Monday 24 January 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 18

 Dari jauh aku boleh cam sosok tubuh segak yang  sedang berjalan  melangkah ke arah kami. Briefing time..! Ceria Ijah disisi melihat Zariff sedang menuju ke arah kami. 


“Omgggg..! Hensemnya GM baru kita Ain…” ujar Ijah seperti kera dapat bunga sehingga melompat-lompat teruja yang amat sangat. Aku sekadar menggelengkan kepala dengan tingkah Ijah yang dari tadi tidak senang duduk.


“Assalamualaikum…and good morning!” Zariff memberi salam ketika sudah berada betul-betul di hadapan kami.


“Waalaikumussalam and good morning bos!” aku dan Ijah serentak menjawab salam.


“Boleh tengok guest book?” soalnya tersenyum manis di hadapan kami. Aku berikan guest book yang ada di hadapan aku lalu disambutnya penuh cermat. Aku bersyukur dia sangat profesional, walau kenal aku..di tempat kerja aku dan dia hanyalah pekerja dan ketua kami.


“Ohh…ada vip guest..” ujarnya sudah masuk ke ruang kaunter mencapai komputer di depan. Aku dan Ijah hanya kaku dibelakang mendengar arahan yang seterusnya. Seperti biasa GM akan cek bila vip guest akan sampai, di mana room yang di tempah dan sebagainya.


“Dah tahu kan macam mana nak handle vip guest ni? But don’t worry, I’ll be there on time like always…” aku dan ijah mengangguk faham.


“Okay..tu je yang saya nak ingatkan…” selepas memberikan penerangan terhadap beberapa perkara, dia berlalu pergi dari tempat kami. Biasanya GM akan ke department-department lain seterusnya.. Selain itu, meeting setiap jam 8 pagi dan meeting susulan 4 petang…begitulah bekerja sebagai GM di hotel kami. 

Tidak begitu jauh sangat dari kaunter, Zariff datang semula. Erh? Ada lagi ke yang dia lupa nak cakap?


“Ain…lepas syif kerja nanti jumpa saya di loby belakang boleh?” aku terkebil-kebil, begitu juga Ijah. Ya Allah, kenapa dia tak profesional kali ini?? Kan Ijah dah terpamit-pamit menghadam apa yang berlaku sekarang…


“Erhh kenapa bos..?” aku masih nak kekalkan hubungan profesionalisme sebagai pekerja bawahan di sini.


“I want to discuss with you a very personal matter..” balasnya melontarkan senyuman. Saat ini aku dah pejam  mata. Personal matter? Ohhh..mungkin pasal Emma kot.  Aku lirikkan mata kepada Ijah, dia dah ternganga di samping aku! Allah…lepas ni nak explain lah jawabnya kepada Ijah..Zariff ni pun…huhu


“See you after work…” ujarnya mengenyit mata mesra. Ya Allah! Kenapa dengan Zariff ni? Aku ketap bibir sambil pusingkan tubuh kepada Ijah. Ijah dah nampak marah dan tidak puas hati…! Yelah, sebab aku tahu dia memang sangat minat dan berkenan dengan Zariff..huhu


“Ijah…jangan salah faham okay..” aku genggam jemarinya selepas aku dan dia sudah melabuhkan punggung di atas kerusi.

“So what happened the two of you?” nadanya merajuk memuncungkan bibir. Aku senyum rasa lucu. Comel sungguh dia ni! Hihi..


“Dengar sini baik-baik tau…aku dan GM Zariff tu takde apa-apa hubungan langsung…dia cuma senior aku dulu…” jelas aku meyakinkan Ijah.


“Napa tak bagitau aku awal-awal yang kau kenal dia…aduhh buat malu aku je. Aku yang beriya beritahu kau macam-macam pasal dia, walhal kau tahu lebih…eihh geram tau.” Huhu nasib baik Ijah tak merajuk lebih. Kalau tak….? Huhu


“Tapi kan Ain….senior kau tu memang mesra gitu ke dekat kau?” tanya Ijah terkebil-kebil seperti sedang menghadam sesuatu.


“Erkk?? Yeker...?” Tapi dia memang baik dekat aku sebelum ni…” balas aku. Kenyataan Ijah buat aku berfikir-fikir…mengingatkan soal tadi, ye, dia terlebih mesra bagi aku… Fuh~ aku automatik geleng-gelengkan kepala menafika sesuatu perkara yang berbangkit di benak aku.


“Dia syok dekat kau ke?” aku buntang mata sementara dengan telaan-telaan wajah curious dari Ijah.


“Ishhhh…mustahil kot..” aku berani kata dia tak suka aku..lagipun dia baru putus dengan Emma..cinta Zariff untuk Emma aku yakin masih ada. 


Banding aku? Kau mudah move on… walhal kau masih cintakan Zariff beberapa hari sebelum jatuh cinta dekat Fareez kan?? Huhu… Aku akui aku mudah jatuh cinta…JIKA aku memilih untuk jatuh cinta…kerana dia suami aku, aku wajib jatuh cinta kepadanya. Faham tak? Lahhh~ berperang dengan hati sendiri jadinya!


“Yeke Ain….? Kau macam mana? Hati kau? Haha!” Ijah ketika ini sudah ketawa besar disisi aku. Hanya mampu jeling jelah…dicubit, kesian pulak.


“Dah-dah..jawab call tu..” kebetulan ada panggilan masuk tepat masa. Kalau tak, dia bahankan aku sampailah habis syif kerja. Huhu…aku dah masak dengan perangai dia ni.


***


“Ain…! Dekat sini..!” Zariff sedikit melaung nama aku dari jauh. Tangannya pula dilambai-lambaikan untuk menarik perhatian aku. Aku selamba mendekati dia yang sudah melabuhkan punggung di pinggir kerusi rehat yang ada disitu.


“Abang nak bincang apa dekat Ain?” Soal aku berseloroh setibanya aku di tempat itu.


“Ain duduklah dulu..” pelawanya lembut. Walau segan diperhatikan oleh orang sekeliling, tapi aku masih menurut tanpa bantahan.


“Ain apa khabar…?” soalnya lembut seperti selalu tapi…aku rasa seperti ada sesuatu makna dalam soalan ni..lagipun..pandangan matanya kepada aku…..ya Allah..jangan benarkan rasa curiga aku..


“Sihat…” jawab aku pendek membuang pandangan ke tempat lain.


“Ain…” 


“Ye…abang nak discuss sesuatu kan? Abang cakaplah…” potong aku cepat-cepat. Aku masih dengan pandangan ke tempat lain.


“Ain…please date with me…”aku buntang mata automatik menoleh kepadanya. 


“Aa..h?” ya Allah..! Apa yang aku takutkan benar-benar berlaku..kerana aku sedar, nafi macam mana sekalipun…debaran ini…debar hati ini… masih ada sisa cinta untuk dia..


“Date with me Ain…abang tahu Ain cintakan abang…” dalam terkejut, aku masih mampu menggelengkan kepala tidak setuju.


“Jangan cakap benda ni…itu dulu…” aku genggam jemari menahan hati.


“Okay kalau macam tu, buktikan sekarang yang Ain tak cintakan abang…cakap dekat abang, Ain tak cintakan abang…” ya Allah..kenapa dengan Zariff ni??


Abang…kenapa dengan abang ni? Jangan sebab putus dengan Emma, abang macam ni…”


“I'm the one who broke it. Because I love you unconsciously…and she knows it..” ya Allah…


Aku pejam mata tanpa sedar dengan pengakuannya. Dia tahu tak yang aku dah jadi isteri Fareez..?


“Ain nak balik…Ain harap abang tak sebut benda ni lagi…Ain lebih selesa berkawan dengan abang.” Ujar aku lekas-lekas berdiri. Aku aturkan langkah kaki mula meninggalkan dia.


“Diary tu….abang yakin dan percaya..itu adalah luahan sejujur-jujurnya dari hati Ain…” ya Allah..! Diary aku…sudah sekian lama aku cari, rupa-rupanya di tangan Zariff…?


Aku tinggalkan dia tanpa berkata apa-apa lagi.


Berdosakah aku..kerana tidak berterus terang tentang status aku kepada Zariff? Huh~ sabar..untuk kali ini..satu masa nanti, ketika aku yakin Fareez milik aku…aku akan beritakan kepada semua..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers