”Fuh~ berat jugak luggage aku ni..nasib baik naik ke sini pakai lift. Kalau tak dah roboh bahu aku dibuatnya... Huhu. Ermm yang aku beriya sangat bawa barang banyak-banyak ni lagak memang niat nak tinggal sini ke Ain? Haha~
Aku tengok ke bawah ditepi tingkap, urggh seram sejuk kaki ni dengan ketinggian ditingkat yang ke 10…fuh~ gayat!
Sebaik menekan password dengan betul, aku masuk. Eh jap, dia cakap dia takde kan? Dia sibuk hari ini kan? Hahaha…baiklah, aku boleh relax kejap sebelum mengemas bilik tidur aku. Yelah..aku sedar diri jugak, aku hanyalah isteri atas kertas…aku tahu dia tak nak tidur sebantal dengan aku…aku faham..sebab dia dah ada seseorang dalam hati dia...huhu
Soal dia dah berpunya, mengingatkan aku tentang peristiwa di homestay tempoh hari. So sebab dia dah sayang orang lain ke dia tak teruskan niat tu…? Tapi, kenapa dia kissed aku baru-baru tu ha? Isk..dia buat aku confused! Hemm geram pula tiba-tiba..Huhu
Tanpa kehadiran Fareez, aku tidak segan-segan menerokai keadaan rumah. Ohh..begini rupanya kehidupan orang Hong Kong yer? Sebuah bilik untuk pakaian dia sahaja…satu display rack untuk jam tangan, necktie, malah kasut pun ada tempat khas. Pembersih juga dia ye? Halus licin semua kaca-kaca ni..sedangkan dengan lantai kaki yang aku tengah pijak sekarang ni pun rasa selesa tak melekit-lekit.
Aku menelusuri laluan ke biliknya yang dikelilingi pokok hidup sebagai hiasan. Aku pusingkan tombol pintu lalu masuk ke dalamnya. Tak salah kan masuk bilik suami sendiri? Haha!
Aku terpesona dengan keindahan suasana bilik itu. Such a sentimental person..dengan dinding bilik yang ber-wallpaper hiasan gambar matahari yang hampir terbenam di dasar laut. Aku labuhkan punggung di hujung katil sambil memerhatikan wallpaper di hadapan aku dengan penuh minat. Merenung lama kepada wallpaper itu, entah kenapa timbul rasa hiba dan sunyi di sudut hati aku yang dalam..
Tidak mahu melayan sangat perasaan itu, aku ke beranda bilik itu yang hanya dipisahkan dengan sliding door. Ya Allah..cantiknya pemandangan dekat sini…!
Sedang melayan mata dengan keindahan alam semula jadi, telinga aku sempat menangkap bunyi pintu utama dibuka. Ya Allah..Fareez ke? Aku cuba keluar secepat mungkin dari bilik miliknya namun dia lebih dahulu masuk ke sini sebelum aku berjaya keluar.
“So it’s you…you actually here..” ujarnya senyum separuh ketika aku dan dia hampir bertembung di muka pintu bilik. Aku senyum paksa mengundurkan diri ke belakang.
“Heeh..sorry, saya cuma nak tengok diluar tu aje..” bohong aku sambil jari aku dihalakan ke beranda. Padahal tadi, tujuan kau bukan setakat ke beranda tu je kan Ain? Huhu
“I’m not that stupid Ain…tell me what are you doing here…?” soalnya lagi merapatkan jarak. Aku larikan diri darinya sambil memberi alasan yang berlainan.
“Ye betul…sa..saya nak tengok keadaan sekitar sini aje..bilik ni aje..awak jangan salah faham..” ujar aku jujur lalu melarikan diri darinya.
“Tunggu…tolong masakkan saya sesuatu..” ujarnya menarik tangan aku rapat dengannya lalu membawa aku ke dapur. Wahh! Aku dah agak dah..aku ni hanya tukang masak dia aje..hemm..
“Awak cakap awak balik lambat hari ni…” tutur aku ragu-ragu memulakan kata pemula apabila kaki kami sudah menapak ke ruang dapur.
“Kerja awal siap…kenapa tanya macam tu? Tak suka saya balik?” Soalnya dengan mata tajam. Cepat sahaja dia bergerak ke tempat aku dengan menarik salah satu kerusi yang ada di situ lalu melabuhkan punggung. Dia ni kan…
“Bukan soal tak suka….” Jawab aku pendek menghadiahkannya jelingan tidak puas hati. Sempat dia tertawa tengok aku. Aku buka peti sejuk mencari apa-apa yang patut di masak. Hemm…ayam ada..ikan ada..sayur ada. Dia ke yang beli semua ni?
“Awak nak saya masak apa hari ini? By the way..awak ke yang beli semua ni?” seloroh aku bertanya.
“Saya lah yang beli semua…isteri entah kemana, siapa lagi yang beli kalau bukan diri sendiri?” dia sebut aje soal isteri aku automatik tersenyum tapi aku sedaya upaya sembunyikan senyuman aku. Huhu..
Sedar aku terdiam dengan kata-katanya tadi, dia hampiri aku dengan senyuman separuh.
Sebenarnya aku terdiam kerana sibuk melayan hati yang girang…sebab aku takut jika dizahirkan rasa suka ini hadapan dia, aku takut dia marah…ermm..
“I don’t know but…do you actually hiding something from me…?” Soalnya separuh berbisik sambil melucutkan satu persatu hijab aku. Aku telan liur dengan soalannya namun mengalihkan tumpuan nya semula kepada soalan aku kepada dia sebentar tadi.
“Erh..takpe saya buat sendiri..erhh awak nak saya masak apa tadi..?” kata aku melepaskan sekejap bawang-bawang yang ada di genggaman aku.
“It’s okay..” ujarnya seraya menepis tangan aku dengan lembut. Sebaik melepaskan hijab, jemarinya kemudian mengemaskan ikatan rambut aku. Aku ketap bibir. Kelembutan dan layanan ini buat aku kaku di hadapannya. Ya Allah…kalau bukan sebab dia dah berpunya, nak je aku goda dia sekarang juga. Erm..macam mana nak cakap eh…? Aku tahu dia suami aku.. Tapi aku ada perasaan aku adalah orang ketiga dalam hubungan ini. Kadang aku bingung nak buat apa sebagai isteri dia. Bila aku cuba lari dari dia, dia pula tak kawal diri dari layan aku begini baik..macam sekarang ni lah..tapi bila aku cuba nak dekatkan diri, dia pula tolak aku jauh-jauh……! In the end, hubungan ini tak berkembang…
“Erhh..awak nak saya masak apa?” ulang aku mencapai genggaman jemarinya tadi lalu menariknya ke peti sejuk. Aku tak nak dia terus menerus melayan aku sebegitu rupa …aku takut terbuai dengan perasaan aku sendiri..sedangkan dikala ini, hatinya hak wanita lain...senang cakap, jangan libatkan perasaan aku dalam setiap tindakannya..kerana aku takut, kelak nanti…aku nak lebih dari hubungan sebagai isteri atas kertas…
“Ada banyak bahan disini yang boleh dimasak…awak nak makan apa hari ini?” tanya aku lagi memperlihatkan isi peti sejuk itu yang sudah aku buka. Walau aku nampak dia sedikit terkejut dengan tindakan aku tadi, dia tetap layan soalan aku.
“Ermmm…salad..buatkan saya salad..” jawabnya seperti segan akan sesuatu. Hihi pandai jugak dia rasa segan dengan aku ye…? Comel pula..
“Okay…”
Ketika sibuk menyiapkan makanan, loceng rumah tiba-tiba berbunyi membuatkan aku dan Fareez berpandangan antara satu sama lain buat seketika.
“Awak ada jemput sesiapa ke..?” soal aku meletakkan lebihan sudu ke tempat asal. Dia hanya menggelengkan kepala dengan soalan aku kemudian dia bangun lalu keluar dari dapur. Agaknya dia cek kut siapa yang datang…
Hanya sekejap dia hilang, Fareez kembali dengan wajah cuak.
“It’s mama…! Ain ke bilik kejap..” katanya seraya mengenggam jemari aku, menarik aku ke biliknya. Dia mengheret sekali luggage aku yang aku letakkan di tepi sofa tidak lama tadi.
“Lock the door alright?” ujarnya memberi arahan. Aku hanya mampu mengangguk faham sebelum dia menutup pintu bilik.
“Lamanya buka pintu…Fareez tidur ke tadi?” dari bilik telinga aku mampu menangkap kata-kata mama. Huhu..
“No mama…” wahh..jujurnya dia ye..?
“Ohh…masak ke tadi..?” soal mama lagi.
“Hehe…kind of..” jika diteliti nada Fareez, dia segan-segan menjawab soalan mama.
“Papa mana ma..?” soal Fareez pula.
“Kerjalah…apa lagi..”
“Ohh…”
“By the way…mama datang sini kenapa mama?” erhhh…! Kenapa dia tanya mama macam tu pula..? Kan tak elok…
“Amboii…tak suka mama datang ke apa ni?”
“No…I did’t mean that…”
“Mama tahulah…saja bergurau..hehe..” tersengih aku di sebalik pintu. Mama ni suka buat lawak jugak ye..? Huhu..
“Saja je nak tahu keadaan Fareez..tahulah sendirian di Malaysia ni…kalau dekat Hong Kong sana mama tahu Fareez boleh hidup sendirian..”
“I’m okay mama..don’t worry…” okay konon. Yang sikit-sikit bawa aku ke sini sebagai tukang masak tu kenapa? Huhu…can he explain it to me?
“Lega hati mama…”
“Next week, mama nak beritahu…" em? What? Beritahu apa?? huhu
“…………..” senyap.
“,………….” Isk. Kenapa disaat-saat penting begini telinga aku ni tak dengar pula apa yang dibualkan?! Huhu
“Ermmm…” aku rapatkan telinga dekat-dekat ke pintu cuba mencapai deria pendengaran apa yang dikatakan oleh mama dan Fareez.
“………” suara mama sayup-sayup tanpa jelas aku dengari apa yang dikatakannya.
“……….” Suara mama lagi.
“Okay mama…” suara Fareez membalas..
“……….” Kembali sunyi, namun tiba-tiba Fareez bersuara.
“Nononono….! Not there mama...!” erkkk? Kenapa suara Fareez dan mama sangat dekat dengan pintu ni? Langkah aku terundur sedikit dek terkejut dengan kehadiran mama dan Fareez di sebalik pintu. Huhu! Buat hantu aku terbang aje dibuatnya.
“Aik? Bilik air Fareez pun tak boleh pakai? Kan sama aje…?” nahhh mama sudah mengomel.
“Bukan tak boleh mama….next time ye mama…hihi!” huhuhu! Mudah-mudahan mama tak kecik hati. Ain dalam bilik ni mama..sorry! Huhu serba salahnya…
“………..” senyap semula ketika ini…namun begitu, kerana bunyi pintu utama seperti dibuka dan di tutup kembali, telaan aku mungkin mama dah balik. Setelah beberapa minit menunggu untuk di maklumkan Fareez, aku keluar dari bilik sesenyap yang boleh. Agaknya Fareez temankan mama turun ke bawah kut..? Sebab tu dia takde di sini…
Aku ke dapur. Wahh dah dikemas rapi pinggan-pinggan dan makanan tadi..hihi. Rasa lucu membayangkan keadaan Fareez yang kelam kabut mengemas segala benda yang ada di atas meja ketika kedatangan mama. Tapi, isk..jangan gembira sangat Ain oi..mama tu ha..kesian tau sebenarnya..huhhu
Fareez kembali setelah beberapa minit berlalu.
“Mama dah balik?” soal aku menerpanya terus ke muka pintu kerana ingin mengetahui keberadaan mama. Namun kerana gagalnya aku menyedari akan perubahan tingkah lakunya, tanpa diduga aku ditarik ke pelukkannya tanpa penjelasan.
“A..awak…” dalam terkejut aku masih mampu bersuara. Tidak mengendahkan kata-kata aku, dia mengeratkan lagi pelukkan disertai nafas berat yang seakan sukar dilepaskan.
“Awak kenapa..?” rasa hiba yang disembunyikannya tidak mampu menipu aku…ya Allah..! Dia buat aku risau.
“Syhhh…can we stay like this for awhile..?” ujarnya seakan merayu dalam masa yang sama meminta aku berhenti dari terus bertanya. Aku akur. Hanya anggukkan kepala aku kepada kehendaknya…
“Next week, mama bawa bercuti. Mama bawa Ain sekali…” erkk??! Tergamam. Aku tolak perlahan-lahan tubuh itu menjauhi tubuh aku agar senang bercakap dengannya.
“Mama tahu saya ada di sini tadi?” dia diam.
“……” ??
***
Dah tengah malam begini, kenapa dia tak beritahu aku tentang apa yang berlaku siang tadi hah? Dia ni buat aku naik darah aje. Dahlah keluar tinggalkan aku bersendirian di rumah ni tanpa penerangan ke, penjelasan ke…isk..aku tak faham…huhu!
0 comments:
Post a Comment