Wednesday 9 February 2022

Dia, Abang Kawan Baik Aku Bab 20

 “Ain!” jeritan kecil Dina dihujung talian mengejutkan aku yang masih antara sedar dan tidak sebaik menjawab panggilan telefonnya tadi.


“Ya Allah…beri salam tak, ucap selamat pagi pun tak…kenapa  ni Dina?” tanya aku masih mengusap-usap wajah lalu mengikat rambut yang terburai kusut. Aku sentuh skrin handphone dengan menekan loud speaker agar aku senang bercakap dengannya sementara aku bersiap.


“Kenapa kau tak beritahu aku kau dah pindah tempat tinggal?? Aku ingatkan kau masih di hostel tu…penat je singgah dekat hostel kau tadi..” haa? Tangan aku berhenti sekejap menyediakan baju uniform ke tempat kerja sebelum mandi.  Ya Allah…aku lupa tentang Dina.


“Sorry..sorry…aku lupa beritahu kau…” macam mana aku lupa eh? Huhu aku terlalu fokus pada abangnya tu…mana tak lupa? Hermmm


“Em?…kau boleh lupa maklumkan aku yang kau dah pindah..? Macam pelik je aku dengar…” aku tutup wajah berat. Betul, memang kedengaran pelik pun..sebab selama ni apa-apa hal aku pasti beritahu mama. Huhu…


“sorry tau Dina…nanti aku belanja kau makan. Jangan merajuk tau!” pujuk aku dalam masa sama memberi idea agar rajuknya pudar.


“Aku tak nak. Masakkan kau lagi sedap..esokkk haaa! Jangan lupa esok masakkan aku Tom Yum. Dah lama tak makan sup Tom Yum kau..” erk?!


“Boleh..esok aku bekalkan kau..kita jumpa dekat loby hotel. Okay?” tanya aku mengigit bibir di sebalik talian.


 “Errrhhh……tak nak bawa aku ke rumah sewa kau ke Ain??” aku yakin wajah Dina.dah pelik ketika ini.


“Erh? Haha~ bukan tak nak kau datang ke sini..cumaa....rumah aku ni belum kemas sangat.…next time ye?” tak pasal-pasal beri seribu alasan. Tu lah pasal..kenapa tak beritahu je kau dah jadi kakak ipar Dina kan?? Hemm sebut pasal ni, entah apa akan jadi kalau aku berterus terang dekat mama..lebih-lebih lagi bila dapat tahu aku penyebab plan mama rosak nak jodohkan Fareez dengan Emma satu ketika dahulu. Aku yakin Emma mahupun Zariff masih pegang janji tak bocorkan rahsia soal penglibatan aku 5 tahun lepas. Kalau dua orang tu bocorkan rahsia? ( Huhu… Fareez…aku bersyukur kerana dia berkompromi tak beritahu mama..)?<-- Ni cetusan minda sebelah aku ni haa. Huhu

Huhu… kalaulah rahsia ni bocor...kesalahan itu berat berpihak kepada aku..bukan kepada Emma, mahupun Zariff..


“Ain..!”


“Eh yee?” ya Allah…kerana hal ini aku terdiam dek melayan fikiran.


“Ingatkan dah off call tadi..jangan lupa esok jumpa di loby..” tegas pesanan tu. Masih merajuk pasal tak bawa dia ke sini ke? Maunya dia terkejut kut kalau aku bawa dia ke sini…nasib badan kau Ain. 


“Okay janji…” aku menutup talian sebaik memberi salam. Fuhh~ jadi mengeluh pula pagi-pagi ni..


Sebaik bersiap, aku keluar dari bilik. Ketika menyarungkan stokin ke kaki, aku ditegur Fareez dari belakang.


“Tak nak masakkan saya sesuatu ke sebelum berangkat ke tempat kerja?” masak ye?? Aku terus jeling dia tajam. Bukan marah soal dia nak minta aku masak, to be honest..aku masih tak puas hati soal semalam! Kenapa tinggalkan aku masih tertanya-tanya haa?


“Woah~ jelingan tu…hehe..” haaa tahu takper. Aku siap tanya dia dalam whatsapp mesej lagi tapi still dia kunci mulut. Bertuah punya suami.


“Sorry saya dah lambat…bolehkan saya cuti masak untuk pagi ni?” jawab aku malas angkat muka. Sedar aku tak ada eye contact dengan dia, dia labuhkan punggung di hadapan aku.


“Masih marah ke pasal semalam?” usiknya menahan jari aku dari memakai stokin yang kedua.


“Marah sebab apa? Sebab tak beritahu apa mama cakapkan ke atau sebab saya peluk tu…?” usiknya lagi dengan senyuman bahagia. Aku? Aku geram dalam hati…! Sampai hati tanya soalan yang bukan-bukan..


“Tak marah…” masih tak nak angkat muka tengok dia walau di hujung telinga aku terdengar dia tertawa. Ya Allah…sabar Ain..


“Ain…”


“Ye…” masih degil tak angkat muka walau nama siap dipanggil. 


“My dear wife Ain…” ujarnya secara tiba-tiba merangkul tubuh aku ke udara tanpa diduga. Terkejut dan tidak keruan jadinya lebih-lebih lagi ditatap penuh romantik dengan iringan langkah satu demi satu. Dia labuhkan punggung aku dengan cermat ke meja yang berdekatan dengan kedua tangannya mengepung aku ditengah-tengah.


“Kenapa Ain tidur di bilik tetamu semalam?” soalnya lembut, merenung mata aku dalam-dalam. Dari geram bertukar malu tersipu-sipu. Ya Allah..dia macam mana boleh tukar mood ye? How profesional..


“Ain merajuk..?” Allahuakhbar…..! Janganlah senyum macam tu..! Huhu


“Err…saya ingatkan awak tak nak saya tidur sekali dengan awak….” Walau hati mengelabah, aku masih mampu menjawab soalan itu. Tapi jawab soalan tu Ain...what??? tak malunya kau...


“I’m okay with it……you are my wife Ain…” jawabnya tetap senyum. Gila! Ini sudah benar-benar gila! How could he talk so sweetly?? Aku gigit bibir. Ya Allah..ya Allah…kenapa dia tiba-tiba lembut gila layan aku eh? Huhuhuhu!


“Oh….” Aku buang pandangan jauh-jauh. Allah..rasa nak meloncat keluar jantung aku.


“Next week… Emma dan Zariff ada sekali dalam percutian tu…that’s is what mama and me talked about..” ujarnya masih merenung ke mata aku.


“Ohhh….” Bercuti? Hanya itu yang mampu dibalas sebab tak hairan pun sebenarnya jika ada Emma ada dalam setiap aktiviti keluarga Dina… kerana Emma, aku tahu dari awal sudah bersetuju dijodohkan dengan Fareez. Entah macam mana aku nak gambarkan perasaan aku dalam keadaan tersepit antara perasaan cinta aku kepada Fareez dan kehendak mama…ini yang buat aku banyak mendiamkan diri..


“Ohhh…only? Ain are you happy? Ohh okay, saya tahu sebab ada Zariff kan?” ya Allah..kenapa pula nama Zariff disebut?? Dan..dan lagi satu, muka aku nampak gembira ke sekarang ni?


“Tak….saya tak kata saya happy…” geramnya aku.


“Habis tu?” wahh dah pandai dia ni sebut ‘habis tu’.


“Hmm…saya dah lambat sekarang ni..” Kata aku automatik melepaskan diri dari kepungannya. Berkerut dahinya antara rela dan tidak melepaskan aku pergi. Aku penat nak ambil pusing tentang perasaannya buat masa ini. Lantaklah dia nak fikir apa-apa. Siapa suruh buat aku marah..!


***


Kenapa aku rasa kereta ni slow sangat ye pagi ni? Dahlah dia buat drama tv tadi…ni dah lah lambat, tambah lambatlah aku ssmpai dengan kelajuan kereta kura-kura..


“Awak…boleh drive laju sikit? Saya dah lambat ni…” ujar aku sempat mengerling pada jam tangan. Jangankan nak tambah kelajuan kereta, lagi dia batukan diri ada..huhu


“Fareez…”


“Do you still love him?” soalnya lari topik buat aku pantas menoleh ke arahnya yang serius memandu. Tak habis lagi rupanya pasal tadi…


“Siapa..?” aku kerut dahi bertanya.


“Zariff…” ??


“I’m not…” mendengar jawapan serius dan nada bengang dari aku, dia tertawa.


“Awak…kenapa ketawakan saya? Saya tahulah awak ada girlfriend..!” yes aku geram yang amat sangat. Aku serius dia pula bergembira disaat ini. Serius aku tak faham.


“I’m not talking about my girlfriend okay…dia tak ada kena mengena dalam hal ni..” jawabnya masih tersenyum seperti berpuas hati akan sesuatu. Fuhh rasa membara je hati ni bila dia sangat menyebelahi so called girlfriend dia tu..!


Di hadapan kami adalah loby utama hotel. Aku terus melompat turun kerana geram yang amat sangat ditertawakan tanpa sebab.


“Eh, tak nak salam saya ke?” soalnya dengan wajah bengang.


“Orang Hong Kong tu tak pernah nak saya salam pun sejak kahwin…!”


“Phom!” Aku sengaja menyindir dia kemudian di ikuti pintu kereta ditutup.agak kuat. Erh…terkasar agaknya aku ye.


Dihujung sana Zariff baru sahaja memarkirkan keretanya. Terkejut jugak sebenarnya…dia nampak aku dan Fareez ke tadi? Dia memang kenal Fareez…tu yang aku takut. Huhu…


Lupa nak beritahu..semenjak aku rejected dia tempoh hari, dia seolah-olah mengelakkan diri dari aku. Baguslah kalau dia faham…lega sebenarnya..taklah aku jadi awkward ketika briefing pagi ke..bila dia berurusan dengan aku ke…tapi satu yang aku tertanya-tanya, dia buat apa ada sama-sama ketika percutian tu nanti? Iskk..tak sedap hati pula aku..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers