Dia hensem ke?” tanya Dina membuat lawak lagenda. Terkekeh dia mentertawakan aku.


“Erh bukan pasal tulah…” isk geram…! Sebenarnya aku nak tanya Dina apa kerja abang dia. Aku tahu Fareez pernah hantar bio dia dekat aku dulu tapi aku tak baca sangat pun dengan hantaran mesej panjang berjela tu masa itu..! Huhhu


“Tapi kan..aku jealous sikit dengan abang aku tu…” kata Dina sempat menoleh sebelum menghempaskan tubuh ke katil.


“Ohh..kenapa pula?” aku hairan jugaklah, nak jealous sebab apa..? Walhal si Fareez tu apa ya aku nak cakap.. Aku tak berkenan dengan perangai kebaratan dia tu…hurmm..


“Abang aku tu cucu emas mendiang nenek aku…lepas nenek meninggal, segala peninggalan nenek..nenek hanya namakan kepada abang aku seorang…boleh dikatakan, abang aku tak perlu pun kerja sebenarnya…sebab peninggalan nenek tu dah lebih dari cukup untuk tanggung hidup dia..berlainan dengan aku ni..hemmmm…” aku mengangguk-angguk saat ini secara tidak langsung teringatkan beberapa perkara..


“Tapi..kau adik dia afterall..”


“Yelah tu..memang adik, tapi aku di besarkan di sini….abang aku membesar di sana, of course mendiang nenek aku favor dia…aku cuma dapat 2% je dari apa yang abang aku ada…mama 1%...sebab tu mama dan aku hidup sederhana je berbanding abang aku tu..”


“Ohh…” erhh…benda ni yang aku nak tanya dari tadi tapi aku segan…ermmm patutlah bila aku ingat-ingat balik, dia gunakan wang dia macam air je…


“Eh cakap soal abang aku..aku teringat satu benda ni..rugi…rugi..kau rugi tak pergi reunion tu Ain…” Dina mengubah topik sambil menyelimuti tubuhnya dengan comforter. Aku pusing tubuh menghadap dia dari kerusi meja soleknya. Sambil keringkan rambut dengan hair dryer yang sejak tadi tertangguh.


“Kenapa? Ada apa-apa yang menarik masa tu?” soal aku seloroh bertanya.


“Kau tahu tak…ada drama tv yang berlaku masa tu…” kala ini Dina sudah duduk tegakkan diri. Aku hanya menanti kata-kata seterusnya tanpa suara.


“Pasangan merpati sejoli Zariff dan Emma dah putus…dia orang dah takde hubungan apa-apa dah sekarang..Emma siap declare masa tu…” ketika ini aku diam menghadam ssatu-satu kenyataan Dina kemudian langsung teringat akan panggilannya ketika itu. Aku gigit bibir. Sebab itu ke dia call aku…?


“Oh….” Aku raup wajah berat. Allah..kenapa dengan aku ni…? Aku gigit kuku sebagai penyelesaian kekusutan hati.


“Ain…”


“ye..?” jawab aku pendek.


“Berkemungkinan besar, keluarga Emma akan bincang semula soal Emma dan abang lepas ni…dan aku dengar dari Emma sendiri..dia dah setuju dijodohkan dengan abang…Ain tahu kan mama memang berkenan sangat dekat Emma tu…?” berita ini buat aku kaku tidak bergerak kali ini. Setelah semuanya  aku pertaruhkan maruah aku kepada Fareez, maka ketika ini…..barulah…? Aku pejam mata…ya Allah…ampuni aku kerana gagal mengawal rasa kecewa aku…aku rasa aku nak meraung..dada aku membuak rasa sakit yang amat sangat..!


“Ohh…..semoga dipermudahkan semuanya…” ujar aku buat-buat kuat. Fuh~ 


“Err….Dina..aku turun kejap…ada barang tertinggal di bawah…” kata aku memberi alasan. Dia pamit sekejap dengan perubahan riak aku namun rasa curiganya terhadap aku diabaikan begitu sahaja.


“Erm yelah…”balasnya terus masuk ke comforter menutup keseluruhan tubuhnya.


Sebaik menyarungkan hijab, aku buka pintu lalu menutupnya semula. Fuh…Aku sandarkan tubuh aku sekejap ke pintu bilik Dina..kenapa aku sedih sangat ni? Sedih sebab apa..? Sedar mata mula berair, aku putuskan untuk turun sekejap untuk menenangkan hati.


Aku diam sekejap sebelum mengatur langkah menuruni tangga. Belum menginjakkan kaki di  anak tangga pertama, aku dan Fareez bertembung antara satu sama lain. Melihat aku tundukkan wajah, dia bersuara.


“What’s wrong? Why are you crying?” soalnya mencari riak aku dalam cahaya yang kelam.


“Saya okay..don’t mind me..” bohong aku masih menyembunyikan wajah.


Ku kira dia termakan bohong aku, malah tidak diduga, tangan aku di tarik ke arah biliknya.


“Awak…!” cuak dan cemas, aku cuba melepaskan genggamannya namun tidak berjaya. Dia buka pintu biliknya lalu menarik aku ke dalam. Dia lepaskan aku justeru bertanya sekali lagi.


“Tell me why are you crying..” soalnya merendahkan tubuh sama tinggi mencari wajah aku.


“I’m okay…” jawab aku kecil. 


“I know you are crying…” ujarnya lembut mengaut wajah aku agar bertentang mata dengannya.


“Tell me..why you crying..”pujuknya menyeka air mata aku yang laju turun ke pipi. Saat ini aku lupa kepada perubahan tingkah lakunya kerana sibuk melayan hati.


“Ermm..” ketika mula membuka cerita,


“Fareez…!” mama melaung dari luar disertai tombol pintu sedang dipusing. Automatik kepala aku dan Fareez ditoleh ke arah pintu kemudian berpandangan antara satu sama lain. 


“Awak…” aku gigit bibir cemas, begitu juga dia.


“Come here.” Ujar dia memberi arahan sebelum menarik aku ke dinding yang dilitupi sepenuhnya oleh tabir.


“Fareez…aih mana pula Fareez ni..” suara mama kedengaran di segenap ruang bilik. Disebabkan tempat persembunyian kami agak kecil dan sempit, jarak aku dan dia sangat dekat ..rapat sehingga tubuh kami hampir berlaga antara satu sama lain…nafasnya juga jelas kedengaran ke telinga aku..situasi ini, aku hanya mampu tutup mata.


“Dibawah agaknya..” mama berkata sendirian sebelum menutup pintu bilik itu semula. Pasti jejak mama sudah hilang, aku mula berganjak dari tempat tadi. Namun cubaan aku berganjak di tahan oleh Fareez dengan menarik aku kembali ke sisinya.


“Ain…” bisiknya lembut mengenggam jemari kanan aku erat. Aku pamit kepada tatapan mata itu yang aku rasai berlainan dari kebiasaan. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin diluahkan hanya dari tatapan mata itu. Aku diam-diam telan liur menunggu.


“Don’t dare to cry infront of anyone else but me  Ain….cry infront of me…” ujarnya lembut dalam masa yang sama bersungguh-sungguh agar pesannya dipatuhi.


“Kenapa..?” soal aku. Kerana pelik dengan pesanan itu, aku bertanya kecil.


“Because you are mine…” usai menjawab, aku ditarik ke pelukkannya tanpa isyarat peringatan. Buntang mata dengan kelakuan peliknya aku tolak tubuh itu jauh-jauh.


“Ki..kita dirumah mama…kita kena hati-hati…” Ujar aku gugup mengingatkan dia kembali.


“Then move in with me seven days from now..” balas dia menghadiahkan aku senyuman separuh. Er…seriously? Huhu

Fikiran sibuk dengan keinginannya untuk tinggal sebumbung, aku lupa kepada kekecewaan aku sebentar tadi...

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers