Tuesday 18 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 16

It’s okay, mungkin itu normal bagi dia…ye, macam yang kita selalu nampak dekat tv barat tu kan…berpeluk adalah normal bagi dia. Tapi aku…? Memang bukan budaya aku. Tapi aku cuba untuk normalisasikan atas sebab dia suami aku.


 Erm.. nampak pelik perangai dia semalam..Malah sebelum ini pun ada beberapa ketikanya dia romantik…dia jatuh hati dekat aku ke? Haha! Sedarlah diri Ain oi.. Sebab apa kena sedar diri? Sebab bila sebut soal 5 tahun lepas bagai naik hantu dia mengungkit segala kesalahan aku. Ke atau dia ni split personality ha? Erggh…memikirkan soal dia takkan habis..tapi minda aku sentiasa fikirkan dia tanpa aku sedar..huhu…


Minggu ini kami agak sibuk dengan persiapan farewell party dan dalam masa yang sama welcoming party untuk General Manager yang baharu di hotel yang bertaraf lima bintang ini. Ketika sibuk dengan kerja yang diamanahkan, aku didatangi whatsapp mesej yang bertalu-talu dari Fareez yang meminta aku datang ke condominium miliknya ketika lunch hour nanti…paling tepat, selepas aku habiskan kerja nanti.


“Sorry…kalau sempat saya datang sebab saya busy sikit hari ini…” balas aku ringkas kepadanya.


“Kalau nak mama tahu status kita, tak perlu datang.” I told you. Tengoklah macam mana dia reply mesej aku. Siap mengugut pulak tu bila kemahuan dia tak dipenuhi. Ermmm..


“Condo tu dimana Encik Fareez??” aku bertanya geram.


“Don’t worry…area sini je…” area sini? Haa? Milenium condo tu ke? Sebab condo tu je yang paling dekat di sini..


“Nanti saya jemput tepat jam 12.30 lunch hour.”


“Eh jap..tepat jam 1 bo…..leh?”


“Tut..tut..tut…” bertuahnya aku dapat dia nih. Belum aku habis cakap dia dah matikan handphone…dapat ke aku siapkan kerja aku sebelum jam 12.30?. Aku tutup aplikasi whatsapp lalu menyambung kembali kerja aku.


***


“Ija…erh..”


“Apa yang disegan-segan tuh?” Ija menghentikan tangannya bekerja untuk fokus kepada aku.


“Ahad ni saya nak pindah rumah dah..” kata aku kecil.

“Hah? All of sudden? Kau tak beritahu aku pun…” Of courselah ijah terkejut besar sebab pindah tempat tinggal tiada terselit sikit pun dalam komunikasi kami sebelum ni.


“Erh…hehe a’ah tapi hari ini aku kasi tau kau…aku nak pindah ahad ni..haa”


“Lawanya cara kau bagitau aku kan..ni ibarat dah nak terkencing baru nak ke tandas lah ni…hmmm yelah-yelah..nanti aku tolong kau packing barang kau..”


“Thank you Ija…”


“By the way, dimana kau tinggal lepas ni?” seloroh Ija bertanya walaupun dia sibuk menyiapkan kerjanya. 


“Ermm…area sini-sini aje…” aku gigit bibir memberikan jawapan. Kali ini dia hanya anggukkan kepala kepada jawapan aku. Nasib baik jugak dia tidak bertanya lebih lanjut.


“Kau ada dengar-dengar tak siapa GM kita yang baru ini? Aku ada nampak atur cara majlis tu tadi..” soal Ija bersahaja sebaik kami  menyiapkan tugas-tugas di bahagian ballroom tapak sambutan farewell party itu. Bukan tugas hakiki, hanya sekali sekala diseru untuk membantu kerana adanya syif kerja yang mana boleh ke sana sini untuk membantu. Paling banyak aku dan Ijah bantu adalah department house keeping. Tak susah pun kerja tu..lagi seronok kerana boleh hilangkan stress…taklah duduk depan kaunter sahaja, register and checking out kan customer.


“Tak..belum baca apa-apa pun dari buku aturcara majlis tu nanti…yelah, aku bertugas masa tu..taklah aku ambil tahu..” jawab aku ketika jari sudah menekan butang lift untuk ke bawah. Sempat aku kerling jam tangan. Fuh~ nasib baik kerja tu selesai 15 minit awal sebelum lunch hour.


“…Mr Zariff Faradhi…masih muda Ain. Haha!” seronok dia bercerita sedang aku pula pamit sekejap apabila nama itu disebut. Em? Zariff…. Bukan dia dah stabil dengan tempat kerja sekarang? Malah kedudukan dia lebih baik dari kerja sebagai GM di hotel ni..


“Ohh…” tertanya-tanya jugak kenapa dia tiba-tiba berpindah ke sini..


“Ohh je? Kau tak teruja ke Ain? Haha…” aku kerut dahi dengan keterujaan Ijah kepada penama Zariff. Hanya senyuman paksa aku lontarkan sebagai tindak balas kepada Ijah.


“Ijah…aku ada hal tengah hari ni..kau balik lah dulu eh..?” ujar aku menukar bualan.


“Aik? Kau pegi mana..? Aku tak tahu pun kau ada hal…” Ijah kehairanan kerana biasanya dia pasti tahu dari awal jika aku hendak kemana mana.


“Adelah hal sikit..hihi” sekali lagi aku senyum pahit di sebelahnya.


“Kau ni Ain..sejak akhir-akhir ni kau berahsia dari aku je..kau tahu tak? Ada apa-apa ke yang nak kau kongsikan dekat aku?” tanya Ijah curiga dalam bimbang.


“Ish-ish…bukanlah rahsia sangat..tapi aku janji, kalau tiba masanya..aku bagitau kau eh…” aku yakinkan dia yang sepi menunggu kenyataan aku jika dibaca dari riak wajahnya.


“Hmm yelah tu..”


Lima minit awal dari perjanjian, aku sudah terpacak menunggu Fareez untuk jemput aku. Sedang tunduk menunggu, dengan kaki bermain-main di atas lantai marmar.., minda aku melayang kepada perbualan aku dan Ijah sebentar tadi.


Ermm…mengingatkan tentang Zariff…jika sebelum ni aku boleh teruja...tapi sekarang segala bentuk perasaan aku terhadap dia… harus dihentikan…


…….walaupun hakikatnya…aku masih belajar untuk melupakan dia…


‘I can do it..’ demikian jeritan hati yang hanya didengari oleh diri sendiri..


“Assalamualaikum…”  suara memberi salam di hadapan aku. Aku angkat muka.


Fareez memberi salam dengan hanya menurunkan cermin keretanya hanya beberapa meter dari tempat aku berdiri. Tak sedar langsung dia dah sampai. Huhu..


“Waalaikumussalam…” nampak dia senyum, aku sedikit lega..atleast tak lah membebankan fikiran aku yang sudah sedia kusut. Aku masuk je, dia gerakkan kenderaan meninggalkan loby hotel.


***


“Welcome home…” ucapnya sebaik menolak daun pintu masuk, mempelawa aku masuk ke rumah kediamannya. Aku melangkah masuk.


“Mama dah tahu ke pasal rumah awak ni?” seloroh aku bertanya sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Nampak dah berisi rumah ni..dan quiet nice dan selesa. Huhu..


“Dah tahu…kenapa? Nak mama tahu kita tinggal bersama?” tanyanya nakal menutup pintu dengan hanya sebelah tangannya. Hanya jelingan geram aku kepada gurauannya tadi. Serentak itu dia tertawa gembira.


“Mama tahu lah…I’m her son afterall..” balas dia membuntuti langkah aku. Aku tahu dari bayang gerak geri dia je..bukan tengok dia pun.


“Ohh…” jawab aku pendek. Aku letakkan terus handbag ke atas sofa kemudian ke arah dapur pula. Ragu-ragu jugak nak bergerak ke sana sini dalam rumah ni. Tapi gagahkan hati je..


“Awak dah makan…?” soal aku berani seraya menoleh kepadanya yang ketika ini sudah membuka peti sejuk. Aku panjangkan leher terus ke dalam peti sejuk..Allahuakhbar…alkohol? Walau tak pernah menyentuh dan melihat lebih jelas benda tu, aku yakin botol kaca sebentar tadi adalah minuman yang dilarang.


“Jap…” aku dekati dia yang baru berkira-kira menutup peti sejuk.

“Awak..minum ke benda ni?” soal aku berani meraih botol alkohol yang masih belum dibuka itu.


“Of course..” jawabnya selamba. Tidak ada rasa bersalah langsung di wajahnya ketika ini. Aku diam sekejap kepada jawapannya. Ya Allah…sabar Ain..


“Kalau awak nak.saya tinggal bersama, boleh kita buat satu perjanjian?” tanya aku tegas merenung ke matanya dalam-dalam. Aku serius, dia juga serius. Aku letak sebentar botol itu di atas meja.


“Okay..” balasnya berpeluk tubuh.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers