Saturday 22 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 17

 “How to ‘train’ your husband be a husband…a real husband…”


Aku benamkan wajah ke comforter setelah siap menaip ayat-ayat itu di dalam nota digital aku. Nampak hebat je ayat tu kan? Walhal hampir putus asa untuk berharap…bersediakah aku? Kuatkah aku..? Runsing sejak dari tadi tadi aku putuskan untuk tetapkan satu misi…’You are my husband afterall..’


***


“Boleh saya letakkan syarat jika kita ditakdirkan tinggal sebumbung?” aku bertanya agak tegas disitu. Dia diam sekejap namun akur bersetuju.


“Okay..what is it?” soalnya berpeluk tubuh ketika aku labuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengannya.


“No alkohol, no drugs, no smoke, takde judi dan takde perempuan simpanan..ni basic syarat untuk tinggal bersama..” jelas aku menyebut satu-satu dengan harapan dia faham.


“Ermmm…so many condition…” balasnya mangangguk-angguk kepala disertai wajah sinis. Pelukkan ditubuhnya kekal tidak dilepaskan.


“Tapi seingat saya…masa kamu pujuk saya tempoh hari untuk berkahwin, saya boleh buat apa sahaja bukan?..ermm ye aku akui..! Erhh pujuk ye? Huhu..


“Tapi masa tu saya ingatkan awak tak buat benda-benda macam ni…” aku ketap bibir mengingatkan kembali botol minuman itu tadi.


“So what did you expect from me when you married me?” soalnya masih sinis memandang tepat ke wajah aku. Aku telan liur dengan soalan itu. Memang benar, ketika memintanya menikahi aku…apa sebenarnya harapan aku kepada dia? Melainkan…aku hanya nak melepaskan diri dari Tuan Bakar…


“Saya minta maaf…” ucap aku tanpa jelas memberikan gambaran apa yang sebenarnya dalam kotak fikiran aku ketika ini.


“It’s okay….! I don’t mind it..” katanya serentak berdiri kemudian berjalan ke peti sejuk lalu membukanya..


“However, kerana terlalu banyak syarat untuk tinggal bersama, so apa reward saya kepada syarat-syarat ketat ni…?” Soalnya serius meneguk jus di tangan sambil menoleh aku. Aku telan liur. Apa lagi dia nak..? Huhu


Melihat aku diam, dia hampiri aku penuh bergaya sebaik meletakkan botol jus itu semula.


“I’ve never get anything from you yet…so how is it?” soalnya menoleh sambil sandarkan diri ke meja di sebelah kanan aku  betul-betul di hadapan aku ketika ini. Ada senyuman kecil terbit di bibirnya ketika ini. Senyuman penuh ikhlas….dan hati aku mengatakan senyuman itu cukup menawan sehingga tidak terkedip mata aku melihatnya. Kerana berlaga mata dengannya, aku lekas-lekas alihkan pandangan. Kenapa dengan aku ni? Gemuruh lebih…walhal aku bukannya tak pernah bertentang mata dengannya..


“Then…can I have it now?” soalnya masih senyum dengan ketapan bibir bawah.


“Hem…?” dalam dua hati memberi jawapan, dia rendahkan tubuh lalu menjatuhkan bibirnya tepat ke bibir aku. 


“I can kiss you right…” bisiknya setelah kucupan sekejap itu dijauhkan dari bibir aku. Tiada jawapan yang terpacul dari mulut aku kerana masih terkejut dan terkebil-kebil dengan tindakan drastiknya sebentar tadi. Ya Allah…jantung aku rasa nak lari dari tempat asal! Aku dapat rasakan, dalam masa yang sama muka aku sedang panas seperti dibakar perlahan-lahan.

Melihat aku diam tak berkutik, dia tertawa lalu mencapai jemari kanan aku dan menarik aku ke sisinya,


“Tolong masakkan saya sesuatu..saya belum makan dari tadi..”tuturnya tersenyum manis. Ya Allah..ya Allah…! Apa semua ni???


***


Tangan aku sibuk mengoreng udang masak butter, tapi fikiran aku masih melayang kepada kejadian sebentar tadi. Aku tolehkan kepala sekejap ke belakang aku, lebih tepat kepada Fareez yang sedang menghadap laptopnya. Dia duduk bersahaja je? Selamba je? Fuh~ aku pejamkan mata. Dia tak nak explain ke kenapa dia buat macam tu tadi ha?? Itu ke reward yang dia minta?? Atau………huhu! Bingung..bingung…bingung bercampur geram kerana dia tinggalkan aku dengan banyak persoalan tentang dia.


“Awak…makanan dah siap..” ujar aku dari kejauhan setelah meletakkan makanan dan selesai menyiapkan sudu dan pinggan di atas meja.


“Okay..” jawabnya mengangkat wajah memandang aku.

Dia biarkan laptopnya yang masih terbuka lalu mendekati aku yang sudah melabuhkan punggung ke kerusi. Sebaik mencuci tangan, dia labuhkan punggung ke kerusi yang bertentangan dengan aku.


“Masak apa kali ini? Char kuey teaw lagi..?” soalnya sambil mentertawa kan aku yang sudah pandang dia rata ketika menyebut soal char kuey teaw.


“Awak sengaja sakitkan hati saya tempoh hari depan mama dan papa kan?” soal aku geram.


“Eh..? Taklah…saya bercakap jujur sebenarnya..sebab kuey teaw goreng tu memang sedap..” jelasnya masih tertawa. Tangannya kini sudah menyuapkan sedikit demi sedikit makanan itu ke mulutnya yang  sudah aku sendukkan dari tadi.

“Habis tu pasal…” aku terhenti bersuara ketika mengingatkannya kembali. Nak sebut balik pun aku rasa nak sembunyikan wajah! Huhu..

“Ha..habis tu kenapa awak sebut ‘the beauty of orang kampung kononya tu..sebab apa?” aku tak sebut lengkap ayat tu sebab kepala aku dah naik angin..! Sebut soal tu, dia tambah ketawa. Ya Allah..biar betul dia ni!


“Kenapa awak ketawa?” soal aku geram sehingga mengerutkan dahi tidak puas hati.


“Kenapa Ain tak lengkapkan ayat tu?” soalnya masih dalam tawa.


“Sebab…”


“Sebab malu nak sebut? Masa dekat homestay, Ain berani je…biarkan je saya buka ba..”


“Ahh..! Tolong jangan cakap soal tu lagi…” aku potong ayat dia sebab aku tahu apa dia nak cakap selepas tu! Ya Allah….aku rasa nak benamkan muka ke tanah. Huhu


“Okay…” balasnya meneruskan menjamah makanan. 


“Ain makanlah…” kan? Sedar jugak dia aku dari tadi tak menjamah makanan di hadapan aku. Semuanya sebab dia..sebab dia!

Setelah beberapa minit menjamah makanan, aku terdetik hati untuk bertanya dia akan sesuatu….hal yang penting bagi aku..


“Awak..boleh saya tanya sesuatu..?”


“Tanyalah..”


“Awak…jatuh hati dekat saya ke..? Sebab lately awak layan saya baik aje…” ye..aku lupa nak beritahu, aku seorang yang direct to the point. Aku ketap bibir dengan soalan aku sendiri.

Dia diam buat seketika kemudian berkata,


“No…because I have a girlfriend myself..” jawabnya serius buat aku serta merta terdiam ketika ini. Pamit dan bergetar hati…kenapa aku rasa sedih ye..?


“Kenapa awak tak berterus terang masa saya pelawa awak menikahi saya tempoh hari?...kalau tak..” soal aku cuba kuat bertanya.


“How can I not help you while you are crying heavily over the phone?”


“Kalau macam tu, automaticaly awak dah langgar syarat-syarat tinggal sebumbung tu…” ujar aku dengan nada mendatar. Aku tak tahu kenapa aku rasa bengkak hati dengan kebenaran-kebenaran ini. Aku sepatutnya dah aware soal ni…


“No..not yet..because she is my girlfriend and I love her…not my perempuan simpanan..” aku diam-diam pejam mata dengan kenyataan selamba dia. Ya Allah…se simple itu..?


“Tak..saya tak boleh…” ujar aku seraya berdiri cepat lalu ke sinki mencuci piring yang gunakan tadi. Aku dapat rasakan ketika ini dia turut serta berdiri kerana kerusinya berbunyi sebentar tadi. Dan sah, dia sudah di belakang aku. Sebelah tangannya melepaskan pinggan ke sinki. Aku diam..dia juga diam.


“Look.at me..” ujarnya tegas mengepung tubuh aku di hadapan sinki. Tidak mahu memburukkan keadaan, aku pusingkan tubuh menghadapnya sebaik mencuci tangan. 


“I remind you…don’t ever talk about divorce when you acknowledge about her....you are my legal wife, so stay the way you are,..faham?” ujarnya serius menatap mata aku dalam-dalam. Aku hanya mampu pejam mata menahan hati yang kian bengkak. Malah rasa sebak yang tidak tertanggung..aku rasa nak nangis..betul-betul nak nangis! So apa dia nak dari perkahwinan ini? Dimana aku dalam hidup dia? Dia anggap aku sebagai apa? Tukang masak dia? Dan girlfriend dia, untuk dia cintai..? Lalu dia nak dua-dua sekali? Tamaknya dia..aku tahu bukan tempat aku untuk mempersoalkan semua tu..tapi..


“Saya nak balik…” ujar aku melepaskan diri dari kepungannya.


“Saya hantarkan..” ujarnya mendahului langkah aku.


***


Dalam perjalanan yang singkat itu, aku senyap..dia juga senyap. Sebenarnya aku tak tahu apa yang perlu dibualkan memandangkan hati aku sendiri sedang berperang antara satu sama lain. Jika diingat semula akan soalannya ketika itu, adakah ini yang dia maksudkan? ‘Ain tak menyesal’? Terngiang kembali ayat itu di kepala aku.


Dan begitu mudah dia melepaskan ayat-ayat tadi..’No, I have a girlfriend myself…’ so maksudnya dia tak akan sayang aku..dia tak akan cintai aku..


‘Don’t ever talk about divorce.’ So perkahwinan ini untuk apa kalau dia tak lepaskan aku??


Ayat-ayat itu berjaya sakitkan hati aku..ini kah yang dia nak dari aku? Sakit hati aku ni adalah bayaran kepada kesalahan aku kepada dia? Bayaran kepada 6juta yang hilang? Bagi dia ini adalah pulangan kepada doa-dosa aku kepadanya…tapi tahukah dia bahawa aku..aku dah mulai sayang dia..?

Ye…aku akui, aku dah jatuh hati kepada Fareez Henry…

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers